The Alien - Link Select

Ahad, 10 Januari 2010

WHY I LIKE SULU?








BEST KAN??? inilah pemandangan di Sulu. come and see it by your own eyes....


VACATION KE ULU YAM!

puass hati!

terapungggg.... hehehe

inilah dia... tempat berkubang yang best! lain kali boleh datang lagi... hehehehee


Setelah berpindah tempat... kami menemui satu lokasi yang jauh sikit dari orang.. takde orang datang sini... penuh dengan sampah dan sawang labah2... sebab aku ni kreatif.. maka aku ubah tempat itu menjadi tempat yang strategik dan menarik... kuarkan semua batu2 dan buat empangan kecil(pool) dan bersih sampah kat situ... bagi air mengalir... fuh! lepas tu... jadilah tempat berkubang yang baru ! hehehehehe! Traangggggggggggggg!



ini di tempat yang sama. kali ini masak megi Ayam campur megi kari... campur sosej ayam... fuh cukup erselera sekali makan kat tepi sungai ni ya.... bini I pun happy .. sebab dapat release tension... sian dia.... takpe... lepas ni.. ada rezeki nanti boleh pi setiap hujung bulan....




di Ulu Yam release tension. ini di bahagian atas... sebelum kami ke bawah untuk beralih tempat.


Ulu Yam ni memang best kalau diusahakan dengan serius dan lebih kreatif serta inovatif...


kami ke sana pada hari sabtu.... planning last minutes punya...


hehehehee!





Khamis, 7 Januari 2010

AKU TENGAH CARI NOVEL-NOVEL INI... BANTUAN PLEASE!


Aku tengah mencari novel-novel ini. Ia pernah aku baca masa kat Library Kota Kinabalu beberapa tahun dulu... agaknya 15 tahun yang lepas kot... aku tak pasti lak... kalau-kalau ada novel2 ini di Library KK... atau mungkin juga sudah lupus. Entahlah... harap-harap kawan aku kat sana boleh bantu... kalau dapat lima buah novel je... Permata Aurorius tu aku dah ada... aku nak... KOTA ARIALUN, KEMBAR ARTAKUS, PETUA AZKRAM, PUTERI ALINDALIA dan PEDANG AURORA..... kat DBP pun sudah tiada naskah ini. apatah lagi bila aku call Abang Pat(Ahmad Petria Abdullah-penulis novel2 ini)... dia sendiri pun takde naskah. kecuali Permata Aurora. Itupun dah rabak katanya... sian dia... takpe la.. kalau aku dapat aku nak photostat je dan beri dia satu salinan setiap satu... bukan mudah nak dapat naskah lama ni woooii.... dalam dunia novelis... novel-novel ini merupakan NOVEL ANTIK yang mahal harga dan tinggi nilainya... Untuk maklumat lanjut mengenai novel2 ini sila klik... http://www.artakus.my/

siapa-siapa yang ada naskah ini sila hubungi aku... di email Greendream_001@yahoo.com.


Terima kasih...

Rabu, 6 Januari 2010

MENGAPA AKU SUKA WARNA HIJAU?

Mari kita lihat mengapa aku suka warna HIJAU.

Memula sekali kita cuba definasikan warna hijau ini. Hijau ialah warna yang biasa dinampak dalam alam semula jadi, khususnya tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan berwarna hijau, terutamanya kerana tumbuh-tumbuhan mempunyai klorofil, sejenis sebatian yang terlibat dalam proses fotosintesis.

Cahaya hijau mempunyai panjang gelombang di sekitar 520–570 nanometer, dan dianggap sebagai salah satu daripada warna primer tambahan. Hijau ialah warna pelengkap untuk warna magenta; lebih tepat, warna hijau dengan kod perenambelasan #FF00FF. Orang-orang yang buta warna seringnya dapat membezakan kedua-dua warna ini, tetapi keliru antara warna-warna ini dengan warna-warna yang lain; umpamanya, hijau terang dengan kuning, dan hijau tua dengan coklat.

Istilah "hijau" tidak mentakrifkan warna yang tepat, kecuali istilah itu digunakan bersama-sama dengan sesuatu piawaian, seperti warna-warna X11, atau ruang warna mutlak seperti sRGB.

Kegunaan hijau dan pengaruhnya kepada kehidupan kita.

Warna hijau melambangkan pergi untuk isyarat lampu, isyarat kereta api, dan isyarat kapal. Warna ini juga merupakan warna untuk papan tanda maklumat dan hala. Papan tanda untuk pintu kecemasan berwarna hijau di sebilangan negara, tetapi merah di negara yang lain.
Pada Zaman Pertengahan, hijau melambangkan makhluk jahat atau hantu (termasuk naga Eropah, dan kekadang cinta).
Di China kuno, warna hijau ialah lambang untuk Timur dan Kayu, salah satu daripada lima warna utama.
Di pasaran saham Amerika Utara, warna hijau digunakan untuk melambangkan kenaikan harga saham. Bagaimanapun, di pasaran saham Asia Timur, warna hijau digunakan untuk lawannya, iaitu penurunan harga saham.
Untuk gogal penglihatan malam, warna hijau digunakan untuk memaparkan imej tertonjol kerana mata manusia boleh membezakan kebanyakan jenis warna hijau.
Dalam perlumbaan kereta, bendera hijau menandakan permulaan atau penyambungan semula perlumbaan.
Warna hijau ialah warna tradisi untuk sains suci canon law.
Disebabkan sifat penyamaran, warna hijau biasa dipergunakan untuk pakaian seragam lapangan bagi perkhidmatan tentera. Warna ini juga digunakan sebagai pakaian seragam untuk banyak angkatan tentera darat dan laut.
Warna hijau ialah lambang untuk Ireland yang sering dirujuk sebagai "Pulau Batu Zamrud". Warna ini khususnya dikaitkan kepada tradisi republik dan nationalisme pada zaman moden, dan digunakan dalam maksud ini untuk bendera Republik Ireland, dengan keseimbangan dengan warna oren Protestan.
Warna hijau juga bertindak sebagai lambang untuk bahasa Esperanto. Warna ini dikaitkan, khususnya, kepada bintang hijau dalam bendera Esperanto.


Warna hijau juga dianggap sebagai warna tradisi untuk agama Islam, disebabkan perkaitannya dengan alam semula jadi. Nabi Muhammad disebut dengan pasti dalam hadis sebagai berkata bahawa "air, tumbuhan-tumbuhan hijau, dan wajah yang jelita" merupakan tiga benda sejagat yang baik. Selain itu, dalam sura Al-Insan di dalam al-Quran, pengikut-pengikut Allah di Jannah dikatakan memakai sutera hijau yang bagus sekali
Skrin Hijau merupakan nama am untuk paparan komputer CRT monokrom yang menggunakan skrin fosfor P1.

Perasaan iri hati sering dikaitkan secara tradisi dengan warna hijau.

Meja SnukerWarna hijau ialah warna bola snuker yang mempunyai tiga mata, dan juga merupakan warna yang biasa untuk baize meja snuker.
Lantera Hijau and Panah Hijau ialah superwira-superwira Komik DC.
Warna hijau ialah warna yang secara amnya dikaitkan kepada Plaid Cymru, sebuah parti politik Wales, tetapi bukan atas sebab ideologi politik.
Hijau lumba British ialah warna kereta yang popular. Warna ini dipopularkan oleh syarikat-syarikat seperti Bentley pada awal abad ke-20. Warna ini juga merupakan warna tradisi untuk kereta lumba yang ditajai oleh pengeluar kereta British.
Dalam Unsur Kelima, warna hijau ialah ungkapan minat sementara yang dipopularkan oleh Ruby Rhod, tuan rumah rancangan temu bual, yang menunjukkan sesuatu yang mengikut perkembangan fesyen atau yang bergaya.
Dalam Magik: Perhimpunan, hijau ialah salah satu daripada lima warna magik yang terdiri daripada sihir-sihir berdasarkan alam semula jadi, dan makhluk hutan.
Dalam karya Komedi Tuhan oleh Dante Alighieri, warna hijau ialah warna yang digunakan untuk melambangkan harapan.
Di banyak negara, khususnya negara-negara dalam blok Soviet, warna hijau ialah warna untuk pengawal sempadan.
Dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat, warna hijau ialah warna untuk polis tentera, sedangkan hijau hutan ialah warna untuk Pasukan Khas Angkatan Tentera Amerika Syarikat atau "Beret Hijau".
Dalam siri-siri Power Rangers dan Super Sentai, semua Renjer Hijau berjantina lelaki. Kekecualian yang tunggal untuk aturan ini ialah "Super Sentai" yang merupakan Pahlawan Hijau wanita yang jahat.
Begitu juga Kryptonite yang menjadi kelemahan Superman dalam kisah adiwira terkenal dunia adalah berwarna hijau terang.

Bahan-bahan hijau
Pewarna makanan hijau termasuk klorofil (E140 dan E141), kuinolina (E104) dan di negara-negara yang mengizinkan kegunaannya, "Hijau S" (E142).

Ungkapan bahasa basahan Inggeris
Berasa iri hati, salah satu daripada Tujuh Dosa Berat, yang juga dipanggil sebagai "green-eyed monster" membawa maksud "raksasa mata hijau" (ungkapan itu dicipta oleh Shakespeare dalam karyanya Othello). Seorang yang berasa iri hati dikatakan ""green with envy" yang membawa maksud harfiah, "hijau dengan iri hati". Bahan-bahan yang menyebabkan kulit menjadi hijau termasuk biliverdin, pigmen hijau dalam hempedu, dan seruloplasmin, satu jenis protein yan membawa ion-ion kuprum dalam proses pengkelatan.
Sebagai tradisi, seseorang yang bertangan dingin dikatakan mempunyai "green thumb", (ibu jari hijau) atau "green fingers" (jari-jari hijau).
Seorang yang tidak berpengalaman kekadang digelarkan "green" (hijau), mungkin disebabkan buah-buahan yang mentah berwarna hijau. Perkataan "greenhorn" (tanduk hijau) juga merujuk kepada seseorang yang tidak berpengalaman.
Makhluk luar angkasa kekadang dirujuk sebagai "little green men" (lelaki-lelaki hijau yang kecil).
Orang yang berasa tidak sihat kekadang dirujuk sebagai "green around the gills" (hijau disekeliling insang).
"Green" (hijau) ialah istilah slanga untuk marijuana, disebabkan warna bahan tumbuhan itu.
"Being Green" ("adalah hijau") ialah jargon (sekurang-kurangnya untuk restoran) yang bermaksud seorang yang baru. "Being very green" ("adalah amat hijau") merujuk kepada seseorang yang tenggelam dan mudah ditinggalkan.
Warna web
Templat:Swatch Warna hijau yang digunakan untuk HTML dan gaya sunting berkaskad (CSS) sebenarnya ialah hijau tua (#008000), seperti yang dapat dilihat dalam sampel di kanan: warna hijau yang tulen digelarkan hijau pucuk pisang

Yang nyatanya, Rasulullah SAW sendiri menggalakan kita memandang warna hijau sekiranya ingin menguatkan pengelihatan mata dan menyihatkan mata kita.

MARI KITA SAMA-SAMA TERUS MENGHIJAUKAN BUMI KITA.

Isnin, 4 Januari 2010

PAHLAWAN ADAMUS

Hirakne sera Nusrakun : akhirnya dia datang / muncul
Akhirnya, kulit novel bagi Pahlawan Adamus sudah aku terima. Waah! ... memang cantik ilustrasinya... saya berpuas hati dengan lukisan tersebut... tahniah buat pelukisnya dan Insyallah minggu depan ia akan siap dicetak dan akan berada di pasaran agak-agak minggu depan kot... dan aku akan dapat 10 naskah free... hehehe.. tunggulah novel setebal 510 muka surat ini di pasaran.


Nusuari Fiarans


BERIKUT IALAH SINOPSIS NOVEL PAHLAWAN ADAMUS
Faizal tercampak ke alam Fiara yang asing secara tidak sengaja ketika bergegas ke tempat kerja. Di alam yang asing itu dia menjadi pahlawan yang diramalkan sebagai pahlawan yang akan membawa sinar keamanan dan kedamaian. Dia digelar pahlawan Adamus dari keturunan Dewa Meus yang pernah menjadi penyelamat dan pembawa ketamadunan alam Fiara. Bersama Tok Kiril, ahli sihir agung itu dia mengembara mencari pedang sakti yang diramalkan sebagai pedang penghapus kejahatan.

Di alam serba asing itu juga dia menemui kekasih hati yang sangat menepati keinginan hatinya. Malangnya semua itu berakhir dengan trajedi penculikan yang membawa Faizal melalui pengembaraan yang sangat mengujakannya dan satu pengembaraan yang sememangnya sebagai satu jalan takdirnya di alam itu.

Di tengah pengembaraan itu dia mengenali pelbagai perkara dan pelbagai pengalaman yang sukar dilupakan, yang juga hampir-hampir meragut nyawanya. Dia bertemu dengan Gullok, Ulduk, Binatang Unikorn Hijau, Pari-pari Adasil, Gimbaro dan banyak lagi makhluk Fiara yang sangat aneh dan ganjil. Di akhir pengembaraan itu dia bersua muka dengan maharaja Syaitan Karnakas dan Tok Nujumon yang memerintah alam itu dengan kejahatan dan kezaliman di istana awan, Hamikhdas.

Berjayakah dia menghapuskan kejahatan dengan pedang Unikorn? Berjayakah dia menyelamatkan Her-Una, kekasih hatinya? Dan berjayakah dia pulang semula ke alam Bumi? Ikuti kisahnya pengembaraan Faizal sebagai Pahlawan Adamus di alam Fiara.
Dalam novel ini juga disertakan huruf-huruf rahsia Kod Urkon yang digunakan sebagai sistem tulisan alan Fiara. Kepada yang ingin menjadi Fiarans selepas membaca novel ini dan ngin menjadi penghuni alam Fiara akan digelar Fiarans dan dibenarkan menggunakan huruf-huruf Urkon tersebut untuk kegunaan peribadi. Beberapa perkataan Urkon yang dituturkan oleh Adamus dan penghuni alam Fiara, juga disertakan.
Hamarraki... (berusahalah!)

Ahad, 3 Januari 2010

ADAMUS


sesuatu yang sukar dibayangkan ialah bagaimana rupa-bentuk ilustrasi novel aku... Pahlawan Adamus. ilustrasi nama Adamus di atas sekadar bayangan aku sahaja. Pihak PTS belum menghantar final pruf untuk aku tatap walaupun novel tersebut sudah berada di kilang cetak... hmmm... apa hal agaknya? ya? begitu juga dengan ilustrasi kulitnya... masih dalam tertanya-tanya... berdebarnya ... menunggu untuk melihat ilustrasi tersebut... sabar Sil!

AVATAR DAN ADAMUS... SIAPA HEBAT?



SEMALAM menonton Avatar di panggung JJ Bukit Raja, Klang bersama isteri dan adik ipar. Movie ni memang amat menarik. dan membuatkan aku ditemui satu idea untuk membuat novel tentang kaum Hedor yang berkulit hijau pula... berbanding dengan kaum Na'vi yang berkulit biru.... best James Cameroon! tontonilah..anda takkan rugi.!
anyway... baru tadi PTS bagitau, novel pahlawan Adamus sudah di dalam kilang cetak dan akan berada di stor atau gudang pada 8 januri ini... Alhamdulillah.. akhirnya Pahlawan Adamus akan memulakan pengembaraanya bermula 8 anuari 2010 ini.... hehehe... seronoknya... buat masa ini aku masih lagi terkial-kial untuk menyiapkan novel 'AKU BUKAN HISYAM' part 2..insyallah akan berada di pasaran pertengahan tahun ini kalau tiada aral melintang...
gembiranya, memikirkan Adamus akan menguasai pasaran kelak....! Insya Allah..