The Alien - Link Select

Isnin, 25 Mei 2009

NOVEL SAI-FAI TERBEST DI ABAD INI!





SAM C1G1...



Aku Bukan Hisyam....
Saya sedikit kecewa apabila mengetahui novel ini diterbitkan dengan tajuk di atas. Tajuk asalnya adalah SAM C1G1 - iaitu nama cyborg yang telah 'dihidupkan' semula melalui kaedah saintifk. Apabila terbit, ia telah ditukar pada tajuk di atas. Ini adalah salah satu buku yang telah saya edit dahulu dan sepatutnya ia terbit dalam versi yang lebih panjang tanpa perlu ada sambungan. Bagi saya novel ini amat menarik.Dalam kerancakan letusan novel-novel fiksyen sains, saya kira novel ini bagaikan terpinggir sedikit, maksud saya orang takkan perasan bahawa novel ini adalah bergenrekan fiksyen sains. Disebabkan tajuk dan kulit muka depan novel ini bagai menggambarkan novel cinta. Mahu dikata tajuknya komersil, tidak juga, mahu dikatakan berunsurkan fiksyen sains, tidak juga. Jadi, tajuknya biasa-biasa sahaja. Aduhai ...
Bagi saya, tajuk ini memainkan peranan yang besar dalam memperihalkan survival dan penjualan novel tersebut. Sekiranya bernasib baik, pembeli atau pembaca akan tahu bahawa itu adalah novel fiksyen sains. Semasa mengedit novel ini dahulu, saya sudah membariskan kewajaran novel ini untuk diterbitkan dalam katogeri dewasa, nah... apabila terbit, ia berstatuskan novel awal remaja.Tapi tidak mengapa, apa pun novel ini tetap berbaloi untuk membacanya. Bagaikan mengimbas kisah-kisah peperangan antara galaksi, filem-filem futuristik atau superheroes yang bertindak untuk menyelamatkan bumi dari ancaman makhluk asing yang mempunyai peradaban teknologi yang jauh lebih tinggi dari penduduk di bumi. Watak Hisyam yang telah mati dalam peperangan dengan Krimna dibangkitkan semula melalui teknologi canggih oleh sahabatnya sendiri, Prof. Ikmal. Sesekali terbayang di mata saya tentang filem Universal Soldier, lakonan Van Damme. Projek untuk 'membangunkan semula' dinamakan Projek Janus dan ia ditaja oleh sebuah syarikat yang bernama Suluken Corporation.
Tajuk : Aku Bukan Hisyam (2008)Penulis : Silzack KhairolPenerbit : KarnaDya SolutionsHarga : RM 14.90
SAM C1G1 atau SAM (dari nama asalnya Hisyam, menjadi SAM) dan C1G1 yang bermaksud Cyborgsaver Generasi 1 adalah buah tangan dari penulis baru, Silzack Khairol adalah merupakan satu cubaan yang menarik. Ya, tentunya bagi peminat kisah-kisah futuristik, ini adalah satu lagi buah tangan yang perlu disambar dari rak kedai dengan segera. (Sayang, dibuatkan dua bahagian - ada sambungan). Watak heroik Sam yang mempunyai kuasa artifisial yang luar biasa membolehkan dia menghadapi musuh yang amat dahsyat, Krimna yang cuba menghancurkan bumi dengan menukarkan dirikan sebagai meteor lalu menyedut tenaga magnetik bumi.Melalui 'gerbang masa' (gerbangnya digambarkan seperti gerbang masa dalam filem Stargate) SAM telah pergi semula ke zaman lampaunya untuk melihat apakah yang sebenarnya terjadi. Maka, di situlah SAM mendapati bahawa meteor tersebut adalah Krimna yang jahat. Selain dari itu (mungkin dalam bahagian dua) akan menceritakan bagaimana SAM diculik oleh Lex Technologies untuk dimanipulasi bagi menjayakan cita-citanya untuk menguasai bumi! Sesekali ada imbasan filem Matrix apabila nama watak diselitkan ke dalam novel ini serta diubah sedikit. :)Yeah! Kepada penulis ini, janganlah merasa kecewa pada tajuk tersebut. Teruskan sahaja menulis dan tentunya suatu masa nanti khalayak akan mengetahui bahawa anda menulis karya fiksyen sains, bukannya kisah cinta.


dapatkan novelnya di pasaran. Penuh aksi-aksi yang mendebarkan... Pertarungan di antara Krimna dan SAM C1G1 yang amt sengit dan menghiburkan buat semua peminat2 aksi... dapatkan novel ini dipasaran... MPH dan Popular ada stok lagi...



segera!

HARI INI SENYUMLAH!

Senyumlah! Inilah tag aku minggu ni... senyum itu satu sedekah bagi semua... sedekah yang sangat berkat dan penarik rezeki. Senyumlah selalu.... Minggu ni aku mungkin banyak senyum berbanding minggu lepas... entahlah...mungkin hati aku happy semacam je minggu ni... heheh Alhamdulillah... Semalam aku tak dapat tidur dengan selesa disebabkan panas membahang ke suhu alam kebelakangan ini... waktu malam pun boleh panas... aku tak tahulah apa dah jadi dengan dunia ini.

Agaknya kutub Utara tu dah cvair ais dia... sebab tu Bumi kita ni tak dapat nak mengimbangi dirinya lagi... Kesiannya Bumi kita ni... Bumi ini sudah sangat tua... pada Zaman Rasulullah SAW mikraj dulu.. dia melihat dunia ini seperti seorang tua yang sudah bongkok mencecah tanah... DUNIA sudah terlalu tua... agaknya sekarang Dunia sudah terlalu nazak ya setelah 1000 tahun berlalu??? Harap-harap taklah ye tak?!

Kalau dunia ini musnah akibat kebodohan kita.... ke mana agaknya kita nak pi??? Sebentar... handset aku berbunyik la pula... Hmmm... ah! Mesej dari mana tah! OOoooo rupanya mesej dari orang buat tawaran hadiah... pi mampus laa.... aku bukan suka terima mende2 ngarut camni... Ok!

Berbalik pada isu Bumi tadi.. Aku menghuni Bumi ini sudah 31 tahun.... dan aku tak tahu bila la aku akan berpindah ke alam Kubur pula... Alam Duinia inimemang best.. tapi alam Kubur laaagi best! lebih luas dari Bumi sejauh mata memandang.... best! dan best!... semua kemudahan ada dan sangat canggih berbanding Bumi... hehehehe....

Herannya .... semua orang takut mati.... dan cintakan dunia yang menjanjikan tipudaya belaka ini... entahlah... mungkin jenis manusia tak beriman dan tak kuat iman je yang cintakan dunia dan takut mati ni....


Anyway... hari ini aku datang kerja dengan penuh semangat dan berkobar2.... sampai je,.., ada Konvo...dan aku, mujurlah bawa motor je,.. kalau tak... nak kena cari parking ...susah wooo... banyak tempat dah takleh parking sesuka hati.... kalau bawa motor ni senang sikit... aku parking tempat biasa dan Thumprint...lambat macam biasa.... 3 minit ke jam 8 pagi... heheheh
mujur sempat...
anyway...
Sebelah petangnya ada perasmian Pengguna Islam Malaysia... klik di web ini....>
http://muslimconsumer.org.my/ppim/news.php < (Mari kita Boikot barangan HARAM dan Barangan berasal Dari Yahudi dan Belanda)

CARA-CARA MANDI WAJIB


Pesan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz
Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM.
Mandi wajib yg betul.....
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan
terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak
sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh
melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung
sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi
membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya
yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun,
berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam
Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak
mengetahui perkara ini.
"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi
salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota
badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang
dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya
jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika
ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh
dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya
mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib
seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan
najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang
zahir.
Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah
Taala."
Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."
Niatitu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai
ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku
mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan
yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat
hadas nifas kerana Allah Taala".
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya
selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan
mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali
niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.
Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga
tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang
ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi,
jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan
mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh
disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh
anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di
badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang
itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya,
tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung
pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya,
bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh
menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,
kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula
boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang
merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan
pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu,
seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika
dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya
terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya
tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada
rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang
menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai
sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut
rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya
pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya
pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.
Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi
wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun
mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan
perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan
perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat
Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab
melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun
tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab
lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid,
nifas dan melahirkan anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak
sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak
semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika
ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada
waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk
sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur
adalah makruh.
Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5
kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan
menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir,
dan berdo'a.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan
memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.
Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya
di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci',
"Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah
sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula
akhlaqku).
(HR Ahmad).- (DOA TENGOK CERMIN ).
4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak
berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri
atau takbur.
5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa
seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa
Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak
sayuran, buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan
demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu
atau panduan bagi yang baru tahu......
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia
dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita
di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita
di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di
dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam
kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di
padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh
Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai
di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak
sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka
mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th "
jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"
Wassalam.
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu
adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Selasa, 19 Mei 2009

TIDAK BOLEH SOLAT??? GILE KE APE?!?!?!

TERKEJUT! inilah reaksi aku apabila terbaca surat ini. MPE Worldwide tidak beri izin untuk solat KECUALI pada hari Jumaat... ini dah melampau!!! Wahai umat islam... inilah jenis orang KAFIR yang akan memasukkan kita ke dalam NERAKA. (Dahlah memang diorang ni ahli NERAKA.... lepas tu nak masukkan kita sekali dalam NERAKA pula???!!)
INI DAH MELAMPAU!! 'JAKIM' TOLONG PANTAU HAL INI. TARIKH LESEN NIAGA DIA DAN KALAU PREMIS DIA TAKDE RUANG UNTUK SURAU JUGA TOLONG TARIKH LESEN NIAGA DIA... BIAR DIA RASA! KAT MALAYSIA NI ADA AGAMA RASMI. TOLONG HORMATI MASA2 SOLAT ORANG ISLAM KAT MALAYSIA NI... KITA SEBAGAI ORANG ISLAM ...TAKDE PUN HALANG ORANG BERAGAMA LAIN UNTUK TUNAIKAN SEMBAHYANG DIORANG.... ZALIM BETUL LA DIORANG NI!!!!... kita hormati agama lain.. tetapi kalau orang lain tak boleh hormati agama kita... untuk apa kita hormatinya pula???!!
di MINTA KERAJAAN MALAYSIA PANTAU HAL INI... hal agama bukan main-main ya... tolong sikit..!!!

Rabu, 13 Mei 2009

YANG PATUT ANDA TAHU TENTANG HANDPHONE!

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT
Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh
membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -
1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan
untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan
tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail
nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan
dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon
bimbit anda dikunci ( Keypad lock )
2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta
dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan
pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta
anda..Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang
menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi
seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta
anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki
) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan
punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan
dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak
terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari
tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci
pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga
penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan
kerana beberapa orang telah mencubanya.
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit
yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan
kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika
bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu
melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis
Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci
' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin
telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50
peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon
bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan
dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail
*#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di
skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri
ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh
hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri
tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan
sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah
ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi,
walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si
pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya
SELAMAT MENCUBA!

Selasa, 12 Mei 2009

VIRUS BABI H1N1- DAN PENDINDINGNYA...


WARNA MERAH ADALAH KES YANG TELAH DISAHKAN. DAN WARNA OREN ADALAH KES YANG BELUM SAH.

Selesema babi merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Pada babi, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV). Kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang).[1] Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia.
Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan babi terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya menular dari manusia ke manusia. Jenis yang bertanggungjawab bagi
wabak selesema babi 2009 dipercayai telah melalui proses mutasi ini.

Wabak selesema babi ini menjangkiti manusia daripada babi yang telah dijangkiti virus. Dalam sesetangah kes, wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan babi. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung. Pada 5 Februari 1976, seorang anggota tentera di Fort Dix, Amerika Syarikat, mendapati dirinya letih dan lemah serta mati keesokannya. Doktor mengesahkan kematiannya berpunca daripada virus babi sebagaimana yang berlaku pada tahun 1918 akibat wabak selesema. Presiden Gerald Ford mengarahkan rakyat disuntik dengan vaksin, namun rancangan suntikan itu dibatalkan.
Pada 20 Ogos 2007 wabak selesema babi menyerang Nueva Ecija dan di kawasan tengah pulau Luzon, Filipina. Pada tahun 1968, virus "Hong Kong” membunuh lebih sejuta orang di seluruh dunia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan 62 kematian akibat virus H1N1 yang menggabungkan virus babi, burung dan manusia. Ia menyamai selesema biasa dengan demam, batuk, hidung berair dan lenguh anggota badan. Setakat ini tidak ada vaksin yang sesuai. Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan, menyatakan penularan virus di Amerika Utara amat serius dan berpotensi bertukar kepada wabak besar. Sekurang-kurangnya 81 kematian dilaporkan akibat pneumonia teruk yang disebabkan penyakit seperti selesema. Sebilangan yang mati dikesan mempunyai versi unik virus selesema A/H1N1, iaitu gabungan virus burung, babi dan manusia. 11 kes dikesan di California, Kansas dan Texas manakala 8 pelajar sekolah di New York City dijangkiti virus selesema dipercayai jenis yang sama.Pada 25 April 2009, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mahmood Adam akan memberi kerjasama di semua pintu masuk.
SEBAGAI LANGKAH BERJAGA-JAGA. PERSEDIAAN TUBUH ADALAH SANGAT PENTING.Bawang putih ialah nama tanaman daripada genus Allium sekaligus nama daripada umbi yang dihasilkan. Umbi dari tanaman bawang putih merupakan bahan utama untuk ramuan dasar masakan Malaysia.Bawang putih digunakan sebagai bumbu yang digunakan hampir di setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum dipakai sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau (dikeprek) sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng. Bawang putih boleh juga ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.
Bawang putih mempunyai khasiat sebagai
antibiotik alami di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).
Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan
tumor dalam tubuh badan.Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.
BERIKUT IALAH RAMUAN AIR UNTUK MINUMAN KESIHATAN. TUMBUK SEULAS ATAU DUA ULAS BAWANG PUTIH BERGANTUNG KEPADA KEPERLUAN. CAMPURKAN DENGAN AIR PANAS SEGELAS DAN BANCUH DENGAN SUSU TEPUNG ATAU NSUSU TIN F&N. MINUM AIR ITU DUA HARI SEKALI. INSYALLAH... SELAIN JAUH DARI SEGALA JENIS PENYAKIT. VIRUS H1N1 JUG TIDAK AKAN MAMPU MENEMBUSI SISTEM IMUN TUBUH KITA. INSYALLAH...