The Alien - Link Select

Ahad, 21 Jun 2009

TODAY

"JAGALAH keja tu ya... jangan ikut kepala je. kang kena buang. Susah nanti." begitulah kata-kata bini aku ni. Berikutan nak beli umah (masih dalam perancangan) Insyallah... tu la dia pesanan isteri tersayang... betul juga katanya... aku kadang-kadang ikut hati je kalau pasal keje. tetapi aku bukanlah jenis yang keje makan gaji buta je... (naudzubillah). Semoga aku terus menjadi pekerja yang rajin dan berintegriti dan Ingat kerana Allah aku kerja... Bos aku ialah Allah SWT.. bukan yang lain !... Allah bagi aku keje...Allah bagi aku gaji, Allah bagi aku hidup dan nyawa, Allah bagi aku makan apabila Allah bagi aku lapar. Dan bagi aku gembira apabila Dia bagi aku sedih... Segala Puji bagi-Nya Sesungguhnya Tiada Tuhan selain-Nya.
"Subhaanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallah wallahu akbar"
Hari ini aku kuar jap... sebelum tu aku minta lah kebenaran dari Bos nak kuar. Ingat nak kuar 2 jam..tetapi bos aku bagi aku sejam je... Segala puji bagi Boss aku...(Jangan pk boss aku ni yang duduk atas kerusi dan menghadap meja dan komputer setiap hari... ha ha ha! Bukan tau! Bukan!). aku kuar dalam jam 12 tepat lepas letak minisign atau meja aku. 'KELUAR' bermaksud aku sudah pun minta izin dari majikan dan dah pun isi borang keluar untuk urusan peribadi. Bini aku kemudiannya tiba di library dan aku bergegas turun. Kami bergerak ke Bank Islam kat s.9. Fuh! punyalah ramai orang... aku dapatlah nombor 1287. Masa tu nombor yang ada ialah 1224... fuh! nak menunggunya... kompom lama gile... nasib baiklah bini aku parking keta dan masuk sekali... adalah juga masa untuk berbincang-2 pasal umah dan hal-hal lain. Kalau bukan PTPTN aku tak habis bayar lagi... takde la aku tercongok depan kaunter bank Islam yang dulunya pernah kecoh pasal menggunakan lambang Menora Yahudi pada web diorang... tetapi kemudiannya dah clear laa.... lepas tu bila selesai kat bank islam...kitaorang bergegas ke KWSP... nak tgk simpanan kalau-kalau boleh kuar dit tu untuk umah. Alhamdulillah... boleh! Sebab lama sangat tunggu aku gi makan jap kat luar... biarkan bini aku kat dalam ...sebab dia dah suh aku makan dulu(Lantak ikan Talapia, Sayur dan nasi je...)... lagipun aku nak masuk keje balik jam 2... masa tu dah jam 1.45 pm... ada masa sikit je lagi nak makan... dah tu tengah2 makan dia datang dan kami balik la ke opis... dia kembali ke MBSA nak amik cek.... lepas aku keje la maam biasa hari ini...

Khamis, 11 Jun 2009

TAUSUG ATAU SULUK?


TAUSUG DIHORMATI?
"Pengalaman menjadi pelajar di salah satu universiti di Marawi City, Mindanao menghasilkan beberapa cerita menarik tentang bagaimana pandangan kaum lain terhadap Tausug. Kaum Maranao dan Maguindanao bila mengetahui yang mereka bawa bergaduh ialah Tausug mereka akan cepat-cepat redakan keadaan samada meminta maaf atau lari sahaja.
Dikalangan kaum Mindanao saya punya pengalaman bergaduh dengan Maguindanao dengan Maranao. Tidak pula bagi kaum Iranun, kerana Iranun sangat menghormati Tausug. Iranun kiranya bertembung dengan Tausug selalu mengalah sambil berkata "Sulug anan, manga pagari' tano" (Tausug, mereka adalah saudara kita). Kerana mereka tahu, sifat Tausug tidak suka memulakan pergaduhan.
Di Pulau Luzon, Tausug dikenali sebagai Suluan atau Joloano manakala di Mindanao, Visaya, Cebu dan lain-lain tempat Tausug dikenali sebagai SULUG. Dikalangan masyarakat Filipina begitu mengenali Tausug dengan dua perkara.
Pertama: Tausug adalah kaum yang berani
Kedua: Tausug adalah manusia baik"
Ulasan: Dua perkara di atas adalah gelaran kepada sifat Tausug di mana-mana sekali pun ada juga yang menggelar Tausug sebagai "perompak dan pengganas" tetapi keseluruhan dua perkara di atas tetap diberi kepada Tausug hingga kini.
KAUM WARAY VISAYA
Di Pulau Visaya kaum yang sangat berani ialah kaum Waray. Mereka bertebaran dimerata tempat di kepulauan Filipina yang dikenali sebagai berani tetapi tidak di Sulu. Kaum Waray ditakuti di kalangan kaum beragama Kristian.
"Saya pernah menaiki kapal di Pulau Cebu, tiba-tiba terlanggar bahu seorang lelaki Waray. Beliau terus menolak saya menunjukkan kemarahan (mungkin marah dengan terlanggar bahu yang saya tidak sengaja) lalu saya pegang dan memulas tangannya. Saya katakan padanya agar jangan memulakannya kerana saya akan melawan. Dia terkejut lalu bertanya saya berasal dari mana, saya menjawab dari Sulu. Dia tanya samada saya berbangsa Sulug saya kata memang saya Sulug. Tiba-tiba berubah wajahnya dan menunjukkan sikap berbaik-baik.
Sepanjang perjalanan di dalam kapal beliau menceritakan kepada saya tentang keberanian dan kebaikan Tausug. Menurutnya, orang kampungnya yang menjadi tentera Filipina tidak mahu dihantar bertugas ke Sulu kerana takut dibunuh oleh Tausug. Sebilangan besar langsung letak jawatan bila terdengar mereka akan ditugaskan di Sulu.
Sebenarnya ia bukanlah pelik bagi saya. Kerana sebelum ini saya pernah saksikan sendiri di lapangan terbang Jolo, Sulu bagaimana sekumpulan tentera Filipina yang baru sampai di lapangan terbang Jolo meninggalkan senjata dan seragam mereka lalu naik kapal kembali ke kampung mereka sambil membebel bahawa mereka tidak dimaklumkan langsung yang mereka akan ditugaskan di Sulu".
RAHSIA KEBERANIAN
"Pada tahun 2000 saya pernah berkunjung ke Illigan (Beberapa puluh kilometer dari Cotabatu) bersama 3 orang sahabat yang juga berasal dari Jolo. Ketika kami melintasi satu kawasan yang dipenuhi oleh kaum Visaya mabuk (jumlah mereka lebih kurang 30 orang) salah seorang sahabat saya telah berselisih faham lalu berlaku pertengkaran dengan salah seorang Visaya yang ada di situ sehingga membawa kepada pergaduhan. Apa yang berlaku kami berempat telah diserang dan dibelasah sehingga lebam dan luka-luka. Oleh kerana mereka terlalu ramai dan saya pula risau salah seorang dari kami dikeroyok maka kami masing-masing bersandar bahu membahu agar tidak terpisah.
Saya berseru dalam bahasa Tausug kepada 3 sahabat "Ayaw kita niyu dumagan misan kita niyu mapusat!!" (Jangan lari walau pun kita dilanyak sampai lumat!!). Tiba-tiba mereka terkejut setelah mereka dengar kami bertutur dalam bahasa Tausug lalu beberapa orang dari mereka cabut lari. Setelah lihat yang lain lari maka yang tinggal pun lari, yang akhirnya semua lari. Oleh kerana terlalu geram kami mengejar dan sempat menangkap seorang lalu kami belasah cukup-cukup. Apa yang saya paling risau dan tidak sanggup menghadapinya ialah sekiranya kami dipanggil PENAKUT oleh mereka, sebab itu saya seru mereka jangan lari biar pun dibelasah hingga lumat, janji jangan lari.
Di kalangan kaum Visaya, mereka mengenali Tausug dengan "Bangsa yang tidak takut mati" dan "Tidak akan lari walaupun keseorangan". Sahabat saya bernama Mudar pernah bersekolah di Pulau Cebu. Satu ketika beliau berselisih faham dengan pemuda Visaya dari suku kaum Waray sehingga membawa kepada pergaduhan. Beliau telah ditetak dengan sebilah parang lalu beliau tahan dengan tangannya menyebabkan tangannya terbelah dan parang sampai ke kepalanya. Bro Mudar tidak lari seinci pun atau menunjukkan wajah kesakitan malah terus merampas parang tersebut lalu mengejar waray untuk membalas. Malangnya Waray telah lari langkah seribu".
Ulasan: Ternyata keberanian Tausug ialah semata-mata berpunca dari takut MARUAH TERCALAR. Oleh kerana takut dipanggil PENAKUT sanggup melawan 30 orang musuh sekali pun tidak mampu melawannya. Situasi seperti ini tidak hanya berlaku kepada Neldy Jolo dan kawan-kawannya malah keseluruhan kaum Tausug terutama Tausug dari suku Buranun mempunyai keberanian pelik seperti ini yang disemai sejak kecil.
KEBERANIAN DISEBABKAN GENETIK?
"Saya punya seorang sahabat Tausug di Sulu yang ayahnya bernama Julhassad (namanya lebih kurang) pernah jadi tentera Filipina ketika dulu. Beliau berkata, ayahnya telah ditugaskan di Mindanao ketika itu telah ditawarkan oleh satu keluarga untuk menikahi anak perempuan mereka. Keluarga tersebut mahu Julhassad mengahwini anak mereka hanya semata-mata untuk mendapatkan anak lelaki "Tausug". Sekiranya Julhassad menceraikannya setelah itu mereka tidak kesah yang penting mereka dapat cucu lelaki "Tausug". Ternyata ia menjadi kebanggaan sekiranya mereka punya keluarga Tausug".
Ulasan: Malangnya Julhassad tidak berminat dengan tawaran tersebut. Perlulah dijelaskan, sebahagian Tausug masih memandang rendah terhadap kaum lain terutama kaum Visaya yang mereka anggap sebagai "hamba abdi" Spanyol ketika dulu. Malah Tausug masih menggelar semua kaum yang beragama Kristian samada Tagalog, Bagubo, Illonggo, Ilocano, Surigaonun, Hiligaynon atau siapa sahaja asalkan beragama Kristian semuanya "dibungkus" dengan istilah "Visaya". Hinggakan Visaya itu sendiri membawa maksud "Kafir" kepada Tausug hingga kini.
Persoalannya benarkah keberanian Tausug disebabkan Genetik? Atau keberanian tersebut telah disemai dari kecil oleh kaluarga mereka? Saya berpandangan ia disebabkan persekitaran serta budaya kebiasaan telah menjadikan mereka demikian. Tausug malu digelar penakut sebab itu sanggup mati dari menanggung malu kerana ibu bapanya senantiasa mengingatkan bahawa tiada datuk neneknya yang dayus takut pada "Visaya Kafir". Sebab itu lari dari musuh adalah simbol "kedayusan" yang akan menjangkiti generasinya yang akan datang. Keberanian inilah yang diakui oleh General Tentera Amerika Syarikat ketika dulu.
Seperti pembunuhan di Bud Bagsak (Gunung Bagsak) Sulu pada June 11, 1913 oleh tentera Amerika Syarikat yang di arah oleh General John Pershing. Beliau menghantar surat pada isterinya mengatakan:
"Perlawanan inilah yang paling menakutkan dan kejam yang pertama kali saya saksikan. Orang Moro (Yang dimaksudkan ialah Tausug Sulu) melawan seperti syaitan. Mereka memang sepenuhnya tiada ketakutan dan apabila sudah berazam untuk melawan, mereka terima kematian itu cuma sebagai satu peristiwa biasa.”
Dalam Press Release, 1,000 Tausug warriors who fought and died at Bud Dajo Battle pada March 8, 2006, Senator Aquilino Nene Q. Pimentel, Jr. berkata:
“Pahlawan-pahlawan Tausug dan ahli keluarga mereka yang menentang pencerobohan asing di Perang Gunung Dahu (Bud Dahu [Battle of Bud Dahu]) patut di iktiraf kerana keberanian dan keperwiraan mereka. Jarang kita temui di dalam sejarah, keberanian seperti yang di tunjukan oleh Tausug di Bud Dahu. Keberanian dan pengorbanan mereka mempertahankan Bud Dahu boleh di bandingkan dengan lagenda kemenangan penganut Yahudi (Jewish) menentang penjajah Roman di tahun 72 A.D, zaman Kristian di puncak kubu bernama Masada.
Semangat Tausug tidak takut akan mati (never-say-die spirit) di Bud Dahu di contohi oleh juruterbang Kamikaze Jepun yang melanggar kapal perang Amerika di perang Okinawa hingga ke penghujung Perang Dunia Kedua di Pacific. Bud Dahu berdiri megah di dalam rekod keberanian pahlawan-pahlawan dan orang-orang yang melawan demi kemerdekaan negara mereka dan ia yakni berada di tahap Masada yang tinggi dari Okinawa dan Saipan”.


Wallahualam....


UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG BANGSAKU TAUSUG INI SILA LAYARI WEB INI : http://tausug-global.blogspot.com/

Isnin, 8 Jun 2009

BERMUDA TRIANGLE!

Segi Tiga Bermuda, juga dikenali sebagai Segi Tiga Syaitan ("Devil"), merupakan kawasan di barat laut Lautan Atlantik di mana sejumlah kapal terbang dan kapal telah hilang dalam apa yang dikatakan sebagai keadaan yang melampaui sempadan kesilapan manusia atau akibat matapetaka semula jadi. Sesetengah kehilangan tersebut telah disabitkan dengan paranormal, penggantungan hukum fizik, atau aktiviti oleh makhluk asing oleh budaya popular.[1] Sungguhpun terdapat banyak dokumen yang menunjukkan kebanyakan kejadian telah disalah lapor atau ditokok tambah oleh pengarang berikutnya, dan kebanyakan agensi rasmi telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa jumlah kehilangan tidak dianggap menonjol menurut anggaran mereka, kebanyakan kehilangan kekal tidak dijelaskan sungguhpun penyiasatan mendalam dilakukan mengenainya. Sempadan Segi tiga Bermuda berbeza menurut pengarang; sesetengah menyatakan bentuknya menyerupai trapezium menyelitupi Selat Florida, Bahamas, dan keseluruhan pulau Caribbean timur Azores; yang lain menambah Teluk Mexico kepadanya. Sempadan segi tiga yang lebih biasa ditulis dalam buku mempunyai titik sempadannya di pantai Florida Lautan Atlantik; San Juan, Puerto Rico; dan pulau Bermuda tengah Atlantik, dengan kebanyakan kejadian tertumpu kepada sempadan selatan sekitar Bahamas dan Selat Florida.
Kawasan ini merupakan salah satu laluan perkapalan yang paling banyak dilalui di dunia, dengan kapal melintasinya setiap hari bagi pelabuhan di Amerika,
Europah, dan Kepulauan Caribbean. Kapal Kruise turut banyak tersedia, dan kenderaan rehlah sering berulang-alik antara Florida dan kepulauan tersebut. Ia turut merupakan laluan paling banyak diterbangi bagi kapal terbang persendirian dan perdagangan menghala ke arah Florida, Caribbean, dan Amerika Selatan dari titik utara.
Arus lautan
Arus Teluk mengalir melalui Segi tiga Bermuda selepas meninggalkan Teluk Mexico; arusnya sekuat lima hingga enam knot mungkin memainkan peranan dalam beberapa kehilangan. Ribut mengejut mampu dan pernah muncul, dan pada musim panas sehingga akhir musim gugur kadang-kala hurikan menghentam kawasan tersebut. Gabungan antara laluan laut sibuk dengan cuaca tidak menentu menjadikannya tidak mustahil kapal mampu karam dalam ribut dan tenggelam tanpa sebarang kesan – terutama sebelum teknologi komunikasi, radar, dan satelit dipertingkatkan pada akhir abad ke-20.


Menurut pengarang segi tiga Bermuda, Christopher Columbus merupakan orang pertama merekodkan sesuatu yang ganjil dalam Segi tiga Bermuda, melaporkan bahawa dia dan anak kapalnya melihat "cahaya pelik menari-nari di kaki langit", api di langit, dan pada titik lain dia menulis mengenai bacaan kompas luar biasa di kawasan tersebut. Dalam buku lognya, bertarikh 11 Oktober 1492 dia menulis:
Seorang anak kapal telah ternampak tanah itu (
Rodrigo de Triana), walaupun laksamananya pada pukul sepuluh petang itu sedang berdiri di biliknya (quarter-deck) nampak satu cahaya, tetapi sangat kecil satu benda yang beliau tidak dapat memastikan itu adalah tanah; memanggil Pero Gutiérrez, groom of the King's wardrobe, he told him he saw a light, and bid him look that way, which he did and saw it; he did the same to Rodrigo Sánchez of Segovia, whom the King and Queen had sent with the squadron as comptroller, but he was unable to see it from his situation. The Admiral again perceived it once or twice, appearing like the light of a wax candle moving up and down, which some thought an indication of land. But the Admiral held it for certain that land was near...
Penyelidik moden telah memeriksa buku log asal telah mengandaikan bahawa cahaya yang dilihatnya adalah api memasak orang asli
Taino dalam kanoe mereka atau di pantai; bacaan kompas adalah akibat bacaan salah berdasarkan pergerakan bintang.
Rencana pertama mengenai lagenda segitiga bermuda mula muncul dalam akhbar ditulis oleh E.V.W. Jones pada
16 September 1950, melalui Associated Press. Dua tahun berikutnya, majalah Fate menerbitkan rencana pendek "Sea Mystery At Our Back Door" oleh George X. Sand pada isu Oktober 1952 mengenai kehilangan beberapa kapal terbang dan kapal, termasuk kehilangan Flight 19, sekumpulan lima kapal terbang pengebom Tentera laut Amerika Syarikat TBM Avenger dalam misi latihan. Rencana Sand adalah yang pertama meletakkan segi tiga yang kini biasa dilihat di mana kehilangan berlaku. Flight 19 sahaja dilapor dalam isu April 1962 Majalah American Legion. Rencana bertajuk "The Lost Patrol", oleh Allen W. Eckert, dan dalam ceritanya ia didakwa bahawa ketua penerbangan didengari berkata "We are entering white water, nothing seems right. We don't know where we are, the water is green, no white." It was also claimed that officials at the Navy board of inquiry stated that the planes "flew off to Mars." "The Lost Patrol" was the first to connect the supernatural to Flight 19, but it would take another author, Vincent Gaddis, writing in the February 1964 Argosy Magazine to take Flight 19 together with other mysterious disappearances and place it under the umbrella of a new catchy name: "The Deadly Bermuda Triangle";[6] he would build on that article with a more detailed book, Invisible Horizons, the next year. Others would follow with their own works: John Wallace Spencer (Limbo of the Lost, 1969); Charles Berlitz (The Bermuda Triangle, 1974); Richard Winer (The Devil's Triangle, 1974), and many others, all keeping to some of the same supernatural elements outlined by Eckert


[sunting] Penjelasan Kusche
Lawrence David Kusche, seorang penyelidik perpustakaan dari Universiti Negeri Arizona dan pengarang The Bermuda Triangle Mystery: Solved (1975) mencabar trend ini. Penyelidikan Kusche mendedahkan ketidaktepatan dan percanggahan antara kisah Berlitz dan kenyataan dari saksi, peserta, dan yang lain yang terbabit dalam kejadian asal. Dia mendapati bahawa di mana maklumat berkenaan tidak dilaporkan, seperti kehilangan pelayar mengelilingi duniaDonald Crowhurst, yang Berlitz bentangkan sebagai misteri, sungguhpun bukti jelas yang sebaliknya. Satu contoh lain adalah pengangkut bijih yang didakwa Berlitz sebagai hilang tanpa jejak tiga hari dari pelabuhan Atlantik apabila ia dilaporkan hilang selepas tiga hari dari pelabuhan yang sama nama di Lautan Pasifik. Kusche turut mendakwa bahawa peratusan besar dari kejadian yang mencetus pengaruh misteri Segi tiga sebenarnya berlaku jauh dari tempat itu. Sering kali penyelidikannya amat mudah: dia hanya meneliti akhbar masa itu dan melihat fakta seperti lapuran cuaca yang tidak pernah disebut dalam cerita tersebut.
Kusche membuat beberapa kesimpulan:
Jumlah kapal dan kapal terbang yang dilaporkan hilang di kawasan tersebut tidak terlebih besar, secara bandingan, dengan tempat lain di lautan.
Di kawasan sering dilanda
ribut tropika, jumlah kehilangan yang berlaku di situ, bagi kebanyakan masa, tidak melampau, tidak bermistri; tambahan lagi, Berlitz dan penulis lain sering kali gagal melaporkan ribut sedemikian.
Jumlah yang dilaporkan juga dibesar-besarkan oleh penyelidikan tidak teliti. Bot yang dilaporkan sebagai hilang, tetapi akhirnya (sungguhpun lambat) kembali ke pelabuhan mungkin tidak dilaporkan.
Sesetengah kehiangan sebenarnya, tidak pernah berlaku. Satu kemalangan kapal terbang terhempas yang dikatakan berlaku pada 1937 di
Pantai Daytona, Florida, di hadapan beratus-ratus saksi; pemeriksaan dengan akhbar tempatan tidak mebuah hasil.
Kusche menmbuat kesimpulan bahawa:
Lagenda Segi tiga Bermuda adalah misteri buata .. yang diteruskan oleh penulis yang secara sengaja atau tidak sengaja menggunakan salah faham, kesimpulan salah (faulty reasoning), dan sensationalism.


Syarikat insuran laut Lloyd dari London telah menentukan bahawa Segi tiga Bermuda tidak lebih bahaya berbanding kawasan laut lain, dan tidak mengenakan kadar bayaran lebih bagi laluan kawasan tersebut. Rekod Pengawal Pantai Amerika Syarikat mengesahkan keputusan mereka. Malah, jumlah yang dikatakan hilang tidak penting berbanding jumlah kapal dan kapal terbang yang melalui kawasan tersebut secara tetap.
Pengawal Pantai secara rasminya menolak kepercayaan mengenai Segi tiga Bermuda, mengambil kira bahawa mereka mengumpul dan menerbitkan, melalui penyelidikan mereka, banyak dokumentasi
[9] menafikan kebanyakan kejadian yang ditulis mengenai penulis Segi tiga Bermuda. Salah satu kejadian seumpamanya membabitkan letupan 1972 dan tenggelamnya kapal tangki V.A. Fogg di Teluk Mexico, Pengawal Pantai merakamkan kapal pecah dan mengambil beberapa mayat [10] sungguhpun salah seorang pengarang segi tiga Bermuda mendakwa semua mayat hilang kecuali kapten, yang dijumpai di kabin masih memegang cawan kopi (Limbo of the Lost oleh John Wallace Spencer, edisi 1973).
Penyelidik yang mempertikai, seperti Ernest Taves dan Barry Singer, telah memberi perhatian bahawa misteri dan paranormal amat popular dan menguntungkan. Ini telah mendorong kepada pengeluaran sejumlah besar bahan mengenai topik tersebut seperti segi tiga Bermuda. Mereka mampu menunjukkan bahawa sesetengah bahan menyokong-paranormal sering kali mengeliru dan tidak tepat, tetapi ia masih tetap dipasarkan. Mereka dengan itu mendakwa bahawa pasaran condong kepada buku, TV khas, dsb. yang menyokong misteri Segi tiga dan menentang bahan penyelidikan terperinci sekiranya ia membawa sudut pandangan skeptik mengenainya




Penjelasan mengenai sesetengah kehilangan telah tertumpu kepada kewujudan sejumlah besar medan hidrat metana pada tebing benua. Ujian makmal yang dilakukan di Australia telah membuktikan bahawa buih sebenarnya mampu menenggelamkan model kapal berskala dengan mengurangkan ketumpatan air[12]; dan sebarang sampah yang timbul ke permukaan akan disebarkan dengan pantas oleh Arus Teluk. Ia telah dinyatakan secara hipotesis bahawa letupan metana berkala (kadang kala dikenali sebagai "gunung berapi lumpur") mungkin menghasilkan kawasan air berbuih yang tidak lagi mampu memberikan apungan yang mencukupi bagi kapal. Sekiranya ini berlaku, kawasan sedemikian yang terbentuk pada sekeliling kapal, mampu menenggelamkannya dengan pantas dan tanpa memberi apa-apa sebarang petanda.
Kapal terbang juga terdedah kepada sebarang perlepasan metana yang luar biasa. Sungguhpun metana adalah lebih ringan berbanding air, namun
altimeter kapal terbang yang melalui kawasan itu tidak akan berfungsi baik, walaupun bacaannya menunjukkan bahawa kapal terbang itu lebih tinggi dari yang sebenarnya, menyebabkan timbul masalah pandu arah. (Altimeter mengukur tekanan, bukannya kepadatan udara.)
Satu
kertas putih telah diterbitkan pada tahun 1981 oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat berkenaan kemunculan hidrat di kawasan Blake Ridge, di luar pantai tenggara Amerika Syarikat.[13] Bagaimanapun, berdasarkan laman web Kajian Geologi A.S, dipercayai tiada kejadian pelepasan besar-besaran gas hidrat telah berlaku di Segi Tiga Bermuda sejak 15,000 tahun yang lalu


Masalah kompas merupakan salah satu masalah yang disebut-sebut dalam kebanyakan kejadian di Segi Tiga Bermuda. Sesetengah penyelidik mencadangkan teori bahawa terdapat kepelikan magnetik tempatan di kawasan tersebut, bagaimanapun ia belum dibuktikan.


Hurikan adalah ribut yang amat kuat yang berasal dari Atlantik berhampiran khatulistiwa, dan berdasarkan sejarah telah bertanggung jawab bagi kehilangan beribu-ribu nyawa dan kerosakan bernilai berbilion dolar. Penengelaman armada Sepanyol Francisco de Bobadilla pada 1502 merupakan rekod pertama mengenai kemusnahan hurikan. Pada 1988, Hurikan Gilbert, salah satu hurikan paling kuat dalam sejarah, memundurkan ekonomi Jamaika selama tiga tahun. [perlu petikan] Ribut ini pada masa lalu menyebabkan beberapa peristiwa yang berkait dengan Segi Tiga Bermuda.




Arus teluk merupakan arus laut yang berasal dari Teluk Mexico, dan merentasi Selat Florida, ke lautan Atlantik Utara. Pada asasnya, ia merupakan sungai di laut, dan sebagaimana sungai lain, ia mampu dan membawa objek terapung. Kapal terbang kecil yang mendarat di air atau bot yang mengalami kerosakan enjin akan di bawa lari dari kedudukan dilapurkannya oleh arus, sebagaimana yang berlaku kepada kruiser kabin (cabin cruiser) Witchcraft pada 22 Disember 1967, apabila ia melaporkan kerosakan enjin berhampiran boya penanda satu batu (1.6 km) dari pantai Miami , tetapi tidak kelihatan apabila bot Pengawal Pantai tiba di sana..




Ombak amat besar mampu muncul secara rawak walaupun semasa laut tenang. Salah satu ombak gadang menyebabkan Ocean Ranger, sebuah pelantar minyak persisiran terbesar, terbalik pada 1982. Bagaimanapun, tidak terdapat sebarang sebab bagi ombak gadang berlaku lebih kerap di Segi Tiga Bermuda, dan penjelasan ini tidak menjelaskan misteri kehilangan kapal terbang




Satu daripada alasan rasmi popular tentang kehilangan kapal terbang atau kapal laut adalah disebabkan kesilapan manusia. Sama ada disengajakan atau tidak, kesilapan manusia dikenal pasti sebagai boleh menyebabkan kemalangan dan kehilangan yang dilaporkan di Segi Tiga Bermuda tidak terkecuali. Contohnya, kesilapan manusia dikenal pasti sebagai kehilangan kapal tangki V.A. Fogg pada tahun 1972. Kedegilan juga menyebabkan ahli perniagaan Harvey Conover kehilangan kapal layarnya Revonoc ketika dia belajar dalam keadaan ribut di Florida pada 1 Januari 1958. Perlu diingatkan juga banyak sebab kehilangan tidak dapat dijelaskan kerana bangkai kapal yang hilang tidak dijumpai untuk dikaji.




Perkara ini jatuh dalam dua kategori: perbuatan kerana perang, dan perbuatan lanun. Rekod-rekod berkenaan banyak kehilangan orang di dalam fail-fail musuh Amerika Syarikat telah diperiksa; sedangkan banyak penenggelaman telah dikatakan disebabkan oleh penyerang permukaan atau kapal selam semasa Perang Dunia dan didokumenkan di dalam buku log perintah, banyak yang lain yang disyaki termasuk dalam kategori itu masih tidak dapat dibuktikan; kehilangan USS Cyclops pada 1918 serta kapal-kapal saudaranya, Proteus dan Nereus, dalam Perang Dunia II disyaki ditenggelami oleh kapal selam tetapi sebarang hubungan itu tidak dapat dijumpai dalam rekod Jerman.
Melanun, sebagaimana ditakrifkan sebagai merampas kapal atau perahu di laut lepas, ialah suatu kejadian yang masih berlaku. Sedangkan melanun untuk merampas kargo adalah jauh lebih biasa di Lautan Pasifik dan Lautan India, penyeludup dadah juga merampas lancang peranginan untuk menjalankan kegiatan penyeludupan mereka dan mungkin terlibat dalam sesetengah kehilangan sekoci dan anak kapal di Laut Caribbean. Di Caribbean, kegiatan melanun merupakan suatu kegiatan yang biasa dari sekitar 1560 hingga 1760-an, dengan Edward Teach (Blackbeard) dan Jean Lafitte merupakan antara lanun yang termasyhur di laut itu dari segi sejarah. Lafitte kekadang juga dikatakan sendiri merupakan mangsa Segi Tiga.
Satu bentuk melanun yang lain dijalankan di darat. Lanun di pantai akan memancar cahaya untuk menunjukkan arah yang salah kepada kapal-kapal untuk mengakibatkan nahas kapal lalu merampas kargonya. Adalah mungkin juga bahawa lanun tersebut akan membunuh mana-mana anak kapal yang membantah.
Nags Head, Carolina Utara, dinamai sempena amalan lanun untuk menggantung lantera pada kepala kuda yang kedua-dua belah kakinya diikat supaya kuda itu tidak lari semasa berjalan di pantai.


Perkara ini jatuh dalam dua kategori: perbuatan kerana perang, dan perbuatan lanun. Rekod-rekod berkenaan banyak kehilangan orang di dalam fail-fail musuh Amerika Syarikat telah diperiksa; sedangkan banyak penenggelaman telah dikatakan disebabkan oleh penyerang permukaan atau kapal selam semasa Perang Dunia dan didokumenkan di dalam buku log perintah, banyak yang lain yang disyaki termasuk dalam kategori itu masih tidak dapat dibuktikan; kehilangan USS Cyclops pada 1918 serta kapal-kapal saudaranya, Proteus dan Nereus, dalam Per




Para penulis mengenai Segi Tiga banyak menggunakan teori kuasa ghaib untuk menjelaskan perkara yang terjadi. Satu teori menyalahkan peninggalan teknologi dari benua yang hilang iaitu Atlantis. Teori ini dikaitkan dengan batu timbul yang dikenali sebagai Jalan Bimini berdekatan dengan pulau Bimini di Bahamas, yang kebetulan terletak di dalam segi tiga mengikut pendapat sesetengah orang. Pengikut ahli psikik bernama Edgar Cayce mengatakan bukti kewujudan Atlantis ditemui pada tahun 1968 atau 1969 yang merujuk kepada penemuan Jalan Bimini. Mereka percaya kewujudan batu ini sebagai jalan, benteng atau struktur lain, walaupun ahli geologi menganggapnya sebagai satu fenomena semulajadi.[15]
Mereka yang lain pula mengaitkan kehilangan kapal dengan UFO. Idea ini digunakan oleh Steven Spielberg dalam filemnya Close Encounters of the Third Kind yang menggambarkan kehilangan Penerbangan 19 dengan penculikan makhluk asing.
Charles Berlitz, cucu kepada seorang ahli linguistik dan penulis buku fenomena beranomali, berpendapat kehilangan di Segi Tiga disebabkan oleh kuasa ghaib yang tidak dapat dijelaskan.




Flight 19 merupakan penerbangan latihan yang menggunakan pesawat pengebom TBM Avenger yang telah hilang pada 5 Disember, 1945 di atas perairan Lautan Atlantik. Mengikut tanggapan, penerbangan ini telah menempuh fenomena luar biasa dan bacaan-bacaan kompas yang janggal. Penerbangan ini dilakukan pada hari tenang dengan diketuai oleh seorang juruterbang yang berpengalaman, Lt. Charles Carroll Taylor. Tambah membingungkan, laporan pihak tentera laut berkenaan kemalangan ini dianggap "disebabkan atau punca tidak diketahui". Dipercayai, ibu Lt. Taylor mahu menyelamatkan reputasi anak lelakinya, jadi beliau telah membuat mereka menulis "punca-punca tidak diketahui" apabila sebenarnya Lt. Charles berada 50 km ke arah barat laut di mana beliau percaya kedudukan beliau pada ketika itu. [16]
Meskipun fakta-fakta asas versi cerita ini adalah sebenarnya tepat, beberapa perincian-perincian penting telah hilang. Cuaca mula bergelora di penghujung kejadian; hanya Taylor yang memiliki banyak pengalaman dalam penerbangan, akan tetapi beliau tidak biasa dengan kawasan selatan Florida dan memiliki sejarah sesat semasa dalam penerbangan, perkara ini berlaku sebanyak tiga kali semasa Perang Dunia II, dan terpaksa mendaratkan pesawatnya di air sebanyak dua kali; dan laporan dan rakaman bertulis pihak tentera laut berkenaan dengan perbualan di antara Taylor dan juruterbang-juruterbang lain dalam Flight 19 tidak membayangkan sebarang masalah magnetik




Misteri peninggalan Mary Celeste pada 1872 sering kali dikaitkan dengan Segi tiga Bermuda tetapi ini tidak tepat kerana kapal ini ditinggalkan di persisiran Portugis. Banyak teori telah dikemukakan sepanjang tahun berlalu bagi menjelaskan peninggalan kapal, termasuk wasap alkohol dari kargo dan penipuan insuran. Kejaidan ini kemungkinannya dikelirukan dengan penenggelaman kapal yang nama serupa, Mari Celeste, di persisiran Bermuda pada 13 September 1864, yang disebut dalam buku Bermuda Shipwrecks oleh Dan Berg.




Raifuku Maru
Salah satu kejadian yang paling terkenal di Segi Tiga Bermuda berlaku pada tahun 1921 (beberapa pendapat mengatakan beberapa tahun selepas itu), apabila sebuah kapal Jepun
Raifuku Maru (kadang kala disalah erti sebagai Raikuke Maru) went down with all hands selepas menghantar isyarat meminta bantuan yang berbunyi "Bahaya seperti pisau belati sekarang. Datang cepat!", atau "Ia seperti pisau belati, datang cepat!". Ini telah menyebabkan para penulis membuat spekulasi berkenaan perkataan "dagger", with a waterspout being the likely candidat
Banyak lagi kejadian-kejadian yang misteri dan pelik berlaku di sekitar sini. Namun apa yang pasti itu semua adalah kerja Iblis dan Jin serta sekutu2nya. Berhati-hatilah pada tempat di mana Rasulullah SAW sendiri memberi amaran pada Umar Al--Khattab sabdaan Baginda yang berbunyi begini :"Wahai Umar sesungguhnya Syaitan tidak akan lalu di mana engkau pernah lalu dan tidak akan menghadang jalan yang kau lalui. namun berhati-hatilah engkau akan lautan ini."

Ahad, 7 Jun 2009

NAHAS KAPAL TERBANG! WHY ATLANTIK?


Air France Penerbangan 447 adalah kapal terbang jenama airbus A330-203, dengan kod pendaftaran F-GZCP, beroperasi sebagai kapal terbang penumpang antarabangsa. Penerbangan daripada Lapangan terbang Antarabangsa Galeão menuju ke Lapangan terbang Rio de Janeiro, Brazil. Selepas terbang dari Lapangan terbang Charles de Gaulle di Paris, Perancis, hilang dari radar di Lautan Atlantik pada 1 Jun 2009,Seramai 216 penumpang dan 12 kakitangan berada di dalamnya. Nasib mereka dijangka mati semuanya. Cebisan rangka kapal terbang ditemui di Lautan Atlantik , 1000 km di timur laut Brazil dan 650 km dari Kepulauan Fernando de Noronha.


Airbus A330-200, pendaftaran F-GZCP, pertama kali terbang pada 25 Februari 2005.Ia meninggalkan Rio de Janeiro pada 31 Mei 2009 jam 7:03 pm dan dijadualkan tiba di Paris-Charles de Gaulle pada 11:10 pm.


Radar mengesan isyarat terkahir pada 01:33 UTC, apabila ketika berada di 565km (360 batu) Brazil pantai timur laut. Mereka dijangka memasuki Senegal pada altitud 10,670m dan kelajuan 840km sejam.Radar mengesan kapal terbang di Laut Atlantik .


Pegawai trafik udara Brazil menghubungi Dakar pada 02:20 UTC.Tentera Udara Brazil mula menjalankan operasi mencari dan menyelamat di Kepulauan Fernando de Noronha.Kapal terbang peninjau Perancis juga dihantar.Jurucakap Tentera Udara Brazil kolonel Henry Munhoz memberitahu TV Brazil radar mengesan kapal terbang itu di pulau Cape Verde .Jurucakap Air France meramalkan bahawa pesawat itu mungkin terkena kilat.


Seramai 228 berada di dalam kapal tersebut termasuk tiga juruterbang dan sembilan krew kabin.Antaranya ialah bayi, 7 kanak-kanak , 82 wanita, dan 126 lelaki.Kebanyakan penumpang itu adalah rakyat Brazil dan Perancis. Juruterbang penerbangan ialah Marc Dubois (80 tahun) telah menyertai Air France pada 1988. Beliau melakukan penerbangan kira-kira 11,000 masa penerbangan, dengan 1,700 jam Airbus A330. Dua pembantu juruterbang ialah David Robert (37 tahun) dan Pierre-Cedric Bonin (32 tahun) melakukan 9,000 masa penerbangan. 12 anak kapal, 11 warga Perancis dan 1 Brazil


Penumpang penting
Antara penumpang yang penting dan terkenal ialah :
Prince Pedro Luís Orléans-Braganç. Dia warganegara
Brazil/Belgium.Kini menetap dan bekerja di sebuah syarikat di Luxembourg.
Eksekutif syarikat
Michelin Brazil iaitu ThyssenKrupp.
Datuk Bandar Rio de Janeiro, isterinya, dan pemimpin Symphony Orchestras Brasilia National Theatre dan Rio de Janeiro Municipal Theatre.
Juliana de Aquino - pelakon teater di Jerman
Pemain
hap, Fatma Ceren Necipoglu dari Turki.


Jet itu hilang empat jam selepas berlepas dari Rio De Janeiro. Ia hilang di Lautan Atlantik di antara Amerika Selatan dan Afrika, di kawasan yang dikenali kerap dilanda ribut tropika. Terdapat amaran mengenai pelbagai kerosakan elektrik dan tekanan udara di dalam jet tersebut.Juruterbangnya tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan.Tiada isyarat kecemasan daripada kapal terbang itu, tetapi siri amaran automatik selama tiga minit menandakan kegagalan semua sistem. Puncanya mungkin sekali dipanah petir, situasi yang berbahaya jika digabungkan dengan masalah lain seperti pergolakan udara. Ribut tropika membawa angin selaju 160 kilometer sejam sering berlaku di laluan penerbangan itu.
Pengalisis lain menyatakan kemungkinan kerosakan mekanikal atau kemungkinan juga keganasan.Biro Analisis Penerbangan Civile (BEA) ditugaskan menjalankan siasatan rasmi. Pengerusi BEA Paul-Louis Arslanian menyatakan bahawa dia tidak optimistik mencari alat perakam kapal terbang kerana mungkin tenggelam 3,000 m di dasar lautan. Penyiasat berharap menemui ekor pesawat kerana perakam itu terletak di sana.Pada 1988, kontraktor bebas mampu memulihkan kotak hitam yang djumpai pada kapal terbang Penerbangan 295 Afrika Selatan di kedalaman 4,900 m . Perdana Menteri Perancis, Francois Fillon menyatakan kedalaman Lautan Atlantik mencecah 7,000 meter.
[1][2]
Perancis menghantar dua kapal selam mini yang boleh beroperasi sedalam 6,000 meter di Lautan Atlantik bagi mengesan kotak hitam.Penyelam tentera laut Brazil dikerah ke lokasi serpihan .Empat kapal tentera laut Brazil yang membawa kelengkapan menyelamat turut dikerah ke kawasan laut sepanjang lima kilometer di mana beberapa serpihan pesawat ditemui tentera udara Brazil.
Menteri pertahanan Brazil Nelson Jobim menyatakan tiada sebarang letupan itu atau kebakaran yang mencetuskan bahan api jet setakat ini. Penyiasat telah menemui kerusi pesawat, pelampung berwarna oren, wayar, bangkai besi , komponen pesawat dan tompokan bahan bakar jet . Zon serpihan terletak hampir 1,000 kilometer dari pantai timur laut Brazil itu untuk memulakan operasi menarik keluar serpihan itu dari laut.Tiga kapal dagang iaitu dua milik Belanda dan satu Perancis berkejar ke sana untuk misi mencari.
Tentera Udara Brazil menyatakan pesawat itu "melalui kawasan ribut petir dengan gelora yang kuat" kira-kira pukul 10 malam. Pesanan automatik diterima 14 minit kemudian "menandakan litar elektrik tidak berfungsi".Perhubungan terakhir dengan pesawat itu adalah pada pukul 10.36 malam waktu tempatan, tetapi tidak memberitahu di mana kedudukan pesawat itu ketika itu.Pesawat itu hilang 300 km timur laut pantai bandaraya
Natal .
Nahas udara paling buruk sejak 2001, apabila sebuah jet
American Airlines terhempas di New York yang mengorbankan semua 260 penumpang dan krew.


Pada 27 Mei 2009, beberapa hari sebelum nahas itu, Air France menerima ancaman bom terhadap penerbangan antara Boenos Aires, Argentina ke Paris.Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Ezeiza di Buenos Aires menangguhkan penerbangan selama 90 minit tetapi tidak menemui sebarang bom.


DAN TAHUN INI PULA KEJADIAN YANG SAMA BERULANG LAGI!!!


RIO DE JANEIRO 3 Jun - Brazil mengesahkan pelbagai serpihan dan komponen pesawat yang terapung di kawasan sepanjang lima kilometer di Lautan Atlantik merupakan lokasi terhempasnya sebuah jet penumpang Air France yang membawa 228 orang.
Menteri Pertahanan Brazil, Nelson Jobim memberitahu wartawan semalam (kira-kira 4 pagi ini waktu Malaysia), 'tidak syak lagi' sebuah tempat duduk, kabel, komponen pesawat dan tompokan bahan bakar jet adalah daripada pesawat Airbus A330 Air France yang dalam penerbangan dari Rio de Janeiro ke Paris apabila didapati hilang kelmarin.
Penemuan itu melenyapkan sebarang harapan untuk menemui mangsa yang selamat dan mengesahkan nahas udara paling buruk sejak 2001, apabila sebuah jet American Airlines terhempas di New York yang mengorbankan semua 260 orang di dalamnya.
Jobim berkata, kapal-kapal tentera laut Brazil akan mula tiba di zon serpihan yang terletak hampir 1,000 kilometer dari pantai timur laut Brazil itu untuk memulakan operasi menarik keluar serpihan itu dari laut.
Tiga kapal dagang iaitu dua milik Belanda dan satu Perancis, sudah pun berada di lokasi berkenaan, katanya.
Pada waktu sama, operasi mencari mayat akan diteruskan.
Jika ditemui, mayat mangsa akan dibawa dengan kapal sejauh 460 kilometer ke lapangan terbang terdekat di kepulauan Fernando de Noronha, sebelum diterbang keluar dengan pesawat tentera udara.
Lebih separuh daripada penumpang dan anak kapal dalam pesawat itu adalah rakyat Perancis atau Brazil, manakala selainnya berasal dari 30 negara, kebanyakannya Eropah.
Jet itu hilang empat jam selepas berlepas dari Rio De Janeiro ketika dalam kedudukan di luar jangkauan radar di tengah-tengah Lautan Atlantik di antara Amerika Selatan dan Afrika, di kawasan yang dikenali kerap dilanda ribut tropika.
Komunikasi terakhir dari pesawat itu terdiri daripada isyarat data automatik yang memberi amaran mengenai pelbagai kerosakan elektrik dan tekanan udara di dalam jet tersebut.
Juruterbangnya tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan.
Air France membayangkan pesawat berusia empat tahun mungkin dipanah petir, situasi yang berbahaya jika digabungkan dengan masalah lain seperti pergolakan udara.
Teori lain yang dibangkitkan oleh pakar termasuk kesilapan juruterbang, kerosakan mekanikal atau kemungkinan juga keganasan.
"Tiada hipotesis yang menjadi pilihan buat masa ini," kata Perdana Menteri Perancis, Francois Fillon semalam.
Menurut beliau, perkara yang pasti ialah tiada isyarat kecemasan daripada kapal terbang itu, tetapi siri amaran automatik selama tiga minit menandakan kegagalan semua sistem.
Memandangkan punca nahas itu masih misteri, pencarian kotak hitam menjadi sangat penting.
Sebuah kapal Perancis dalam perjalanan ke lokasi kejadian dengan membawa dua kapal selam mini yang boleh beroperasi sedalam 6,000 meter yang juga paras maksimum kotak hitam boleh bertahan dan kira-kira kedalaman laut di kawasan berkenaan. - AFP


RIO de JANEIRO: Penyelam tentera laut Brazil dikerah ke lokasi serpihan pesawat Air France 447 ditemui di tengah Lautan Atlantik semalam bagi mencari 228 penumpang dan krew yang dikhuatiri mati selepas kapal terbang yang mereka naiki hilang dari pemantauan radar malam Ahad lalu dan kelmarin disahkan terhempas. Empat kapal tentera laut Brazil yang membawa kelengkapan menyelamat turut dikerah ke kawasan laut sepanjang lima kilometer di mana beberapa serpihan pesawat ditemui tentera udara Brazil kelmarin.


Antara serpihan dikesan di lokasi kira-kira 1,200 kilometer ke timur laut pekan pesisir pantai, Recife di Brazil itu ialah kerusi pesawat, pelampung berwarna oren, wayar, bangkai besi dan tompok minyak. Setakat petang semalam masih belum ada mayat ditemui oleh pasukan tentera laut Brazil itu. Laksamana Muda Domingos Nogueira berkata, anggota pasukannya terpaksa mengharungi keadaan laut bergelora dan antara tugas paling sukar bagi mereka ialah untuk mengesan kotak hitam penerbangan yang boleh menjelaskan apa sebenarnya berlaku yang menyebabkan pesawat Air France itu terhempas.

"Saya mengesahkan serpihan bertaburan di kawasan sepanjang lima kilometer adalah milik kapal terbang Air France," kata Menteri Pertahanan Brazil, Nelson Jobim kepada wartawan di Rio de Janeiro. Jobim berkata, kawasan serpihan utama ditemui berhampiran isyarat awal dikesan. Punca nahas tidak akan diketahui sehingga kotak hitam di temui - yang mungkin mengambil masa berhari-hari atau berminggu-minggu. Bagaimanapun, pakar cuaca dan penerbangan memberi tumpuan kepada kemungkinan pertembungan pesawat dengan ribut kuat yang membawa angin selaju 160 kilometer sejam. "Kami kesuntukan masa dalam keadaan cuaca amat sukar dan di zon yang menyaksikan kedalaman mencecah 7,000 meter," kata Perdana Menteri Perancis, Francois Fillon, kepada ahli perundangan di Parlimen kelmarin.
Saudara mara yang menanti keajaiban terpaksa menerima hakikat apabila pakar berkata semua terkorban dalam pesawat malang itu yang hilang Ahad lalu ketika penerbangan dari Rio de Janeiro ke Paris. - AP/Reuters

RASHID MAIDIN DAN RUNDINGAN BALING

Rashid Maidin atau Rashid Mydin (10 Oktober 1917 - 1 September 2006) ialah pemimpin kanan Melayu dalam Parti Komunis Malaya.
Rashid dilahirkan di
Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak. Gunung Mesah terletak di tepi jalan utama antara Gopeng dengan Ipoh. Di sini ada perkampungan Melayu yang dipenuhi rumah-rumah papan dan sekarang bertukar kepada rumah batu separuh.
Isteri pertamanya, Hamidah binti Abdul Rashid, kini menetap di
Gopeng.
Rashid dilahir dalam sebuah keluarga miskin di Kampung Gunung Mesah,
Gopeng, Perak pada bulan November, 1917 – tahun berlakunya Revolusi Bolshevik di Russia. Beliau adalah anak sulung daripada lapan adik-beradik. Beliau tamat pendidikan sekolah rendah sehingga darjah lima di sekolah Melayu tetapi kemudiannya mengikuti kursus bahasa Inggeris di sekolah malam dan juga belajar melalui pos.
Akhirnya, dia memiliki kemahiran yang mencukupi serta penguasaan bahasa yang baik untuk bekerja sebagai seorang juruteknik di lombong bijih timah British di kawasan
Batu Gajah dan Tanjung Tualang di Perak.
Menurutnya, sejak kecil lagi, dia tertarik dengan cerita mengenai legenda panglima Melayu seperti Datuk Maharajalela berjuang menentang penjajahan British di Perak tetapi apabila dia mula bekerja, tumpuannya hanya untuk mencari sumber pendapatan bagi menampung keluarganya di
Gopeng.
Pada tahun 1939, ketika berusia 22 tahun, Rashid bertemu dengan Tu Lung Shan yang ditugaskan mencari ahli baru PKM di
Tanjung Tualang. Kumpulan pimpinan Tu ditugaskan oleh pihak parti untuk menganjurkan aktiviti di kawasan sekitar Tanjung Tualang. Pada masa itu, Tu Lung Shan baru berusia 17 tahun dan Perang Dunia Kedua sudahpun bermula di Eropah yang menyaksikan tentera Jerman menyerang Poland.
Pada mulanya, Rashid menyertai
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang kemudian diharamkan oleh kerajaan British kerana dituduh berhaluan kiri dan menentang British secara menyeluruh. Ketika berjuang dalam PKMM, Rashid pernah ditahan beberapa kali oleh kerajaan British di pusat tahanan Tanjung Beruas, Melaka serta di Larkin, Taiping, Morib dan Tanjung Beruas. Dia pernah mengetuai mogok lapar dalam pusat tahanan tersebut bersama Pak Sako. Sebagai orang tahanan, mereka dibenarkan bekerja di luar pusat tahanan. Upah yang diberi ialah 75 sen sehari.
Rashid menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun
1941 sejurus sebelum pendudukan Jepun dan menjadi ahli jawatankuasa pusat PKM bersama Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Abdullah C.D di Perak. Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada 30 April 1930.
Pada 18 Disember 1941, PKM telah memeterai persefahaman dengan pihak
British di Singapura untuk menubuhkan barisan bersatu untuk menghalang pergerakan Jepun ke selatan Semenanjung dan untuk melatih pemimpin PKM dan anggotanya dalam operasi khas menentang musuh.
Mengikut catatan sejarah di pihak British dan PKM, 165 anggota komunis, termasuk Tu Lung Shan dilihat menjalani latihan di Sekolah Latihan Khas 101 (STS101) di Singapura sebaik sahaja perjanjian itu dicapai sehinggalah kejatuhan pulau itu pada 15 Februari 1942.
Menurut Rashid, dia tidak menyertai
MPAJA sewaktu pendudukan Jepun kerana dia ditugaskan oleh pihak parti untuk menjalankan tugas-tugas politik, organisasi dan publisiti di sekitar Gopeng, Tanjung Tualang, Malim Nawar dan kawasan lombong di Tronoh, Seputeh serta Nalla
Rashid memilih PKM sebagai wadah perjuangan yang baru. Selepas diburu oleh pihak berkuasa Malaysia, Rashid dan gerombolannya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran sempadan Malaysia dengan Thailand. Di sana, Rashid berkahwin dengan seorang gadis Cina yang juga merupakan ahli PKM. Isteri Cina ini kini bernama Latifah. Chin Peng memberi kepercayaan kepadanya untuk memimpin Regimen ke-10 PKM di Bentong, Pahang
Rashid Maidin menetap di perkampungan yang dinamakan "Perkampungan Malaysia" di sempadan selatan Thailand. Jumlah rumah adalah sebanyak 62 buah dan penduduk di situ lebih kurang 200 orang. Orang Melayu Malaysia ada tiga kelamin manakala yang lain semuanya adalah warga Thailand.
Rumahnya dua tingkat yang diubahsuai daripada rumah asal yang hanya mempunyai satu bilik. Kiri kanan dipenuhi pokok
dokong, rambutan dan buah-buahan tempatan iaitu pemandangan yang biasa dilihat di kampung-kampung di Malaysia. Di kampung itu, beliau mengajar anak-anak kampung mengaji al-Quran. Pak Sako berkata Rashid Maidin kuat dan mantap pegangan agamanya.
Di bawah urusan kerajaan Malaysia, Rashid Maidin pergi ke
Mekah untuk mengerjakan fardhu haji pada tahun 1999. Sahabatnya seperjuangannya, Tuan Haji Ahmad Boestaman dan Tuan Haji Ishak Haji Mohamad telah lama meninggal dunia.
Tubuh Rashid Maidin masih tegap dan selalu berpakaian serba putih lengkap berketayap. Wajahnya awet muda dan kelihatan seperti berusia awal 50-an.
Pada
1 September 2006, pukul 9 pagi Tuan Haji Rashid Maidin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Sisakoin, Narathiwat, selatan Thailand (dirumah anak perempuannya).
Tuan Haji Rashid Maidin meninggal dunia kerana sakit tua pada umur 89 tahun. Solat jenazah dan pengkebumian telah dilakukan selepas solat Jumaat.
Rashid dikatakan mempunyai keistimewaan boleh menghilangkan diri jika diburu oleh pasukan keselamatan. Beliau juga dikatakan selalu mengunjungi adiknya di
Kampung Sungai Itik, Simpang Pulai, Perak. Rumah itu daripada papan dan bertiang tinggi. Pasukan tentera mengepung rumah itu tetapi tidak dapat menemui Rashid yang dikatakan berada di situ.

Rundingan Damai Baling merupakan perundingan di antara
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Rundingan ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Tunku Putera, Baling, Kedah Darul Aman, Malaysia pada 28 dan 29 Disember 1955.
Rombongan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada
Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, David Marshall dan Hamid Jumat sementara rombongan PKM terdiri daripada Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin
Pada bulan Jun 1955, sepucuk surat dihantar oleh Parti Komunis Malaya dan ditandatangani oleh Ng Heng. Surat itu menyatakan tawaran rundingan kepada Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman. Ng Heng sebenarnya ialah nama samaran Chin Peng.
Tawaran Chin Peng tidak dihiraukan oleh Kerajaan kerana
PKM sudah lemah. Lagipun kerajaan dengan bantuan tentera negara-negara Komanwel hampir melumpuhkan pemberontakan bersenjata komunis di dalam hutan. Rundingan dengan komunis yang mahu PKM diiktiraf sebagai sebuah parti bebas tentulah tidak wajar.
Kerajaan Perikatan berjaya dalam pilihan raya di Tanah Melayu pada bulan Julai 1955. Pada bulan September 1955, kerajaan menabur 40 juta surat tawaran pengampunan beramai-ramai ke dalam hutan melalui kapal terbang. Tunku telah menarik balik tawaran pengampunan pada bulan Februari 1956.
Setiausaha Antarabangsa
DAP dan Ketua Bureau NGO, Ronnie Liu Tian Khiew dalam laman web DAP pada 5 Ogos 2005, mendakwa bahawa Chin Peng adalah salah satu faktor memaksa pihak British memberikan kemerdekaan kepada Malaysia. Tetapi ada pihak yang berpendapat bahawa cadangan Liu itu adalah kurang tepat kerana Parti Komunis Malaya sudahpun lemah dan terpaksa memohon perundingan dilakukan pada 1955. Malah, pihak kerajaan yang mengetahui kelemahan Parti Komunis Malaya menolak permintaan langsung Parti Komunis Malaya agar dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik.
Selain itu, sekiranya Parti Komunis Malaya memberi tekanan kepada pihak British, sudah pasti pihak British tidak akan melepaskan
Tanah Melayu untuk merdeka kerana sekiranya Tanah Melayu jatuh ketangan komunis, ini akan menjejaskan bekalan bahan mentah yang amat diperlukan British bagi membangunkan semula industri mereka selepas Perang Dunia II.

Rabu, 3 Jun 2009

APA KATA TOK KENALI TENTANG ROKOK?

"Perokok itu terhina, dungu, membazir dan keji, kerendahan bagi penagihnya, pasti, Darinya menguap kentut yang busuk dan diluati. Kepulan asap dari bibirnya mengasapi muka dana peribadi."
Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933)

SIAPA ITU CHIN PENG???

MARI KITA LIHAT SIAPA ITU CHIN PENG YANG KERAJAAN MALAYSIA TIDAK MAHU MENERIMANYA KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK MENERUSKAN SISA-SISA HIDUPNYA.
Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya.
Bukan berasal dari
China sebagaimana sangkaan ramai, Chin Peng adalah seorang Cina Kantonis yang dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.
Buku memoirnya bertajuk "Chin Peng: Sejarah dari sebelahku" ("Chin Peng: My Side of history") diterbitkan di
Singapura.
Semasa kecil Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan menyoroti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai Shek dan Mao Zedong. Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan menguasai pedalaman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasan Kwantung.
Semasa berumur 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan nasionalis berpendidikan barat Ching Kai Shek yang menguasai kawasan selatan China dan
Taiwan. Tapi buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Zedong mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu tahun 1941.
Pada tahun 1940, beliau diterima untuk menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang
Parti Komunis China di seberang laut. Dia turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya baru sahaja 18 tahun.
Chin Peng memimpin
MPAJA atau Malayan People Anti Japanese Army, sebuah pasukan gerila bagi menentang Jepun. Tentera British (Pasukan Special Air Services dan MI6) yang diterjunkan di hutan Perak, telah memberi pelbagai senjata, kewangan, latihan dan pelbagai peralatan lain bagi memperlengkapkan Force 136 dan MPAJA. Tentera MPAJA pernah menyerang tentera Jepun di Sungai Perak berhampiran dengan tebing Pasir Salak pada tahun 1942.
Selepas
Perang Dunia II, beberapa pihak yang berfahaman radikal dalam MPAJA telah bertindak keluar hutan untuk membunuh dan menyeksa mereka yang bersubahat dengan tentera Jepun dan tali barut British. Mereka turut membunuh pemimpin tempatan seperti para Penghulu dan para Imam kampung sebagai taktik memantapkan penguasaan mereka. Selain itu, puak radikal dalam MPAJA turut cuba merampas pentakbiran terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Tindakan puak yang didakwa radikal tidak pernah disekat oleh MPAJA. Ini kemungkinannya MPAJA sebenarnya sedang menilai kejayaan tindakan sedemikian. Membiarkan tindakan ahlinya bermaharajalela membunuh dan menyeksa penduduk sekali gus menunjukkan tindakan tersebut mendapat sokongan tersembunyi dari para pemimpin MPAJA.
Tindakan puak radikal dalam MPAJA ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis di bawah beberapa pemimpin seperti Panglima Salleh Selempang Merah. Akibat daripada tindak balas orang Melayu ini,
Parti Komunis Malaya gagal merampas kuasa malah terpaksa meminta campur tangan Tunku agar mententeramkan orang-orang Melayu yang bangkit ketika itu.
Malah ada beberapa fakta yang menunjukkan bahawa beberapa pihak di dalam kelompok Melayu elit yang telah menghasut dan membangkitkan isu perkauman Cina/Melayu dalam usaha mereka mengekalkan kekuasaan mereka [
perlu petikan]. Kelompok Melayu elit ini rata-rata amat mengharapkan agar pihak British akan datang kembali dan seterusnya membolehkan mereka bertapak kukuh di dalam urusan politik tempatan. Malah pihak-pihak ini juga menghasut agar beberapa individu dan pertubuhan dilabelkan sebagai puak kiri dan kemudiannya berjaya mengharamkan pertubuhan tersebut dan menangkap pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya.
Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan pihak Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.
Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire ' kerana sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tapi tekadnya untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan British dan akhirnya memerdekakan Malaya semakin membuak-buak selepas itu. Suasana aman dan maju di kota
London meningkatkan azamnya untuk berjuang di dalam hutan Tanah Melayu.


Ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya .
Di bawah pimpinannya Parti Komunis Malaya semakin agresif dan militan dengan menyerang ladang-ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di Tanah Melayu. Lantaran itu ahli PKM semakin menyanjung keberanian dan wawasan Chin Peng. Taktik ini membawa padah kepada Parti Komunis Malaya kerana tidak langsung diterima di kalangan orang Melayu.
Parti Komunis Malaya juga tidak mengamalkan athiesme. [
perlu petikan] Walaupun prinsip utama komunisme yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai tuhan dan menyatakan bahawa agama itu adalah candu manusia, namun apa yang berlaku di Tanah Melayu pada waktu itu ialah mereka mengamalkan prinsip keagamaan seperti mana yang kita dapat lihat dalam salah seorang tokoh PKM iaitu Rashid Maidin, Abdullah C.D dan Suraini Abdullah. Mereka tetap mendirikan solat lima waktu seperti mana yang dituntut oleh agama Islam walaupun di dalam hutan semasa perjuangan[perlu petikan]. Mereka juga telah menunaikan ibadah haji. Sememangnya Rashid Maidin adalah seorang yang warak dan berilmu agama yang tinggi malah beliau juga mengajar cucunya dan beberapa budak-budak kampung membaca Al Quran dan Tajwid.
Ketika darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit dengan melancarkan perang saraf iaitu propaganda melalui media massa untuk mempengaruhi fikiran orang-orang Melayu supaya mereka yakin bahawa Parti Komunis Malaya itu kejam dan tidak sesuai diikuti. Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis. Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik jatuh ke tangan mereka dengan cara menggunakan keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya. Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti apabila mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan terbukti boleh dicapai bukan dengan perjuangan pertumpahan darah dengan sia-sia tetapi dengan rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak.


Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955. Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan enggan menyertai pilihan raya melalui parti lain sebagai syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agar dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah.
Dengan keengganan Parti Komunis Malaya berdamai, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada
31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka tanpa Parti Komunis Malaya. Parti Komunis Malaya yang lemah diasak semakin jauh ke dalam hutan sehinggakan kadang-kala tersingkir keluar dari Malaysia khususnya di sempadan Malaysia-Thailand.


Setelah keruntuhan komunis di Rusia dan runtuhnya Tembok Berlin di Jerman Timur tahun 1989, PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dengan Parti Komunis Malaysia telah ditandatangani di Haadyai pada 1989. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Haadyai.
Selepas 1989, tiada ada lagi perjuangan bersenjata . Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Walau bagaimanapun, pemimpin utama seperti Chin Peng dan
Rashid Maidin hanya dibenarkan menetap di sebuah perkampung khas di Yala, Thailand.


Cubaannya untuk kembali ke Malaysia menerima sokongan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan dan parti DAP.[1] Chin Peng tidak pernah menyatakan kesal memimpin Parti Komunis Malaya dalam perperangan mereka menentang kerajaan malaysia, malah bangga dengannya sebagaimana yang ditulis olehnya dalam bukunya, ("Setiap generasi membina impiannya. ... Tetapi anda membayar ke atas impian anda itu. Kami telah membayar harga ke atas impian kami. ... Saya tidak menyesal berjuang ke atas sesuatu yang saya percaya dan masih mempercayainya sebagai suatu perjuangan yang adil.") [2]
Chin Peng sedang membawa kesnya di mahkamah Pulau Pinang agar dia diterima pulang ke Malaysia. Penerimaan Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat oleh ramai sanak saudara mangsa kekejaman Parti Komunis Malaya termasuk polis dan tentera yang cedera dan terkorban. Ini disebabkan Chin Peng merupakan orang yang bertanggung jawab dengan kegagalan Rundingan Baling dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.
Bagaimanapun terdapat pihak yang mempersoalkan kenapa
Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh (bekas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Muda) dapat diterima kembali ke Malaysia, tetapi tidak bagi Chin Peng. Persoalan ini dicetuskan tanpa memikirkan bahawa Chin Peng tidak pernah menyatakan kekesalannya membunuh rakyat Malaysia malah berbangga dan menulis buku bagi membenarkan tindakkannya.


SILA LIHAT ISUNYA...