The Alien - Link Select

Rabu, 14 Januari 2015

ALLAH, RASULULLAH DAN PARA SAHABAT DAN IMAM MAHDI SERTA NABI ISA AL-MASIH ???





Empayar Islam dan Kerajaan Islam adalah sebuah Tamadun Peradaban Dunia Islam yang telah diasaskan oleh Paduka Baginda Yang Teramat Mulia Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w di Madinah Al-Munawwarah. Peradaban Baginda yang agung ini dibina atas dasar Iman dan Taqwa, Seterusnya ketamadunan peradaban yang dicetuskan Rasulullah s.a.w bersambung dan diwarisi Peradaban Islam oleh Umatnya. Empayar Islam dan Kerajaan Islam terbahagi kepada beberapa Fasa, Peradaban Islam telah berjaya Bertapak di 2/3 Dunia. Nusantara tidak terkecuali menjadi salah sebuah peradaban Islam yang gilang gemilang (Malqa Salis - Melaka Solid) hasil daripada Sentuhan Roh Islam Paduka Baginda Rasulullah s.a.w. KRONOLOGI ZAMAN DUNIA (JADUAL ALLAH) Hadis Rasulullah s.a.w mengenai Jadual Allah terhadap dunia: Dari Nukman bin Basyir, Katanya ‘Suatu ketika kami sedang duduk-duduk di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap. Datanglah Abu Saklabah lalu berkata” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’ Huzaifah RA lalu segera menjawab.” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.” Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.  Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda. “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti yang Dia kehendaki.” Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah - keamiran / beraja / zaman kesultanan) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman (Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.” Kemudian Rasulullah SAW pun diam....(Kiamat) (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal R.H dari Sahabat Rasulullah Nuaman bin Basyir R.A dari Huzaifah R.A di dalam kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,hadis nombor 5.) Sebelum kita mengetahui Status sebenar Zaman Empayar Islam dan Kerajaan Islam, Sebaiknya kita terlebih dahulu memahami dan mengetahui Zaman Dunia yang sebenar mengikut Jadual Allah s.w.t yang disampaikan kepada Paduka Baginda Rasulullah s.a.w iaitu: Zaman Kenabian (Nabi Adam a.s sehingga Nabi Muhammad s.a.w) "An-Nubuwwah" Zaman KeKhalifahan Mengikut Jalan Kenabian "Khilafah 'ala Minhaj An-Nubuwwah (1)" Zaman Pemerintahan Mengigit "Mulkhan 'Adhan" Zaman Penindasan Penzaliman "Mulkhan Jabariyyan" (Zaman Sekarang) Zaman KeKhalifahan Kembali Mengikut Jalan Kenabian "Khilafah 'ala Minhaj An-Nubuwwah (2)" Tetapi, Musuh Islam sudah berjaya mengelirukan menipu Umat dunia dan tidak terkecuali Umat Islam akan Zaman Rekaan mengikut Jadual Nafsu dan Syaitan iaitu: Zaman Batu (Paleolitik, Mesolitik & Neolitik) Zaman Gangsa  Zaman Logam Zaman Moden FORMULA KRONOLOGI JADUAL ALLAH Maksud "5" dalam Islam: 5 = Bilangan Zaman dunia di dalam Jadual Allah 1 = Zaman Kenabian 2 = Zaman Khulafa Ar-Rasyidin 3 = Zaman Pemerintahan Mengigit 4 = Zaman Pemerintahan Penindasan Penzaliman 5 = Zaman Khulafa Akhirul Zaman 5 = Kelompok Ulul Azmi 5 = Rukun Islam Maksud "15" di dalam Islam: 15 = Bilangan Mujadid Allah kirimkan kepada Umat Nabi Muhammad s.a.w 15 = Jumlah Kurun Zaman Umat Nabi Muhammad s.a.w Maksud "25" di dalam Islam: 25 = Bilangan Para Nabi yang Wajib diketahui 25 = Bilangan Zaman Para Nabi (An-Nubuwwah) 25 = Rasulullah ke 25 dari kelompok Nabi & Rasul yang disebut di dalam Al-Quran  Maksud "313" di dalam Islam: 313 = Bilangan Para Rasul yang diutuskan 313 = Bilangan Tentera Badar (Sahabat Utama Rasulullah) 313 = Bilangan Ikhwan (Sahabat Rasulullah Akhir Zaman) Maksud "124000" di dalam Islam: 124000 = Jumlah Para Nabi yang Allah Utuskan di setiap Zaman Kenabian 124000 = Bilangan Para Sahabat Rasulullah selepas Rasulullah s.a.w wafat dan Terbinanya Khulafa Ar-Rasyidin. 124000 = Jumlah Orang-orang yang Sangat Bertaqwa di akhir Zaman (Ikhwan & Asoib - Wali Besar - Wali Kecil) 5 + 15 + 25 + 313 + 124000 = JADUAL ALLAH S.W.T KRONOLOGI EMPAYAR ISLAM & KERAJAAN ISLAM ZAMAN UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W Sejarah peradaban Islam mengikut Spesifikasi Barat / Musuh Islam: Zaman Klasik (650-1250 M) Zaman Pertengahan (1250-1800 M) Zaman Moden (1800 M - 2013++ M) Mereka sebenarnya telah menipu Umat Islam seluruh dunia dengan "pengkelasan menurut akal dan nafsu" mereka, Sedangkan di dalam Islam, Peradaban dan Zaman Umat Nabi Muhammad berdasarkan Sabda Rasulullah: Kronologi sebenar Zaman Peradaban Umat Nabi Muhammad s.a.w: Zaman Rasulullah s.a.w "Era Kenabian" (610-632 M) Zaman KeKhalifahan mengikut jalan Kenabian "Khulafa Ar-Rasyidin" (632-661 M) Zaman Pemerintahan mengigit "Daulah Bani Umaiyah sehingga Daulah Turki Uthmaniyah" (661-1923 M) Zaman Penindasan penzaliman (Diktaktor) "zaman sekarang" (1923 - 2013 M ++) Zaman KeKhalifahan yang berjalan mengikut jalan kenabian "Khulafa Akhirul Zaman" Era Imam Mahadi dan Nabi Allah Isa Al-Maseh a.s (20...? + 7 Tahun Imam Mahadi & 40 Tahun Nabi Allah Isa Al-Maseh a.s = 47 tahun sebelum Kiamat) P/S: (Penulis Meringkaskan dan membuat Kronologi berdasarkan Sabda Baginda s.a.w) SENARAI EMPAYAR ISLAM UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W Empayar Islam Umat Nabi Muhammad s.a.w terbahagi kepada 5 Empayar Islam:(Berdasarkan Sabda Rasulullah) Khulafa Ar-Rasyidin Daulah Bani Umaiyah Daulah Bani Abbasiyah Daulah Turki Uthmaniyah Khulafa Akhirul Zaman Tokoh-tokoh Khulafa Ar-Rasyidin Sayidina Abu Bakar As-Siddiq R.A (632-634 M) Sayidina Umar Bin Al-Khattab R.A (634-644 M) Sayidina Uthman Bin Affan R.A (644-656 M) Sayidina Ali Bin Abi Talib R.A K.W.J (656-661 M) Sayidina Abu Bakar As-Siddiq R.A digelar "Khalifah Rasulullah s.a.w" Khalifah seterusnya digelar "Amirul Mukminin" Tokoh-Tokoh Daulah Bani Umaiyah Sayidina Muawiyah Bin Abi Sufian R.A (661-680 M) Yazid Bin Muawiyah (680-683 M) Muawiyah II Bin Yazid (683-684 M) Marwan Bin Al-Hakam (684-685 M) Abdul Malik Bin Marwan (685-705 M) Al-Walid Bin Abdul Malik (705-715 M) Sulaiman Bin Abdul Malik (715-717 M) Sayidina Umar Abdul Aziz R.H "Mujadid Pertama" (717-720 M) Yazid II Bin Abdul Malik (720-724 M) Hisham Bin Abdul Malik (724-743 M) Al-Walid II Bin Yazid II (743-744 M) Yazid III Bin Al-Walid (744 M) Ibrahim Bin Al-Walid (744 M) Marwan II Bin Muhammad (744-750 M) Sayidina Muawiyah Bin Abu Sufian R.A adalah "Sebaik-baik Raja Islam pertama" (Sahabat Nabi Pertama Menjadi Raja) Umat Nabi Muhammad s.a.w, Baginda menaiki Takhta Kekhalifahan mengantikan Sayidina Ali bin Abi Talib R.A K.W.J di dalam peristiwa Majlis Tahkim. (Zaman beliau masih dikira di dalam Khalifah mengikut jalan kenabian), cuma tidak diktiraf sebagai Ahli Khulafa Ar-Rasyidin. Setelah Perlantikan Yazid Bin Muawiyah R.A, Pemerintahan Daulah Bani Umaiyah berlangsung, dan Zaman Kerajaan Menggigit telah bermula. Tokoh-Tokoh Daulah Bani Abbasiyah Abu'l Abbas As-Saffah (750-754 M) Al-Mansur (754-775 M) Al-Mahadi (775-785 M) Al-Hadi (785-786 M) Harun Al-Rashid (786-809 M) Al-Amin (809-813 M) Al-Ma'mum (813-833 M) Al-Mu'tasim (833-842 M) Al-Wathiq (842-847 M) Al-Mutawakkil (847-861 M) Al-Muntasir (861-862 M) Al-Munsta'in (862-866 M) Al-Mu'tazz (866-869 M) Al-Muhtadi (869-870 M) Al-Mu'tamid (870-892 M) Al-Mu'tadid (892-902 M) Al-Muktafi (902-908 M) Al-Muqtadir (908-932 M) Al-Qahir (932-934 M) Ar-Radi (934-940 M) Al-Muttaqi (940-944 M) Al-Mustakfi (944-946 M) Al-Muti (946-974 M) At-Ta'i (974-991 M) Al-Qadir (991-1031 M) Al-Qa'im (1031-1075 M) Al-Muqtadi (1074-1094) Al-Mustazhir (1094-1118 M) Al-Mustarshid (1118-1135 M) Ar-Rashid (1135-1136 M) Al-Muqtafi (1136-1160 M) Al-Mustanjid (1160-1170 M) Al-Mustadi (1170-1180 M) An-Nasir (1180-1225 M) Az-Zahir (1225-1226 M) Al-Mustansir (1226-1242 M) Al-Musta'sim (1242-1258 M) Abu Abbas As-Saffah merupakan pembina Daulah Abbasiyah. Al-Mansur adalah bapa pembagunan Daulah Bani Abbasiyah. Zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid adalah zaman keemasan Islam di dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Zaman Al-Makmum menjadi zaman empayar Fahaman Muktazilah meluaskan pengaruhnya. Zaman Khalifah Al-Mutawakkil adalah kembalinya kekuatan menyeluruh Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Baginda Membebaskan Imam Ahmad bin Hambal (Imam Mazhab Hanbali) daripada penyeksaan Khalifah yang sebelumnya. Tokoh-tokoh Daulah Turki Uthmaniyah "Turki Besar" 1.    Sultan Uthman I (1280 - 1326) 2.    Sultan Urkhan (1326 - 1359) 3.    Sultan Murad I (1359 - 1389) 4.    Sultan Bayazid I (1389 - 1403) 5.    Sultan Muhammad I (1403 - 1421) 6.    Sultan Murad II (1421 - 1451) 7.    Sultan Muhammad II "Al-Fateh 1453" (1451 - 1481) 8.    Sultan Bayazid II (1481 - 1512) Senarai nama Khalifah Kerajaan Turki Uthmaniyah: 1.    Khalifah Salim I (1512 - 1520) 2.    Khalifah Sulaiman I "Al-Qanuni" (1520 - 1556) 3.    Khalifah Salim II (1556 - 1573) 4.    Khalifah Murad III (1573 - 1596) 5.    Khalifah Muhammad III (1596 - 1603) 6.    Khalifah Ahmad I (1603 - 1617) 7.    Khalifah Mustafa I (1617) 8.    Khalifah Othman II (1617 - 1623) 9.    Khalifah Murad IV (1623 - 1640) 10.    Khalifah Ibrahim I (1640 - 1648) 11.    Khalifah Muhammad IV (1648 - 1687) 12.    Khalifah Sulaiman II (1687 - 1691) 13.    Khalifah Ahmad II (1691 - 1695) 14.    Khalifah Mustafa II (1695 - 1703) 15.    Khalifah Ahmad III (1703 - 1730) 16.    Khalifah Mahmud I (1730 - 1754) 17.    Khalifah Othman III (1754 - 1757) 18.    Khalifah Mustafa III (1757 - 1773) 19.    Khalifah Abdul Hamid I (1773 - 1788) 20.    Khalifah Salim III (1788 - 1807) 21.    Khalifah Mustafa IV (1807 - 1808) 22.    Khalifah Mahmud II (1808 - 1839) 23.    Khalifah Abdul Majid I (1839 - 1861) 24.    Khalifah Abzul Aziz (1861 - 1876) 25.    Khalifah Murad V (1876) 26.    Khalifah Abdul Hamid II (1876 - 1909) 27.    Khalifah Muhammad V (1909 - 1918) 28.    Khalifah Muhammad VI (1918 - 1922) 29.    **Khalifah Abdul Majid II (1922-1924 M)  P/S: (KeKhalifahan Uthmaniyah diruntuhkan oleh Mustafa Kamal Ataturk "Presiden Pertama Republik Turki" Pada 1923) Khalifah bernombor 26 adalah Khalifah terakhir yang berkuasa secara mutlak sebelum dihalau hasil campur tangan Yahudi dan Turki Sekular. Baginda adalah Khalifah yang sangat berpengaruh dan terkenal diserata dunia, kerana ketegasan kewibawaan baginda dalam mempertahankan Hak kaum Muslimin terutamanya di tanah Baitul Maqdis Palestin dari dibeli atau dipajak Yahudi.  Turki Uthmaniyah mulai melemah hasil Penjajahan (Satu persatu tanah jajahannya Turki Uthmaniyah jatuh dirampas dan dijajah para penjajah seperti British,Perancis,Itali dan Rusia). Khalifah bernombor 28 adalah Sultan Uthmaniyah terakhir, Sultan Muhammad VI adalah panglima tertinggi perang ketika Perang dunia pertama, setelah Turki Uthmaniyah kalah dalam perang dunia pertama maka segala kesultanan Uthmaniyah runtuh dan Sultan Muhammad VI dibuang negeri ke Pulau Malta oleh British. **Khalifah bernombor 29 adalah Khalifah Abdul Majid II Efendi yang bertanggungjawab memegang warisan Jabatan Khalifah Uthmaniyah, baginda adalah simbol Turki Uthmaniyah yang terakhir. (Pemegang tampuk Kekhalifahan terakhir ini sangat-sangat  Mempertahankan Jabatan Khalifah Uthmaniyah walaupun secara bersendirian Sehingga beliau di arahkan keluar dari jabatan Khalifah iaitu di pejabat khalifah pada tahun 1924)  Akhirnya baginda telah diasingkan jauh daripada Turki dan mangkat di Paris Perancis pada tahun 1944. Jatuhnya sistem KeKhalifahan Turki Uthmaniyah, maka bermulalah Zaman Pemerintahan Menyombong dan ditaktor sehingga ke hari ini. Tokoh-Tokoh Khulafa Akhirul Zaman Sayidina Imamul Mahadi Al-Muntazar A.S Nabi Allah Isa Al-Maseh A.S Sayidina Fata At-Tamimi R.A Sayidina Fata Haris Al-Harras R.A Sayidina Fata Al-Hasyimi R.A K.W.J P/S: Sebenarnya Empayar Islam adalah bersambung dan tidak akan terputus, oleh yang demikian, walaupun Daulah Turki Uthmaniyah dilihat sudah lumpuh sepenuhnya, Roh Daulah Turki Uthmaniyah menjadi pemangkin kepada kebangkitan islam di akhir zaman. SENARAI KERAJAAN ISLAM UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W Kerajaan Islam Umat Nabi Muhammad s.a.w  bermula semenjak daripada Daulah Bani Abbasiyah lagi, Kerajaan Islam adalah bernaung dibawah empayar Islam yang sezaman dengannya. Faktor tercetusnya Kerajaan-kerajaan kecil islam di timur dan barat baghdad adalah: Munculnya kerajaan-kerajaan kecil yang meminta kuasa autonomi kepada Daulah Abbasiyah. Perebutan kuasa antara Bani Buwaih (Parsi) dengan Bani Seljuq (Turki) di Baghdad. Berlaku perebutan kekuasaan Daulah Abassiyah yang memuncak dengan fahaman yang terkeluar daripada landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Fahaman Muktazillah dan Syiah, fahaman ini berjaya meracuni dan menguasai tampuk pemerintahan Bani Abbasiyah. Perang Salib memuncak dari eropah menyerang Daulah Bani Abbasiyah. Kerajaan-Kerajaan Kecil di Barat Baghdad Kerajaan Idrisi di Morocco (788-932 M) Kerajaan Aghlabi di Tunisia (800-905 M) Kerajaan Tuluni (868-905 M) Kerajaan Ikhsidi di Mesir (935-969 M) Kerajaan Hamdani di Mosul dan Aleppo (929-1003 M) Kerajaan-Kerajaan Kecil di Timur Baghdad Kerajaan Tahiri di Khurasan (821-873 M) Kerajaan Saffari di Fes (867-903 M) Kerajaan Samani di Transoxania (874-999 M)  **Menjadi Pemerintah Empayar Islam Bani Abbasiyah Kerajaan Bani Buwaih (932-1055 M)**Berfahaman Syiah Kerajaan Bani Seljuq (1055-1199 M) Kerajaan Fatimiah "Syiah Ismailiah" (909-1171 M) Syiah pada zaman Empayar Daulah Abbasiyah sudah berjaya menawan Baghdad dan mereka juga ada membuka Kerajaan Syiah yang tersendiri. Pusat pemerintahan mereka berubah-ubah seperti di Qairuwan di Tunisia (909-971 M), Kaherah Mesir (972-1171 M). Kerajaan ini dilihat menjadi berpengaruh kerana diiringi kerajaan sekutu Syiah seperti Bani Buwaih di Baghdad. Kerajaan Murabitun & Muwahhidun di Afrika Utara (1056-1269 M) Kedua-dua kerajaan ini di asaskan oleh suku Bangsa Babar di Afrika Utara. Kerajan ini terbahagi kepada Dua Kerajaan iaitu: Kerajaan Murabitun (1056-1147 M) Kerajaan Muwahhidun (1130-1269 M) Kerajaan Islam Andalusia Bani Umaiyah (756-1609 M) Daulah Bani Umaiyah jatuh di Damsyik oleh golongan Bani Abbasiyah yang merampas kekuasaan KeKhalifahan, akan tetapi warisan Bani Umaiyah di Andalusia bertahan lama semenjak dari Daulah Bani Umaiyah di Damsyik,Daulah Bani Abbasiyah di Baghdad dan Bani Uthmani Daulah Turki Uthmaniyah di Islambol. Kerajaan Safawi (1501-1722 M) Berasal dari sebuah Empayar menjadi sebuah negara. Corak Kepimpinan Kerajaan Safawi: Kepimpinan bercorak Terekat (1252-1494 M) Kepimpinan Sistem Beraja secara formal (1501-1722 M) Kerajaan Islam Mughal di India (1526-1858 M) Sebelum Kerajaan Mughal memerintah india, India suatu masa dahulu mempunyai kerajaan islam hasil dakwah kerajaan Bani Umaiyah (India dahulu sebahagian tanah jajahan daulah Bani Umaiyah), seterusnya Kerajaan Islam kecil muncul di India semenjak zaman Daulah Bani Abbasiyah sehingga Daulah Turki Uthmaniyah seperti: Kerajaan Ghaznawi (977-1186 M) Kerajaan Khaliji (1296-1316 M) Kerajaan Tughlaq (1320-1412 M) Kerajaan Sayyid (1414-1451 M) Kerajaan Lodhi (1451-1526 M) Kerajaan Islam Mughal adalah kerajaan Islam terakhir yang berkuasa sepenuhnya di india sebelum jatuh sepenuhnya oleh British pada 1858 M. Kejahatan British di India adalah mereka menjatuhkan Islam dan menaikkan Hindu di India. Kerajaan-Kerajan Islam Nusantara - Kesultanan Ahlul bait Nusantara Kerajaan Kesultanan Melayu Ahlul Bait Nusantara diasaskan oleh Raja Parameswara @ Sultan Iskandar Shah (Penanung sekalian kerajaan-kerajaan Islam Nusantara). Sebelum kerajaan Kesultanan Melayu Melaka menjadi Penguasa Nusantara, Kerajaan Kedah Tua @ Ayuthia sudah menjadi kerajaan Islam semasa era Srivijaya dan Majapahit lagi. Empayar Kerajaan-kerajaan melayu Islam pada masa itu sebelum Melaka dipanggil "Khilafah Kecil" atau lebih dikenali sebagai "Turki Kecil" di Era Kesultanan Melaka kerana akrabnya persaudaraan dan perhubungan antara Kerajaan-kerajaan Islam Nusantara dengan Daulah Turki Uthmaniyah di Islambol. Terbinanya Melaka adalah hasil Kebangkitan kerajaan Islam pertama di Nusantara (Selepas Islam banyak tertegak dan memiliki kerajaan-kerajaan Islam kecil). Kerajaan Melaka Darul Islam (1262 - 1511 M) Versi sejarah asal daripada Universiti Oxford menyebut sejarah Melaka bermula sekitar "1400 Masehi", ini adalah satu penyelewengan fakta. 1400-1511 Masehi, bermakna Kerajaan Melaka hanya berusia "111 Tahun". Tertubuhnya Kerajaan Melaka sebenarnya adalah seawal tahun 1262 Masehi lagi menurut Sirah "Sulalatus Salatin" Versi Raja Bungsu. Dari Tun Sri Lanang.  (tidak dinafikan kandungannya turut tercemar kerana British membawa pulang karya asal sejarah ini ke Oxford mereka untuk diconteng dan dikirmkan semula ke Nusantara). Tetapi hakikat sebenarnya Kerajaan Islam Melaka sudah terbina "Sejak tahun 1262" lagi bermakna tempoh Kerajaan Melaka (1262-1511) adalah selama 249 Tahun. Antara Kerajaan-kerajaan islam yang sezaman dengan Melaka: Kerajaan Acheh Darul Salam Kerajaan Pattani Darul Salam Kerajaan Sulu Darul Islam Kerajaan Demak (Wali Songo) Kerajaan Cirebon (Wali Songo) Kerajaan Makassar Kerajaan Brunei Darul Salam P/S: Senarai ini adalah tidak lengkap, dan terdapat banyak lagi Kerajaan-kerajaan nusantara lain yang berhubung dengan Melaka. Kerajaan-kerajaan ini juga menghubungkan diri mereka dengan Daulah Turki Uthmaniyah. Perhubungan Kerajaan-kerajaan Nusatara Turki Uthmaniah tiada dalam sukatan Sejarah Kerajaan Melayu Nusantara dan perkara ini sangat disorok penjajah dan mereka telah menconteng sejarah kegemilangan ini daripada pengetahuan generasi umat islam hari ini. Kerajaan-kerajaan Islam Nusantara ini akhirnya melemah dan ada yang telah dihapuskan oleh penjajah seperti Protugis,Belanda,Sepanyol,Amerika,Prancis dan British di Tanah Nusantara. Kerajaan-kerajaan Islam Kesultanan Melayu Nusantara yang masih kekal "Hidup Bertahan" sehingga ke hari ini hasil 'Belaan British" adalah Kesultanan Tanah Melayu dan Brunei. (Hakikatnya Allah yang melindungi Kesultanan Melayu) Ini bermakna warisan Kerajaan Islam Umat Nabi Muhammad yang diwarisi daripada Daulah Turki Uthmaniyah tetap berjalan sehingga ke hari ini dan kesultanan yang sedia ada ini bakal diperbaharui..

Jumaat, 2 Januari 2015

MAULIDURRASUL???

ALLAH S.W.T 
Berfirman : 
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)".
[ Q.S AL-AHZAB : 21 ]

“Dialah yang berselawat kepadamu (wahai manusia) dan malaikat-Nya (dengan memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman”.
[ Q.S AL-AHZAB : 43 ]

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.”
[ Q.S AL-AHZAB : 56 ]

“Sesungguhnya engkau (Muhammad) seorang yang memiliki peribadi yang agung.”
[ Q.S AL-QALAM: 4 ]

RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
bersabda : 
“Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.”
Daripada Ibnu Mas’ud R.A
[ H.R.S : Imam At-Tirmidzi Ra. A. ]

“Tidaklah seseorang hamba berselawat kepadaku melainkan para malaikat sentiasa berselawat untuknya sebanyak mana dia berselawat kepadaku. Maka berselawatlah sama ada sedikit atau banyak. Daripada ‘Amir B. Rabi’ah R.A 
[ H.R.S : Imam Thabrani Ra. A. ]

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”
Daripada Anas bin Malik R.A
[ H.R.S : Imam An-Nasa’i. No. 1297, Imam Ahmad Ra. A.]

“Allahumma Shalli alaa Muhammad wa alaa aalihi Muhammad.”
IMAM MUHAMAMD JIBRIL AL-KHAIR B.A

Isnin, 15 Disember 2014

MEKAH AL-MUKARRAMAH ???



Mekah al-Mukarammah merupakan kota tertua dunia dan tempat permulaan Islam. Allah SWT menyebut dalam Al Quran tentang Mekah. Terdapat tujuh nama lain Mekah dalam Al Quran.


1. MAKKAH, sebagaimana firman Allah SWT, “Dan Dia­lah yang mencegah tangan mereka dari (membinasakan) kamu dan mencegah tangan kamu dari (membinasakan) mereka di tengah kota Makkah. Setelah Allah memenangkan kamu atas mereka.” (Al-Fath [48]: 24).


2. BAKKAH, Allah SWT berfirman, “Sesung­guhnya rumah ibadah pertama yang dibangunkan untuk manusia ialah Baitullah di Bakkah, yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi seluruh alam.” (Ali Imran [3]: 96).


3. UMM AL-QURA, firman Allah SWT, “Dan ini (Al Quran) adalah kitab yang telah Kami turunkan yang diberkahi; membenarkan kitab-kitab yang (diturunkan) sebelumnya dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) Ummul Qura (Mekah) dan orang-orang yang di luar lingkungannya. Orang-orang yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat tentu beriman kepadanya (Al Quran) dan mereka selalu memelihara sembahyangnya.” (Al-An‘am [6]: 92).


4. AL-BALAD, seperti firman Allah SWT, “Aku bersumpah dengan negeri ini (al-balad. Makkah) dan engkau (Muhammad) bertempat di negeri ini (al-balad. Makkah).” (Al-Balad [90]: 1-2).


5. AL-BALDAH, sebagaimana tersurat dalam firman Allah SWT, “Aku (Mu­hammad) hanya diperintahkan menyembah Tuhan negeri ini (al-baldah, Makkah) yang telah Dia sucikan.” (Al-Naml [27]: 91).


6. AL-BALAD AL-AMIN, Allah SWT berfirman, “Demi buah Tin dan buah Zaitun, demi gunung Sinai, dan demi negeri yang aman ini (al-Balad al-Amin, Makkah).” (Al-Tin [95]: 1-3).



7. AL-BALAD AL-AMININ, sebagaimana tersurat dalam firman Allah Swt, “Dan ingatlah ketika Ibrahim berdoa, “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri (Makkah) ini negeri yang aman (al-Balad al-Aminin).” (Al-Baqarah [2]: 126).

Q.S. AR-RA’D 13 : 28-30 ???

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
ALLAH S.W.T
Berfirman :
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya. Demikianlah, Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) kepada satu umat yang telah lalu sebelumnya beberapa umat yang lain, supaya engkau membacakan kepada mereka Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu, sedang mereka kufur kepada (Allah) Ar-Rahman Katakanlah: "Dia lah Tuhanku, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah tempat kembaliku (dan kamu semuanya).”
[ Q.S. AR-RA’D 13 : 28-30 ]
RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Ada tiga hal yang barang siapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya iman, yaitu orang yang lebih mencintai ALLAH dan Rasul-Nya daripada yang lain, mencintai orang lain hanya karena ALLAH, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah ALLAH menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam Neraka.”
Daripada Anas R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Rh. A. ]

IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL???




IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL
All types of perfect praise belong to Allah alone The Lord of all the worlds Most Gracious, Ever Merciful Master of the Day of Judgement Thee alone do we worship and Thee alone do we implore for help Guide us along the straight path-the path of those on whom Thou hast bestowed Thy favours, those who have not incurred Thy displeasure and those who have not gone astry
Allah
is He save whom none is worthy of worship, the Ever-Living, the Self-Subsisting and All-Sustaining. Slumber seizes Him not, nor sleep. To Him belongs whatsoever is in the Heaven and whatsoever in the earth. Who is he that dareintercede with Him, except by his permission? He knows all that is before them and all that is behind them, and they cannot compass aughtof His knowledge, except that which He please. His knowledge extends over the heavens and the earth, and the care of them wearis Him not. He is the Most High, the Most Great
The Messenger
has full faith in that which has been sent down to him from his Lord and so have the believers: all of them believe in Allah, and His angels, and in His Books and in His Messengers, affirming : we make no distinction between any of of His Messengers; we have heard Allah’s command and we have submitted ourselves wholly to Him.They supplicate: We implore Thy forgiveness, Lord, and to Thee is our return.Allah requires not of any one that which is beyond his capacity; each shall have the benefit of the good he does and shall suffer the consequences of the ill he works. Supplicate, therefore: Lord, take us not to task if we forget or fall into error; Lord place us not under responsibility in the manner of those whom Thou didst place under responsibility before us; Lord, burden us not with that which we have not strength to bear; overlook our defaults and grant us forgiveness and have mercy on us; Thou art our master, so grant us succour against those who reject thee.

“Surely, We ourself have sent down this Exhortation, We will, most surely, safeguard it.” (Al-Hijr : 9)

“I Perfected your religion for your benefit, and have completed My favour unto you, and have chosen for you Islam as your faith.”(Al-Maidah :3)
“Have
We not expanded thee thy breast?. And removed from thee thy burden. The which
did gall thy back? And raised high the esteem (in which) thou (art held)? So,
verily, with every difficulty, there is relief. Verily, with every difficulty
there is relief. Therefore, when thou art free (from thine immediate task),
still labour hard, And to thy Lord turn
(all) thy attention.”
(Al-Insyirah-As-Syarh.)

Proclaim: He is Allah, the Single; Allah, the Self-Existing and Besought of all. He begets not, nor is He begotten; and there is none equal to Him in His attributes(Al-ikhlash)

Proclaim: I seek the protection of the Lord of the break of dawn, from the mischief of every created thing, from the mischief of the darkness when the moon is eclipsed, from the mischief of those who seek to promote discord, and from the mischief of every persistently envious person.(al-Falaq)Proclaim: I seek the protection of the Lord of mankind, the King of mankind, the God of mankind, against the mischief of every sneaking whisperer, who whispers into the mind of people, whether he (Jin)behidden from sight or be one of the common people.(an-Naas)

Proclaim : Hearken ye who disbelieve! ! I don not worship as you worship, nor do you worship as I worship. I do not worship those that you worship, nor do you worship Him Whom I worship; that is because you follow one faith and I follow another faith.(Al-Kaafiruun)

Rabu, 10 Disember 2014

Q.S. AR-RA’D 13 : 25-27 ???

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
ALLAH S.W.T
Berfirman :
Dan (sebaliknya) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi, - mereka itu beroleh laknat, dan mereka pula beroleh balasan hari akhirat yang seburuk-buruknya.

Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.
Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat dari Tuhannya? "Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi petunjuk ke jalan agamaNya, sesiapa yang rujuk kepadaNya.”
[ Q.S. AR-RA’D 13 : 25-27 ]

RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda : 
“Ketahuilah! sesiapa yang menzalimi mu’ahid (rakyat Bukan Islam) ataupun mengurangkan haknya, ataupun membebankannya di luar kemampuannya, ataupun mengambil sesuatu (hak) daripadanya tanpa kerelaannya, maka aku menjadi penentang sesiapa yang berbuat demikian itu pada Hari Kiamat.”
[ H.R.S : Imam Abu Daud Rh. A ]