The Alien - Link Select

Selasa, 9 Disember 2008

KAHWIN???


(Alhamdulillah....)SERONOK gile bila mengingatkan kita akan bakal kahwin ngan org yang kita sayang dan rindu setiap saat dan masa... Setelah lapan tahun bersama pastinya inilah detik-detik yang aku ini tungu-tunggu sekian lama. Bermacam-macam dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh aku ini. entah mengapa, aku tabah dan tekad untuk menguatkan hati dan naluri agar tetap bersama dengan dia yang tercinta. aku masih ingat satu statement yang terpahat kukuh dalam memori. "Walau sejuta kali pun aku ini dimatikan dan dihidupkan semula, nescaya perempuan yang pertama aku cari dan aku ingin temui ialah sayang ku Boie......"

Statement yang aku memang takleh lupa. aku yakin satu hari nanti aku mampu melaksanakan janji dan kata-kata ini. Insyallah...
Sebelum tu mari kita lihat... apakah sebenarnya makna perkahwinan ni... hehehe...
Atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam[1]. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
Sejarah perkahwinan
Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”. [2]
Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalah Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu.” Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan.
Jenis-jenis perkahwinan
Poligami adalah perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan oleh hampir kesemua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa had dan batas. Contohnya ada agama di negara China yang membolehkan perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu.
Poliandri merupakah perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki (konsep songsang dari poligami). Perkahwinan ini sangat jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-orang bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab. Contohnya masyarakat Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwini seorang wanita, wanita itu menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amalan ini merujuk kepada kitab Mahabhrata. [3]
Monogami merupakan cara perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti Kristian mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana menganggap perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah untuk sepanjang zaman. Oleh kerana itulah penceraian tidak diiktiraf sama sekali (seperti mazhab Katolik).
Kedudukan perkahwinan dalam Islam
Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.
Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin.
Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atai tiada nafsu yang kuat
Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.
Hikmah perkahwinan
Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
Memelihara kesucian diri
Melaksanakan tuntutan syariat
Menjaga keturunan
Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
Dapat mengeratkan silaturahim
Dalil pensyariatan dalam Al-Qur'an
Surah An-Nisaa': ayat 1 & 3
Surah An-Nur: ayat 32
Surah An-Nahl: ayat 72
Surah Yasin: ayat 36
Surah Ar-Ruum: ayat 21
Surah Al-Zariya: ayat 49
Surah Luqman: ayat 10
Surah Qaaf: ayat 7
Surah As-Syu’ara: ayat 7
Ingin tahu lebih lanjut sila layari wenb ini...
yes! yes! yes!

Selasa, 2 Disember 2008

ANDARTU RAMAI? JALAN PENYELASAIANNYA...

“Hai golongan pemuda, barangsiapa di antara kamu telah sanggup kahwin maka kahwinlah, kerana berkahwin itu lebih menundukkan mata dan lebih memelihara faraj.”SunnatullahSudah menjadi sunnatullah, setiap makhluk yang Allah jadikan itu hidup berpasangan-pasangan. Adam dijadikan berpasangan dengan Hawa, haiwan yang jantan berpasangan dengan yang betina, bunga jantan dengan bunga betina, demi untuk mengembang-biak keturunan masing-masing di muka bumi Allah ini. Allah swt berfirman yang bermaksud: “Allah menjadikan isteri untukmu dari jenismu jua, dan kemudian dijadikannya dari isterimu itu anak atau cucu dan diberikannya kamu rezeki dari yang baik-baik.”Firman Allah lagi:“Dan berkembang-biaklah dari keduanya lelaki dan perempuan yang banyak sekali.”Perempuan akan menderita jika masih belum berpasangan sedangkan usia sudah semakin lanjut. Apatah lagi jika menerima gelaran “andartu” atau anak dara tua. Mereka tidak rela menerima gelaran itu.FaktaMenurut laporan setakat ini seramai lebih kurang 600,000 wanita berusia antara 30 hingga 34 tahun yang masih belum berkahwin. Ini tidak termasuk wanita yang berstatus janda. Masalah andartu mesti diselesaikan segera kerana ia boleh menjejaskan kestabilan masyarakat dengan timbulnya masalah sosio-ekonomi. Tambahan pula, masalah andartu boleh menjerumuskan kaum wanita ke lembah maksiat. Sebenarnya, tidak ada perempuan yang sanggup digelar andartu. Masalah andartu bukanlah masalah peribadi bagi mereka yang terlibat sahaja, tetapi ia adalah masalah bersama. Ia adalah masalah masyarakat, masalah ummah. Kita mestilah mengkaji dan mencari langkah-langkah praktikal untuk mengatasinya. Tidak sewajarnya kita hanya menggelar, mengejek dan menghina, tetapi eloklah ditinjau akar-umbi masalah mereka sekaligus selesaikan masalah itu jika mampu. FaktorTerlalu banyak faktor yang menyebabkan wanita yang menjadi andartu. Antara golongan wanita yang tidak kahwin adalah perempuan-perempuan kota yang intelek dan mempunyai status yang tinggi. Golongan wanita intelektual ini telah ditempatkan pada kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Kadangkala sebagai boss di pejabat, pegawai eksekutif, peguam, doktor dan lain-lain jawatan yang dulunya dipegang oleh kaum lelaki. Walaupun pada zahirnya kelihatan mereka mempunyai banyak keistimewaan kerana kedudukan yang tinggi itu, tetapi hidup mereka sedikit demi sedikit mula terasing. Pergaulan mereka terbatas di kalangan orang-orang atasan sahaja. Wanita-wanita “istimewa” ini berharap mereka akan bertemu jodoh dengan lelaki golongan atasan juga. Malangnya ini tidak berlaku. Wanita yang berkedudukan tinggi selalunya mudah ditimpa penyakit ego dan suka memerintah. Keterbiasaan mereka memerintah orang-orang bawahan memungkinkan mereka bersifat yang sama dengan suami. Ini yang menyebabkan lelaki takut untuk beristerikan wanita yang berkedudukan tinggi. Dan gadis-gadis kampung atau gadis-gadis bandar yang sederhana lebih menjadi idaman lelaki status tinggi. Wanita yang berprofesion menyayangi kerjayanya lebih daripada untuk mendirikan rumahtangga. Mereka takut terkongkong, terbantut kareer. bagi mereka, kononnya beban kerja lebih ringan daripada bebanan rumahtangga. Protokol kerja dan protokol belajar juga menyekat wanita dari berkahwin di usia muda. Contohnya, seorang paramugari yang berumahtangga tidak dibenarkan bekerja di atas kapalterbang. maklumlah, selepas kahwin badan sudah hilang potongannya, mengandung pula, hendak fikir anak dan suami. Oleh itu, kerana wanita sekarang suka pekerjaan yang mencabar, mereka lebih suka menangguhkan perkahwinan hingga lewat usia. Masalah andartu juga kadang-kadang berpunca dari sikap ibu bapa. Ada ibu bapa yang bersikap memandang bulu dalam soal memilih menantu ini. mereka rela anak dara mereka terperap di rumah dari bersuamikan lelaki yang tidak sama darjat dan keturunan serta berjawatan tinggi. Kononnya takut status jatuh atau takut anak teraniaya. Kadang-kadang sikap “pilih bulu” ini datang daripada orang perempuan sendiri. Mereka menjadi terlalu pemilih disebabkan sikap kebanyakan kaum lelaki yang ada pada hari ini. Kehidupan seharian orang lelaki moden yang suka berpoya-poya, curang, akhlak buruk, tidak bertanggungjawab, menyebabkan kaum wanita berfikir beratus-ratus kali sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Apakah bakal suaminya itu setia? Apakah dia bertanggungjawab? Apakah dia penyayang? Keraguan-keraguan ini akhirnya mendorong wanita bersikap pesimis atau “tawar hati” untuk berkahwin. Sukar hendak cari lelaki bertanggungjawab lebih-lebih lagi yang kuat beragama zaman ini. Justeru itulah wanita sanggup bergelar andartu daripada tersilap pilih, agar tidak menyesal di kemudian hari. Cuma yang kita takuti, pilih punya pilih terpilih punggung cawan! Ada juga wanita yang tidak mahu berkahwin kerana pernah melalui satu peristiwa pahit dalam hidupnya, yang menyebabkan dia serik untuk menempuh alam rumahtangga. kisah cerai-berai, pertengkaran dan penganiayaan dalam rumahtangga yang terjadi di sekitar hidup mereka selalunya menimbulkan kesan yang sangat mendalam dalam jiwa kaum wanita, hingga boleh menyebabkan dia tawar hati untuk berkahwin. Dan ada juga yang tidak mahu kahwin kerana putus cinta (frust). Yang belajar dengan pinjaman dan biasiswa terikat pula dengan protokol perjanjian belajar. Mereka tidak boleh kahwin selagi belum tamat belajar. Masalah ini melibatkan pelajar-pelajar yang belajar di luar negeri. Sedangkan dalam masa yang sama, pengaruh-pengaruh negatif, lucah dan merangsang nafsu terpaksa mereka hadapi. Cara hidup barat yang lepas bebas mencabar sifat fitrah manusia yang inginkan perkahwinan. tapi apakan daya pintu perkahwinan secara halal dan terhormat disekat. Oleh itu, sebagai jalan keluar, ada yang sanggup bersekedudukan, berzina, semata-mata untuk melayan nafsu. kalau ikut hukum Islam, mereka yang tidak mampu melawan nafsu seks wajib berumahtangga jika dikhuatiri akan terlibat dengan zina dan pergaulan bebas. tetapi, perkahwinan yang halal dilarang, buat maksiat tidak apa. Hadis Nabi saw yang bermaksud: “Tidak ada suatu dosa di sisi Allah sesudah syirik yang lebih besar daripada seorang leki-laki yang menumpahkan maninya ke dalam rahim (perempuan) yang tidak halal baginya.” Seperkara lagi yang menggalakkan pertambahan bilangan andartu dalam masyarakat hari ini adalah belanja kahwin yang tinggi. belanja kahwin ini turun naik macam turun naiknya harga barang. Apakah nilai anak perempuan sanggup kita samakan dengan harga barang? Kalau harga getah, kelapa sawit, koko naik, belanja kahwin juga turut naik. Apakah nilai perkahwinan itu sudah jadi seperti jual beli barang? Belanja kahwin seorang perempuan yang berpelajaran tinggi misalnya meningkat menjadi RM8,000.00. kalau yang kerja kampung RM4,000.00. Ada ibu bapa yang menuntut begitu. Kalau yang berjawatan dan bergaji besar, lagi tinggilah hantaranya? Ini semua menghalang wanita daripada kahwin cepat. Persoalan andartu ini sebenarnya adalah salah satu faktor yang menyebabkan perkembangan maksiat dalam masyarakat. Iaitu akibat dari menyusah-nyusahkan perkahwinan yang halal. Bila saluran yang halal di sisi Allah swt disekat, timbulah berbagai-bagai krisis dalam masyarakat dan menggalakkan perkara-perkara yang mendorong pelepasan nafsu seks secara haram. Kalau semua pihak ikut panduan syariat Islam, tidak dicampur budaya Melayu yang bidaah, perkahwinan akan jadi mudah. Tidak akan timbul “jalan belakang” untuk menyelesaikan runtunan hawa nafsu yang tidak dapat tidak mesti ada dalam diri manusia. Hanya manusia yang beriman sahaja dapat menyalurkan nafsunya secara yang diredhai Allah, selamat, bahagia, dunia dan akhirat.Tanpa iman, jalan-jalan yang haram akan terus ditempuh, akan lahirlah anak-anak zina yang merosakkan salasilah keturunan. Hubungan keturunan dan pertalian darah sudah tidak suci lagi. Sebab itu generasi yang lahir susah untuk dididik dan dilembutkan hatinya untuk menerima kebenaran. Begitulah tenatnya masalah andartu ini jika tidak cuba diselesaikan atau cuba diselesaikan tetapi tidak mengikut kaedah yang ditetapkan oleh Allah swt. namun, masih ada pihak-pihak yang menganggap masalah andartu ini remeh-temeh dan tidak perlu diambil perhatian berat. Kalau sebut bab poligami kita cepat melenting. Pada hakikat sebenarnya ia boleh menggugat kestabilan negara. Bila masyarakat rosak, keselamatan akan tergugat dan ini akan menyebabkan pelaburan asing berkurangan, kedudukan ekonomi tergugat. Tetapi yang paling penting adalah kutukan Allah swt. Sabda Rasulullah saw:Jalan Penyelesaian“Wanita adalah tiang negara, bila ia baik, baiklah negara. Dan bila ia rosak, maka rosak pula negara.” Justeru, penyelesaian yang utama untuk menyelesaikan masalah andartu ini adalah dengan mengatur perkahwinan mengikut syariat tanpa menyusahkan mana-mana pihak. Sabda Nabi Besar saw yang diriwayatkan oleh Bukhari-Muslim: “Hai golongan pemuda, barangsiapa di antara kamu telah sanggup kahwin maka kahwinlah, kerana berkahwin itu lebih menundukkan mata dan lebih memelihara faraj.” Kalau ikut syarat, perkahwinan ini terlalu mudah untuk dilaksanakan. yang penting lima rukun nikah dipenuhi iaitu: 1. Pengantin perempuan 2. Pengantin lelaki 3. Wali, 4 Saksi dan 5. Ijab dan kabul. Mas kahwin bukannya rukun nikah. Ia boleh berbentuk cincin seperti yang pernah dilakukan di zaman Rasulullah. Sabda Rasulullah saw: “Carilah mas kahwin walau hanya cincin besi.” Belanja kahwin pula boleh dirundingkan. Sepatutnya kenduri kahwin hendaklah dibuat atas dasar kemampuan bukan untuk bermegah-megah. Perkahwinan boleh diatur dengan berbagai cara yang tepat dan cepat. Ia boleh diatur oleh badan khas sesuai dengan keistemewaan pasangan tersebut. Contohnya, kalau individu itu seorang guru kemungkinan bakal isterinya juga seorang guru. Kayu ukur dalam seluruh tindakan dan membuat keputusan ialah syariat, bermula daripada memilih jodoh, peminangan, majlis pernikahan, kenduri kendara dan seterusnya. Perkahwinan dalam Islam boleh dilaksanakan dengan berbagai bagai cara dalam usaha menyelesaikan masalah andartu antaranya: - Melalui persetujuan ibu bapa kedua belah pihak.- Peminangan pihak lelaki dengan pihak perempuan. - Pinangan pihak perempuan terhadap lelaki. - Menganjurkan perkahwinan antara bangsa dengan tujuan menyebarkan ajaran Islam. - Mempercepatkan perkahwinan bagi mereka yang telah layak dan mampu. - Merendahkan belanja perkahwinan dan elakkan perkara-perkara yang menyusahkan dan membazir. - Memahami peranan poligami yang diharuskan dalam Islam. Semua jalan-jalan perkahwinan yang disebutkan di atas boleh diatur sama ada perkahwinan monogami atau poligami. Bila matlamat perkahwinan kita jelas kerana Allah semata-mata, maka poligami atau monogami tidak jadi masalah. Firman Allah swt yang bermaksud: “Hai manusia! Patuhlah kepada Tuhanmu, yang menjadikan kamu dari diri yang satu (jenis) dan menjadikanisterinya dari jenisnya (bangsanya) sendiri, dan kemudian Tuhan memperkembang-biakkan dari keduanya, laki-laki dan perempuan yang banyak.” Di zaman teknologi moden sekarang ini, ada yang menggunakan mesin komputer untuk mengatur perkahwinan. Apakah manusia sudah tidak punya hati, akal dan perasaan hingga terpaksa menyerahkan keputusan dan pilihan teman hidupnya kepada komputer yang tidak berakal? mana pertimbangan agama dan Iman? Oleh itu kembalilah kepada Islam dalam urusan perkahwinan ini. Mudah dan senang. Didikan agama dari kecil adalah penting. Dan apabila tiba masa yang ia telah layak berkahwin, bekalan ilmu, iman dan rezekinya telah tersedia. Ia mampu menjadiisteri atau suami yang baik di sudut rohani dan jasmani sebaik sahaja meningkat dewasa. Dan detik itu tidak boleh disia-siakan melainkan mesti dipergunakan…. kahwinkan mereka segera! Dengan didikan agama itu juga dapat melindungi diri kita dari tergelincir ke lembah dosa. Tidak akan timbul lagi masalah andartu. Dan jika berlaku juga, itu merupakan ujian sementara sebelum Allah berikan jodoh yang sesuai, dan terimalah ianya. Oleh itu, masalah andartu ini boleh diselesaikan bila manusia kembali kepada agama. Barulah hati akan mengaku kelebihan berkahwin yang dapat menyelesaikan banyak penyakit masyarakat yang berpunca dari nafsu syahwat. maka, selamatlah diri, terpelihara agama dan bersihlah masyarakat. Jika dari awal lagi kita mengikut syariat Islam, dengan mempelajari ilmu agama, menutup aurat, menjaga akhlak, InsyaAllah jodoh akan datang dengan cepat dan pasti membawa berkat!

Rabu, 19 November 2008

Bed Of Roses

Sitting here wasted and woundedAt this old pianoTrying hard to captureThe moment this morning I don’t know’cause a bottle of vodkaIs still lodged in my headAnd some blond gave me nightmaresI think she’s still in my bedAs I dream about moviesThey won’t make of me when I’m deadWith an ironclad fist I wake up andFrench kiss the morningWhile some marching band keepsIts own beat in my headWhile we’re talkingAbout all of the things that I long to believeAbout love and the truth andWhat you mean to meAnd the truth is baby you’re all that I needI want to lay you on a bed of rosesFor tonite I sleep on a bed on nailsI want to be just as close as the holy ghost isAnd lay you down on bed of rosesWell I’m so far awayThat each step that I take is on my way homeA king’s ransom in dimes I’d given each nightJust to see through this payphoneStill I run out of timeOr it’s hard to get throughTill the bird on the wire flies me back to youI’ll just close my eyes and whisper,Baby blind love is trueI want to lay you down on a bed of rosesFor tonite I sleep on a bed on nailsI want to be just as close as the holy ghost isAnd lay you down on bed of rosesThe hotel bar hangover whiskey’s gone dryThe barkeeper’s wig’s crookedAnd she’s giving me the eyeI might have said yeahBut I laughed so hard I think I diedWhen you close your eyesKnow I’ll be thinking about youWhile my mistress she calls meTo stand in her spotlight againTonite I won’t be aloneBut you know that don’tMean I’m not lonely I’ve got nothing to proveFor it’s you that I’d die to defendI want to lay you down on a bed of rosesFor tonite I sleep on a bed on nailsI want to be just as close as the holy ghost isAnd lay you down on bed of roses

AMALAN KHAS SEBELUM TIDUR


Sebelum Tidur bacalah :


1. Bacalah “Bismillahirrahmanirrahiim’ 21 kali.
2. Baca doa tidur” Bismikah Allahumma ahya waa amuts”.
3. niat nak bangun jam berapa( Ya Allah bangunkan aku pada waktu sekian-sekian).
4. Baca Al Fatihah 1 kali.
5. Baca Ayat Qursyi 1 kali.
6. Baca 2 ayat terakhir surah al-Baqarah ; “ Aamanarasuulu…” 1 kali
7. Baca Surah Al Kaafiruun 1 kali. Dan al-Kautsar 1 kali
8. Baca Surah Al Ikhlash 3 kali.
9. Baca Surah Al Falaq dan An Naas 1 kali.
10. Baca Tasbih Fatimah r.a : Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali dan dicukupkan seratus dengan ayat ini: “ Laa ilahaa illallah wahdahu laa syariikalah lahul mulku walahulhamdu yuhyii wayuumiitu wahuwa ala kulli syaien qadiir.” ( 1 kali).
11. Baca Attahiyyat. ( 1 kali).
12. Baca lah kalimah iman “ Laa ilahaa illallah” ( 1 kali) dgn penuh penghayatan.
13. Kemudian berzikir lah dalam hati “ Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah “ sampai terlelap( Tertidur).


Tatkala bangun dari tidur :
Bacalah:
” Alhamdulillah lazii ahyaa na ba’da ma amaatana wa ilaihi nusyur. Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariikalah lahul mulku walahul hamdu yuhyii wayumiitu wahuwa alaa kulli syaien qadiir” 1 kali.

Amalkan setiap kali hendak tidur. Sebelum itu haruslah digalakkan memberus gigi dan berwuduk sebelum melangkah ke tempat tidur. Insyallah dengan mengamalkannya kita akan selamat di dunia dan di Akhirat. Dan sesudah bangun tidur hendaklah membersihkan muka dengan amalan Air Suci dan berus gigi dan mulut anda.


“Semoga Allah memberkati kamu dan mengampuni segala dosa kamu dan sesiapa pun yang bersama kamu ..amin”

Isnin, 17 November 2008

AKU PUN TAHU...

Nada yang engkau lafazkan
Timbulkan sangsi
Hinggakan memaksa aku
Bertanya lagi
Adakah engkau masih
Merasakan cintaku
Atau sudah bosan
Dengan cara hidupku
Aku pun tahu
Kesalahanku
Meniggalkanmu
Selalu
Adakah kita berbeza
Dengan cara begini
Tiadakah jawapannya
Agar cinta punya erti
Engkau punya cita-cita
Aku punya mimpi
Dapat kita mendirikan
Percantuman mahligai cita-cita
Dan mimpi
Nada apa itu
Yang bermain di benakku
Nada percantumankah
Yang kurindu darimu
Terngat lagu ni bila melayari web kegemaranku... pada masa yang sama konflik cinta pula mula bergelora... hehehe

Khamis, 13 November 2008

SIRI-SIRI PENDEKAR LAUT-MY COLLECTION


Antara banyak-banyak koleksi komik aku... aku paling minat gile babi kat bkomik Wan Yat Leung ni... Pendekar Laut yang abadi... hehehe.... pahlawan berkuasa putaran Medan magnetik yang terhebat. Aku suka banget ngan Pai Cheung Lang ni... bukan sahaja dia hensem bagai nak gile... tetapi dia memiliki superpower yang terhebat di alam komik. Lawan-lawan seperti Bluedream dan Orga adalah lawan yang sangat mencabar dirinya dan juga merupakan musuh ketat beliau. Dan adik kepada musuh ketatnya pula ada orang yang paling dicintainya, Hitomi. gadis yang memiliki kekuatan dashyat yang melampaui kesemua jaguh di alam komik ini.... best! bacalah komik ni... ia sangat mengujakan seperti anda membaca Dragon Ball.

Rabu, 5 November 2008

HOW DO I LIVE WITHOUT YOU...


Segala puji bagi-Nya, Tuhan semesta alam….

Kekasihku…
Lapan tahun bukanlah masa yang singkat
Segala onak dan duri kita lalui bersama
Ujian-ujian-Nya mematangkan kita
Adakalanya kita tersungkur di pintu Neraka
Dan adakalanya kita menggapai keharuman Syurga.

Namun itu, menjadikan kita sebagai insan yang semakin sempurna
Walau hakikatnya kita adalah insan yang serba kegersangan Insan-kamil.

Lapan tahun bersama segala ujian diharungi dengan tekad hati yang tabah.
Cekal mewangi bersama haruman kesetiaan dirimu yang tulus dan ikhlas.
Tulus dan ihsan semata-mata diriku yang hina dan bodoh ini…

Ku maklumi wahai sayang…
Dirimu banyak berjuang menahan keperitaan kerana kekhilafan dan kebodohan diriku…
Sayangku….
Percayalah segalanya akan berakhir dengan tenang sepertimana ia bermula dengan tenang.
Maafkan daku sayang…
Maafkan segala salah silapku…
Ketahuilah kekasihku…

Gembirakan hatimu…
Sesungguhnya, AKU TETAP MENCINTAIMU…

Sayang adalah mentariku yag bersinar dikala pagi yang indah..
Sayang adalah Bulanku yang menyinar di tengah malam yang sepi
Sayang adalah kekasih yang tiada tolok bandingnya…

Berdoalah kepada-Nya dan bertawakkallah
Sesungguhnya hanya kepada-Nya kita akan kembali.
Ikhlas dariku…
…kekasihmu
How do I,
Get through one night without you?
If I had to live without you,
What kind of life would that be?
Oh, I need....I need you in my arms, need you to hold,
You're my world, my heart, my soul,
If you ever leave,Baby you would take away everything good in my life,
And tell me now
How do I live without you?
I want to know,
How do I breathe without you?
If you ever go,
How do I ever, ever survive?
How do I, how do I, oh how do I live?
Without you,
There'd be no sun in my sky,
There would be no love in my life,
There'd be no world left for me.
And I,Baby I don't know what I would do,
I'd be lost if I lost you,
If you ever leave,
Baby you would take away everything real in my life,
And tell me now,
How do I live without you?
I want to know,How do I breathe without you?
If you ever go,How do I ever, ever survive?
How do I, how do I, oh how do I live?
Please tell me baby,How do I go on?
If you ever leave,Baby you would take away everything,
I need you with me,
Baby don't you know that you're everything,
Real in my life?
And tell me now,How do I live without you,
I want to know,
How do I breathe without you?
If you ever go,
How do I ever, ever survive?
How do I, how do I, oh how do I live?
How do I live without you?
How do I live without you baby?