Khamis, 5 Januari 2012
SULTAN SULU???
1) sultan shariful hasyim 1450-1480- pengasas kesultanan sulu
2) sultan kamaluddin 1480-1500
3) sultan muizzudin mutawaddin/ maharaja lipo 1500-1525
4) sultan nassaruddin awal 1525-1578
5) sultan abdul halimuddin pangeran al-halimi 1578-1596
6) sultan batara tengah 1596-1610
7) sultan mawail watir keboungsuan 1610-1650
8) sultan salahuddin keramat 1650-1680
9) sultan shahbuddin 1680-1710- kesultanan brunei menyerahkan sabah timur kepada sulu atas kejayaan membantu kesultanan
sulu menewaskan pemberontakan di pulau chermin serta menberi pulau palawan kepada sultan
qudarat sempena perkahwinan dengan puteri sulu
10) sultan mustafa shafuddin 1710-1718
11) sultan badaruddin barbilas 1 1718-1732
12) sultan nasaruddin 1732-1735
13) sultan alimuddin azimuddin 1 (1735-1748) (1764-1774)
14) sultan batilan maazuddin 1748- 1763
15) sultan israil 1774-1791
16) sultan sharifuddin 1791-1808
17) sultan alimuddin 2 1808
18) sultan aliyuddin 1 1808-1821
19) sultan shakiraullah 1821-1832
20) sultan jamalul kiram 1 1832-1842
21) sultan muhammad pulaluwan 1842-1862
22) sultan muhammad aranah 1862
23) sultan jamalul alam/ azam 1862-1881- raja sabah terakhir disebabkan perjanjian di antara syarikat overbeck and dent pada 1879
dan menyerahkan sabah kepada syarikat tersebut yang kemudian menjadi syarikat berpiagam
borneo utar(SBUB)
24) sultan badaruddin 2 1881-1884
25) sultan jamalul kiram 2 1884-1936
SIAPA PEWARIS SEBENAR SULTAN SULU???
Isnin, 2 Januari 2012
HAPPY NEW YEAR!!!
Tahun adalah sebuah unit masa untuk menghitung tarikh. Di dunia ada dua jenis tahun:
• Tahun Syamsiah atau Tahun Matahari
• Tahun Kamariah atau Tahun Bulan
• 2012 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Ahad dalam kalendar Gregory.
• Ia telah ditandakan sebagai tahun Alan Turing sempena 100 tahun kelahiran ahli matematik dan ahli sains komputer British itu.
• Ia juga disebut-sebut merupakan tahun berakhirnya dunia atau Hari Kiamat (Mayan). Lihat ramalan hari kiamat 2012.
• Fenomena 2012 adalah serangkaian kepercayaan dan rencana yang menyebutkan bahawa peristiwa bencana atau transformatif akan terjadi pada tahun 2012. Perkiraan ini didasarkan pada apa yang didakwa sebagai tarikh akhir dari kalendar Pengauditan Panjang Maya, yang merentang selama 5,125 tahun dan berakhir pada 21 atau 23 Disember 2012. Pendapat yang menyokong penanggalan ini berasal dari arkeoastronomi amatir, terjemahan alternatif mitos, pembinaan numerologi, dan ramalan daripada makhluk ekstraterestrial.
• Terjemahan Zaman Baru terhadap perpindahan ini menunjukkan bahawa, selama ini, planet ini dan penghuninya sedang mengalami transformasi fizikal atau spiritual secara positif, dan bahawa 2012 boleh menandakan permulaan era baru.[1] Sebaliknya, sejumlah orang percaya bahawa tarikh pada tahun 2012 menandakan awal kiamat. Kedua idea ini telah diterbitkan dalam pelbagai buku dan dokumentari TV, dan telah menyebar ke seluruh dunia melalui laman web dan kumpulan perbincangan.
• Cendekiawan Mayanis mengatakan bahawa idea mengenai kalendar Pengauditan Panjang yang "berakhir" tahun 2012 tidak mewakili sejarah Maya.[2][3] Di masa Maya moden, 2012 sangat tidak relevan, dan sumber Maya mengenai fenomena ini sudah langka dan bertentangan, menyatakan bahawa ada kemungkinan kecil tarikh ini diiktiraf secara universal. [4]
• Tuntutan yang terus muncul oleh orang-orang yang menganggarkan akhir dunia pada tahun 2012 (sejajar dengan lubang hitam, tabrakan dengan planet bebas, perpindahan kutub) telah ditolak sebagai pseudoilmiah oleh komuniti saintifik. Banyak tuntutan ini melanggar hukum fizik, atau bertentangan dengan observasi sederhana.
• Sebuah filem berjudul 2012, yang diarahkan Roland Emmerich, telah menggunakan kempen pemasaran viral mengenai kebimbangan kiamat pada tahun tersebut. Kempen ini, yang berupa video kesedaran awam daripada pertubuhan fiksyen "Institute for Human Continuity", telah dikritik kerana menyumbang pada ketakutan umum mengenai masalah ini.
• Disember 2012 menandakan akhir perputaran baktun saat ini dalam kalendar Pengauditan Panjang Mesoamerika, yang digunakan di daerah Amerika Tengah sebelum datangnya orang Eropah. Meskipun Pengauditan Panjang sepertinya ditemui oleh Olmec,[5] kalendar ini semakin dikaitkan dengan tamadun Maya, yang tempoh bersetuju bertahan dari 250 hingga 900 M.[6] Maya celik huruf dan sistem penulisan mereka telah dipecahkan, bererti bahawa sisa penulisan dan bahan tulisan mereka telah diselamatkan sebelum penjajahan Eropah.
• Pengauditan Panjang sendiri menetapkan "tahun sifar"-nya pada titik di masa lalu yang menandakan akhir dunia dahulu dan awal dunia yang baru, yang merujuk pada 11 atau 13 Ogos 3114 SM dalam kalendar Gregory Proleptik, bergantung pada rumus yang digunakan.[7] Tidak seperti pusingan kalendar 52 tahun yang masih digunakan sekarang oleh suku Maya, Pengauditan Panjang lebih lurus, daripada berputar, dan menyimpan waktu dalam satuan 20, jadi 20 hari adalah satuuinal, 18 uinal, ataupun 360 hari, adalah satutun, 20 tun adalah satukatun, dan 20 katun, atau 144.000 hari, adalah satubaktun. Jadi, contohnya, tarikh Maya 8.3.2.10.15 bererti 8 baktun, 3 katun, 2 tun, 10 uinal dan 15 hari sejak kejadian. Banyak inskripsi Maya memperlihatkan perpindahan hitungan menuju tingkatan lebih tinggi selepas 13 baktun.[8][9] Hari ini, kesamaan yang paling luas diterima mengenai akhir baktun ketiga belas, atau tarikh Maya 13.0.0.0 .0, dengan kalendar Barat adalah 21 Disember atau 23 Disember 2012.[10]
• Tahun 1957, Mayanis pertama dan astronomi Maud Worcester Makemson menulis bahawa "penyelesaian Tempoh Besar 13 baktun telah dikaitkan besar dengan suku Maya".[11] Antropolog Munro S. Edmonson menambah bahawa "tampaknya ada keterkaitan kuat bahawa kalendar eral, seperti kalendar tahun, didorong oleh ramalan astronomi jarak jauh, seseorang yang membuat anggaran titik balik matahari yang tepat 2.367 tahun di masa depan pada tahun 355 SM".[12] Tahun 1966, Michael D. Coe lebih tegas mendakwa dalam buku The Maya bahawa "ada ramalan [...] bahawa kiamat akan memusnahkan penduduk dunia dan kejadian hari akhir [[baktun] ketiga belas. Sehingga [...] alam semesta kita hari ini [ ... bermanfaat] musnah pada 24 Disember 2011 M, [kemudian ditukar kepada 23 Disember, 2012] ] ketika Pusingan Besar Pengauditan Panjang mencapai akhir. "[13]
• Konotasi kiamat Coe diterima oleh cendekiawan lain pada awal 1990-an.[14] Tapi cendekiawan akademik terkini berkata bahawa, sementara akhir baktun ke-13 adalah sebab perayaan, [2] tarikh ini tidak menandakan akhir kalendar.[15] Dalam karya seminal 1990, cendekiawan Maya, Linda Schele dan David Freidel, yang merujuk Edmonson, mengatakan bahawa Maya "tidak menyatakan ini sebagai akhir penciptaan, sebagaimana dikatakan sebelumnya," [16] merujuk ramalan Maya tentang peristiwa yang berlaku selepas akhir baktun ke-13. Schele dan Freidel mencatat bahawa tarikh penciptaan bertulis di Cuba sebagai 13.13.13.13.13.13.13.13.13.13.13.13.13.13.13.13.13.13.13.13.0.0.0.0, dengan dua puluh unit di atas katun. Menurut Schele dan Freidel, 13 ini seharusnya dianggap sebagai 0, sehingga nombor Cuba akan dibaca 0.0.0.0.0.0.0.0.0.0.0.0.0.0.0.0.0.0.0.0.0.0.0.0, dengan unit setiap kolum di belakang detik (dihitung dari kanan ke kiri) sama dengan 20 kali nombor dahulu (The Maya, kerana konsep pusingan waktu mereka, juga menulis tarikh kejadian, tarikh sifar mereka, sebagai 13.0.0.0.0). [17] Nombor ini mewakili "titik awal odometer waktu besar". [16] Schele dan Freidel mengira bahawa tarikh di mana odometer ini akan berakhir berada pada sekitar 4.134105 × 10 28 tahun di masa depan,[18] atau 3 quintilion kali usia alam semesta yang diterima secara saintifik. Masalah ini semakin rumit selepas fakta bahawa pelbagai negara kota Maya yang melayan Pengauditan Panjang dalam cara yang berbeza. Di Palenque, bukti menyatakan bahawa paderi penjaga masa percaya putaran ini akan berakhir selepas 20 baktun, bukan 13. Sebuah monumen yang memperingati naik takhtanya Raja Pakal Agung menyambung perlantikannya dengan peristiwa 4000 tahun kemudian, menandakan bahawa orang-orang terpelajar tidak percaya bahawa Bumi ini akan berakhir pada 13.0.0.0.0.
SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA....
Rabu, 21 Disember 2011
WANG KERTAS RM BARU???
KUALA LUMPUR 21 Dis. - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memperkenalkan satu siri wang kertas dan duit syiling baharu yang akan berada dalam edaran pada separuh kedua 2012.
Wang kertas itu melibatkan denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 manakala duit syiling itu pula dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
Duit syiling itu dilancarkan pada 25 Julai 2011 tetapi hanya akan berada dalam edaran Januari ini. Pelancaran wang kertas dan duit syiling itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. Ini kali keempat mata wang kertas baharu diperkenalkan dan kali ketiga untuk duit syiling.
Pelancaran wang kertas itu juga dilihat sebagai lanjutan kepada pengenalan wang kertas baharu dalam denominasi RM50 yang kini berada dalam edaran. Daripada semua wang kertas itu, hanya RM1 dan RM5 dihasilkan dengan penggunaan substrat polimer.
Menurut BNM, wang kertas siri baharu ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat sejajar dengan kemajuan terkini dalam teknologi wang kertas.
''Ciri-ciri keselamatannya termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya.
''Wang kertas itu juga boleh dikenal pasti melalui sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan,'' kata kenyataan itu.
Wang kertas siri baharu ini diinspirasikan daripada ciri-ciri unik negara dan memasukkan elemen kekayaan alam semula jadi, budaya dan khazanah negara.
''Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri wang kertas ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, serta ekonomi,'' jelas bank itu lagi.
Sementara itu, BNM turut mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengenalan mata wang siri baharu ini.
Tiga jenis set wang kertas peringatan yang dijual adalah denominasi RM1 dan RM5 pada harga RM15 setiap satu, denominasi RM20 berharga RM30 setiap satu dengan jumlah terhad iaitu 500,000 set.
BNM turut menjual set premium (denominasi RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) - 50,000 set yang berharga RM300 setiap satu.
Ia mula dijual pada 22 Disember 2011 di Ibu Pejabat BNM (BNMLINK) dan cawangan-cawangan di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu
Selasa, 13 Disember 2011
COKLAT INI TIDAK HALAL!!!
"MANA-MANA PRODUK MAKANAN YANG TIADA COP HALAL JAKIM-MALAYSIA YANG DISAHKAN"
MAKA PRODUK INI HARAM DIMAKAN!!!
COKLAT DAIM (SWEDISH) -TIDAK HALAL
CO
KLAT GIFT-TAYAS TURKEY- TIDAK HALAL
-AKU TAK JUMPA COP HALAL DALAM PRODUK INI.. MAKA AKU HARAMKAN IA... DIMAKAN... WAS2 BEB!! TAHUN DEPAN HALAL JAKIM BERKUATKUASA...- MAKA INSYALLAH SELAMAT...
Khamis, 8 Disember 2011
MOVIES MINGGU INI???

In a future where people stop aging at 25, but are engineered to live only one more year, having the means to buy your way out of the situation is a shot at immortal youth. Here, Will Salas finds himself accused of murder and on the run with a hostage - a connection that becomes an important part of the way against the system.
menonton cite ini.. buat aku terfikir idea baru dalam Novel The Suluken aku... ada elemen baru...dan aku fikir ia bagus digunapakai untuk sistem Cloudcity PA. nice movie...u should watch this!....
Fikirkan... setiap hari anda bangun tidur, mandi, makan minum, berjalan ke tempat kerja, balik rumah, tengok tv, makan dll... tidur semula.... apa makna semua itu??? apakah anda mahu terus terpenjara dengan rutin hidup anda ini???
Selasa, 6 Disember 2011
SEMBAHYANG ATAU SOLAT???

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah 'Sembahyang' yang merujuk kepada 'Solat'. Tetapi pada hakikatnya, istilah 'Sembahyang' mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur 'Syirik'.
Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan 'Sembahyang'. Katanya; 'Sembahyang' di ambil daripada perkataan 'Sembah' dan 'Hyang' yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. 'Sembahyang' juga diertikan sebagai 'menyembah berhala yang bernama Hyang'.
Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah 'Sembahyang' merujuk kepada 'menyembah dewa yang bernama Hyang'.
Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur 'Syirik' dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada 'menyembah dewa bernama Hyang'.
Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya
Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.
SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.
BULAN BINTANG BUKAN LAMBANG ISLAM???


Adakah ini lambang sebenar Islam? Bagaimana umat Islam disihir dengan dahsyatnya pada zaman sekarang? Sila baca artikel ini selanjutnya untuk mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku di sekeliling kita.
Saya mulakan artikel ini dengan petikan ayat dari Al-Quran.
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:
"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.
Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.|Qs. Al-Baqarah: 102|
Berdasarkan ayat di atas dan tajuk artikel ini, apa yang dapat anda semua kaitkan? Buka mata, buka hati. EnsyaAllah anda akan dapat mengrungkaikan puzzle ini. Setelah kewafatan Rasullulah s.a.w dan berakhirnya zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rashidin, umat Islam sebenarnya telah disihir dengan teruk oleh musuh nombor 1, yang telah sekian lama diberikan amaran oleh Rasullulah s.a.w.
Siapakah yang dimaksudkan itu? Sudah tentulah Dajal/The Antichrist dan konco-konconya!
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil." |Muhammad Bin Abdullah - 9HB. ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRIYAH DI LEMBAH URANAH, BUKIT ARAFAH.|
Bagaimana umat Islam sebenarnya disihir? Pernahkah anda semua melihat lambang bulan sabit dan bintang di sekeliling? Dari mana lambang itu berasal? Dan mengapakah lambang itu dipilih? Siapakah yang memilih lambang itu?
Adakah Rasullulah s.a.w dan sahabat menggunakan lambang tersebut untuk agama Islam? Adakah ada disebutkan di dalam mana hadis atau ayat Al-Quran supaya menggunakan lambang tersebut sebagai lambang agama Islam yang suci ini? Ohhh, semestinya tidak!
Sabda Rasullulah:
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Jadi dari manakah asalnya penggunaan simbol bulan sabit dan bintang ini yang terdapat di mana-mana sekarang, termasuklah bendera-bendera negara dan negeri.
Sebenarnya simbol ini telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad II ke dalam bendera kerajaan Uthmaniyyah setelah penaklukan Kota Istanbul (Constantinople) pada 1453 Masihi. Lambang Bulan dan Bintang itu adalah lambang bagi Kota Constantinople (Istanbul) yang sebelum itu berada di bawah kekuasaan Empayar Rom sejak sekian lama.
Sebelum dikenali dengan nama Constantinople, kota tersebut terlebih dahulu dikenali sebagai Byzantium. Byzantium diambil sempena nama Raja Byzas (663 SM) dan dijadikan ibu negara untuk Empayar Byzantine sebelum empayar tersebut tewas kepada kerajaan Uthmaniyyah pada 1453 Masihi. Bulan sabit telah dijadikan simbol kota tersebut untuk didedikasikan kepada Dewi Artemis (Hunt God).
Lambang bintang pula ditambah sebagai simbol kota selepas kematian Maharaja Constantine pada 337 Masihi dan nama Byzantium telah ditukar kepada Constantinople sebagai tanda memperingati maharaja Constantine. Lambang itu adalah dari simbol Dewi Ishtar (Star iaitu bintang dalam bahasa Inggeris diambil dari perkataan Ishtar ini). Dewi Ishtar ialah tuhan kesuburan, kasih sayang, peperangan dan seks bagi kaum Babylon purba. Ada juga pendapat mengatakan lambang bintang ini diambil dari Star Of Virgin Mary kerana agama Kristian telah menjadi agama rasmi empayar Rom dengan Persidangan Nicea pertama pada 335 Masihi dan Persidangan Constantinople pada 381 Masihi. Dan sejak dari itu Bulan Sabit dan Bintang telah menjadi lambang rasmi untuk kota tersebut.
Pada zaman Rasullulah dan Khulafa Ar-Rasyidin (632-661 Masihi) tidak pernah ada lambang untuk agama Islam. Al-Quran juga tiada menyebutkan hal tersebut. Rasullulah hanya menggunakan panji-panji perang yang sangat sederhana dan hanya satu warna sahaja samada putih, hijau atau hitam. Tiada lambang bulan dan bintang seperti di kebanyakan negara Islam sekarang.
Kita selalu pening memikirkan "Kenapa umat Islam susah nak BERSATU" bukan? Sejak kejatuhan institusi khilafah Uthmaniah, tanah umat Islam berjaya dipecahkan malahan kekal terpisah hampir seabad lamanya!
Acapkali kita melihat dari skop mata zahir, lupakah kita bahawa dunia adalah suatu fatamorgana yang memperdaya? Tidak terfikirkah seorang dari kita bahawa kita sedang DISIHIR oleh Dajjal melalui tenteranya yang melata di bumi? Dengan izin Allah, sang Pemfitnah berjaya dan terus berjaya?
Tiada satu mata pun dikalangan Muslim yang mengetengahkan ehwal ini lantaran apa? Remeh? Tidak membawa Islam kemana-mana? Khurafat? Tahyul?
JANGAN LUPA, JIKA ANDA PERCAYA BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA, SEGALA YANG DIBAWA BERSAMANYA SEPERTI SIHIR, & TIPU DAYANYA JUA ADALAH NYATA DENGAN IZIN ALLAH.
Lupakah anda sumpah keramat Azazil setelah dia dihalau keluar dari Syurga Allah?
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".|Qs. Al-Hijr: 39-40|
Lihatlah di sekeliling kita sekarang di masjid, sejadah dan hiasan bercorak Islam, lambang apa yang digunakan? Seolah-olah diagungkan lambang itu. Jika kita lihat sekarang, di kebanyakan masjid mempunyai lambang ini. Lambang ini sebenarnya adalah dari Yahudi dan Nasrani dalam usaha mereka untuk menyelewengkan akidah umat Islam menyembah Allah yang satu.
Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain. |Qs. Yusuf:106|
Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
|Qs.Yusuf 108|
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.|Qs. Al-Baqarah: 120|
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.|Qs. Al-Imran: 100|
Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam).|Qs. Al-Baqarah: 109|
CUBA ANDA PERHATIKAN MEKAH DAN MADINAH... APAKAH SIMBOL INI ADA DI KUBAH HIJAU NABI MUHAMMAD? DAN DI BANGUNAN KAABAH??? INILAH YANG PATUT DIIKUTI... OLEH SEMUA MASJID YANG MENGGUNAKAN LAMBANG BULAN BINTANG INI WAJIBLAH MENURUNKANNYA... KERANA IA BUKANLAH MASJID LAGI SEBALIKNYA SUDAH DI BAWAH PENGARUH ZIONIS ILLUMINATI... DI MANA MASJID ISLAM??? ANDA SENDIRI FIKIRKAN!!!
Langgan:
Catatan (Atom)




