The Alien - Link Select

Khamis, 23 Oktober 2008

iSLAMLAH NESCAYA KAMU SELAMAT...

KATAKANLAH...
Nescaya wajib bagimu Syurga...

Islamlah nescaya kamu selamat dan sesungguhnya hanya Islam itu agama di sisi Tuhan seluruh Alam... Barangsiapa yang memilih selain Islam maka kerugian baginya di dunia dan di akhirat dan ia kekal dalam Neraka.


Barangsiapa yang menolak. Maka saksikanlah bahawa sesungguh aku adalah orang Islam.


Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Khamis, 9 Oktober 2008

CEMAS

RAYA 2008- cukup meninggalkan memori pahit yang sukar dilupakan juga memori indah yang sangat menggembirakannya. Apa tidaknya... bermacam-macam perkara yang berlaku pada diriku ini. Alhamdulillah... segala puji bagi-Nya yang telah melimpahkan bermacam nikmat dan ujian pada ku... Pada 27 hb 9 2008... aku bertolak dari LCCT ke KK Sabah. Mulanya aku menganggap Syarikat penerbangan ini sangat terbaik di dunia dan selamat utuk di naiki. Tetapi telahan aku kurang tepat. Ketika berada di awangan ( Tidak pasti berapa ribu kaki dari aras laut) tiba-tiba kapal terbang jenis kecil itu teroleng ke kanan dengan sudut yang pastinya 35 darjah dari kedudukan asal. Aku terjerit "Allahuakbar!" pada ketika itu kapal kembali stabil... kalau tidak silap dalam 5 saat dari impak kepada posisi stabil diambil untuk meletakkan kembali kapal terbang di atas landasan asalnya. Ya Allah bukan main cemas hati aku lepas tu... kawan aku si Robbie terbangun sambil mungkin terjerit. Bukan sahaja dia tetapi seluruh isi kapal terbang menjerit terkejut dengan situasi yang mengejut itu. Beberapa saat kemudian seorang pramugari menangis-nangis dari belakang kapal sambil berlari-lari anak ke kokpit. semua penumpang melihat ke belakang dan kelihatan seorang pramugari lain terlentang dengan kepala yang berlinangan darah. Kebetulan kawasan kejadian tu dekat2 ngan Kuching... so pilot amik keputusan untuk mendarat cemas di Kuching. Dua pramugari yang cedera tu di hantar ke hospital dan kami terkandas di Kuching sehingga tiba masa berbuka puasa. Masa inilah aku berkenalan dengan kawan baru yang berkerja di Padini, Genting. Alif nama dia kalau tak silap... lepas berbuka je... jam 7.30 pm... Penerbangan dimulakan setelah pemerikasaan menyeluruh ke atas pesawat selesai. kami tiba di Kota Kinabalu pada jam 8.30 malam... leganya.... Mujurlah yang jemput adalah pakcik-pakcik aku dan ayah aku sekali...(Joe, Naz, Min dan my father Kabs...) Kami tiba di Telipok tepat jam 10 malam... letih kan main lagi... heheheh... so .. esoknya aku lepak umah sehari suntuk... inilah kali pertama aku berpuasa di rumah itu... Hari isnin aku bawa adik2 aku pergi beli baju2 raya... mau terbang juga RM 1000 untuk diorang... hehehe... belikan baju untuk mak ngan ayah aku sekali... dan aku ?? tak payah bneli pun.. sebab baju raya lima tahun lepas boleh pakai lagi... happy gile aku dapat buat camni tahun ni....

Selasa, 7 Oktober 2008

HEBATNYA ISLAM!

"TIDAK KU JADIKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK BERIBADAH KEPADA-KU"


Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah,
dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah
penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan
Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.
Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan
Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta,
tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.
Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir
di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa
ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik
adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan
bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!
Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.
Allahu Akhbar!

Rabu, 24 September 2008

JANGAN MENGELUH WAHAI SAUDARA...

JANGAN MENGELUH ...........

JANGAN MENGELUH... Kita selalu Bertanya dan Al-Quran sudah menjawabnya.
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST? QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!! QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12 Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin pada saya. Saya sebarkan peringatan ini kepada sahabat2 tersayang untuk ingat mengingati kepada kebenaran

Selasa, 23 September 2008

WANITA ITU HEBAT!



Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih
la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak
lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam
sink..rendam lepas makan tadi.. basuh jap... susun pinggan kat rak,
lap dapur.. terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas
dalam flusk.. takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah
kering pun flusk ni, jerang la air... sementara tunggu air masak,
nampak pulak bekas gula dah kosong....
salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib
baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku
dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin
basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...
baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv
lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2
pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu
ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan
botol...basuh botol jap...ok settle...
ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat
lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg
coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh
pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai
nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg
baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni
die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...
Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak
tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."
masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak
tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment
cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..
bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok
kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik
belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade
lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok
baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa
yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..
dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke
bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak
siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci
lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat
indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak
nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...
ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni
kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers
ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25
hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun
tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...
aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku
nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan
program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. ahh...boring. ..panas
pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya
Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari
mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat
ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun
takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak
dah....
So?....apa yang peliknya..??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK
KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...
Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi
kerana memahami mereka...well, women understand women better... foward
jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan
2 dengan lebih baik lagi...
Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah
istemewa dengan cara mereka sendiri...
Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah
mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

Isnin, 22 September 2008

It's me- SILZACK

What Silzack Means
You are the total package - suave, sexy, smart, and strong.
You have the whole world under your spell, and you can influence almost everyone you know.
You don't always resist your urges to crush the weak. Just remember, they don't have as much going for them as you do.

You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.
You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.
You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.

You are relaxed, chill, and very likely to go with the flow.
You are light hearted and accepting. You don't get worked up easily.
Well adjusted and incredibly happy, many people wonder what your secret to life is.

You are incredibly wise and perceptive. You have a lot of life experience.
You are a natural peacemaker, and you are especially good at helping others get along.
But keeping the peace in your own life is not easy. You see things very differently, and it's hard to get you to budge.

You are usually the best at everything ... you strive for perfection.
You are confident, authoritative, and aggressive.
You have the classic "Type A" personality.

You are very open. You communicate well, and you connect with other people easily.
You are a naturally creative person. Ideas just flow from your mind.
A true chameleon, you are many things at different points in your life. You are very adaptable.

You are a seeker of knowledge, and you have learned many things in your life.
You are also a keeper of knowledge - meaning you don't spill secrets or spread gossip.
People sometimes think you're snobby or aloof, but you're just too deep in thought to pay attention to them.

MALAM PERTAMA YANG PALING BEST!!!



Indahnya malam pertama kita
Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa
Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu...mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu
Setelah dimandikan..,
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wewangian ditaburkan kebaju Kita...
Bagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah gontai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan.. yang tlah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah tlah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....
Maka ingatlah tentang janji Allah pada kita
tatkala kita mengharunginya dialam barzakh kelak...
Nikmat Kuburkah atau Siksa Kuburkah...??