The Alien - Link Select

Isnin, 28 Jun 2010

SAKIT???


Apabila kita demam,tenang-tenangkanlah hatimu kerana hati yang tenang akan mempercepatkan kesembuhan dengan Izin Allah. NIkmatilah kesakitan dengan sempurnanya sambil hati jangan dimatikan dari terus memuji zat yang menciptakan diri. Dialah Allah yang menjadikan kesakitan dan sedikit kepayahan dalam hidup untuk disempurnakan ganjaran di akhirat nanti. Dialah Allah yang sedia mendengar rintihan hamba-hambanya ketika menahan kesakitan kecil maupun besar. Dialah Allah yang tidak pernah meninggalkan manusia ketika ditimpa kesusahan. Maha Suci Dia yang ujud dalam setiap nafasmu dan semua penciptaannya.
Takala tubuh menjadi lemah jangan dibiarkan hati dan fikiran juga turut lemah.Mata dan telinga miskipun tidak upaya menangkap dari rupa benda dan bunyi tetapi hati tetap terus menerus memuji ilahi. Kita bukan hanya bersyukur pada benda yang ada tetapi tetap bersabar takala tiada.
Demam menjadi pembakar pada racun dan dosa dan jalan mana yang kita sendiri mungkin tidak terduga. Hari-hari yang kita lalui terlalu banyak patah perkataan,arahan,tindakan yang telah dilakukan. Semuanya kita lakukan dengan sesumpurna mungkin tetapi mungkin ada lagi yang tersalah tafsir dan bahasa maka semestinya kita mengharap keampunan yang sempurna dari Allah. Setiap saat kita cuba menjadi manusia terbaik pada pandangan Allah ,namun sudah tentu tidak akan dapat memuaskan hati manusia semuanya. Kepada Allahlah kembali segala urusan.
Jika tubuhmu masih demam,teruskan muhasabah sehingga sampai renunganmu bahawa kesakitan itu merupakan bunga kasih dari tuhan. Jika engkau ditakdirkan sembuh ,teruskanlah kebaktianmu sampai nafas tidak upaya dihela lagi. Jika engkau di beri kesakitan yang panjang ,nikmatilah sebuah suratan tuhan padamu tanpa keluh kesah kerana Allah tidak pernah meninggalkanmu sedetik jua pun dan Allah mengangkat darjatmu dengan kepayahan pada tubuhmu itu. Berbahagialah.

P\s : Istighfar lah sebanyak2nya... nescaya Allah akan memudahkan masalahmu...

Rabu, 23 Jun 2010

KATAKANLAH...

KATAKANLAH
LAA ILAAHA ILLALLAH

NESCAYA WAJIB BAGIMU AKAN SYURGA....

MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

(Dipetik dari buku Malam Pertama Di Alam Kubur karya Dr Aidh Abdullah Al-Qarni)



Malam pertama...
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat
teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur?
Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan.
Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh.
Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu.
Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai,
dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran,
dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai,
tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita,
lilin-lilin yang menerangi
dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan,
dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur,
segala-galanya amat menyedihkan,
tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir.
Itukah yang kita mahukan?
Pastinya tidak bukan?
Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur!
Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras,
maka ia masuk ke liang kubur tersebut.
Ia menganggap dirinya telah mati,
lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia,
seraya membaca ayat: "Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Ia biasa datang menyerap dengan tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya setiap orang semestinya selalu siap. Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari'at dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta'ala. Tanpanya, husnul khatimah itu nihil. Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan?

Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta dan sejuta asa, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.

Rabbani

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

PENULIS : semoga perjalanan kita menuju al-khalik mendapat redha-Nya...

Selasa, 22 Jun 2010

SALAWAT MUNJIYYAH DAN SAYYIDUL ISTIGHFAR


TANDA-TANDA KEMATIAN SEORANG MUKMIN


Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.
Firman Allah SWT; Bermaksud; “Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati(alam ROH-tiada jasad lagi) maka kamu dihidupkan(Manusia berjasad-BUMI), kemudian kamu dimatikan(Maut-Kubur) kemudian kamu dihidupkan(Alam Barzakh) kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan(Akhirat-Syurga atau Neraka)”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud. Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka iniakan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :


Tanda 100 hari sebelum hari mati:


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati:


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari:


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.(BIASANYA PERKARA-PERKARA YANG BERTENTANGAN DENGAN SIFAT DAN PERIBADINYA- ORANG KATA 'BUANG TEBIAT!')-


Tanda 3 hari:


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari:


Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

"INNAALILLAAHI WA INNAILAHI RAAJI'UN" Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali."


Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencarikeredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

p/s : Aku mohon ampun dan maaf kepada semua yang aku kenal dan tidak kenal, kepada semua yang aku tersinggung hati nuraninya, halalkan makan dan minumku dan segala perbuatanku. dan aku maafkan segala salah silap semua yang pernah mengenaliku dan berkawan denganku... semoga kita semua diberkati Allah... dari-Nya aku datang dan kepada-Nya aku kembali.... Hua awwalu wal akhiruu...

Isnin, 21 Jun 2010

SAKIT PINGGANG???


Kapsul Radix-HPA
Tenaga kelakian, juga baik untuk wanita dingin, menghilangkan sakit pinggang, menguatkan otot dan sendi. Membantu memperbanyakan urin dan memperbaiki buah pinggang.
Produk ini menggunakan bahan utama Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali) yang bersaiz besar. Produk ini sesuai diamalkan oleh semua peringkat golongan dan jantina. Radix dapat merangsang proses biosintesis terhadap hormon endrogen khusus untuk lelaki dan estrogen khusus untuk perempuan. Radix yang mengandungi pelbagai herba ini amat baik untuk lelaki yang menghadapi masalah lemah tenaga batin (aphrodisiac). Dalam satu kajian menunjukkan kepekatan sperma lelaki akan bertambah khusus bagi lelaki yang menghadapi masalah sperma cair.

Flavanoid yang terdapat dalam Radix berfungsi sebagai anti oksida, anti virus, anti peradangan dan anti keracunan. Radix tergolong dalam herba diuretik yang membantu memperbanyakkan pengeluaran urine dan memperbaiki ginjal. Radix juga bertindak untuk mempengaruhi metabolisma kalogen bagi memperbaiki tendon, ligamen, rawan, dan sendi yang rosak akibat penyakit gout, arthritis dan rhuematik. Radix bersama Minyak but-But amat sesuai untuk mereka yang menghadapi permasalahan ikatan silang kalogen pada sendi. Mereka yang menghadapi patah tulang atau terseliuh dapat mengatasi dalam masa yang cepat.

Bagi mereka yang demam di tahap awal gunakan Radix dan Malac. Flavanoid dalam Radix amat baik untuk mengatasi penyakit seperti athma sekiranya disinergikan bersama pelawas. Radix juga bertindak sebagai karminatif (penolak angin) amat baik untuk mereka yang menghadapi gastrik dan ulser. Radix baik untuk keseimbangan hormon wanita agar tidak dingin bersama suami.


PRODUK TERSEBUT MAMPU MEMULIHKAN SAKIT PINGGANG ANDA SEKIRANYA DIAMALKAN BERTERUSAN. INSYALLAH.. hubungi saya sekiranya anda mahukan produk RADIX ini...

tips-tips berikut ialah untuk membantu memulihkan sakit pinggang yang anda alami:

1. Jangan duduk terlalu lama (pastikan setiap setengah jam anda berdiri atau berjalan selama beberapa minit.)
2. Amalkan senaman khusus untuk pinggang setiap hari atau 3 kali seminggu.
3. Urut refleksi tulang pinggang pada bahagian tapak kaki keras-keras.(Refleksologi)
4. Tumbuk halia bersama asam jawa dan oleskan di bahagian pinggang yang sakit sebelum tidur. Ia akan membantu melegakan rasa sakit pinggang anda.(Ubat petua)
5. SUPER KINO juga membantu sekiranya anda melekapkannya selama 3 malam berturut2.-anda boleh dapatkannya di Cosway (Ole-Ole)seksyen 18 shah Alam.(Bekam Moden jepun)
6. Bagi yang Islam... boleh juga mengamalkan doa ini.
"Bismillah 3 kali. Aaudzubillahi waqudratihi min syarri maa ajiidu waa uhaziiruu." 7 kali. sambil meletakkan tapak tangan anda ke pinggang( baca satu set sebanyak tujuh kali bacaan. buatlah dalam 3 set-angka ganjil)... insyallah ia akan memulihkan pinggang anda dalam masa yang singkat... buat berulang kali setiap kali pinggang sakit.
7. Anda boleh juga letakkan ubat Klinik jenis MENZA. ia boleh didapati di klinik atau farmasi. MENZA -UBAT SAKIT OTOT ATAU PINGGANG.- ia akan melegakan anda juga.


demikianlah 7 tips yang pasti berguna untuk anda. selamat mencuba!

PALESTIN VS ISRAEL LAKNATULLAH!

Salam,

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)
Gaza ( Palestine )
Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..
Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...
Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat... SINGAPURA ! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Wasalam.