The Alien - Link Select

Ahad, 6 Disember 2015

SURAH AL-ANFAL ???

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
8:1. Mereka tanya kamu mengenai rampasan perang. Katakanlah, "Rampasan perang adalah kepunyaan Allah dan Rasul; maka kamu takutilah Allah, dan betulkanlah antara kamu, dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, jika kamu orang-orang mukmin."
8:2. Orang-orang mukmin hanyalah yang, apabila Allah diingatkan, hati mereka gementar, dan apabila ayat-ayat-Nya dibacakan kepada mereka, ia tambahkan mereka dalam keimanan, dan kepada Pemelihara mereka, mereka tawakal (mempercayakan),
8:3. Orang-orang yang melakukan solat, dan menafkahkan (belanjakan) daripada apa yang Kami rezekikan mereka.
8:4. Mereka itulah sebenarnya orang-orang mukmin; bagi mereka darjat-darjat di sisi Pemelihara mereka, dan ampunan, dan rezeki yang mulia.
8:5. Semasa Pemelihara kamu keluarkan kamu dari rumah kamu dengan yang benar, dan segolongan orang-orang mukmin membencinya,
8:6. Dengan membantah kamu mengenai yang benar setelah ia jadi jelas, seakan-akan mereka dihalau kepada kematian dengan mata-mata mereka terbuka luas.
8:7. Dan apabila Allah menjanjikan kamu bahawa salah satu daripada dua golongan itu adalah untuk kamu, dan kamu inginkan yang tidak mempunyai perlengkapan senjata untuk kamu; tetapi Allah hendak membenarkan yang benar dengan kata-kata-Nya, dan memotong orang-orang tidak percaya hingga sisa terakhir,
8:8. Dan supaya Dia membenarkan yang benar, dan membatalkan yang palsu, walaupun orang-orang yang berdosa membencinya.
8:9. Apabila kamu mohon kepada Pemelihara kamu untuk pertolongan, dan Dia sahut kamu, "Aku akan bantu kamu dengan seribu malaikat yang datang di belakang kamu."
8:10. Allah tidak buatkan ini melainkan sebagai berita gembira, dan supaya hati kamu tenteram dengannya; pertolongan hanyalah daripada Allah; sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana,
8:11. Apabila menjadikan tidur nyenyak menutupi kamu sebagai keamanan daripada-Nya, dan turunkan kepada kamu air dari langit untuk bersihkan kamu dengannya, dan untuk hilangkan daripada kamu kecemaran syaitan, dan untuk kuatkan hati kamu, dan untuk teguhkan kaki kamu dengannya.
8:12. Apabila Pemelihara kamu wahyukan para malaikat, "Aku bersama kamu; maka teguhkanlah orang-orang yang percaya. Aku akan lempar ke dalam hati orang-orang tidak percaya ketakutan yang amat sangat; maka pukullah di atas leher, dan pukullah tiap-tiap jari mereka."
8:13. Itu kerana mereka melawan Allah dan Rasul-Nya; dan sesiapa yang melawan Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya.
8:14. Itu bagi kamu, maka rasalah ia; dan bahawa azab Api adalah bagi orang-orang tidak percaya.
8:15. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu bertemu orang-orang tidak percaya maju untuk berperang, janganlah kamu palingkan belakang kamu kepada mereka.
8:16. Sesiapa yang palingkan belakangnya pada hari itu kepada mereka, kecuali berundur untuk berperang lagi, atau beralih untuk bergabung dengan pasukan lain, dia dipenuhi beban kemurkaan Allah, dan tempat menginapnya ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!
8:17. Kamu tidak bunuh mereka tetapi Allah yang membunuh mereka; dan apabila kamu membaling, bukanlah kamu yang membaling tetapi Allah yang membaling, supaya Dia uji orang-orang mukmin dengan ujian yang baik; sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.
8:18. Itu bagi kamu; dan bahawa Allah melemahkan muslihat orang-orang tidak percaya.
8:19. Jika kamu minta kemenangan, kemenangan telah datang kepada kamu; dan jika kamu berhenti, ia adalah lebih baik bagi kamu. Tetapi jika kamu kembali, Kami akan kembali, dan golongan kamu tidak akan berguna bagi kamu sedikit pun, walaupun ia ramai; dan sesungguhnya Allah berserta orang-orang mukmin.
8:20. Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar.
8:21. Dan jangan jadi seperti orang-orang yang berkata, "Kami dengar", tetapi mereka tidak dengar.
8:22. Sesungguhnya seburuk-buruk haiwan pada pandangan Allah ialah orang-orang yang pekak, dan bisu, dan tidak faham.
8:23. Jika Allah tahu sebarang kebaikan pada mereka, tentu Dia jadikan mereka mendengar; dan jika Dia jadikan mereka mendengar, tentu mereka berpaling, dan mereka palingkan.
8:24. Wahai orang-orang yang percaya, sahutlah Allah dan Rasul, apabila Dia seru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu; dan ketahuilah bahawa Allah berdiri di antara seorang lelaki dan hatinya, dan bahawa kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.
8:25. Dan takutilah satu cubaan yang tidak akan timpa hanya orang-orang buat kezaliman antara kamu; dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam balasan-Nya.
8:26. Dan ingatlah ketika kamu sedikit dan hina di bumi, dan takut-takut manusia akan sambar kamu; tetapi Dia beri kamu perlindungan dan Dia kukuhkan kamu dengan pertolongan-Nya, dan rezekikan kamu dengan benda-benda yang baik, supaya kamu berterima kasih.
8:27. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah khianati Allah dan Rasul, dan janganlah kamu khianati amanat-amanat kamu sedang kamu mengetahuinya.
8:28. Dan ketahuilah bahawa harta kamu dan anak-anak kamu adalah cubaan, dan sesungguhnya Allah, di sisi-Nya adalah upah yang besar.
8:29. Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu bertakwa kepada Allah, Dia akan adakan untuk kamu satu Pembeza, dan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan ampunkan kamu; Allah mempunyai pemberian yang besar.
8:30. Dan apabila orang-orang tidak percaya buat tipu daya terhadap kamu, untuk menahan kamu, atau membunuh kamu, atau mengusir kamu, dan buat tipu daya, dan Allah buat tipu daya; dan Allah yang terbaik daripada pembuat-pembuat tipu daya.
8:31. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, mereka berkata, "Kami telah pun dengar; jika kami hendaki, tentu kami dapat berkata yang serupa dengan yang ini. Tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala."
8:32. Dan apabila mereka berkata, "Ya Allah, jika ini yang benar daripada Engkau, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih."
8:33. Tetapi Allah tidak akan azab mereka sedang kamu berada di kalangan mereka, dan Allah tidak akan azab mereka sedang mereka meminta ampun.
8:34. Tetapi, apakah yang mereka ada, bahawa Allah tidak akan azab mereka, apabila mereka menghalangi daripada Masjidil Haram, padahal mereka bukanlah wali-walinya (pelindung-pelindungnya)? Pelindungnya hanyalah orang-orang bertakwa tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.
8:35. Dan solat mereka di Rumah tidak lain hanya siulan dan tepukan tangan; maka kamu rasalah azab kerana ketidakpercayaan kamu!
8:36. Orang-orang tidak percaya nafkahkan (belanjakan) harta-harta mereka untuk menghalangi jalan Allah, dan mereka masih akan nafkahkannya, hingga ia adalah satu penyesalan bagi mereka, kemudian dikalahkan; dan orang-orang tidak percaya akan dikumpulkan di dalam Jahanam,
8:37. Supaya Allah pisahkan yang buruk daripada yang baik, dan supaya Dia letak yang buruk, sebahagiannya di atas sebahagian yang lain, lalu Dia longgokkan mereka kesemuanya, dan letakkan mereka di dalam Jahanam; mereka itulah orang-orang yang rugi.
8:38. Katakanlah kepada orang-orang tidak percaya, jika mereka berhenti, Dia akan ampunkan mereka atas apa yang telah lalu; tetapi jika mereka mengulangi, sunnah (resam) orang-orang dahulu kala telah pun berlalu!
8:39. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama semuanya untuk Allah; kemudian jika mereka berhenti, maka sesungguhnya Allah lihat apa mereka buat.
8:40. Tetapi jika mereka berpaling, ketahuilah bahawa Allah ialah Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, Penolong yang sangat baik!
8:41. Ketahuilah bahawa apa sahaja rampasan perang yang kamu ambil, satu per limanya kepunyaan Allah, dan kepunyaan Rasul, dan kepunyaan sanak saudara yang dekat, dan kepunyaan anak-anak yatim, dan untuk orang-orang miskin, dan musafir, jika kamu percaya kepada Allah dan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami pada Hari Pembeza, hari dua kumpulan bertemu; dan Allah berkuasa atas segala sesuatu.
8:42. Ketika kamu di pinggir lembah yang dekat, dan mereka di pinggir lembah yang jauh, dan rombongan besar yang berkuda di bawah kamu; dan sekiranya kamu adakan janji temu bersama, tentu kamu berselisih dalam janji temu itu; tetapi supaya Allah memutuskan satu urusan yang telah dibuat, bahawa sesiapa yang binasa akan binasa dengan satu bukti yang jelas, dan dengan satu bukti yang jelas, hiduplah orang yang hidup; dan sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.
8:43. Apabila Allah perlihatkan kepada kamu mereka sebagai sedikit dalam tidur kamu; dan sekiranya Dia perlihatkan mereka banyak kepada kamu, tentu kamu berkecut hati, dan berbalah dalam urusan; tetapi Allah selamatkan - Dia tahu apa yang di dalam dada.
8:44. Apabila Allah perlihatkan kepada kamu mereka sebagai sedikit di mata kamu, apabila kamu bertemu, dan buatkan kamu sedikit di mata mereka, supaya Allah memutuskan satu urusan yang telah dibuat; dan kepada Allah segala urusan dikembalikan.
8:45. Wahai orang-orang yang percaya, apabila sahaja kamu bertemu satu pasukan, maka berdiriteguhlah kamu, dan ingatlah akan Allah dengan banyak agar kamu beruntung.
8:46. Dan taatlah kepada Allah, dan Rasul-Nya, dan janganlah berbalahan, lalu kamu berkecut hati dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah; sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.
8:47. Janganlah jadi seperti orang-orang yang keluar dari tempat-tempat tinggal mereka dengan berasa angkuh untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan halangi jalan Allah; dan Allah meliputi apa mereka buat.
8:48. Dan apabila syaitan nampakkan amalan-amalan mereka indah bagi mereka, dan berkata, "Pada hari ini, tiada manusia akan menang terhadap kamu kerana aku jiran kamu." Tetapi apabila kedua-dua pasukan berlihat-lihatan, ia berundur di atas tumit-tumitnya, dengan berkata, "Aku berlepas diri daripada kamu, kerana aku lihat apa yang kamu tidak lihat. Aku takut kepada Allah; dan Allah keras dalam balasan-Nya."
8:49. Apabila orang-orang munafik, dan orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, berkata, "Agama mereka telah menipu mereka"; tetapi sesiapa tawakal kepada Allah, maka sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.
8:50. Jika kamu dapat lihat ketika para malaikat mematikan orang-orang tidak percaya, dengan memukul muka-muka mereka, dan belakang mereka, "Rasalah azab yang membakar,
8:51. Itu adalah kerana apa yang tangan-tangan kamu telah dahulukan, dan kerana Allah bukanlah penganiaya hamba-hamba-Nya."
8:52. Seperti keadaan keluarga Firaun, dan orang-orang sebelum mereka yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah; Allah ambil mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka. Sesungguhnya Allah Kuat, keras dalam balasan-Nya.
8:53. Itu adalah kerana Allah tidak akan ubah rahmat-Nya yang Dia anugerahkan satu kaum sehingga mereka ubah apa yang ada pada diri-diri mereka sendiri; dan sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.
8:54. Seperti keadaan keluarga Firaun, dan orang-orang sebelum mereka yang dustakan ayat-ayat Pemelihara mereka, lalu Kami musnahkan mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami tenggelamkan keluarga Firaun; dan semuanya adalah orang-orang zalim.
8:55. Sesungguhnya seburuk-buruk haiwan pada pandangan Allah ialah orang-orang tidak percaya, yang tidak akan percayai,
8:56. Orang-orang yang kamu telah buat perjanjian dengan mereka, kemudian mereka langgar perjanjian mereka setiap kali, dengan tidak bertakwa (takut kepada Tuhan).
8:57. Maka, jika kamu jumpa mereka di mana-mana dalam peperangan, hamburkanlah orang-orang yang di belakang mereka, supaya mereka mengingati.
8:58. Dan jika kamu takut akan pengkhianatan daripada satu kaum, maka lemparkanlah kepada mereka yang sama; sesungguhnya Allah tidak suka pengkhianat-pengkhianat.
8:59. Dan janganlah kamu sangka orang-orang tidak percaya akan mendahului Kami; sesungguhnya mereka tidak dapat mengandaskan.
8:60. Siapkanlah untuk mereka apa sahaja kekuatan dan barisan-barisan kuda yang kamu dapat, untuk menakutkan dengannya musuh Allah dan musuh kamu, dan orang-orang lain selain mereka yang kamu tidak tahu. Allah tahu mereka. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan di jalan Allah akan dibayar kepada kamu sepenuhnya; kamu tidak dizalimi.
8:61. Dan jika mereka condong kepada perdamaian, hendaklah kamu condong kepadanya, dan kamu tawakallah kepada Allah; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
8:62. Dan jika mereka hendak menipu kamu, maka cukuplah Allah bagi kamu; Dia kukuhkan kamu dengan pertolongan-Nya, dan dengan orang-orang mukmin.
8:63. Dan Dia satukan hati mereka. Sekiranya kamu nafkahkan kesemua yang di dalam bumi, tentu kamu tidak akan dapat menyatukan hati mereka; tetapi Allah menyatukan antara mereka; sesungguhnya Dia Perkasa, Bijaksana.
8:64. Wahai Nabi, cukuplah Allah bagi kamu, dan orang-orang mukmin yang ikut kamu.
8:65. Wahai Nabi, gesalah orang-orang mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh antara kamu, orang-orang yang sabar, mereka akan mengalahkan dua ratus; jika ada antara kamu seratus, mereka akan mengalahkan seribu orang tidak percaya, kerana mereka adalah kaum yang tidak faham.
8:66. Sekarang Allah ringankan untuk kamu, dengan mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan. Jika ada seratus antara kamu, orang-orang yang sabar, mereka akan mengalahkan dua ratus; jika ada antara kamu seribu, mereka akan mengalahkan dua ribu, dengan izin Allah; Allah berserta orang-orang yang sabar.
8:67. Tidak patut bagi seseorang Nabi untuk mempunyai tawanan, sehingga dia membunuh beramai-ramai di bumi, kerana kamu hendak keuntungan dunia, dan Allah hendakkan akhirat; dan Allah Perkasa, Bijaksana.
8:68. Sekiranya tidak kerana satu ketetapan (kitab) yang terdahulu daripada Allah, tentu telah menyentuh kamu, kerana apa yang kamu ambil, satu azab yang besar.
8:69. Makanlah daripada apa kamu ambil sebagai rampasan perang, yang halal, yang baik; dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
8:70. Wahai Nabi, katakanlah kepada orang-orang tawanan yang di tangan kamu, "Jika Allah tahu sebarang kebaikan di dalam hati kamu, Dia akan beri kamu yang lebih baik daripada apa yang diambil daripada kamu, dan Dia akan ampun kamu; dan Allah Pengampun, Pengasih."
8:71. Dan jika mereka hendakkan pengkhianatan terhadap kamu, mereka telah khianati Allah sebelumnya; tetapi dia beri kamu kuasa terhadap mereka; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
8:72. Orang-orang yang percaya, dan hijrah, dan berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah, dan orang-orang yang beri perlindungan dan pertolongan - mereka itu adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain. Dan orang-orang yang percaya tetapi belum lagi hijrah, maka kamu tidak ada kewajipan persahabatan untuk lindungi mereka sedikit pun, sehingga mereka hijrah; namun begitu, jika mereka minta pertolongan kepada kamu, demi agama, maka adalah atas kamu untuk tolong mereka, kecuali terhadap kaum yang antara kamu dan mereka ada perjanjian; dan Allah lihat apa kamu buat.
8:73. Bagi orang-orang tidak percaya, mereka adalah wali-wali satu sama lain. Jika kamu tidak buat ini, akan jadilah penganiayaan di bumi, dan kerosakan yang besar.
8:74. Dan orang-orang yang percaya dan hijrah dan berjuang di jalan Allah, dan orang-orang yang beri perlindungan dan pertolongan, mereka itulah sebenarnya orang-orang mukmin, dan bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia.
8:75. Dan orang-orang yang percaya kemudian dan hijrah dan berjuang bersama kamu, mereka itu adalah daripada kamu; tetapi orang-orang empunya pertalian darah adalah lebih dekat dengan satu sama lain di dalam Kitab Allah; sesungguhnya Allah tahu segala sesuatu.



Khamis, 3 Disember 2015

SURAH AL-A'RAF ???

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
7:1. Alif Lam Mim Sad.
7:2. Sebuah Kitab yang diturunkan kepada kamu, maka janganlah ada kesempitan di dalam dada kamu daripadanya, untuk beri amaran dengannya, dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang mukmin (yang percayai).
7:3. Ikutlah apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu, dan jangan ikut wali-wali (sahabat-sahabat) selain daripada Dia; sedikit sekali kamu mengingati.
7:4. Berapa banyaknya bandaraya yang Kami telah musnahkan? Bencana Kami datang kepadanya pada malam hari, atau mereka sedang tidur pada tengah hari.
7:5. Tidak ada seruan mereka, apabila bencana Kami datang kepada mereka, melainkan mereka berkata, "Kami adalah orang-orang zalim."
7:6. Maka Kami akan tanya orang-orang yang kepada mereka diutus, dan Kami akan tanya para utusan,
7:7. Dan Kami akan ceritakan kepada mereka dengan pengetahuan; sesungguhnya tidaklah Kami tidak hadir.
7:8. Penimbangan pada hari itu adalah benar; orang yang timbangannya berat, merekalah orang-orang beruntung.
7:9. Dan orang yang timbangannya ringan, mereka merugikan jiwa mereka sendiri kerana menzalimkan ayat-ayat Kami.
7:10. Kami teguhkan kamu di bumi, dan di dalamnya buatkan untuk kamu penghidupan; sedikit terima kasih kamu tunjukkan.
7:11. Kami cipta kamu, kemudian Kami bentuk kamu, kemudian Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia bukan daripada orang-orang yang sujud.
7:12. Berkatalah Dia, "Apakah yang halangi kamu daripada sujud ketika Aku perintahkan kamu?" Berkata, "Aku lebih baik daripada dia. Engkau cipta aku daripada api, dan dia Engkau cipta daripada tanah liat."
7:13. Berkata, "Turunlah kamu, keluar darinya; tiada bagi kamu untuk menyombong di dalamnya, maka keluarlah; sesungguhnya kamu adalah di kalangan orang-orang yang direndahkan."
7:14. Berkata, "Tangguhkanlah aku hingga hari mereka dibangkitkan."
7:15. Berkata, "Kamu adalah antara orang-orang yang ditangguhkan."
7:16. Berkata, "Oleh kerana Engkau telah menyalahkan aku, maka sungguh, aku akan duduk kepada mereka di jalan Engkau yang lurus,
7:17. Kemudian aku datang kepada mereka, dari hadapan mereka, dan dari belakang mereka, dan dari kanan mereka, dan dari kiri mereka; Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka berterima kasih."
7:18. Berkata, "Keluarlah kamu darinya, terhina dan terbuang. Orang-orang antara mereka yang ikut kamu - sungguh Aku akan penuhi Jahanam dengan kamu semua."
7:19. "Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman, dan makanlah dari mana kamu hendak, tetapi jangan dekati pokok ini supaya kamu tidak termasuk orang-orang zalim."
7:20. Kemudian syaitan bisik kepada mereka, untuk menampakkan kepada mereka apa yang disembunyikan daripada mereka, bahagian-bahagian aib mereka. Berkata, "Pemelihara kamu larang kamu daripada pokok ini hanya supaya kamu jadi malaikat-malaikat, atau kamu jadi makhluk-makhluk yang hidup selama-lamanya."
7:21. Dan ia bersumpah kepada mereka, "Sesungguhnya aku, kepada kamu, adalah penasihat."
7:22. Maka ia membujuk mereka dengan tipuan; dan apabila mereka merasakan pokok itu, bahagian-bahagian aib mereka jadi nyata kepada mereka, lalu mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Pemelihara mereka panggil mereka, "Tidakkah Aku telah larang kamu berdua daripada pokok ini, dan berkata kepada kamu, 'Sesungguhnya syaitan bagi kamu adalah musuh yang nyata'?"
7:23. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, kami telah menzalimi diri-diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak ampunkan kami dan kasihani kami, tentu kami jadi antara orang-orang yang rugi."
7:24. Berkata, "Turunlah kamu, sebahagian kamu jadi musuh bagi sebahagian yang lain. Di bumi tempat menginap bagi kamu, dan kesenangan untuk satu waktu."
7:25. Berkata, "Di dalamnya kamu hidup, dan di dalamnya kamu mati, dan darinya kamu akan dikeluarkan."
7:26. Wahai Bani Adam, Kami telah turunkan kepada kamu suatu pakaian untuk menutupi bahagian-bahagian aib kamu, dan (pakaian) perhiasan, dan pakaian takwa - itu lebih baik; itulah satu daripada ayat-ayat Allah, supaya mereka mengingati.
7:27. Wahai Bani Adam, janganlah syaitan goda kamu sebagaimana ia keluarkan ibu bapa kamu dari Taman, dengan melucutkan daripada mereka pakaian mereka, untuk perlihatkan kepada mereka bahagian-bahagian aib mereka. Sesungguhnya ia melihat kamu, ia dan sukunya, dari mana kamu tidak melihat mereka. Kami buatkan syaitan-syaitan wali-wali bagi orang-orang tidak percayai.
7:28. Dan apabila mereka lakukan kesumbangan, mereka berkata, "Kami dapati bapa-bapa kami melakukannya, dan Allah perintahkan kami dengannya." Katakanlah, "Allah tidak perintahkan kesumbangan; apa, adakah kamu kata mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu?"
7:29. Katakanlah, "Pemeliharaku perintah supaya buat keadilan. Tegakkan muka-muka di setiap masjid, dan serulah kepada-Nya dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya. Sebagaimana Dia mulakan mencipta kamu begitulah kamu akan dikembalikan.
7:30. Segolongan Dia beri petunjuk, dan segolongan wajar dengan kesesatan; mereka ambil syaitan-syaitan sebagai wali-wali (sahabat-sahabat), selain daripada Allah, dan mereka sangka mereka dapat petunjuk."
7:31. Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid; dan makan dan minumlah, tetapi janganlah kamu membazir; Dia tidak suka orang-orang yang membazir.
7:32. Katakanlah, "Siapakah yang haramkan perhiasan Allah yang Dia keluarkan untuk hamba-hamba-Nya, dan benda-benda yang baik daripada rezeki-Nya?" Katakanlah, "Ini, pada Hari Kiamat, adalah khas bagi orang-orang yang percaya di dalam kehidupan dunia ini." Begitulah Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang tahu.
7:33. Katakanlah, "Pemeliharaku hanya haramkan kesumbangan yang nampak dan yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, dan keangkuhan tanpa patut, dan kamu sekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak turunkan kuasa, dan kamu kata mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu."
7:34. Bagi tiap-tiap umat, ada satu tempoh; apabila tempoh mereka datang, mereka tidak akan undurkannya sesaat, dan tidak juga mendahulukannya.
7:35. Wahai Bani Adam, jika datang kepada kamu Rasul-Rasul daripada kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, maka sesiapa bertakwa, dan membetulkan, tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
7:36. Dan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dan sombong terhadapnya, mereka itu jadi penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
7:37. Siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dustakan ayat-ayat-Nya? Mereka itu, bahagian mereka daripada Kitab akan sampai kepada mereka sehingga, apabila Rasul-Rasul Kami datang kepada mereka untuk matikan mereka, mereka berkata, "Di manakah apa yang kamu seru selain daripada Allah?" Mereka berkata, "Mereka sudah sesat (hilang) daripada kami", dan mereka saksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang tidak percaya.
7:38. Berkata, "Masuklah kamu kepada umat-umat yang telah berlalu sebelum kamu, daripada jin dan manusia, ke dalam Api." Setiap kali sesuatu umat masuk, ia laknatkan saudaranya sehingga, apabila mereka semua sudah berkumpul di dalamnya, yang terakhir daripada mereka berkata kepada yang pertama, "Wahai Pemelihara kami, mereka inilah yang sesatkan kami, maka berikan mereka azab dua kali ganda daripada Api." Berkata, "Bagi masing-masing dua kali ganda, tetapi kamu tidak tahu."
7:39. Yang pertama daripada mereka berkata kepada yang terakhir, "Kamu tidak ada kelebihan di atas kami, maka rasalah azab kerana apa yang kamu usahakan."
7:40. Orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dan sombong terhadapnya, pintu-pintu langit tidak akan dibuka untuk mereka, dan tidak juga mereka akan masuk Taman sehingga unta melintasi lubang jarum. Begitulah Kami balas orang-orang yang berdosa.
7:41. Jahanam jadi buaian mereka, dan di atas mereka, penutup-penutup. Begitulah Kami balas orang-orang zalim.
7:42. Dan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik - Kami tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya; mereka itulah penghuni-penghuni Taman, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
7:43. Kami cabut perasaan dendam yang ada di dalam dada mereka; dan di bawah mereka mengalir sungai-sungai, dan mereka berkata, "Segala puji bagi Allah yang beri kami petunjuk kepada ini; sekiranya Allah tidak beri petunjuk kepada kami, tentu kami tidak akan dapat petunjuk. Sesungguhnya Rasul-Rasul Pemelihara kami telah datang dengan yang benar." Dan diumumkan, "Inilah Taman yang kamu diwariskan kerana apa kamu buat."
7:44. Penghuni-penghuni Taman memanggil penghuni-penghuni Api, "Kami dapati apa yang Pemelihara kami janjikan kami adalah benar. Adakah kamu dapati apa yang Pemelihara kamu janjikan kamu itu benar?" Mereka berkata, "Ia." Dan kemudian seorang penyeru antara mereka menyeru, "Laknat Allah adalah ke atas orang-orang zalim,
7:45. Yang menghalangi jalan Allah, dan inginkan ia jadi bengkok, dan tidak percaya kepada akhirat."
7:46. Dan di antara keduanya ada tabir, dan di atas Benteng adalah lelaki-lelaki yang mengenali masing-masing dengan tanda mereka yang memanggil penghuni-penghuni Taman, "Salamun alaikum!" Mereka belum memasukinya, dan mereka sangat menginginkannya.
7:47. Dan apabila penglihatan mereka dipalingkan ke arah penghuni-penghuni Api, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau letak kami bersama kaum yang zalim."
7:48. Dan penghuni Benteng memanggil lelaki-lelaki tertentu yang mereka kenal dengan tanda mereka, dengan berkata, "Apa yang kamu kumpulkan tidak berguna, dan tidak juga apa yang kamu sombongkan."
7:49. "Adakah ini orang-orang yang kamu bersumpah bahawa Allah tidak akan sampai dengan pengasihan? Masuklah ke Taman; tiadalah ketakutan pada kamu, dan tidaklah kamu bersedih."
7:50. Penghuni-penghuni Api memanggil penghuni-penghuni Taman, "Curahkanlah kepada kami air, atau daripada apa yang Allah rezekikan kamu!" Mereka berkata, "Allah haramkan mereka kepada orang-orang tidak percaya,
7:51. Yang menjadikan agama mereka sebagai satu hiburan, dan satu permainan, dan yang kehidupan dunia telah menipu mereka." Maka pada hari ini, Kami lupakan mereka sebagaimana mereka lupa akan pertemuan hari mereka ini, dan mereka sangkal ayat-ayat Kami.
7:52. Dan Kami telah datangkan kepada mereka sebuah Kitab yang Kami jelaskan, berdasarkan pengetahuan, menjadi satu petunjuk, dan satu pengasihan, bagi kaum yang percayai.
7:53. Adakah mereka menanti-nanti hanya interpretasinya? Pada hari interpretasinya datang, orang-orang sebelumnya yang telah melupakannya, akan berkata, "Sungguh, Rasul-Rasul Pemelihara kami telah datang dengan yang benar. Adakah bagi kami pengantara-pengantara untuk mengantara bagi kami, atau adakah kami akan dikembalikan untuk buat selain daripada apa yang kami telah buat?" Sesungguhnya mereka telah merugikan jiwa mereka sendiri, dan apa yang mereka ada-adakan sesat (hilang) daripada mereka.
7:54. Sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Allah yang cipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy, menutup siang dengan malam yang mengikutinya dengan cepat; dan matahari, dan bulan, dan bintang-bintang ditundukkan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya, bagi-Nya ciptaan dan perintah. Berkatnya Allah, Pemelihara semua alam!
7:55. Serulah Pemelihara kamu dengan rendah diri dan dengan berahsia; Dia tidak suka orang-orang yang mencabuli.
7:56. Janganlah buat kerosakan di bumi setelah ia dibetulkan, dan serulah kepada-Nya dengan rasa takut, dan penuh harapan. Sesungguhnya pengasihan Allah dekat dengan orang-orang buat baik.
7:57. Dia yang utuskan angin, membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya sehingga apabila ia membawa awan yang berat, Kami halau ia ke tanah yang mati, dan dengannya turunkan air, dan keluarkan dengannya segala buah-buahan. Begitulah Kami keluarkan orang yang mati supaya kamu mengingati.
7:58. Dan tanah yang baik, tanamannya keluar dengan izin Pemeliharanya, dan yang rosak, ia keluarkan hanya sedikit. Begitulah Kami ulang-ulangi ayat-ayat bagi kaum yang berterima kasih.
7:59. Dan Kami utus Nuh kepada kaumnya, dan dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya, aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar."
7:60. Berkata pembesar-pembesar kaumnya, "Kami lihat kamu dalam kesesatan yang nyata."
7:61. Berkata, "Wahai kaumku, tidak ada kesesatan padaku; tetapi aku adalah seorang Rasul daripada Pemelihara semua alam.
7:62. Aku sampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan aku nasihatkan kamu, kerana aku tahu daripada Allah apa yang kamu tidak tahu.
7:63. Adakah kamu hairan bahawa Peringatan daripada Pemelihara kamu datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu, supaya dia beri amaran kepada kamu, dan kamu jadi bertakwa supaya dikasihani."
7:64. Tetapi mereka dustakannya; maka Kami selamatkan dia, dan orang-orang yang bersama dia di dalam kapal, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami; sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta.
7:65. Dan kepada Ad, saudara mereka Hud. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; tidakkah kamu bertakwa?"
7:66. Berkata pembesar-pembesar yang tidak percaya daripada kaumnya, "Kami lihat kamu dalam kebodohan, dan kami sangka kamu adalah daripada pendusta-pendusta."
7:67. Berkata, "Wahai kaumku, tidak ada kebodohan padaku; tetapi aku adalah seorang Rasul daripada Pemelihara semua alam.
7:68. Aku sampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan aku adalah penasihat kamu yang setia.
7:69. Apa, adakah kamu hairan bahawa Peringatan daripada Pemelihara kamu sudah datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu supaya dia beri amaran kepada kamu; dan ingatlah apabila Dia lantik kamu sebagai pengganti selepas kaum Nuh, dan tambahkan kamu dengan luas dalam ciptaan kamu; ingatlah kamu akan pemberian Allah agar kamu beruntung."
7:70. Mereka berkata, "Adakah kamu datang kepada kami supaya kami sembah Allah satu-satu-Nya, dan supaya kami tinggalkan apa yang bapa-bapa kami sembah? Maka datangkanlah kepada kami apa yang kamu janjikan kami, jika kamu berkata benar."
7:71. Berkatalah dia, "Kotoran dan kemurkaan daripada Pemelihara kamu akan jatuh ke atas kamu. Apa, adakah kamu debat aku mengenai nama-nama yang kamu namakan, kamu dan bapa-bapa kamu, yang Allah tidak turunkan kuasa padanya? Maka, lihat dan tunggulah; aku bersama kamu melihat dan menunggu."
7:72. Maka Kami selamatkan dia, dan orang-orang yang bersama dia dengan pengasihan daripada Kami; dan Kami potong sisa terakhir orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dan mereka bukanlah orang-orang mukmin (yang percayai).
7:73. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Ini ialah unta betina Allah untuk menjadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkanlah ia, supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan jangan sentuh ia dengan kejahatan supaya kamu tidak diambil oleh azab yang pedih.
7:74. Dan ingatlah apabila Dia lantik kamu pengganti-pengganti selepas Ad, dan Dia tempatkan kamu di bumi, ambil untuk kamu istana-istana daripada tanah-tanah datarnya, dan pahat gunung-gunungnya menjadi rumah-rumah. Ingatlah akan pemberian Allah, dan janganlah buat celaka di bumi dengan buat kerosakan."
7:75. Berkata pembesar-pembesar kaumnya yang sombong kepada orang-orang antara mereka yang percaya, yang dianggap orang-orang hina, "Adakah kamu tahu bahawa Salleh seorang utusan daripada Pemeliharanya?" Mereka berkata, "Pada apa yang dia diutus dengannya, kami adalah orang-orang mukmin."
7:76. Berkata orang-orang yang sombong, "Bagi kami, kami tidak percaya kepada apa yang kamu percaya."
7:77. Maka mereka melukai unta betina, dan mereka memandang rendah pada perintah Pemelihara mereka, dan mereka berkata, "Wahai Salleh, datangkanlah kepada kami apa yang kamu janjikan kami, jika kamu seorang utusan."
7:78. Lalu gempa bumi ambil mereka. Pagi, dapati mereka di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak.
7:79. Maka dia berpaling daripada mereka, dan berkata, "Wahai kaumku, aku telah sampaikan kepada kamu Mesej Pemeliharaku, dan nasihatkan kamu, tetapi kamu tidak suka orang-orang yang beri nasihat."
7:80. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Apa, adakah kamu lakukan kesumbangan yang tidak pernah seseorang pun di semua alam lakukannya sebelum kamu?
7:81. Kamu datangi lelaki-lelaki dengan hawa nafsu, bukan perempuan; tidak, kamulah kaum yang membazir (berlebihan)."
7:82. Dan tiadalah jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Keluarkanlah mereka dari bandaraya kamu ini; sesungguhnya mereka orang-orang yang bersihkan diri."
7:83. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal.
7:84. Dan Kami hujani mereka dengan suatu hujan; maka perhatikanlah kamu bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa.
7:85. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Maka tepatilah sukatan dan timbangan, dan jangan kurangkan sesuatu bagi manusia, dan jangan kamu buat kerosakan di bumi setelah ia dibetulkan; itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin.
7:86. Dan jangan duduk di setiap jalan, mengancam dan halangi jalan Allah orang-orang yang percaya kepada-Nya, dan inginkannya jadi bengkok. Dan ingatlah ketika kamu sedikit, dan Dia lipatgandakan kamu, dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang buat kerosakan.
7:87. Dan jika ada segolongan antara kamu yang percaya kepada apa yang aku diutus dengannya, dan segolongan yang tidak percayai, maka sabarlah kamu sehingga Allah hakimkan antara kita; Dia yang terbaik daripada para hakim."
7:88. Berkata pembesar-pembesar kaumnya yang sombong, "Sungguh, kami akan usir kamu, wahai Shuaib, dan orang-orang yang percaya bersama kamu daripada bandaraya kami, atau kamu kembali kepada anutan kami." Dia berkata, "Apa, walaupun kami membencinya?
7:89. Sungguh, kami akan ada-adakan dusta terhadap Allah jika kami kembali kepada anutan kamu, setelah Allah selamatkan kami daripadanya. Tiadalah bagi kami untuk kembali kepadanya, melainkan jika Allah, Pemelihara kami, hendak. Pemelihara kami merangkumi segala sesuatu dalam pengetahuan-Nya. Kepada Allah kami tawakal. Wahai Pemelihara kami, bukakanlah satu keputusan yang benar antara kami dan kaum kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi keputusan."
7:90. Berkata pembesar-pembesar kaumnya yang tidak percaya, "Sungguh, jika kamu ikut Shuaib, jika demikian, tentulah kamu orang-orang yang rugi."
7:91. Lalu gempa bumi ambil mereka. Pagi, dapati mereka di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak.
7:92. Orang-orang yang dustakan Shuaib, seakan-akan mereka tidak tinggal di dalamnya. Orang-orang yang dustakan Shuaib, merekalah orang-orang yang rugi.
7:93. Maka dia berpaling daripada mereka, dan berkata, "Wahai kaumku, aku telah sampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan nasihatkan kamu;bagaimanakah aku boleh berdukacita terhadap kaum tidak percaya?"
7:94. Kami tidak utus Nabi ke mana-mana bandaraya melainkan bahawa Kami ambil penduduknya dengan musibah dan kesusahan supaya mereka merendah diri.
7:95. Kemudian Kami tukar tempat yang buruk dengan yang baik, sehingga mereka membiak, dan mereka berkata, "Kesusahan dan kesenangan telah sentuh bapa-bapa kami." Maka Kami ambil mereka dengan tiba-tiba, tanpa mereka sedari.
7:96. Namun begitu, sekiranya penduduk bandaraya-bandaraya percaya dan bertakwa, tentu Kami bukakan ke atas mereka keberkatan dari langit dan bumi; tetapi mereka dustakan, maka Kami ambil mereka kerana apa yang mereka usahakan.
7:97. Adakah penduduk bandaraya-bandaraya berasa aman bahawa bencana Kami tidak akan datang kepada mereka pada waktu malam sedang mereka tidur?
7:98. Adakah penduduk bandaraya-bandaraya berasa aman bahawa bencana Kami tidak akan datang kepada mereka pada waktu pagi sedang mereka bermain-main?
7:99. Adakah mereka berasa aman dengan tipu daya Allah? Tiada yang berasa aman terhadap tipu daya Allah kecuali kaum yang rugi.
7:100. Tidakkah ia satu petunjuk bagi orang-orang yang mewarisi bumi selepas orang-orang yang mendudukinya bahawa, sekiranya Kami hendaki, tentu Kami timpa mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka, dengan menutupi hati mereka supaya mereka tidak dengar?
7:101. Bandaraya-bandaraya itu yang Kami ceritakan kepada kamu beritanya; Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka bukanlah yang hendak percayai apa yang mereka telah dustakan dahulu; demikianlah Allah tutup hati orang-orang tidak percaya.
7:102. Kami dapati tiada perjanjian pada kebanyakan mereka; sesungguhnya Kami dapati kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq.
7:103. Kemudian Kami bangkitkan, sesudah mereka, Musa dengan ayat-ayat Kami kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya, tetapi mereka menzaliminya; maka perhatikanlah kamu bagaimana kesudahan orang-orang yang buat kerosakan.
7:104. Musa berkata, "Wahai Firaun, aku adalah seorang Rasul daripada Pemelihara semua alam,
7:105. Sewajarnya, aku tidak kata terhadap Allah kecuali yang benar. Aku datang dengan satu bukti yang jelas kepada kamu daripada Pemelihara kamu; maka utuskanlah bersamaku Bani Israil."
7:106. Berkatalah dia, "Jika kamu datang dengan satu ayat, kemukakanlah ia jika kamu berkata benar."
7:107. Maka dia lempar tongkatnya, dan tiba-tiba ia adalah ular yang nyata.
7:108. Dan dia keluarkan tangannya, dan tiba-tiba ia adalah putih bagi orang-orang yang melihat.
7:109. Berkata pembesar-pembesar kaum Firaun, "Sesungguhnya ini seorang ahli sihir yang alim (mahir),
7:110. Yang hendak usir kamu daripada bumi kamu; apakah yang kamu perintahkankan?"
7:111. Mereka berkata, "Tangguhkanlah dia dan saudaranya seketika, dan utuslah ke kota-kota orang-orang yang mengumpulkan,
7:112. Untuk datangkan kepada kamu tiap-tiap ahli sihir yang alim."
7:113. Dan ahli-ahli sihir datang kepada Firaun, dengan berkata, "Kami akan benar-benar dapat upah, jika kami orang-orang yang menang?"
7:114. Dia berkata, "Ia, dan kamu akan jadi antara yang berkedudukan dekat."
7:115. Mereka berkata, "Wahai Musa, adakah kamu akan lemparkan, atau adakah kami orang-orang yang melemparkan?"
7:116. Dia berkata, "Lemparlah kamu." Dan apabila mereka lempar, mereka menyihir mata-mata manusia, dan menjadikan takut pada mereka, dan datangkan sihir yang besar.
7:117. Dan Kami wahyukan Musa, "Lemparlah tongkat kamu." Maka tiba-tiba ia telan apa yang mereka palsukan.
7:118. Lalu terjadilah yang benar, dan palsulah apa mereka buat.
7:119. Maka mereka dikalahkan di sana, dan mereka balik, menjadi rendah.
7:120. Dan ahli-ahli sihir lemparkan diri, bersujud.
7:121. Mereka berkata, "Kami percaya kepada Pemelihara semua alam,
7:122. Pemelihara Musa dan Harun."
7:123. Berkatalah Firaun, "Kamu percaya kepadanya sebelum aku izinkan kamu. Sesungguhnya ini satu tipu daya yang kamu perdayakan di kota supaya kamu mengusir penduduknya daripadanya. Sekarang kamu akan tahu!
7:124. Sungguh, aku akan potong tangan-tangan kamu dan kaki-kaki kamu berselang-seli, kemudian aku akan salib kamu kesemuanya."
7:125. Mereka berkata, "Sesungguhnya kepada Pemelihara kami, kami balik.
7:126. Dan kamu mendendami kami hanya kerana kami percaya kepada ayat-ayat Pemelihara kami apabila mereka datang kepada kami. Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran dan matikanlah kami dalam kemusliman."
7:127. Kemudian berkata pembesar-pembesar kaum Firaun, "Adakah kamu akan tinggalkan Musa dan kaumnya untuk buat kerosakan di bumi, dan tinggalkan kamu dan tuhan-tuhan kamu?" Berkata, "Kita akan bunuh anak-anak lelaki mereka, dan biarkan hidup perempuan-perempuan mereka; sesungguhnya kitalah yang menakluki mereka!"
7:128. Berkata Musa kepada kaumnya, "Mohonlah pertolongan kepada Allah, dan sabarlah; sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, dan Dia wariskannya kepada siapa Dia hendaki di kalangan hamba-hamba-Nya. Kesudahan adalah bagi orang-orang bertakwa."
7:129. Mereka berkata, "Kami disakiti sebelum kamu datang kepada kami, dan setelah kamu datang kepada kami." Berkata, "Mudah-mudahan Pemelihara kamu akan musnahkan musuh kamu, dan Dia jadikan kamu pengganti-pengganti di bumi, supaya Dia perhatikan bagaimana kamu buat."
7:130. Kemudian Kami ambil keluarga Firaun dengan beberapa tahun bekalan yang tidak mencukupi, dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka ingat.
7:131. Maka apabila yang baik datang kepada mereka, mereka berkata, "Ini ialah kerana kami"; tetapi jika yang buruk timpa mereka, mereka ramalkan yang buruk kerana Musa dan orang-orang yang bersamanya. Ingatlah, bahawa ramalan buruk mereka adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.
7:132. Dan mereka berkata, "Apa sahaja ayat yang kamu datangkan kepada kami, untuk menyihir kami dengannya, kami tidak akan mukmin (yang percayai) kepada kamu."
7:133. Maka Kami utus kepada mereka banjir, dan belalang juta, dan kutu, dan katak, dan darah - ayat-ayat yang jelas; tetapi mereka sombong, dan mereka adalah kaum yang berdosa.
7:134. Dan apabila kemurkaan jatuh kepada mereka, mereka berkata, "Wahai Musa, serulah untuk kami kepada Pemelihara kamu dengan apa yang Dia janjikan kamu. Jika kamu hilangkan daripada kami kemurkaan, sungguh, kami akan percayai kamu, dan kami akan utus bersama kamu Bani Israil."
7:135. Tetapi apabila Kami hilangkan daripada mereka kemurkaan hingga satu tempoh yang mereka akan datang kepadanya, tiba-tiba mereka mungkiri ketaatan mereka.
7:136. Maka Kami lepaskan dendam kepada mereka, dan tenggelamkan mereka di dalam laut kerana mereka dustakan ayat-ayat Kami, dan lalai terhadapnya.
7:137. Dan Kami wariskan kaum yang dihina, semua yang di timur dan barat bumi yang Kami berkati; dan sempurnalah pelaksanaan kata Pemelihara kamu yang paling baik kepada Bani Israil, kerana mereka sabar; dan Kami binasakan kerja-kerja Firaun dan kaumnya, dan apa yang mereka bangunkan.
7:138. Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut, dan mereka datang kepada satu kaum yang bertekun pada patung-patung yang mereka ada. Berkata, "Wahai Musa, buatkan untuk kami satu tuhan seperti tuhan-tuhan yang mereka ada." Berkatalah dia, "Sesungguhnya kamu adalah kaum yang bodoh.
7:139. Sesungguhnya itu yang mereka di dalamnya akan dibinasakan, dan batallah apa mereka buat."
7:140. Berkata, "Apa, adakah aku akan cari satu tuhan untuk kamu selain daripada Allah, Dia yang lebihkan kamu di atas semua alam?"
7:141. Dan apabila Kami selamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan membunuh anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.
7:142. Dan Kami telah menemujanji dengan Musa tiga puluh malam, dan Kami sempurnakannya dengan sepuluh, maka sempurnalah waktu yang ditetapkan Pemeliharanya, empat puluh malam; dan Musa berkata kepada saudaranya Harun, "Jadilah penggantiku di kalangan kaumku, dan betulkanlah, dan jangan ikut jalan orang-orang yang buat kerosakan."
7:143. Dan apabila Musa datang pada waktu yang Kami tetapkan, dan Pemeliharanya berkata-kata dengannya, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, perlihatkan kepadaku, supaya aku dapat lihat Engkau." Berkatalah Dia, "Kamu tidak akan melihat Aku; tetapi perhatikanlah gunung itu - jika ia tetap di tempatnya, maka kamu akan lihat Aku." Dan apabila Pemeliharanya nampakkan-Nya kepada gunung, Dia membuatnya hancur menjadi debu, dan Musa jatuh pengsan. Setelah dia terjaga, dia berkata, "Engkau disanjung! Aku bertaubat kepada Engkau; aku yang pertama antara orang-orang mukmin."
7:144. Berkata, "Wahai Musa, Aku pilih kamu di atas semua manusia untuk Mesej-Mesej-Ku, dan Perkataan-Ku; ambillah apa yang Aku beri kamu, dan jadilah daripada orang-orang berterima kasih."
7:145. Dan Kami tuliskan untuknya pada Papan-Papan segala sesuatu teguran, dan satu penjelasan bagi segala sesuatu, "Ambillah ia dengan kekuatan, dan suruhlah kaum kamu ambil yang paling baik daripadanya. Aku akan lihatkan kepada kamu tempat tinggal orang-orang fasiq.
7:146. Aku akan palingkan daripada ayat-ayat-Ku orang-orang yang sombong di bumi, dengan tanpa patut; dan jika mereka lihat tiap-tiap ayat, mereka tidak akan percayainya, dan jika mereka lihat jalan yang benar, mereka tidak akan mengambilnya sebagai jalan, dan jika mereka lihat jalan salah, mereka akan mengambilnya sebagai jalan. Itu kerana mereka dustakan ayat-ayat Kami, dan lalai terhadapnya."
7:147. Orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dan pertemuan di akhirat, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia; tidakkah mereka dibalas melainkan dengan apa mereka buat?
7:148. Dan kaum Musa ambil untuk mereka selepasnya, daripada perhiasan-perhiasan mereka, Anak Lembu, yang hanya berjasad dan berbunyi seperti lembu. Tidakkah mereka lihat bahawa ia tidak berkata-kata kepada mereka, dan tidak juga beri mereka petunjuk pada sebarang jalan? Namun begitu, mereka mengambilnya untuk mereka, dan merekalah orang-orang zalim.
7:149. Dan apabila mereka pukul tangan-tangan mereka (menyesal), dan lihat bahawa mereka sudah sesat, mereka berkata, "Jika Pemelihara kami tidak kasihani kami, dan tidak ampunkan kami, sungguh, kami jadi orang-orang yang rugi."
7:150. Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya, dalam keadaan marah dan dukacita, dia berkata, "Buruknya yang kamu lakukan untuk gantikan aku sesudahku; apa, adakah kamu hendak mendahului perintah Pemelihara kamu?" Dan dia lempar Papan-Papan, dan dia ambil kepala saudaranya, mengheretnya kepadanya. Berkata "Anak ibuku, sesungguhnya kaum itu telah menghinaku, dan hampir-hampir membunuhku. Janganlah buatkan musuh-musuhku berasa puas terhadapku, dan jangan letak aku di kalangan kaum yang zalim."
7:151. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, ampunkanlah aku dan saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam pengasihan Engkau; Engkau yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan."
7:152. Sesungguhnya orang-orang yang mengambil untuk mereka Anak Lembu, kemurkaan akan sampai kepada mereka daripada Pemelihara mereka, dan kehinaan dalam kehidupan dunia ini; begitulah Kami balas orang-orang yang mengada-adakan.
7:153. Dan orang-orang yang kerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu, dan percaya, sesungguhnya Pemelihara kamu sesudahnya, Pengampun, Pengasih.
7:154. Dan apabila kemarahan Musa menjadi reda padanya, dia ambil Papan-Papan; dan dalam prasastinya terdapat petunjuk dan pengasihan bagi semua orang yang berasa gerun kepada Pemelihara mereka.
7:155. Dan Musa pilih daripada kaumnya tujuh puluh orang lelaki untuk waktu Kami yang ditetapkan; dan apabila gempa bumi ambil mereka, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sekiranya Engkau hendak, tentu Engkau musnahkan mereka sebelum ini, dan aku. Adakah Engkau akan musnahkan kami kerana apa yang orang-orang bodoh antara kami buat? Ia hanyalah cubaan Engkau, dengannya Engkau sesatkan siapa yang Engkau hendaki, dan beri petunjuk siapa Engkau hendaki. Engkau Wali (Pelindung) kami; maka ampunkanlah kami, dan kasihanilah kami, dan Engkau yang terbaik daripada yang mengampunkan.
7:156. Dan tuliskanlah (tetapkanlah) untuk kami dalam kehidupan dunia ini yang baik, dan di akhirat; kami bertaubat kepada Engkau." Berkatalah Dia, "Azab-Ku, Aku timpakan dengannya siapa yang Aku hendaki, dan pengasihan-Ku, merangkumi segala sesuatu, dan Aku akan tuliskannya untuk orang-orang bertakwa, dan mereka beri zakat, dan orang-orang yang benar-benar percayai ayat-ayat Kami,
7:157. Orang-orang yang ikut Rasul, Nabi yang ummiy, yang mereka dapati tertulis dengan mereka di dalam Taurat dan Injil, yang menyuruh mereka pada yang baik, dan melarang mereka daripada yang mungkar, dan menghalalkan bagi mereka benda-benda yang baik, dan mengharamkan mereka yang buruk-buruk, dan membebaskan mereka daripada beban-beban mereka, dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang percaya kepadanya, dan meneguhkannya, dan menolongnya, dan ikut cahaya yang diturunkan bersamanya; merekalah orang-orang beruntung."
7:158. Katakanlah, "Wahai manusia, aku adalah Rasul Allah kepada kamu semua, yang bagi-Nya kerajaan langit dan bumi. Tidak ada tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka percayalah kepada Allah, dan Rasul-Nya, Nabi yang ummiy, yang percayai Allah dan kata-kata-Nya, dan ikutlah dia supaya kamu dapat petunjuk."
7:159. Antara kaum Musa, ada umat yang beri petunjuk dengan yang benar, dan dengannya mereka jalankan keadilan.
7:160. Dan Kami potong mereka kepada dua belas puak, umat-umat. Dan Kami wahyukan Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya, "Pukullah dengan tongkat kamu batu itu"; lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang tahu tempat minum mereka. Dan Kami bentangkan awan untuk teduhkan mereka, dan Kami turunkan manna dan salwa kepada mereka. "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami rezekikan kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka zalimkan.
7:161. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Tinggallah di bandaraya ini, dan makanlah daripadanya di mana sahaja kamu hendaki; dan katakan, 'Tidak membebankan'; dan masuklah pada pintu gerbang, dengan bersujud. Kami akan ampun kamu atas pelanggaran-pelanggaran kamu, dan tambahkan kepada orang-orang buat baik."
7:162. Kemudian orang-orang buat kezaliman antara mereka tukar satu ucapan yang bukan dikatakan kepada mereka; maka Kami utus kepada mereka kemurkaan dari langit kerana perbuatan zalim mereka.
7:163. Dan tanyalah mereka mengenai bandaraya yang di tepi laut, apabila mereka mencabuli Sabat, apabila ikan-ikan mereka datang kepada mereka pada hari Sabat mereka dengan berenang ke pantai, tetapi pada hari yang mereka tidak menjaga Sabat, mereka tidak datang kepada mereka. Begitulah Kami uji mereka kerana kefasiqan mereka.
7:164. Dan apabila satu umat antara mereka berkata, "Mengapakah kamu tegurkan satu kaum yang Allah akan musnahkan, atau mengazab dengan azab yang keras?" Mereka berkata, "Sebagai alasan kepada Pemelihara kamu, dan supaya mereka bertakwa."
7:165. Maka apabila mereka lupakan apa yang mereka telah diingatkan, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada buat jahat, dan Kami ambil orang-orang buat kezaliman dengan azab yang jahat kerana kefasiqan mereka.
7:166. Apabila mereka memandang rendah pada apa yang mereka telah dilarang, Kami kata kepada mereka, "Jadilah kamu beruk, menyelinap dengan melarat."
7:167. Dan apabila Pemelihara kamu menyatakan bahawa Dia akan bangkitkan terhadap mereka, sampai Hari Kiamat, orang-orang yang akan kenakan mereka azab yang jahat. Sesungguhnya Pemelihara kamu cepat dalam balasan-Nya; sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.
7:168. Dan Kami potong mereka kepada umat-umat di bumi, antara mereka adalah salih (baik), dan antara mereka, tidak sedemikian; dan Kami uji mereka dengan benda-benda yang baik, dan yang buruk, supaya mereka kembali.
7:169. Dan menggantilah sesudah mereka pengganti-pengganti yang mewarisi Kitab, dengan mengambil keuntungan daripada dunia yang rendah ini, dan mereka berkata, "Kami akan diampunkan"; dan jika keuntungan yang serupa dengan itu datang kepada mereka, mereka akan mengambilnya. Bukankah perjanjian Kitab telah diambil daripada mereka, bahawa mereka tidak mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar? Dan mereka pelajari apa yang di dalamnya, bahawa tempat kediaman akhir adalah lebih baik bagi orang-orang bertakwa. Tidakkah kamu faham?
7:170. Dan orang-orang yang berpegang teguh pada Kitab, dan melakukan solat - sesungguhnya Kami tidak sia-siakan upah orang-orang yang membetulkan.
7:171. Dan apabila Kami goncangkan gunung di atas mereka, seakan-akan ia langit-langit, dan mereka sangka ia akan jatuh kepada mereka. "Ambillah dengan kekuatan apa yang  kami beri kamu, dan ingatlah apa yang di dalamnya supaya kamu bertakwa."
7:172. Dan apabila Pemelihara kamu mengambil daripada Bani Adam, daripada punggung mereka, keturunan mereka, dan jadikan mereka saksi-saksi ke atas jiwa mereka, "Bukankah Aku ini Pemelihara kamu?" Mereka berkata, "Ia, kami saksikan"; supaya kamu tidak kata pada Hari Kiamat, "Bagi kami, kami lalai mengenai yang ini."
7:173. Atau, supaya kamu tidak kata, "Bapa-bapa kami adalah orang-orang yang sekutukan dari dahulu, dan kami keturunan sesudah mereka. Apa, adakah Engkau akan musnahkan kami kerana perbuatan orang-orang yang ikut yang palsu?"
7:174. Begitulah Kami jelaskan ayat-ayat; dan supaya mereka kembali.
7:175. Dan bacakan kepada mereka berita orang yang kepadanya Kami beri ayat-ayat Kami, tetapi dia mencampakkannya, dan syaitan mengikutinya, dan dia jadi antara orang-orang yang bersalah.
7:176. Dan sekiranya Kami hendak, tentu Kami naikkan dia dengannya, tetapi dia kekal (cenderung) kepada bumi, dan ikut keinginannya. Maka persamaannya seperti persamaan seekor anjing: jika kamu menghalaunya, ia menjulurkan lidahnya, atau jika kamu membiarkannya, ia menjulurkan lidahnya juga. Itu persamaan kaum yang dustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah ceritanya supaya mereka fikirkan.
7:177. Satu persamaan yang buruk ialah persamaan kaum yang dustakan ayat-ayat Kami, dan diri-diri mereka sendiri mereka zalimkan.
7:178. Sesiapa Allah beri petunjuk, dialah orang yang dapat petunjuk yang benar; dan siapa yang Dia sesatkan, maka merekalah orang-orang yang rugi.
7:179. Kami ciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.
7:180. Kepunyaan Allah nama-nama paling baik, maka serulah kepada-Nya dengannya, dan tinggalkan orang-orang yang mencercai nama-nama-Nya. Mereka akan dibalas dengan apa mereka buat.
7:181. Antara orang-orang yang Kami ciptakan terdapat umat yang beri petunjuk dengan yang benar, dan dengannya mereka buat keadilan.
7:182. Dan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, Kami akan tarik mereka sedikit demi sedikit dari arah mereka tidak tahu.
7:183. Dan Aku tangguhkan mereka; sesungguhnya muslihat-Ku teguh.
7:184. Tidakkah mereka berfikir? Tiadalah kegilaan pada teman mereka; dia tidak lain hanya seorang pemberi amaran yang jelas.
7:185. Tidakkah mereka renungkan dominion langit dan bumi, dan apa sahaja yang Allah cipta, dan boleh jadi tempoh mereka sudah dekat? Maka dengan hadis apakah yang mereka, sesudah ini, akan percayai?
7:186. Sesiapa Allah sesatkan, tiada yang beri petunjuk kepadanya; Allah tinggalkan mereka dalam kelampauan batas mereka, merayau-rayau membabi buta.
7:187. Mereka tanya kamu mengenai Saat, bilakah ia melabuhkan. Katakanlah, "Pengetahuannya adalah hanya di sisi Pemeliharaku. Tiada yang akan dedahkannya pada waktunya yang benar, melainkan Dia. Amatlah berat ia di langit dan di bumi; ia tidak akan datang kepada kamu melainkan dengan tiba-tiba." Mereka tanya kamu seakan-akan kamu benar-benar ketahuinya. Katakanlah, "Pengetahuannya adalah hanya di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu."
7:188. Katakanlah, "Aku tidak ada kuasa untuk manfaatkan diriku atau mudaratkan, kecuali seperti yang Allah hendaki. Sekiranya aku tahu yang ghaib, tentu aku ambil banyak kebaikan, dan keburukan tidak akan sentuh aku. Aku hanyalah seorang pemberi amaran dan pembawa berita gembira bagi kaum yang percayai."
7:189. Dia yang cipta kamu daripada jiwa yang satu, dan membuatkan daripadanya isterinya supaya dia berehat padanya. Kemudian, apabila dia menutupinya, dia (perempuan) membawa beban yang ringan, dan dia melalui dengannya. Apabila ia menjadi berat, mereka menyeru kepada Allah, Pemelihara mereka, "Jika Engkau beri kami anak yang salih, sungguh kami jadi daripada orang-orang berterima kasih."
7:190. Tetapi apabila Dia beri mereka anak yang salih, mereka adakan bagi-Nya sekutu-sekutu, pada apa yang Dia telah beri mereka. Tingginya Allah daripada apa yang mereka sekutukan!
7:191. Apa, adakah mereka sekutukan apa yang tidak cipta sesuatu, sedang mereka sendiri diciptakan,
7:192. Dan apa yang tiada kuasa untuk menolong mereka, dan tidak juga mereka boleh menolong diri-diri mereka sendiri?
7:193. Jika kamu seru mereka kepada petunjuk, mereka tidak akan ikut kamu; sama sahaja kepada kamu, sama ada kamu seru mereka, atau kamu diam.
7:194. Orang-orang yang kepada mereka kamu seru, selain daripada Allah, ialah hamba-hamba yang serupa dengan kamu; serulah mereka dan hendaklah mereka sahut kamu, jika kamu berkata benar.
7:195. Apa, adakah mereka mempunyai kaki yang dengannya mereka berjalan, atau adakah mereka mempunyai tangan yang dengannya mereka pegang, atau adakah mereka mempunyai mata yang dengannya mereka lihat, atau adakah mereka mempunyai telinga yang dengannya mereka dengar? Katakanlah, "Serulah kamu kepada sekutu-sekutu kamu; kemudian lakukan muslihat kamu kepada aku, dan jangan beri aku tangguh.
7:196. Waliku (Pelindungku) ialah Allah yang turunkan Kitab, dan Dia ambil ke dalam perlindungan-Nya orang-orang yang salih."
7:197. Dan orang-orang yang kamu seru, selain daripada Dia, tidak boleh tolong kamu, dan tidak juga mereka menolong diri-diri mereka sendiri.
7:198. Jika kamu seru mereka kepada petunjuk, mereka tidak dengar; dan kamu lihat mereka memandang kepada kamu, dengan tidak melihat.
7:199. Maafkanlah, dan suruhlah apa yang baik, dan berpalinglah daripada orang-orang bodoh.
7:200. Jika suatu provokasi daripada syaitan memprovokasikan kamu, berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dia Mendengar, Mengetahui.
7:201. orang-orang bertakwa, apabila kunjungan syaitan sentuh mereka, mereka ingat, dan kemudian melihat.
7:202. Dan saudara-saudara mereka yang mereka pandu ke dalam kesalahan, kemudian mereka tidak berhenti-henti.
7:203. Dan apabila kamu tidak datangkan kepada mereka satu ayat, mereka berkata, "Mengapakah kamu tidak pilih sendiri?" Katakanlah, "Aku hanya ikut apa yang diwahyukan kepadaku daripada Pemeliharaku; inilah bukti yang nyata daripada Pemelihara kamu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang percayai."
7:204. Dan apabila al-Qur'an dibacakan, dengarkan ia dan diam; supaya kamu dikasihani.
7:205. Ingatlah akan Pemelihara kamu di dalam jiwa (diri) kamu, dengan rendah diri, dan rasa takut, dan ucapan yang tidak lantang pada waktu pagi dan petang. Jangan kamu jadi di kalangan orang-orang yang lalai.
7:206. Sesungguhnya orang-orang yang di sisi Pemelihara kamu tidak sombong untuk menyembah-Nya; mereka lafazkan sanjungan-Nya, dan kepada-Nya mereka sujud.
Daftar Surah