The Alien - Link Select

Isnin, 23 Mac 2009

Superman kah aku??? hehehehe...

Khamis, 19 Mac 2009

ALLAHUAKBAR!!!




"TIDAK KU JADIKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK BERIBADAH KEPADA-KU"


ALHAMDULILLAH… .






Segala puji bagi, Allah SWT, seluruh alam yang menciptakan langit dan bumi serta seisinya yang ghaib mahupun yang jelasnyata. Dan apa yang kita ketahui dan tidak. Maha Suci Allah yang menjadi kita ini manusia yang berbangsa-bangsa agar kita dapat mengenal dan berkenalan di antara satu sama lain untuk beribadat semata-mata kepada Allah SWT yang TIADA TUHAN SELAIN ALLAH YANG WAJIB DAN PATUT DISEMBAH.

Sebagai orang Islam aku akui, hidup dan matiku kerana semata-mata kerana Allah SWT. Tiada yang lain selain Allah SWT. Dan aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh-Nya yang tidak akan ada pengganti lagi selepasnya. Sebagai orang Islam juga kita semua diwajibkan menurut segala perundangan Allah SWT, melaksanakannya dengan sedaya upaya walau dengan apa cara sekalipun yang dibenarkan oleh Islam.

Sejarah telah membuktikan mana-mana pihak yang berjuang untuk bangsa atau sekadar memuliakan bangsanya di muka ini… pihak itu akan musnah dan melalui bermacam kesengsaraan. Tetapi, mana2 pihak yang berjuang semata kerana Allah dan memuliakan agama Islam. Nescaya dia akan beroleh kemenangan yang pasti di dunia dan di akhirat… Rasulullah SAW berjuang untuk Islam kerana Allah SWT dan untuk menyatukan bangsa Arab kerana Allah SWT. Dan, hasilnya Baginda SAW berjaya…Rasulullah SAW tidak pernah berjuang untuk bangsa Arab. Tetapi dia berjuang untuk menyatukan seluruh Manusia dan Jin di bumi ini di bawah satu kalimah Iman yang sangat tinggi dan mulia...
Dan hal ini tidak dijanjikan untuk Rasulullah SAW sahaja tetapi bagi sesiapa yang membawa dan menggalas kalimah ‘Laa ilaaha illallah Muhammadurasulullah’ di atas Iman, akal dan usahanya untuk menyebarkan syiar iman di seluruh pelusuk Bumi ini.

Tidak kira bangsa Suluk, Melayu, Indonesia dan bangsa lain di dunia ini di kalangan manusia dan Jin semuanya akan bersatu dibawah kalimah Iman ini… maka setelah itu barulah dunia ini akan aman, seaman-amannya, sedamai-damainya tanpa peperangan menegakkan bangsa. Tetapi semata-mata berabdikan diri pada yang Esa….
Oleh itu marilah kita semua menggalas tugas kenabian ini untuk membawa manusia berhimpun di bawah satu kalimah. Jadikan seluruh tanah-tanah di bumi ini di bawah SATU panji kalimah Iman yang mulia ini.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!



Jumaat, 13 Mac 2009

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH MUHAMMAD SAW

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah
solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah
Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Khamis, 12 Mac 2009

DRAGON BALL EVOLUTION

DRAGON BALL EVOLUTION- Wayang yang aku tunggu-tunggu sejak dua tahun lepas lagi. Masa tu aku tahu Dragonball akan difilemkan. So, aku sangat2 teruja dengan khabar gembira ini. apatah lagi apabila ada ura-ura Chow Sheng Chi (Stephen Cow) turut menyumbang idea dan tenaga untuk filem ini. Walaupun hero dia pelakon baru. but tak salah juga pilihan pengarah ini. bagus!!!!
Wayang ini mengisahkan... DRAGONBALL: EVOLUTION is based on the popular Japanese manga created by Akira Toriyama, whose work spawned best selling graphic novels, video games and a phenomenally successful television series. The live action adventure centers on the heroic Goku, a powerful warrior who discovers his inner strength and protects the Earth from an evil rogue bent on dominating the Universe and controlling the mystical objects from which the film takes its name.
Oleh itu, aku cuba juga menonton cite ni pada hujung minggu. Ia ditayangkan di pewagam malaysia. pada 12 march 2009.... Goku! Goku! Goku!

MY NAME...

Nama ini adalah gabungan dari nama asal (Sil) aku dan nama samaran(Zack) aku. Mulanya aku tidaklah menggunakan nama ini sebagai nama pena aku. Sebelum ini aku menggunakan nama 'Tanpa Nama' sebagai nama pena aku. tetapi setelah berbincang degan seorang penulis KD iaitu Kak Syima Syawal. Dia sendiri hanya bagi idea tu secara spontan... tetapi buat aku tertarik dengan nama tu... Hmmmm.. bagus juga idea tu. Lalu tanpa berfikir panjang lagi aku amik je nama tu dan jadikannya sebagai nama pena rasmi aku di KD. Tetapi aku tambahlah nama ayah aku kat belakangnya...
jadilah Silzack Khairol.

Isnin, 9 Mac 2009

WAYANG BEST!

Wayang ni best gak... tak sangka Malaysia dah maju sikit dalam animasi ni.... memang seronok tgk cite ni... aku tak sangka la pula ... sebab kalau dinilai animasi puteh dan Silat Lagenda dulu tu... memang jauh panggang dari api... sekarang ni best sgt sebab animasi kita dah sgt maju dan sudah melangkah bertapak2 ke hadapan. Banyak scene yang kelakar dan sangat berpuas hatilah.. tak pernah2 aku gelak macam gorila tercucuk buntut.. Ha ha ha!!!
Aku tak tgk kat panggung ya... tgk kat DVD je... hehehe gambar ok laa... Chun Li tu pun sedap gak tgk citenya.... tapi taklah seperti yang aku bayangkan... tak macam street fighter yang asal... apa un cite dua2 tu best gile!... hehehe

Rabu, 4 Mac 2009


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
***
SESUNGGUHNYA PERUTUSAN INI DARIPADAKU
“SESUNGGUHNYA AKU BERSAKSI BAHAWA
TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH S.W.T
DAN
NABI MUHAMMAD S.A.W ITU PESURUH-NYA”

SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SELURUH ALAM.
KESELAMATAN BAGI MEREKA YANG MENGIKUT CAHAYA PENTUNJUK


AMMA BA’DU

Aku memuji Allah SWT untukmu dan aku bersaksi bahawa Nabi Isa a.s ( Jesus ) adalah Roh Allah SWT dan Kalimat-Nya yang disampaikan kepada Maryam yang tidak pernah kahwin, yang suci, baik dan terjaga. Ia telah mengandungkan Isa a.s lalu Allah SWT menciptakan dari Roh-Nya dan tiupan-Nya sebagaimana Dia telah menciptakan Adam a.s dengan tangan-Nya dan tiupan-Nya.

Aku berdoa kepada Allah SWT semata, yang tiada sekutu bagi-Nya dan berserah diri dan taat kepada-Nya. Hendaklah kamu mengikuti Muhammad Rasulullah SAW, beriman kepadanya dan apa-apa yang telah datang kepadanya sepertimana para Rasul dan para Nabi Allah SWT sebelum baginda Rasulullah SAW.

Sesungguhnya aku menyeru kamu dengan seruan Islam dan Allah SWT akan mendatangkan padamu dua kali pahala di dunia dan di Akhirat yang kekal abadi selamanya. Maka apabila kamu berpaling maka kamu kuserahkan kepada Allah SWT, Tuhan seluruh alam ini.



Yakni ,

Allah SWT,
tiada Tuhan selain-Nya yang hidup kekal dan berkuasa dengan sendiri-Nya.Tiada mengantuk dan tiada pula tidur, kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at dan pertolongan di sisi Allah SWT tanpa izin-Nya? Allah SWT mengetahui apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka dan mereka hanya dapat mengetahui sedikit sahaja dari ilmu Allah SWT dengan kehendak-Nya. Qursyi-Syiar Allah SWT itu meliputi langit dan bumi. Dia tidak merasa berat memelihara kedua-duanya. Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar.



Marilah kita berpegang teguh pada satu kalimat yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu. Bahawa tidak kita sembah kecuali Allah SWT dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu apa pun selain-Nya. Tidak pula sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai Tuhan selain Allah SWT.


KETAHUILAH !

AGAMA YANG BENAR DI SISI ALLAH, TUHAN SELURUH ALAM HANYALAH ISLAM DAN BARANG-SIAPA YANG MEMILIH SELAIN ISLAM SESUNGGUHNYA DIA TELAH RUGI DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. SESUNGGUHNYA TELAH TERANG DAN JELAS KEPADA KAMU YANG MANA SALAH YANG MANA BETUL. ISLAMLAH NESCAYA KAMU SELAMAT... SEKIRANYA KAMU BERPALING MAKA SAKSIKANLAH BAHAWA KAMI ADALAH ORANG-ORANG ISLAM YANG BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH SWT.




***
IKHLAS DARI
MUHAMMAD ALI ABDULLAH
***
"TIDAK KU JADIKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK BERIBADAH KEPADA-KU"