Khamis, 24 April 2008
Ekspedisi Irau 2008
Jumaat, 18 April 2008
JUMAAT- penghulu segala hari. hari ni aku datang awal ke Opis lantaran ada audit 5S yang bermula jam 9.30 pagi... Usaha dan kerja yang kami laksanakan (kumpulan SUKSES) untuk projek 5S ni akan dinilai pada hari ni... aku berdebar2 juga .. logo 5S tu aku reka sendiri. sebenarnya itu tahun lepas punya rekaan... aku nak juga buat yang baru but... my BOSS tak nak.... hehehe.. lepas jam 10 kemudian sesi audit tu tamat. Aku lega Sudut 5S aku dapatlah bintang cemerlang... woo.. best gak yang lain dapat juga bintang... cuma ada dua kesalahan laa...anyway ini cuma audit pertama...nanti ada audit kedua.... kali ini kita orang nak menang.. yeah!!! Go go go SUKSES!!! lepas je sesi tu aku buka karya Lagenda Adamus... nak tambah sikit je lepas tu nak tambah SAM C1G1 part 2 pula... then cite baru aku untuk alaf21... SF yang seterusnya.... entah kenapa aku lebih suke fantasi dan SF... aku kureng sikitlah nak buat cite biasa ni... kalau ada pun aku cuba juga cite seram dan misteri... tengah usaha... hihiihi.. antaranya -Zack si Pemburu Syaitan. dan kompilasi cerita seram Tanpa Nama.
Khamis, 17 April 2008

U me aur hum. Kajol is back!... semalam Aku cuti sehari. Aku pi ngan Kajol(Nama awek aku laaa...hehehe) tgk wayang di Sunway. Memang best cite ni... ada serupa itu cerita Titanic and 50 First Date. memang citenya sedih dan sesuatu yang mengujakan... Rasa Ajay Devgan sudah sampai ke satu tahap yang amat membanggakan. Cerita ni lebih baik berbanding Raju Chacha... Anyway jalan cerita banyak kepada Imbas balik... sesapa yang nak tgk cite ni pi tgk kat pewagam berdekatan.. memang seronok sekali. Tambah2 lagi aku ngan makwe aku dapat duduk kat tempat untuk kapel punya tempat duduk... Aku memang kinat pelakon ni..memang cute ..dan suke tgk kening and matanya yang mengancam tu... best! best!... hehehe... Sementara my fren pula layan cite LOVE kat pewagam... Aku tak pasti lak cite dia camner but dengar cite dia macam cite CINTA keluaran Malaysia....
Hmmm.... jam 5 tepat.... lepas solat asar tadi..aku kini termangu depan komputer. Buntu! tak tau nak taip apa . Aku buka juga la Blog ni nak tambah apa2 yang rasanya ok untuk dibaca. Hari agak sibuk sikit kat Opis...sebab esok ada Audit 5S. So memang aku dan semua staff yang lain kena prepare, kemas barang2 dan sorok kat stor, kemas meja kerja masiong dan ntah apa2 lagi yang aku sempat kemas tadi. Selain tu dua troli buku menunggu aku untuk disenaraikan. Fuh..akhirnya satu Troli berjaya diselesaikan... aku solat Asar dan lepas tu naik ke sudut IT..tempat paling aku suke kalau bekerja. Bukan apa... kat sini ramai student yang nak pakai PC.. so macam2 jenis student. Aku cukup terhibur dengan kerenah mereka ni... Kat sini aku mudah nak menaip karya aku ni tanpa sesapa pun kacau aku. Aku bebas berkarya di sini. hari ni dah dua hari aku takde idea nak tambah apa2 karya aku... terbengklai lagi... camni la.a..lepas je dua-tiga helai ....buntu!
Isnin, 14 April 2008
SAM C1G1 melangkah dengan yakin. Permukaan planet merah itu dipijak dengan tenang. Mata Solo menancap pada apa yang dilakukan oleh SAM C1G1. Rasa ingin tahunya membuak-buak. Apakah yang bakal berlaku apabila Sam, si Cyborg hebat itu menjejakkan kakinya di atas permukaan planet tersebut? Bayang-bayang Armstrong yang menjadi orang pertama menjejakkan kaki ke bulan menguasai mindanya. Seperti Armstrong, Sam atau SAM C1G1 akan menjadi orang pertama dan robot pertama yang memijak permukaan planet merah itu. Sayangnya mereka tidak dapat merakam adegan-adegan bersejarah itu. Aizad turut memerhati dengan penuh minat. Inilah kali pertama yang tidak disangkanya berlaku ke atasnya. Memijak permukaan planet dan berada di situ dalam jangkamasa yang tidak pasti adalah satu perasaan yang cukup mendebarkannya.
Sam memijak dan melangkah ke depan dengan tenang kemuddian berputar ke arah mereka.
"Sam?" Aizad bertanya. "Bagaimana rasanya?"
"Struktur planet stabil dan... agak selesa." Jawab Sam, sedikit senyuman terukir di bibirnya.
Solo senyum dan melangkah ke depan dengan yakin. Aizad turut mengekor Solo. Sahabat yang baru dikenalinya itu hanya memandang dengan mata unggunya. Solo memandang ke arah sahabat marikhnya itu. Dia tidak pasti apakah perasaan sahabat baru mereka itu dengan ulah mereka ketika ini.
Dari jauh mereka nampak planet Bumi dan Bulan umpama bintang dengan sinar suram. Bermacam perasaan timbul dalam hatinya. Mereka kini adalah manusia pertama yang berjaya berjalan di atas permukaan planet Marikh yang merah kegersangan air itu.
Apakah yang SOLO, Aizad dan SAM C1G1 lakukan di planet tersebut? Apakah yang akan berlaku setelah mereka berada di kalangan penghuni planet tersebut? Berjayakah mereka membantu sahabat marikh mereka untuk memusnahkan pemberontak-pemberontak Marian Marikh? Ikuti kisahnya di Novel SAM C1G1 bahagian kedua.
Ahad, 13 April 2008
FIKSYEN SAINS?

NOVEL FIKSYEN SAINS FANTASI. Nampaknya semakin berlambak di pasaran. Ini satu perkembangan yang aku tunggu2 selama ini...Aku teringat kembali masa mula2 aku baca buku novel berkaitan sains fiksyen ni... tajuknya 'Kembali ke detik-detik lalu' keluaran DBP tahun 90-an laa... itu novel pertama jenis tu dlm bahasa melayu yang aku baca. Seronok ceritanya.. sejak dari saat itu aku bercita-cita untuk jadi penulis Fiksyen sains. Aku membina karya pertamaku ketika di tingkatan tiga. Pertandingan Esei Sains pada tahun 1993. Aku masih ingat lagi bagaimana aku menukar tajuk esei sains aku itu beberapa kali. Sehinggalah aku beri tajuk -yang berbunyi 'TEROWONG MASA'. Dan satu yang diluar jangkaan semua. aku menggondol kejuaraan Esei sains. itu merupakan karya pertama aku dan kemenangan sulungku dalam arena penulisan aku yang masih terlalu mentah ketika itu. Dan detik-detik yang manis itu sentiasa berkegar dan berputar pantas dalam memoriku. satu kenangan yang cukup Indah. Aku ingin mengulanginya semula.... Karya yang sama dan kemenangan yang sama. dengan tujuan itu aku kembali membina semula cerita 'Terowong Masa' dalam bentuk yang lain dan tajuk yang lain. Cuma saja watak-wataknya masih kekal. Prof. Ikmal dan sahabatnya sebagai hero utama karya sains yang bertajuk 'SAM C1G1'- aku bina semula cerita tersebut dan jadikannya sebagai sebuah novel sains yang penuh dan padat dengan aksi2 serta jalan cerita yang menarik dan mendebarkan. Aku siapkannya dalam masa 3 bulan. pada tahun lepas iaitu tahun 2007, setelah 13 tahun berlalu. walaupun ketika itu aku sedar karya sain aku yang lain seperti Persepolis Atlantis dan Arena masih terbengkalai. Pening kepala juga aku memikirkannya.
Dan baru-baru ini aku menyaksikan kelahiran pelbagai karya yang gempak dipasaran. Karya sains seperti Opera Angkasa, Sayap Adinila dan Urana serta ada beberapa buah karya terbaru yang memang cukup mengkagumkan aku. Aku ingin membaca kesemuanya nanti. Aku seronok apabila emikirkan novel jenis ini semakin berkembang dan sambutan juga agak menggalakkan.
Dan peristiwa paling best adalah semalam. Aku ke Pesta Buku antarabangsa di PWTC. Memula aku sampai aku melihat ramai orang bersesak-sesak di gerai2 yang dikhususkan. Aku tak sangka rakyat malaysia ni memang gila2 buku la juga. Satu sikap yang paling mulia... ialah membaca... memang aku akui... aku pun gila membaca! dan semalam aku berjumpa dengan Nieta, Syima syawal, Kak Aiena- Big Boss KD. Aku sempat bertanya khabar dan mengutarakan masalah aku itu pada Big Boss KD yang memang sangat peramah dan baik hati. Selepas tu juga aku ke PTS sebab nak jumpa En,. Syafizan namun malangnya beliau tiada. En. syafizan adalah yang bertanggung jawab menilai karya yang Aku hantar itu melalui email. Aku bergegas ke Alaf21. di situ memang aku niat nak jumpa RAM (Ramlee Awang Murshid), malangnya juga beliau tiada. agak hampa juga... aku ke meja penulis dan bertemu dengan En. Fadli, penulis muda berbakat- karya beliau ialah SAGA HORIZON. satu karya yang baik dan cukup menghiburkan. Aku beli karya tersebut tanpa berlengah dan dapatkan tandatangannya serta nombor HP.... Beliau memang tawarkan aku hantar karya kat Alaf21. Aku memang berminat dengan tawaran tersebut. namun aku kena selesaikan dulu dengan PTS dan KD masalah manuskrip SAM C1G1 aku itu.... setelah tu aku akan selesai Novel baru aku yang bertajuk SISTEM SEVEN yang pada mulanya aku nak khususkan untuk Sayembara Fiksyen Sains yang dianjurkan oleh Utusan. Akhirnya aku memiirkan semula. dan mereka cipta pula satu cerita lain untuk pertandingan tersebut. Insyallah...
Semalam juga aku bertemu dengan kawan lama masa sekolah rendah dulu. Maisol. kawan lama yang memang peramah. Sekarang beliau bertugas sebagai Guru di sekolah teknik di Perak. dan Akema kawan lama aku juga turut ke situ untuk berbincang pasal Bisnis USANA. syarikat baru yang muncul tahun lepas(2007) di Malaysia. Bisnis yang menarik dan maybe menguntungkan. Aku terangkan kepada kawan2 aku juga nanti pasal USANA ni ... Petangnya dalam jam 4.30 petang , aku bergegas balik setelah mengucapkan terima kasih kpd Akema. Dalam hujan aku berlari ke arah Stesen komuter Putra. Hjan lebat petang itu...Hmm... baguslah juga hujan ni, sekurang-kurangnya dosa dan noda Kuala Lumpur akan terhapus dari permukaan buminya yang sejak sekian lama ketandusan perkara-perkara baik dan maaruf... aku tunggu lama juga di celah-celah orang ramai yang berasak-asak di stesen itu.
Anyway... aku ada keje sikit nak buat.... nanti aku masuk balik.. cow dulu... Salam :)
JAM 8.30 MALAM. Hmmm... aha... aku masuk balik. Maklumlah keje macam aku ni memang kena duduk menghadap komputer je. So ada banyak masa aku curahkan di dada skrin komputer. mengarang dan menghamburkan karya-karya sains fiksyen aku yang semakin mengarut dari hari ke hari. Tadi aku ke bank untuk masukkan duit. Adik aku di UMS dah kelaparan sangat..takde duit katanya.. kesian adik aku sorang ni... maafkan abang dik.. abg ni bukannya banyak duit..belanja kat sini pun cukup2 makan je... . walau apapun abg akan korbankan juga duit tu untk adik yang abg sayang... demi masa depannya ... abg mahu adik lebih berjaya dari abang. Abg suka melihat adik2 abang ni semuanya lebih hebat dan lebih berguna dari abang.... Hmmm... Anyway, aku dapat idea baru ketika menunggang motor balik ke pejabat. Aku ingin mengarang cite baru. Cite tentang kapal angkasa dan makhluk angkasa yang pelbagai dan panet-planet misteri di alam raya yang luas tiada tepi ini. Aku cadang nak kirimnya ke Alaf21. Macam si Fadhli buat tu... aku cukup teruja dengan apa yang dicapainya sekarang. SAGA HORIZON membuat aku bersemangat untuk menyiapkan karya-karya aku pula... sambil menulis karya ... aku sempat la menulis sikit2 dalam blog ni.... malam ni macam biasalah klau time exam week. Balik pada jam 11 malam setiap malam. mengantuk bukan main... hihiiihii.. Namun sebagai pekerja berdedikasi dan bertanggung jawab... aku tetap berkhidmat demi kerana DIA yang Maha Kuasa.
Jumaat, 11 April 2008
SULUKEN CORPORATION dibentuk pada tahun 1978 di Manila City, Phillipines. Ia diketuai oleh Arshazen sejak dari tarikh penubuhannya. Memiliki harta cair sebanyak 60 Trillion Dolar US. Markasnya berpusat di satu tempat yang dirahsiakan. Cawangan-cawangannya beroperasi 24 jam sehari di seluruh dunia. SC aktif dalam bidang Nano-teknologi dan pembinaan hybrid equipment. SC juga memiliki tenaga pakar dalam pelbagai bidang di seluruh dunia. Kini SC berusia 30 tahun dan berpengaruh di peringkat antarabangsa.SUPERMAN

SUPERMAN. salah satu watak hero paling hebat dan berkuasa sehingga ia digelar ' HE WALKS AS GOD AMONGS MEN ' Kira hebat la gak... hehehe... duu masa kecik2 dulu .. aku berangan jadi superman.... terbang sana sini macam burung.... hehehe.. lepas tu ada pula power kuat sehingga boleh mengangkat bas atau keretapi dengan hanya sebelah tangan sahaja... lepas tu mata pula ada HEATVISION... fuh.. Masa tu aku terfikir laa...kalau aku nak makan Meggi atau nak minum Kopi panas .. aku masak je guna power mata aku... dan paling best mata X-Ray vision... fuh senang la aku nak ngandap aweks2 mandi ...heheehe.. gile betul angan2 aku tu ek?? hehehe... paling best aku kebal dari semua jenis peluru atau senjata tajam... haahaha... mudah je aku pi medan perang dan hancurkan semua musuh2 aku.. hehehe... dulu masa kecik aku ada beli baju superman satu set la ngan seluar dia sekali... konon2 nak terbang je.. heheh kebetulan lak umah aku dulu atas air... so boleh terbang sambil terjun tiruk... hehehehe bestnyaerr... yang paling best sekali ialah Superman ni hensem je... senang je la aku nak ngorat memana girls... hehehe...
Langgan:
Catatan (Atom)

