The Alien - Link Select

Rabu, 7 Julai 2010

ARTAKUS KEMBALI!!!




HAHAHA! Akhirnya ARTAKUS kembali muncul di persada fantasi. Waaa.. ini yang aku tak sabar2 nak beli siri ini... inilah novel faverit aku sebenarnya... kerana novel ini juga... aku menghasilkan Pahlawan Adamus!!! waaa.. Abang Pat kembali menggunturr nampaknya... Apa lagi Lagenda Numerius yang merupakan sambungan 6 siri tersebut dikeluarkan sekali... cuma pesta buku kali ini aku diberitahu bahawa ia tidak dijual... then melepas la aku..
walau apapun aku akan tetap membelinya di DBP... mungkin si SAGA HORIZON itu bisa membantu aku untuk aku memborong semua siri tersebut.. tak sabarnya!!!!

Isnin, 5 Julai 2010

AL-BAQARAH 125- 131

[125]
Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud".
[126]
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali".
[127]
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;
[128]
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
[129]
"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
[130]
Tidak ada orang yang membenci ugama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).
[131]
(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

Ahad, 4 Julai 2010

NOVEL : MISI KE MARIKH!!!


Novel terbaru dari BukuPrima- karya saudara Nazehran Jose Ahmad!
Setelah misi kerajaan Malaysia berjaya menghantar angkasawannya, Dr. Firdaus Ghani sebagai angkasawan pertama Asia Tenggara yang menjejakkan kaki di planet Marikh; negara menyaksikan satu lagi sejarah telah terlakar. Akan tetapi, beliau telah menjadi lagenda kerana terbunuh akibat terkena serpihan asteroid yang melanda planet itu secara tiba-tiba.

Enam tahun kemudian, sebutir meteor gergasi dijadualkan akan merempuh Bumi pada tahun 2030 di tengah Bandar Raya Kuala Lumpur. Walaupun ketika itu pembangunan negara telah mengalami perubahan pesat serta gaya hidup yang serba moden, tetapi mereka semua terpaksa akur dengan takdir dan kuasa Tuhan.

Jadi, berjayakah mereka menyelamatkan diri masing-masing daripada ancaman dunia paling dahsyat dekad itu? Ikuti kisah selanjutnya untuk mengetahui cerita yang penuh mendebarkan ini.
15 JUN 2010 HARGA 12.90
DAPATKAN SEGERA!

FACEBOOK HARAM DAN BERDOSA!!!

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Ada yang mendesak suami beli rumah, kereta, pinggan, perabot, baju, dan macam-macam lagi melalui status mereka. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin’ dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran’ nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin – padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina’.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sin ( http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=546&Itemid=99)

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah’ difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa’ yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan …’DOSA’. Simpan sahajalah gambar-gambar ‘kiut’ (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke’kiut’an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend’ menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di’tag’, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend).

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid’, tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di’tanda’ boleh dengan segera delete ‘tag’ itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged’ nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem’, ‘zaman solehah’, ‘waktu innocent’, zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’, ‘itu masa duduk bawah tempurung’ dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama’ukhuwah’ untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

CREDIT TO : www.zaharuddin.net

PENULIS : Facebook aku tidaklah ada gambar dan sebagainya... ia digunakan sebagai medan perhubungan sosial di antara adik2 dan sedara je... dan tiada unsur ngumpat dan mendedahkan keabaian diri dan orang lain.... marilah jkita sama2 hindari.. kerana ia adalah salah satu dakyah YAHUDI laknatullah untuk menghancurkan umat islam... Bukankah kita benci YAHUDI laknatullah ini??? jadi mengapa nak ikut Yahudi melalui produk mereka??? peliknya anda.... fikir-fikirkanlah...

Khamis, 1 Julai 2010

RAJA SEGALA PENAWAR?



KAPSUL SNE BOLEH MERAWAT SEGALA PENYAKIT DIDALAM MAHU PUN LUARAN TUBUH BADAN.. YAKIN TERBUKTI KEAJAIBAN MENYEMBUH DAN MENAWAR SEGALA PENYAKIT!!!

Kapsul SNE berupaya membantu mereka yang mempunyai berbagai penyakit seperti darah tinggi, darah rendah, kencing manis, sakit buah pinggang, barah, tiroid, kanser payudara, buasir, gastrik, senggugut, sakit jantung, hepatitis B, kelamin lemah, sukar mengandung, keputihan, kekurangan darah, insomnia, buasir, sembelit, radang peparu, ulser, tumor, kencing malam, gaut, masalah ginjal, katarak mata, sakit kulit (psoriasis), kulit sensitif, migrain, strok, kebas-kebas anggota, sawan, asma, sakit otot, jerawat....

SNE kapsul adalah produk wajib ambil sebelum mencuba produk kesihatan SNE yang lain. SNE kapsul boleh dimakan dan disapu pada permukaan yang berpenyakit.


Kelebihan SNE dari Suplement Yang Lain
1. SNE boleh diambil oleh semua golongan iaitu dari umur 1 hari ke peringkat umur sekarang.
2. SNE juga boleh digunakan oleh ibu-ibu mengandung
3.SNE boleh digunakan oleh ibu selepas bersalin
4.SNE tidak ada pantang larang
5. SNE 100% bebas dari bahan kimia dan dadah dan sangat selamat untuk diambil.
6. Produk SNE ini Merangkumi Insuran Bernilai RM100K Jika Produk ini memberi kesan buruk kepada pesakit


Fungsi RAJA PENAWAR
1. Menghapuskan radikal bebas
2. Mengaktifkan Saluran darah
3. Mengaktifkan Sel - Sel di Dalam Badan
4. Mengimbangi Hormon Dalam Badan
4. Mengubah Gen Badan Manusia Lebih Elok
5. Menguatkan Buah Pinggang Dan Hati
6. Membekalkan Makanan Sihat
7. Mengukuhkan Sistem Immuniti

Aktifkan Sel - Sel Kita Untuk AWEK MUDA & Hidup Lama

RAJA PENAWAR Menjamin Hidup Kita Sihat Cergas, Cerdas & Hidup Lama


DOS YANG PERLU AMIK BAGI PENYAKIT LEUKIMIA : 5Biji Pagi 5 Biji Malam.


* Sekiranya rasa sakit semasa kesan rawatan SNE, ini menunjukkan SNE memberi isyarat supaya anda perlu tambah dos.

* Lagi sakit, lagi tambah dos.

* Bila rasa sakit sudah hilang, ia menandakan dos dalam tubuh sudah cukup untuk melawan penyakit.

* Ingat!! sakit yang besar akan memerlukan SNE yang besar.

* Jangan renung nilai wang yang dikeluarkan, tapi renung apa yang kita boleh buat bila kita sihat.

* Kerana kesihatan tidak ada nilainya dengan wang ringgit.

BOLEH MEMBUAT PESANAN TERUS DARI SAYA. SAYA AKAN POS KEPADA ABANG ZACK...

HARGA SEKOTAK RM250
1 KOTAK ADA 60 BIJI KAPSUL

SUDAH RAMAI YANG MENCUBA DAN SUDAH RAMAI YANG SEMBUH CUMA APA YANG SAYA PESAN. KORBAN SEDIKIT WANG UNTUK KESIHATAN BAGI MENJAMIN MASA DEPAN KITA DAN KELUARGA...


http://superpenawar.blogspot.com


PENAWAR 1001 PENYAKIT. Hubungi Saya untuk merawat penyakit kronik dan juga penyakit biasa...

Rabu, 30 Jun 2010

AJAIBNYA SOLAT!

SEORANG penguasa Yahudi berkata: "Kami baru takut terhadap umat Islam jika mereka telah melaksanakan solat subuh seperti melaksanakan solat Jum'at." (Buku Misteri Solat Subuh oleh Dr Raghib As-Sirjani).

"Sungguh masjid-masjid di seluruh penjuru dunia ini merintih pedih dan mengeluh kepada Allah kerana dijauhi oleh majoriti kaum muslimin ketika solat subuh sedang dilaksanakan. Kalau bukan kerana ketentuan Allah bahawa benda-benda mati itu tidak bisa bicara, tentu manusia dapat mendengar suara rintihan dan gemuruh tangis masjid-masjid itu mengadu kepada Rabbnya Yang Agung". (Buku Keajaiban Solat Subuh oleh Dr. Imad Ali Abdus Sami Husain).

Dibalik pelaksanaan solat subuh, tersimpan rahsia yang menakjubkan. Banyak permasalahan yang bila dirujuk, bersumber dari pelaksanaan solat subuh yang dipandang ringan. Itulah sebabnya, para sahabat Nabi SAW berusaha sekuat tenaga agar tidak kehilangan waktu emas itu. Pernah suatu ketika mereka terlambat solat subuh dalam penaklukkan Benteng Tsatar. "Tragedi" ini membuat sahabat seperti Anas bin Malik selalu menangis bila mengenangnya.

Menurut sejarah, kejayaan lahir dan batin umat Islam zaman dahulu karena mereka yang melaksanakan solat subuh seperti yang ditakutkan oleh penguasa Yahudi di atas yaitu jemaahnya sama seperti solat Jum'at. Pada zaman salafus sholih, masjid-masjid selalu penuh sesak dengan orang-orang yang menunaikan solat subuh seperti tidak ada bezanya dengan saat mereka menunaikan solat Jum'at. Keadaan ini masih terlihat di tanah suci Makkah dan Madinah saat ini. Pantaslah di sana kehidupan masyarakatnya makmur, relatif aman dan harga keperluan hidup stabil sejak puluhan tahun yang silam. Misalnya harga telur, apel, ayam, pisang dan udang tetap tidak berubah sama dengan saat ini.

Sangat sayangnya Rasulullah SAW kepada pengikutnya, sampai beliau berdoa: "Ya Allah berkatilah umatku selama mereka senang bangun subuh". Dan dalam hadis lain beliau menjamin bila orang senang bangun subuh maka rezeki dan hidupnya akan berkah seperti sabda Rasulullah SAW: "Berpagi - pagilah kamu mencari segala keperluan atau hajat, karena sesungguhnya diwaktu pagi itulah terdapat berkah".

Kenapa maka solat subuh itu memperoleh perhatian utama? Sebab Allah SWT sendiri telah menegaskannya dalam Al Quran: "Dan (dirikanlah pula solat subuh). Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat)". ( Al Isra (17) ayat 78 ).

Salat subuh memang merupakan tolok ukur keimanan seseorang. Jika ada seorang mukmin-walaupun ia kerap puasa, tilawah Al Quran, berzikir atau bahkan ia seorang ustaz sekalipun, namun ia masih merasa berat untuk bangun menghadiri solat subuh berjemaah di masjid, maka ia harus banyak bermuhasabah, jangan-jangan ia termasuk dalam katagori sabda Rasulullah SAW : "Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isya dan solat subuh" (HR.Ahmad), demikian antara lain komentar Dr Imad Ali Abdus Sami Husain dalam bukunya "Keajaiban Salat Subuh". Hal senada juga diungkapkan oleh Dr. Raghib As-Sirjani, seperti dikatakannya: "Seorang ustaz yang tidak menjaga solat subuh dalam berjemaah, tetapi dia berbicara dan berceramah dalam sebuah majlis tentang tegaknya agama Allah dimuka bumi, Naif !".

Dasar kenyataan kedua ulama dan penulis Timur Tengah di atas, sudah pasti peristiwa yang terjadi di zaman Rasulullah SAW. Sebab bila beliau meragukan keimanan seseorang maka Nabi SAW akan menelitinya pada saat solat subuh. Apabila beliau tidak mendapati orang tadi solat subuh, maka benarlah apa yang beliau ragukan dalam hati. Ubai bin Ka'ab berkata: "Rasulullah SAW pernah solat subuh, kemudian berkata, 'Apakah kalian menyaksikan bahwa si Fulan solat?' Mereka menjawab, ' Tidak '. Beliau berkata lagi , ' Si Fulan ? '. Mereka menjawab , ' Tidak '. Maka Nabi Mulia itu berkata: "Sesungguhnya dua solat ini (subuh dan Isya) adalah solat yang berat bagi orang-orang munafik. Sesungguhnya, apabila mereka mengetahui apa yang ada dalam solat subuh dan isya, maka mereka akan mendatanginya, sekalipun dengan merangkak. (HR. Ahmad dan An-Nasai). Ibnu Umar RA pun berkata: "Ketika kami tidak melihat seseorang dalam solat subuh atau isya, kami langsung berperasangka buruk kepadanya." Dan ujar Imam Malik lagi : "Batas antara kita dengan orang-orang muanfik adalah menghadiri solat isya dan subuh, sebab orang-orang munafik tidak sanggup menghadiri kedua salat tersebut".

Diceritakan satu ketika Rasulullah SAW solat subuh di masjid Nabawi. Begitu pulang beliau mendapati putrinya Siti Fatimah masih tidur. Maka beliau pun membalikklan tubuh Fatimah dengan kakiknya, kemudian berkata: "Hai Fatimah, bangun dan saksikanlah rezeki Robbmu, karena Allah SWT. membagi-bagi rezeki para hamba antara salat subuh dan terbitnya matahari". ( HR.Baihaqi ).

Dilain waktu Rasulullah SAW menjadi imam solat subuh, Beliau tidak melihat Ali bin Abi Thalib RA. Khawatir menantunya ini sakit, beliau langsung menuju rumahnya. Ketika bertemu dengan Siti Fatimah, mendapat penjelasan bahwa sangat asyiknya Ali, suaminya beribadah malam, maka solat subuh dilakukan di rumah. Rasulullah SAW kemudian berkata: "Solat subuh yang dilakukan secara berjemaah (di masjid), lebih bagus daripada ibadah yang dilakukan seseorang sepanjang malam di rumah".

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim bahwa Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa yang melaksanakan salat isya secara berjemaah , maka ia seperti salat malam separuh malam. Dan barangsiapa yang melaksanakan salat subuh secara berjemaah, maka ia seperti salat malam satu malam penuh". Sehingga Ibnu Umar RA pun menegaskan: "Sungguh, aku bisa melaksanakan salat subuh secara berjemaah, itu lebih aku sukai daripada salat malam semalam suntuk". Sudah pasti yang paling baik adalah istiqamah salat malam di rumah sesuai kemampuan dan ditutup dengan salat subuh secera berjemaah di masjid.. Wallahualam.**

JOm... Solat!

PENAWAR HIV-AIDS DI KELANTAN!!!

Assalamualaikum semua..


Disini saya ingin memperkenalkan ubat herba sebagai penawar penyakit HIV. Sememangnya kita tahu penawar HIV belum ditemui. Ubatan herba ini sekurang-kurangnya boleh melambatkan atau membantutkan penularan virus HIV-Aids. Di bawah ini disenaraikan ubatan tersebut:


NDC - M:


Untuk lelaki: (Keupayaan melawan ketagihan dadah, menguatkan antibodi melawan HIV-Aids, menghilangkan stres).


Aturan makan: 2 biji 3x sehari.


Harga: RM30 (30 biji )


Larangan: Tiada pantang, drug, alahan, tidak panas & tiada kesan sampingan ( 100% herba asli )


NDC - F:


Untuk perempuan: (Keupayaan melawan ketagihan dadah, menguatkan antibodi melawan HIV-Aids, menghilangkan stres).


Aturan makan: 2 biji 3x sehari.




Harga: RM30 (30 biji)


Larangan: Tiada pantang, drug, alahan, tidak panas & tiada kesan sampingan ( 100% herba asli )


NDC - A:


Antiseptik & Antibiotik semulajadi.


Aturan makan: 2 biji 3x sehari.


Harga: RM30 (30 biji)


Larangan: Tiada pantang, drug, alahan, tidak panas, tiada kesan sampingan ( 100% herba asli ).


Semua ubatan diatas adalah campuran herba tempatan (Malaysia) dan China (Import)


Bagaimana menggunakan penawar @ ubatan diatas dengan berkesan?


a) Stres (Lelaki) - NDC - M, diambil mengikut dos yang telah ditetapkan atau boleh dikurangkan kepada hanya 2(dua) kali sehari saja. Ubat ini juga bertindak sebagai tenaga dalaman untuk saraf, sendi, pinggang, pundi kencing dan tenaga batin.


b) Stres (Perempuan) - NDC - F, diambil mengikut dos yang telah ditetapkan atau boleh dikurangkan kepada hanya 2(dua) kali sehari saja. Ubat ini juga bertindak sebagai tenaga dalaman untuk saraf, sendi, pinggang, pundi kencing, melawaskan & membetulkan edaran haid, membetulkan peranakan, mencegah sakit senggugut, keputihan, merapatkan faraj dan tenaga batin.


c) Ketagihan Dadah - NDC - M & NDC - F mestilah diambil mengikut dos yang telah ditetapkan, juga diambil berulang setiapkali rasa ketagihan dadah. Ubat ini bolehlah dikurangkan kepada hanya 2 kali sehari, setelah anda rasa betul-betul bebas dari ketagihan. Adalah lebih baik diambil berterusan sebagai rutin harian, bagi mengelak keinginan dadah semula. ubat ini berfungsi memulihkan saraf minda (mewujudkan minda yang bersih dan sihat), membersihkan darah yang bercampur unsur luaran termasuk dadah.....dan tidak ada lagi saki baki atau kaum kerabat dadah dalam badan bekas penagihyang sentiasa memanggil-manggil saudara-mara dari keturunan dadah.


d) Hiv-aids - NDC - M & NDC - M mestilah masing-masing diambil bersama NDC - A mengikut dos yang telah ditetapkan sehingga anda rasa betul-betul sihat atau bebas dari cengkaman Hiv. Selepas itu anda hanya perlu mengamalkan Nd1 & Nd2 sahaja sebagai penawar perlindungan atau antibodi sepanjang hayat anda, juga bolih dikurangkan pengambilannya hanya kepada 2 kali sehari saja.


Selamat mencuba, insya-Allah kita hanya mampu berubat atau berusaha tapi Tuhan Yang Maha Penyembuh yang menentukan segala-galanya. Inilah satu-satunya peluang yang telah ditentukan Illahi untuk kita mengambil peluang, manalah tau bila kita sihat dapatlah kita beramal soleh. Bertaubat, berdoa dan bertawakkal sebelum ajal menjemput kita.


Peringatan Penting: Peluang sihat bagi pengamal ubatan ini hanya sekali sahaja. Beberapa kes berlaku bila sihat, mereka kembali mengambil dadah atau melakukan sek rambang, penyakitnya datang lagi dan masa itu tiada penawar lagi baginya melainkan mati. Jadi, sebelum mengambil ubat ini anda mestilah bertaubat terlebih dahulu dan berjanji dengan diri sendiri tidak akan mengulangi kesalahan lalu.....kecuali jangkitan virus yang tidak sengaja. Insya-Allah. Wassalam........


BERITA BAIK! Percuma..........sebagai percubaan. Anda tak perlu malu, emailkan kat saya, tuanfadilah@yahoo.com atau boleh terus menelefon nombor di bawah.


Penawar Hiv-aids akan diberikan percuma selama sebulan sebagai percubaan bagi pesakit yang terpilih sahaja. Hubungi segera bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan rawatan tersebut.


Keterangan Lanjut, hubungi Tuan Muhammad Tel: 013-9157619
ref : http://lovepurpleroses.blogspot.com/2010/05/hiv-aids-penawar-di-temui.html