The Alien - Link Select

Rabu, 18 Januari 2012

MOVIES MINGGU INI???

MENONTON movie ini... buat aku terfikir...  Islamkah seorang pegembom berani mati???  kalau benar tentunya Nabi Muhammad SAW orang pertama yang melakukannya seribu tahun lepas...  atau sahabat yang empat... tetapi tiada satu pun kes ini berlaku di zaman nabi... mengapa???    atau ada skuad berani mati di zaman nabi ke??   
persoalannya... Islamkah pengebom2 berani mati ini???

LU FIKIRLAH SENDIRI!


"Sesiapa yang mengatakan sesuatu itu daripada aku, padahal TIDAK!  maka bersedialah tempatnya di Neraka!" -HR Bukhari dan Muslim.
 
-ISLAM tidak pernah mengajar keganasan dan kematian dengan cara macam ini!  juga tidak pernah mengajar cara menangani musuh seperti ini....! 
 
Islam kah anda????  tanya diri sendiri....

Selasa, 17 Januari 2012

MOVIE MINGGU INI???

Sinopsis Aku Bukan Tomboy:- Kehadiran farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisa di sebalik topeng lelaki, mereka mula jatuh hati dengan gadis itu. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar ‘pengkid’ antaranya Bell dan Sam.


Tekanan disekolah yang dialami Farisa mendorongnya untuk mentransformasikan dirinya sebagai seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. Di sebalik penampilan bagai seorang lelaki, Farisa masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan hingga ke alam pekerjaan sebagai penghantar pizza. Plot cerita bermula apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka , Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Satu dilema yang menuntut pertimbangan yang penuh cabaran.

Harry, seorang salesman jalanan yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan mesra dengan Farisa merasa tergugat apabila Burn muncul sebagai rival yang mencetuskan perebutan. Dalam masa yang sama Farisa berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat bapanya yang menyukarkan hubungan mereka. Di samping itu, Farisa secara kebetulan bertemu semula dengan Bell dan Sam (pengkid) yang turut berebut untuk menjadikannya sebagai pasangan mereka. Konflik cinta tiga segi yang berbeza senario telah mewarnai catatan kehidupan Farisa, si gadis tomboy. Persoalan adakah pengorbanan yang dituntut dalam dilema percintaa Farisa? Semuanya akan terjawab dalam “AKU BUKAN TOMBOY” sebuah filem bergenre aksi komedi romantik.



cute!
Dah tengok.. baru je habis tengok kat umah malam tadi.... hehehe... kelakar dan best gak cite nya kali ini..




Jumaat, 13 Januari 2012

LAGU NEGARA PHILLIPINES???

Bayang magiliw, perlas ng silanganan
Alab ng puso, sa dibdib mo'y buhay.
Lupang hinirang, duyan ka ng magiting,
Sa manlulupig di ka pasisiil.
Sa dagat at bundok,
Sa simoy at sa langit mong bughaw,
May dilag ang tula At awit sa paglayang minamahal.
 Ang kislap ng watawat mo'y
Tagumpay na nagniningning;
Ang bituin at araw niya
Kailan pa ma'y di magdidilim.
Lupa ng araw, ng luwalhati't pagsinta,
Buhay ay langit sa piling mo;
Aming ligaya na pag may nang-aapi
Ang mamatay nang dahil sa iyo. -

Mendengar semula lagu negara Phillipines ini, buat aku terkenang semula memori di Sucubanville, Luuk Sulu. Lagu ini dinyanyikan macam lagu Negaraku di sekolah-sekolah kita di sini. Iramanya dna suasana paginya masih aku ingat lagi... ianya kuat tersemat kukuh dalam kotak memori aku... hehehhe... di sini aku saja letak senikatanya dan maknanya di bawah ini...

 Land of the morning, child of the sun returning,
with fervor burning, thee do our souls adore.
 Land dear and holy, cradle of noble heroes,
Ne'er shall invaders trample thy sacred shore.
Even within thy skies and through thy clouds and
o'er thy hills and sea do we behold the radiance,
feel the throb of glorious liberty.
Thy banner, dear to all our hearts,
its sun and stars alight.
O, never shall its shining field be dimmed by tyrant's might!
Beautiful land of love,
O land of light, in thine embrace 'tis rapture to lie.
But it is glory ever, when thou art wronged, for us,
thy sons, to suffer and die.

Original Spanish by Julian Felipe, 1898

Rabu, 11 Januari 2012

WARDINAH DISAMUN???

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Pelakon, model dan pengacara televisyen, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot kerugian RM20,000 apabila rumahnya disamun tiga lelaki bersenjata di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini hari ini.Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, tiga penjenayah terbabit memasuki rumah Wardina setelah mengumpil pintu belakang rumah teres tepi dua tingkat milik beliau sebelum mengarahkan kesemua anggota keluarga Wardina berkumpul. Wardina, 33, yang masih trauma dengan kejadian itu berkata, ketika kejadian beliau, suaminya, tiga anak mereka dan seorang pembantu rumah berada di dalam rumah itu. "Ketika itu saya tidur berseorangan di bilik tidur utama kerana saya demam. Disebabkan itu, suami saya, Ikhwan Johari, 36, tidur bersama anak bongsu lelaki saya, Imran Ar-Razi, 3. "Salah seorang penjenayah telah menarik selimut saya lalu mengarahkan saya bangun dari tidur sementara penjenayah lain membawa kesemua ahli keluarga dan pembantu rumah berkumpul di bilik tidur utama," katanya. Katanya, anak sulungnya, Amna Nafeesa, 8, dan Azra Fareera, 5, tidur bersama di bilik mereka di tingkat atas manakala pembantu rumahnya seorang warga Aceh, tidur di tingkat bawah. "Kesemua mereka dikumpulkan di dalam bilik saya dan hanya Ikhwan diikat dengan wayar telefon. Kami diawasi oleh seorang penjenayah, manakala dua lagi menyelongkar rumah kami," katanya. Beliau berkata, ketiga-tiga penjenayah lelaki itu memakai topeng kain menutup wajah mereka dan mereka memegang pemutar skru, kayu panjang dan pemotong besi. Beliau berkata suaminya juga turut dipukul oleh penjenayah terbabit di bahagian muka dan kaki sebelum diikat. Penjenayah mengambil masa 45 minit menyelongkar seluruh rumah sebelum melarikan barang berharga termasuk lima komputer riba, empat telefon bimbit, cincin emas, kunci kereta dan wang tunai RM200. Katanya, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Kelang pada pukul 4.30 pagi dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian serta siasatan sedang dijalankan. - BERNAMA SK : Masyallah... kasihannya Wardinah. Semoga Allah membalas setimpal perbuatan penyamun itu. Bersabar Wardinah... Dunia ini hanya sementara sahaja... tiada kekal... hanya pahala dan amal yang kekal disisi Allah... bersabarlah...sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. dan jangan lupa bayar zakat dan bersedekah dan berdoa agar penyamun itu dapat segera dibawa ke muka pengadilan... semoga Allah melindungi kita semua darai kejahatan Manusia Syaitan dan Jin Syaitan ini...amin

Isnin, 9 Januari 2012

ANWAR 901???

Bersempena tarikh 9 Januari 2012 iaitu tarikh di mana Mahkamah Tinggi akan menentukan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah atau tidak atas tuduhan kes liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari, satu perhimpunan aman telah diadakan untuk menyokong Anwar Ibrahim. Perhimpunan itu dikenali sebagai '’Perhimpunan Bebaskan Anwar 901” telah diadakan sejak awal pagi di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur iaitu di Jalan Duta.
apa agaknya reaksi PM???

Ahad, 8 Januari 2012

MOVIES MINGGU INI???

FILEM SONGLAP..... BEST GAK!!
I LIKE MAYA KARIN... comel .. hehehe... dan Ya Allahuakbar!... airmata aku bergenang...sedih cite ni... nasib baik kat opis...kalau kat umah tadi..aku dah nangis agaknya... hehehe

TINGKATAN PARA WALI ALLAH???

Syaikhul Akbar Ibnu Araby dalam kitab Futuhatul Makkiyah membuat klasifikasi tingkatan wali dan kedudukannya. Jumlah mereka sangat banyak, ada yang terbatas dan yang tidak terbatas. Sedikitnya terdapat 9 tingkatan, secara garis besar dapat diringkas sebagai berikut : 1.Wali Aqthab atau Wali Quthub (Bapanda Moga Barita Raja Muhammad Shukur Waliqutub mujaddid) Wali yang sangat paripurna. Ia memimpin dan menguasai wali diseluruh alam semesta. Jumlahnya hanya seorang setiap masa. Jika wali ini wafat, maka Wali Quthub lainnya yang menggantikan. 2.Wali Aimmah Pembantu Wali Quthub. Posisi mereka menggantikan Wali Quthub jika wafat. Jumlahnya dua orang dalam setiap masa. Seorang bernama Abdur Robbi, bertugas menyaksikan alam malakut. Dan lainnya bernama Abdul Malik, bertugas menyaksikan alam malaikat. 3.Wali Autad Jumlahnya empat orang. Berada di empat wilayah penjuru mata angin, yang masing-masing menguasai wilayahnya. Pusat wilayah berada di Kakbah. Kadang dalam Wali Autad terdapat juga wanita. Mereka bergelar Abdul Haiyi, Abdul Alim, Abdul Qadir dan Abdu Murid. 4.Wali Abdal Abdal berarti pengganti. Dinamakan demikian karena jika meninggal di suatu tempat, mereka menunjuk penggantinya. Jumlah Wali Abdal sebanyak tujuh orang, yang menguasai ketujuh iklim. Pengarang kitab Futuhatul Makkiyah dan Fushus Hikam yang terkenal itu, mengaku pernah melihat dan bergaul baik dengan ke tujuh Wali Abdal di Makkatul Mukarramah. Pada tahun 586 di Spanyol, Ibnu Arabi bertemu Wali Abdal bernama Musa al-Baidarani. Abdul Madjid bin Salamah sahabat Ibnu Arabi pernah bertemu Wali Abdal bernama Mu’az bin al-Asyrash. Beliau kemudian menanyakan bagaimana cara mencapai kedudukan Wali Abdal. Ia menjawab dengan lapar, tidak tidur dimalam hari, banyak diam dan mengasingkan diri dari keramaian. 5.Wali Nuqoba’ Jumlah mereka sebanyak 12 orang dalam setiap masa. Allah memahamkan mereka tentang hukum syariat. Dengan demikian mereka akan segera menyadari terhadap semua tipuan hawa nafsu dan iblis. Jika Wali Nuqoba’ melihat bekas telapak kaki seseorang diatas tanah, mereka mengetahui apakah jejak orang alim atau bodoh, orang baik atau tidak. 6.Wali Nujaba’ Jumlahnya mereka sebanyak 8 orang dalam setiap masa. 7.Wali Hawariyyun Berasal dari kata hawari, yang berarti pembela. Ia adalah orang yang membela agama Allah, baik dengan argumen maupun senjata. Pada zaman nabi Muhammad sebagai Hawari adalah Zubair bin Awam. Allah menganugerahkan kepada Wali Hawariyyun ilmu pengetahuan, keberanian dan ketekunan dalam beribadah. 8.Wali Rajabiyyun Dinamakan demikian, karena karomahnya muncul selalu dalam bulan Rajab. Jumlah mereka sebanyak 40 orang. Terdapat di berbagai negara dan antara mereka saling mengenal. Wali Rajabiyyun dapat mengetahui batin seseorang. Wali ini setiap awal bulan Rajab, badannya terasa berat bagaikan terhimpit langit. Mereka berbaring diatas ranjang dengan tubuh kaku tak bergerak. Bahkan, akan terlihat kedua pelupuk matanya tidak berkedip hingga sore hari. Keesokan harinya perasaan seperti itu baru berkurang. Pada hari ketiga, mereka menyaksikan peristiwa ghaib.Berbagai rahasia kebesaran Allah tersingkap, padahal mereka masih tetap berbaring diatas ranjang. Keadaan Wali Rajabiyyun tetap demikian, sesudah 3 hari baru bisa berbicara.Apabila bulan Rajab berakhir, bagaikan terlepas dari ikatan lalu bangun. Ia akan kembali ke posisinya semula. Jika mereka seorang pedagang, maka akan kembali ke pekerjaannya sehari-hari sebagai pedagang. 9.Wali Khatam Khatam berarti penutup. Jumlahnya hanya seorang dalam setiap masa. Wali Khatam bertugas menguasai dan mengurus wilayah kekuasaan ummat nabi Muhammd,saw. derajat Wali yang disandang sesorang itu adalah merupakan anugrah dari Alloh yang telah dicapai seorang hamba dalam mencari Hakekat Alloh ( Aripbillah). Bahkan ibadahnya seorang wali itu lebih utama dibandingkan dengan ibadahnya seorang Ulama yang A’lim.Kenapa demikian ? seorang Wali telah mencapai hakekat Alloh sedangkan seorang ulama baru tahap mencari jalan untuk mencapai hakekat Alloh. wali dapat diketahui dengan wali yang lain ada juga seseorang yang menjadi wali Alloh tapi dirinya tidak tahu bahwa dia seorang Wali. Wallulloh a’lam