The Alien - Link Select

Rabu, 14 April 2010

GAMBAR YANG DISUMPAH!

SEKIRANYA ANDA MELIHAT GAMBAR TERSEBUT... BENCANA BURUK AKAN MENIMPA ANDA SEKIRANYA ANDA MELIHAT GADIS TERSEBUT TERSENYUM...
DAN AKU TAK BERTANGGUNG JAWAB KALAU ADA APA-APA YANG BERLAKU...

KLIK DI SINI...

http://all.name.my/sumpahan/


HEHEHEHEHE

SUMPAHAN AISYAH



kisah ini adalah satu kisah yang pelik... kalau nak tahu, sila baca sampai habis...

Aishah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang pemalu. Dia berhijrah ke ibukota sekitar tahun 1984. Aishah mengalami sejenis penyakit di mana matanya sangat sensitif terhadap cahaya yang terang. Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata hitam. Dan Aishah paling pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya. Kerana dia sensitif terhadap 'flash' yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk.

Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan. Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar Aishah. Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga berbuih mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas lantai sehinggalah pihak ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah ditempatkan di hospital di dalam bilik yang istimewa di mana lampu dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar tersebut juga datang melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.

Sejak hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya beberapa jenis ubat-ubatan dan disuruh agar berehat untuk satu jangkamasa yang lama. Dia hanya duduk di rumah sahaja dan hanya keluar pada waktu malam di mana cahaya tidak begitu terang untuk membeli makanan. Teman serumah yang simpati dengan keadaan Aishah mengizinkannya tinggal sementara di rumah tersebut tanpa perlu membayar sewa sehingga dia benar-benar sihat untuk pulang ke kampung.

Setelah sebulan, kini Aishah sudah sihat sepenuhnya. maka tibalah masa untuk Aishah pulang ke kampung. Pada malam itu Aishah keluar dari rumah untuk menuju ke stesen bas. Dalam perjalanan dia telah diculik oleh 4 lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong dan diikat kaki dan tangannya ke sebuah tiang. Aishah menangis meminta simpati. Pakaiannya ditanggalkan satu persatu dan dirogol secara bergilir-gilir. Salah seorang dari perogol tersebut mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar perbuatan terkutuk itu. Aishah merayu supaya gambarnya tidak diambil. Dia cuba menerangkan mengenai keadaan penyakitnya yang sensitif terhadap cahaya. Namun penjahat tersebut tidak menghiraukan rayuan Aishah. Kali pertama gambar diambil, lampu flash yang menyilaukan itu menyebabkan penyakit Aishah datang kembali. Kepalanya sangat sakit. Dia menjerit-jerit kesakitan dan pada masa yang sama masih dirogol oleh 4 lelaki durjana tersebut.

Gambar diambil dengan bertubi-tubi. Setiap kali lampu flash tersebut terkena matanya, kepalanya merasa bagaikan dihiris-hiris. Itu belum dikira dengan kesakitan diperkosa dan penderitaan psikologi yang dialaminya ketika itu. Darah mula mengalir melalui hidung, telinga dan matanya. Setelah menderita diperkosa selama 4 jam, Aishah dibawa ke atas sebuah jambatan. Dan dia dicampak hidup-hidup dalam keadaan sakit kepala yang kronik dan badan yang lemah tidak bermaya.

Sebelum dicampak Aishah sempat berkata, "Sesiapa yang melihat gambarku yang diambil tanpa rela, aku akan seksa mereka di dalam mimpi dengan kesakitan yang sama yang aku alami. Aku sumpah. Dalam matiku sekalipun, celakalah mereka yang melihat gambarku!"

Keesokkan paginya 4 lelaki durjana itu pergi ke kedai foto untuk mencuci gambar yang mereka ambil. Sejumlah wang telah diberikan kepada tokei kedai gambar untuk merahsiakan perihal gambar yang dicuci. Mereka ketawa terbahak-bahak melihat gambar Aishah yang tidak berdaya dalam keadaan bogel yang sungguh memalukan itu.

Tiba-tiba kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan dan terlanggar dahan pokok yang terjatuh ke atas jalanraya. Dahan pokok tersebut tembus melalui enjin kereta dan terus menusuk kepala pemandu. Dia mati di tempat kejadian.

Lelaki durjana yang kedua mati petang itu di hospital akibat pendarahan kepala yang teruk..

Lelaki ke-tiga selamat dari kemalangan dan dibenarkan pulang. Tetapi dalam perjalanan pulang dia tersandung dan terjatuh ke dalam longkang yang dalam. kakinya patah dan tidak mampu untuk memanjat kembali ke atas. Akhirnya mati lemas kerana ketika itu hujan turun selebat-lebatnya dan air naik dengan cepat.

Lelaki ke-empat pulang ke rumah. Pada malam itu dia bermimpi Aishah datang menemuinya dan memukul kepalanya dengan sebatang kayu. Pabila terjaga dia merasakan sakit kepala yang sangat teruk. Sakit kepala yang terlalu kronik sehingga dia hilang pertimbangan dan mengores-goreskan garfu ke kepalanya hingga berdarah. Dia kini menyesal dan merasakan dia sudah terkena sumpahan Aishah. Lantas dia menyerah diri ke balai polis berdekatan dan menceritakan semua perkara terkutuk yang dilakukannya terhadap Aishah yang malang itu. Semua gambar-gambar Aishah yang diambil ketika dirogol diserahkan kepada pihak polis. Pihak polis menahan lelaki ini di dalam lokap dan terus menjalankan operasi mencari Aishah.

Lelaki tersebut akhirnya mati di dalam lokap kerana menghantukkan kepalanya sendiri ke dinding ekoran dari sakit kepala yang tidak tertahan lagi.

Selepas 2 hari, mayat Aishah ditemui terapung di sungai. Dia dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan dikenalpasti identitinya.

Doktor yang menjalankan bedah siasat mengambil sekeping gambar mayat Aishah untuk direkodkan. Apabila flash kamera tersebut memancar, jantung Aishah kembali berdegut buat seketika. Dan kedengaran mayat tersebut menghembuskan nafas. Perkara ini sangat memeningkan doktor itu.

Selepas gambar mayat dicuci, doktor tersebut ditemui mati kerana overdose makan ubat penahan sakit.


sila gambar Aisyah.. yang kononnya meninggalkan sumpahan demikian.... anda pasti merasakan kelaian kepala anda sekarang... ANDA AKAN RASA PENING SETELAH MELIHATNYA..

Diceritakan gambar yang disimpan oleh pihak polis kini dimusnahkan kerana sesiapa yang melihat gambar itu dilaporkan mengalami mimpi ngeri dan sakit kepala yang sangat teruk. Hari ini, gambar post-mortem mayat Aishah sudah ditemui kembali. Kes ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana sumpahan ini masih belum dapat diatasi. Dan sesiapa yang melihat gambar ini, malam nanti Aishah akan datang di dalam mimpi, dan apabila terjaga akan mengalami sakit kepala yang kronik. Mengikut pengalaman, imej tersebut akan menghantui pemandangan anda sehingga di mana-mana sahaja anda lihat, gambar mayat Aishah akan menjelma dalam pandangan anda.

Tak percaya? Cuba pejamkan mata dan dongak ke atas. Apa yang anda lihat?

Untuk mengelakkan dari terkena sumpahan Aishah, jangan lihat terus ke matanya. Jangan hantar gambar ini kepada sesiapapun jika anda masih sayangkan mereka.

PENULIS : Sebenarnya ini kerja syaitan laknatullah. melalui gambar itu Syaitan menjalankan kerjanya dengan meninggalkan kesan kesakitan pada mata dan kepala bagi sesiapa yang melihat dan merenung mayat Aishah dalam gambar di atas... tak percaya??? cuba sekali lagi... anda akan merasakannya... tetapi setelah anda membaca 'Audzubillah...' kesan itu tidak akan berlaku.. inilah yang uniknya di sini.. ada kumpulan syaitan yang sedang bekerja untk melahirkan kesan tersebut... Subhanallah Allahuakbar!

MATI ITU PASTI!




KEMATIAN YANG KAMU LARI DARINYA ITU? IA AKAN MENDATANGIMU PADA MASA YANG DITENTUKAN!

Mati adalah suatu proses perpisahan antara roh dan jasad. Jasad yang terdiri daripada tulang, dagung, darah, urat-urat, kulit, bulu dan kuku setelah ditinggalkan roh akan menjadi rosak dan hancur. Roh pula ialah suatu unsure ghaib yang diciptakan Allah. Hanya Dia sahaja yang mengetahui rahsia roh. Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 85 mafhumnya “Dan mereka akan bertanya kepada (Muhammad) tentang roh. Katakanlah : Roh itu urusan Tuhanku dan kami tidaklah diberi pengetahuan kecuali sedikit.”
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai Mati!"- Qur'an

beringatlah... agar kita mati dalam Islam dan agar saat akhiran hayat yang baik bersama kita.

Insyallah... wallahualam..

Selasa, 13 April 2010

CERITA BARU!


-Majalah komik Pendekar Laut dan tidak kaitan dengan ini cerita...sekadar Hiasan.

Hari agak kurang sihat... namun, dengan amalan khas Suluken, aku berjaya mengoptimumkan kekuatanku... harap2 pada masa akan datang tidak akan berlaku gangguan itu lagi. Syaitan memang suka manusia bermusuhan diantara satu sama lain. semoga mereka yang dipengaruhi Syaitan laaknatullah ini insaf dan bertaubat dan semoga Allah memberi hidayah-Nya...
manusia memang mudah dirasuk hasad dengki, tambah-tambah lagi kalau melihat ada orang lebi sikit dari dia... inilah orang melayu, yang tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri. Kalau dapat berdiri pun di atas kemusnahan orang lain yang lebih dulu berjaya darinya... (lihat sendiri dalam filem SANTAU) huh!... orang melayu macam ni adalah macam perasit... menumpang dan merosakkan perumahnya.. hmmm... apapun kalau manusia ini beragama dan beriman... nescaya masalah ini tidak akan timbul... semuanya akan mengikut lunas2 Allah dan Rasul-Nya... semuanya akan selamat di dunia dan akhirat...
apa pun, kita sebagai manusia mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya... mestilah selalu memgang teguh 'tali' ini dengan kukuh.. Insyallah selamat selamanya...
minggu ini aku dah berjaya menyiapkan dan menghabiskan movie terakhir Young and dangerous- part 6... ini mungkin merupakan akhiran saga movie ini... ending memang bagus...cuma pengajarannya ialah... setiap kerja-kerja tidak elok tetap akan berakhir dengan kemusnahan diri sendiri... itulah moral ceritanya... sekarang ni juga aku merangka satu novel baru... kuberi tajuk : Geng Tengkorak Merah... hehehehe. cerita samseng di sekolah. Menceritakan Zack, Bobby, Sam, Andy, Mawie, Chan Ho Ming dan Raja. yang menubuhkan geng Tengkorak Merah untuk menyaingi kumpulan samseng sekolah yang menguasai SMK Batu Lapan di Kota Kinabalu.
waaa... aku ada tiga novel yang perlu disiapkan serentak... SOLO(SaiFai-hero), GTM(Novel remaja samseng) dan Arena 2077(Saifai- battle.-MAMPUKAH AKU? apapun kita tengok dulu.. bagaimana kemampuan aku menyiapkannya... sebelum ini aku menyiapkan PAhlawan Adamus dan AKU BUKAN HISYAM 2 serentak... entahlah kali ini... 3 cerita dan Pahlawan Adamus 2 ditangguhkan dulu...

Isnin, 12 April 2010

PETUA LANGSING MUJARAB!

CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

• JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

• AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

• MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

• ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

• KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

• AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

• MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

• KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

• Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

• Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

• Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

• Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

• Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

• Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

• Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

• Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

• Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

• Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

• Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

• Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

• Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,
kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.
Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama.
Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.


amalkan juga Jus istimewa ini...

JUS PELANSINGKAN BADAN
1. Dua biji lobak merah dipotong
2. Sebiji mentimun segar
3. Sebiji limau nipis
Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum.Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan yang gedempol akan beransur langsing dan menarik.

SELAMAT BERJAYA!

BUNGA?



Bunga hanya indah dan cantik di pokoknya sahaja... bila dipetik ia akan layu dan mati... tabiat ini zalim dan membazir... dua sifat itu adalah sifat dan sikap Syaitan Laknatullah!


Tabiat menghadiahkan bunga?

Apakah tabiat itu sikap orang Islam??? Yang aku tahu… itu kelakuan orang bukan Islam. Dan ini membuat aku teringat sabda Rasulullah SAW. “Brangsiapa yang menyerupai satu-satu kaum itu, maka dia akan dibangkit di kalangan kaum itu di akhirat.” Nah… bayangkan kita mengamalkan sikap memberi bunga untuk kekasih atau isteri… ini bukanlah budaya kita… ini budaya KAFIR LAKNATULLAH… buat apa kita nak ikut kalau esok di Masyhar kita dibangkitkan di kalangan Kafir Laknatullah???
Budaya kita ialah memberi salam dan menyebarkan sesuai dengan sunnah Rasulullah SAW. Mendoakan saudara seagama dan yang dikasihi… itu lebih baik dari memberi bunga hidup(ros dan sebagainya…) lebih disukai dan diredhai Allah dan Rasul-Nya… mengapa pula kita mesti memilih cara orang Kafir????- HAL INI RAMAI YANG TIDAK SEDAR-SEDAR… KASIHAN AMAT!

Bagi aku ia menzalimi makhluk Allah…. Bunga itu fungsinya apa??? Kalau sekadar hiasan. Bunga bukan hiasan yang kekal lama… ia hanya mampu bertahan 2-3 hari kemudian layu dengan sia-sia sahaja. Kan elok kalau bunga tersebut kita biarkan di pokoknya dan menunggu lebah datang mengambil madunya lalu di bawah ke sarang. Dari situ lebah menghasilkan madu Asli yang amat berkhasiat untuk manusia…

Dan biarkan sahaja bunga itu dipokoknya agar dedaunannya terus menyumbang oksigen untuk kita bernafas dan berkurangnya kepanasan dunia… suhu Bumi semakin panas lantaran berkurangnya tumbuhan… yang bodohnya manusia menebang pokok-pokok dan memusnahkan alat utama sumber oksigen seluruh dunia… penebangan besar-besaran boleh dibendung .. tapi yang sikit-sikit dan diam-diam pasti lagi merbahaya pada alam ini…

Kalau sekadar menyekat keperluan makhluk lain dengan memenuhi hawa nafsu yang bertunjangkan hasutan nafsu Syaitan… buat apa???
Sudah! Hentikan menjual Bunga Hidup jenis apa sekali pun…. Hentikan budaya KAFIR LAKNATULLAH ini… ZALIM DAN MEMBAZIR!

GAMBAR SIAPAKAH INI?



APAKAH PERASAAN ANDA APABILA MELIHAT AKU?