The Alien - Link Select

Selasa, 20 Mei 2008

manuskrip SAM C1G1

HEHEHE.... akhirnya siap juga manuskrip aku. manuskrip SAM C1G1 yang pertama aku rekacipta bersama gambar2 ilustrasinya. Mujurlah aku dapat siapkannya dalam seminggu sahaja. Walaupun sibuk dengan keje-keje kat Opis.. Aku usahakan juga siapkan lukisan yang aku lukis sendiri bercampur dengan kecanggihan teknologi komputer(Paint). Aku siapkan juga babak pertarungan Krimna dan SAM... bila aku tunjukkan manuskrip aku tu pada Faizul Darius-pengarang Novel NAPIRU tu... tergezut gak dia..."Bagus! Bagus! " katanya laa... Aku rasa bangga juga... Alhamdulillah... hihihihi . Aku cadang nak bagi si Firdaus Ariff tu... nak bagi dia nilai karya aku.... sebab aku pk laa.. kalau aku dan Firdaus bergabung tenaga untuk hasil novel Sai Fai yang hebat dan terulung, aku rasa boleh... Yeah! Malaysia Boleh!!! Aku dah baca sikit cerpen Komando dia dan gapura Dimensi.. aku rasa aku dan FA ni ada pemikiran yang sealiran... yeah serius!.. maybe kami ada Chemistry dalam Sai-Fai..... Fuh! ni yang aku tak sabar2 nak jumpa FA ni... berbincang dengan dia ..insyallah... buat aku cukup teruja bila berkenalan dengan beliau... aku kalau boleh nak kawan ngan semua penulis Sai Fai kat Malaysia ni... Buat Liga Sai Fai Malaysia.... baru GEMPAK!
Anyway masa kuar dengan Kajol tadi.. Aku terserempak dengan pelakon BELLA... alaaa... si Sacha(Sofea) dan Khairuddin- budak Paradigm tu... hihihiiihii terkejut gak! diorang ada kat UITM ni.. aku pun tegur lah si Khairuddin. tanya dia... pasal apa dia ada kat situ pagi2 buta ni... hehehe.. sempatlah salam kejap... dia kata dia ada shooting drama baru tajuk dia..." kau yang teristimewa" lebih kurang cam tu lah bunyinya.. keluaran GB... sebelum tu nampak si Sacha parking keta Gen-2 putihnya berhampiran kantin aras 4. Terkejut gak aku... sekali pandang.... aku tak cam sgt.. bila pandang kali kedua.. aku kenal! Eeee...Sofea! hihiihihi.. tapi aku taklah tegur..kang jeles lak si Kajol sebelah aku tu... kami terus berlalu ke PAS... nak beli ayam KFC katanya. tapi bila sampai kat sana ... KFC masih tutup... ye laaa... baru jam 10 pagi . Mall ni buka jam 11 pagi...KOMPOM! akhirnya kita orang bali ke lib. dan dia pi survey ayam kat KFC PKNS... entahlah dah beli ke tak.... sementara aku lak ..sibuk ngan labeling meja kat aras 4 dan 5... selain buat keje2 senaraian buku2 baru yang bakal aku serahkan keje tu pada budak baru...si Shariman yang baru masuk minggu lepas... dan aku akan duduk kat Annex sorang2 bermula open semester ni... so aku akan keje opis hour je laa.. no shift malam dan OT lagi... hehehe
senang sikit keje aku.. tetapi kalau aku dah dapat PP nanti... kompom masuk shif balik!..leceh gak.. but takkan lah aku terus duduk kat PAR ni je ??? ye tak??? hidup dan keje mesti bergerak ke depan!
lagipun perubahan ni sangat penting untuk aku siapkan novel fantasi Adamus. Aku nak tumpuhkan perhatian pada novel Adamus sebelum aku sabung balik novel Sai-Fai aku...

Ahad, 18 Mei 2008

CUTI 3 HARI

ALHAMDULILLAH... hari ini dah cukup 3 hari aku cuti. maklumlah cuti umum...sabtu dan ahad tambah pula ngan cuti Wesak. Aku rasa lapang sikit bila cuti semester ni... semalam aku lepak mengadap komputer sepanjang hari untuk buat novel Adamus tu... wataknya pun, aku dah siapkan... sekarang ni tinggal watak2 lain yang akan membantu hero ini menewaskan Maharaja Karnakas ( wataknya pun, aku dah siapkan....) nanti aku scan dan masukkan dalam kertas kerja Lagenda Adamus. Aku harap novel fantasi aku ini akan meledak di pasaran dunia... macam cite2 Dungeon adn Dragon tu laa... Pecah kedai Buku beb! Cuma jangan terkejutlah... watak tu sebenarnya adalah gambar aku yang aku ubahsuai... aku rasalah.. dalam Malaysia ni takde lagi penulis dan pelukis yang amik muka dia jadi hero dalam cerita yang dia buat...kan??? hahaha... ye laa.... bukan apa ...diorang takut jadi kontroversi pula nanti.. tapi aku ... aku tak peduli! Cerita aku... suka hati aku lah nak amik sapa jadi hero... ye tak?!?!?!? hihihiii... so... cite SAM C1G1 dan Lagenda Adamus menggunakan wajah aku sebagai hero... aku tak nak jadi macam penulis2 lain tu... aku nak menghargai diri aku sendiri dgn cara ini... mungkin org lain susah nak terima .. but aku yakin lama-kelamaan orang akan terima juga... so, apalagi??? inilah masanya aku mesti tonjolkan diri aku jadi Hero Malaya walaupun hanya sekadar komik atau NOMIK(Novel + Komik) hehehehe... jangan Jelessss aaaa!!?!? hihiihii...
hari isnin, cuti Wesak bermula. Sepatutnya aku tgk wayang jam 1 ni... cite prince of Caspian... ntahlah best ke tak... kalau nak dinilai berdasarkan cite episod pertamanya... ia satu cite yang sgt menarik.... hmmm.. sedutan pun boleh tahan! Aku tak kira! nak tgk juga laa.. walaupun aku sorang je pi... Kajol ni susah sikit nak ajak dia pi... mesti Mak dia marah dia kuar...hihihiihi.. takpela...anyway.. bila dia dah jadi bini aku... aku bawalah dia kemana2 tanpa halangan! hehehehe... best tak aku??!?!
Dan semalam aku layan cite HEROES di TV3... fuhhh... citenya makin lama makin gempak... aku dah miss 2 episod rasanya... nanti aku ingat nak beli DVD collectionnya la... Insyallah... Peter tu makin hensem dan cool macho beb (aku suke tengok parut yang melintang kat muka dia... buat dia laagi seksi dan macho gile!)... Sylar pula makin power- hampir kesemuan kuasa dia dah amik dalam episod semalam. tetapi Hiro Nakamura adalah penentu jalan cite ni... kerana dia mampu membengkokkan ruang dan masa... maka dia macam 'Jumper'lahh... hebat gak dia tu walaupun kuasa yang dia ada hanya satu... tanpa dia tentu ramai yang mati sia-sia... dia adalah pencorak cite dalam Heroes tu... yang lain semua adalah watak2 yang akan berada dalam kawalannya. Sylar tu walaupun Power nak mampusss tetapi dia takkan mampu lawan Peter Petrelli. peter boleh jadi hebat macam Sylar tetapi dengan syarat dia mesti bunuh org yang ada power ... macam si Sylar buat. Sylar masih boleh dibunuh selagi Claire punya power dia tak dapat...
Anyway.... tinggalkan pasal Heroes tu... kita ke bab seterusnya... 22 Mei ni aku akan ke JB... maklumlah member aku nak kawen... so aku amik cuti seminggu sampai 2 Jun nanti baru aku balik sini ( s.alam) Insyallah... lagipun aku nak jumpa sepupu kat Masai tu... katanya dia dah ada umah sewa sendiri... oklaah macam tu... ada privacy sikit... maknanya gaji dia kompom dah mantap sekarang yaa?? heehee... tapi dia ni tak gheti2 balik KK...Pelik! entah apa2 ntah! hehehe... Wait for me JB!

Rabu, 14 Mei 2008


KRIMNA adalah watak utama yang jahat dalam novel fiksyen sains aku yang bertajuk SAM C1G1- Krimna. Sebenarnya agak susah juga nak wujudkan Krimna ketika aku masih berhempas pulas mencari watak yang sesuai untuk mencabar kehebatan SAM C1G1- si Cyborg Melayu yang terhebat di dunia rekaan Prof. Ikmal dengan teknologi SULUKEN CORPORATION. Kebetulan pula masa tu aku baru je selesai menonton Fantastic 4. Dan menyaksikan kehebatan Siver-surfer yang sangat menarik hati itu. Akhirnya aku ambil keputusan untuk meniru model tu... Aku namakannya KRIMNA (Krim + Na). Ia sangat berbeza dgn silver surfer. Krimna memiliki bentuk yang sama dengan manusia. tetapi penampilan imejnya sangat berbeza jika dibandingkan dengan silver surfer. Krimna berkepala botak dengan kulit hitam keperakkan. kemampuannya adalah meluncur di udara(terbang) dengan kelajuan yang pantas. mampu menembak bebola tenaga seperti hero-hero Dragon Ball... Kuasanya bersumberkan bintang seperti matahari. Dalam novel aku, Krimna datang ke bumi dengan niat untuk jadikan matahari sebagai sumber kuasa yang tidak terhad. Oleh itu sebagai hero Bumi, Sam C1G1 yang baru sahaja dibina dan telah selesai ujian telah dihantar untuk memerangi Krimna dan seterusnya menghapuskan makhluk asing itu dari muka bumi.

Ahad, 11 Mei 2008

AJAIBNYA AIR-CIPTAAN ALLAH SWT SEBAGAI UBAT.


RESEPI TERAPI AIR
Terapi Air telah banyak menunjukkan hasil yang menakjubkan dalam rawatan pelbagai penyakit. Pengamal sains perubatan tradisional di India meyakini terapi ini dapat membantu penderita pelbagai penyakit. Anda tidak perlu membelanjakan duit yang banyak untuk ubat-ubatan, suntikan, diagnosis yang mahal dan sebagainya. Hanya dengan meminum lima hingga enam gelas iaitu lebih kurang 1.5 liter air bersih, ianya dapat menyembuhkan beberapa penyakit. Anda perlu mencuba sendiri terapi ini dahulu barulah percaya dengan kehebatan Terapi Air. Mereka yang mengalami masalah dibawah telah mendapat faedah daripada Terapi Air dan ada juga yang telah sembuh:
Sakit kepala
Asthma
Tekanan Darah tinggi/Hyper Tension
Bronchitis
Anemia
Pulmonary Tuberculosis (TB)
Rheumatism
Meningitis
Batu Karang
Obesiti
Arthritis
Hyper acidity
Sinusitis
Batuk
Kencing manis
Laryngitis
Kanser
Sembelit (Constipation)
Keracunan Makanan
BAGAIMANA AIR BERTINDAK?Minum air yang bersih dan tulen dengan kaedah yang betul akan membersihkan tubuh badan. Air ini akan membersihkan dan menyucikan kolon (colon) dengan lebih efektif bagi penghasilan darah yang segar. Apabila kolon bersih, nutrien daripada makanan yang diambil seharian akan mudah diserap dan ini akan menghasilkan darah segar.
BAGAIMANA MEMPRAKTIKKAN TERAPI AIR?
Ketika bangun daripada tidur di waktu pagi, sebelum anda memberus gigi, minumlah air masak atau air tapis atau air distil sebanyak 1.5 liter. Bagi mendapatkan efek yang lebih baik, jangan makan atau minum air lain seperti kopi , teh dan sebagainya dalam masa satu jam sebelum dan selepas terapi air bermula. Pada mulanya memang sukar untuk minum lima hingga enam gelas air dalam satu masa, namun jika sudah biasa ia tidaklah sesukar diawal terapi. Ketika menjalani Terapi Air ini, minumlah sebanyak mungkin air daripada 1.5 liter tadi dan hanya boleh berhenti seketika selama 2 minit, kemudian terus habiskan baki air tersebut. Perlu dingatkan agar anda tidak minum atau mengambil minuman beralkohol pada malam sebelum Terapi Air ini dijalankan. Adalah normal sekiranya anda kencing 2-3 kali dalam sejam, kekerapan ini akan kembali normal selepas beberapa jam.
BERAPA LAMA TERAPI INI AKAN MENUNJUKKAN KESANNYA?Daripada pengalaman dan kajian yang dibuat oleh ahli Terapi Air, masa yang diambil untuk terapi ini berkesan bagi beberapa masalah kesihatan adalah seperti berikut:
Constipation 1 day
Hyper acidity 2 days
Kencing manis 7 days
Tekanan Darah tinggi/Hyper Tension 4 weeks
Kanser 4 weeks
Pulmonary TB 3 weeks
Manakala dicadangkan kepada penderita Arthritis atau Rheumatism agar mempraktikkan Terapi Air sebanyak tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari dan malam, sejam sebelum makan selama seminggu dan selepas itu teruskan terapi ini dua kali sehari sehingga sembuh.

Sabtu, 10 Mei 2008



Aku cuba reka-cipta kulit novel aku sendiri... entahlah ok ke tak... korang tgklah sendiri... penat tau buat ni... dari pagi sampai petang aku buat rangkanya sahaja... Aku buat pun kat kaunter... mujurlah student kurang sgt... minggu depan dah nak cuti sem... so kita orag keje opis hour la minggu depan... yeahhhhhhhaaaaaaa!
Aku cari dalam internet tentang HUMAN. semuanya tentang manusia. so I found this... tentang tubuh manusia... mujurlah model ni memang sesuai dengan watak SAM C1G1- dan Krimna yang kuat gile tu... so.. aku repair dalam Paint memandangkan aku takde program adobe atau Photoshop. so using my creativitiy... i made the model. so... apa yang anda lihat di atas adalah hasil kreativiti yang tidak kunjung padam ini. selain itu disebabkan si FD tu ada cakap kat aku yang novel awal remaja ni memerlukan gambar2 ilustrasi yang dilukis sendiri .. aku pun lukis la beberapa buah gambar yang diperlukan itu.... alhamdulillah.. dengan bantuan inetrnet..dan kepakaran aku melukis terhasillah babak2 pertarungan sengit macam Dragon Ball di antara Krimna dan SAM C1G1.
sampai kini aku masih tidak dapat respon apa2 dari KD. last sekali editorial ada cakap yang diorang tengah edit karya aku tu... terus terang aku cakap. KD dah salah letak karya aku tu dalam ketegori Novel Awal Remaja. sepatutnya novel tu diletakkan dalam Novel Dewasa seperti mana menurut Idea asal aku dan Encik Syafizan dari PTS. Tetapi KD (En. Fadhli Jamal telah meletakkan di ketegori yang salah.... aku tak puas hati.. tetapi inilah nasib penulis2 baru ni.. kena ikut apa cakap penerbit laa.. Aku tertanya2 .. apakah aku menggelapkan masa depan SAM C1G1 dengan keputusan untuk menurut sahaja apa yang diputuskan oleh KD???
Kalau kat PTS... mereka ketegorikannya sebagai novel dewasa..... aku rasa bangga juga. But diorang buat keje lembablaa... aku tak faham... apa yang susah sangat nak jawab email aku ??? aku tanya bila dioarng nak edit? dan nilai? tetapi sampailah aku tarik balik Karya aku dari diorang satu respon tentang itu pun takde... muujurlah En. Alif ada balas email tu... terubat jugalah kecik hati aku.... tetapi malangnya aku dah tarik novel tu dan gantikannya dengan karya baru aku- MEXUS. Genre yang sama juga.... Fiksyen sains!
last2 aku buat manuskrip sendiri. yang khas dan spesel... hehehehe ...

Rabu, 7 Mei 2008

mengapa???

MENGAPA? mengapa kalau time kita senang kita akan ingat keluarga kita? mengapa time kita susah kita lupa keluarga kita???? why is that happen? atau mungkin kenapa kita akan ingat keluarga kita apabila kita susah? dan kita lupa apabila senang??? why??? why??? apakah kerana kebodohan kita dan keegoan kita dalam mengurus kehidupan? Pelik aku ngan sikap segelintir orang... aku nak cakap pun tak guna juga... sendiri mau ingat laa... hehehehe... aku malas nak cite benda-benda yang orang berotak boleh pk sendiri... dahlah! aku hari ni siapkan satu troli buku untuk disenaraikan. memang penat lah tetapi aku kena siapkan juga disebabkan aku perlu masa yang banyak pada malam ini untuk sambung novel lagenda Adamus aku tu. So, aku kena selesaikan keje2 hakiki aku dulu sebelum keje yang tak hakiki... aku sebenarnya jadi penulis ni adalah hobi dan kepuasan. Aku nak buat cite sendiri berdasarkan fantasi aku. mujurlah aku dah siapkan satu siri SAM C1G1- satu permulaan.

BELLA and SINDARELLA

HMMM... Bella, drama bersiri yang disiarkan di TV3 setiap petang bermula isnin hingga khamis pada jam 6.30 petang sampai 7.30 petang.... tak sedar-sedar.. episodnya dah sampai 55... fuh dah jauh rupanya aku ikut cite ni... sekarang barulah drama melayu ada kemajuan... bukan apa au dah boring dengan cerita melayu konsep masyarakat yang tak habis-habis dengan cinta, iri hati, dengki-mendengki, umpat2 dsbnya.... Bella satu cerita yang best buat masa ini. Tahniah! dan SINDARELLA pun satu cerita yang best juga, kelakar dan romantik. Ada nilai2 yang boleh dipelajari dari cite tu... anyway... dua cite ni memang best..... sapa-sapa nak tau cite ni.. tgklah di TV3..HANYA DI TV3!