Palestin itu jauh dari kita
Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan
Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak
irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu
irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi
sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka
berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya
tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan
Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan
Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…
Siapakah kita berbanding mereka?
Sedarlah wahai umat islam
Saudara anda sedang dalam siksaan...
tiadakah sudah rasa kasihan dalam hati-hati anda?
fikir-fikirkanlah...
Rabu, 7 April 2010
Isnin, 5 April 2010
NOVEL : SOLO
MAMAK CORNER
Rizal menghirup teh tarik yang berbuih panas itu dengan pelahan. Kadir di hadapannya dipandang sekilas. Sahabatnya itu senyum.
“Kenapa senyum-senyum ni?” Soal Rizal sambil mencapai suratkhabar Metro dalam pegangan Kadir.
“Takde apa-apa…”
Kadir membiarkan sahaja Rizal mengambil suratkhabar yang baru separuh dibacanya itu. Tajuk besar di dada suratkhabar tersebut jelas kelihatan.
‘WIRA MALAM BERAKSI LAGI!’
Rizal menatap seketika tajuk besar itu. Kemudian menatap pula gambar-gambar yang terpampang. Ada gambar yang kelihatan kabur. Semuanya gambar-gambar berturutan. Lembaga hitam memakai topeng pada wajah sedang bertarung dengan tiga orang lelaki. Ada perempuan muda terbaring tidak jauh dari tempat pertempuran. Kemudian dia membaca pula isi berita.
Kadir menghirup gelas minumannya. Pinggan yang berisi roti canai itu di kuis-kuis dengan garpu. Sesekali dia menjeling Rizal dan menjeling pula jam tangannya.
“Hmmm… hebat!” Gumam Rizal.
“Apa yang hebatnya?” Soal Kadir.
“Wira Malam!”
“Ooo…” mulut berbibir hitam akibat kesan rokok itu melopong.
“Dua malam lepas Wira Malam ini telah menumpaskan Geng M108 di Puchong. Malam tadi beraksi lagi…” Rizal meneruskan bacaannya pada berita lain pula. Keningnya berkerut-kerut apabila berita yang dibacanya itu agak memeningkan kepalanya.
Suasana dalam restoran mamak itu semakin sesak dengan pelanggan yang terdiri dari pelbagai bangsa. Hanya orang putih sahaja yang tidak kelihatan di situ. Melayu, Cina, India, Indonesia, Bangladesh, Vietnam dan beberapa orang yang tidak dapat dipastikan bangsanya. Masing-masing sibuk menjamu selera. Tidak kurang juga yang menghisap rokok. Yang berbual-bual rancak dan bergelak ketawa pun ada.
Kadir meneguk teh tarik yang tinggal separuh itu. Anak matanya masih merenung Rizal yang asyik membaca.
“Malam ni kau datang gelanggang tak?” Soalnya, gelas yang hampir-hampir kosong itu diletakkan. Dia mencapai pula roti canai yang hampir seprauh dimakan. Mencuit sedikit dan mencecahnya dengan kuah kari yang bercampur dengan kuah dal lantas dihumbankan ke dalam mulutnya. Dia mengunyah dengan penuh berselera.
Rizal angkat muka. “ Tak pasti lagi!”
“Kenapa pula?”
Rizal hilang mood untuk meneruskan bacaannya. Dia mencapai gelas yang masih penuh dengan teh tarik itu. Dihirup pelahan dan diletakkan kembali.
“Malam ni aku ada hal nak jumpa seseorang…” jelasnya.
“Awek?”
Rizal menggeleng sambil menjuihkan bibir merahnya.
“Ya ke?” soal Kadir, tidak yakin dengan apa yang didengarnya.
Rizal angguk lagi. “Rakan chatting!”
Kadir diam seketika. “Lawa ke?”
Tak taulah aku… belum pernah jumpa lagi.”
“Ooo… Blind date la ni!?” Terka kadir, senyumannya melebar.
Rizal hanya senyum. Mengangguk pun tidak apatah lagi menggeleng kepala.
“Kau dah sudah ke?”
“Sudah apa?” Dahi Kadir berkerut. Wajah Rizal dipandang, ingin tahu.
“Kau dah habis sarapan ke?”
Kadir mengangguk akhirnya.
“Jom, kita ke pejabat.”Rizal bingkas menuju ke kaunter diikuti Kadir. Cerita tentang SOLO hilang begitu sahaja.
NOVEL SOLO AKAN BERADA DI PASARAN PADA TAHUN 2011... INSYALLAH. NANTIKAN!

MOVIE MINGGU INI

movie ini agak menarik... itu yang buat aku dan isteriku menontonnya pada hari sabtu lepas... fuh! memang gempakla.. berbanding movie asalnya... tambah lagi si hero AVATAR itu menjadi hero utama yang memang cukup puas hati melihatnya beraksi dalam menentang Kraken dan Medusa serta Hades(God)... dan sekaligus menjadikan dirinya emnerima hakikat bahawa dia adalah Perseus anak Zeus!
movie saifai Underground tu tak sempat nak tengok sebab...movie tu takde di JJ bukit raja... insyallah akan dibeli DVD nya.. dan semalam juag gua beli Stormriders 1 dan 2... memang layan balik pedang setiawan ni... lepas tengok ...pening kepala pula! (mungkin kena aura Wiru utama! hehehhe)
sebelum itu, aku habiskan cite SANTAU.. lakonan Esma Daniel... memang gempak la cite tu... walaupun cite melayu.. tapi versi seramnya memang memukau sehingga bulu roma aku berdiri terbuai2 keseraman... hehehehe
kalau nak tau.. saksikan sendiri SANTAU!
Ahad, 4 April 2010
SIAPA BOLEH JAWAB?
Ali nak beli kasut yg berharga 97.00, tapi tak de duit
Dier pinjam kat mak dier 50.00 dan abg dier 50.00 (jumlah = 100.00)
Baki drpd duit kasut tersebut 3.00, di bahagikan kpd 3 (that mean mak dier 1.00, abg dier 1.00 dan ali 1.00)
Sekarang ali hutang kat mak dier tinggal 49.00
Hutang ali kat abg dier pun tinggal 49.00
total 98.00
tambah 1.00 (jumlah yg dibahagikan tadi utk Ali)
total 99.00
MANE LAGI 1.00 ??
AKU PUN PENING MEMIKIRKANNYA!
TOLONG JAWAB YA!

BUKTI ILMIAH SAINS- BULAN PERNAH TERBELAH

SUBHANALLAH... BENARLAH MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH SWT!
Berkumpullah tokoh2 kafir Quraiy, seperti Abu Jahal, Walid bin Mughirah dan Al ‘Ash bin Qail.
Mereka meminta kepada nabi Muhammad (saw) untuk membelah bulan. Kata mereka, “Seandainya kamu benar2 seorang nabi, maka belahlah bulan menjadi dua.”
Rasulullah (saw) berkata kepada mereka, “Apakah kalian akan masuk Islam jika aku sanggup melakukannya?”
Mereka menjawab, “Ya.” Lalu Rasulullah (saw) berdoa kepada Allah agar bulan terbelah menjadi dua. Rasulullah (saw) memberi isyarat dengan jarinya, maka bulanpun terbelah menjadi dua. Selanjutnya sambil menyebut nama setiap orang kafir yang hadir, Rasulullah (saw) berkata, “Hai Fulan, bersaksilah kamu. Hai Fulan, bersaksilah kamu.”
Demikian jauh jarak belahan bulan itu sehingga gunung Hira nampak berada diantara keduanya. Akan tetapi orang2 kafir yang hadir berkata, “Ini sihir!” padahal semua orang yang hadir menyaksikan pembelahan bulan tersebut dengan seksama. Akan tetapi para ahli mengatakan bahwa sihir, memang benar bisa saja “menyihir” orang yang ada disampingnya akan tetapi tidak bisa menyihir orang yang tidak ada di tempat itu. Lalu mereka pun menunggu orang2 yang akan pulang dari perjalanan.
Orang2 Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekkah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama kali dari perjalanan menuju Mekkah, orang2 musyrik pun bertanya, “Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?” Mereka menjawab, “Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan terbelah
menjadi dua dan saling menjauh masing2-nya kemudian bersatu kembali…”
Maka sebagian mereka pun beriman, dan sebagian lainnya lagi tetap kafir ingkar).
Allah SWT menurunkan ayat Al Qur’an: “Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda2 kebesaran Kami, merekapun ingkar lagi berpaling seraya berkata, “Ini adalah sihir yang terus-menerus”, dan mereka mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap… (QS. Al Qomar 54:1-2).
Khamis, 1 April 2010
PISANG DAN KHASIAT AJAIBNYA!

Pisang mengandungi tiga jenis kandungan gula semulajadi - sucrose, fructose and glucose digabungkan dengan fiber. Memberikan tenaga segera dan meningkatkan kadar tenaga.
Kajian menunjukkan dua biji pisang membekalkan tenaga yang cukup untuk aktiviti berat selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang menjadi pilihan makanan nombor satu atlet-atlet dunia.
Pisang bukan sahaja boleh membantu memberikan tenaga akan tetapi ianya juga boleh membantu menyembuhkan beberapa penyakit. Oleh itu sebaik-baiknya tambahkanlah pisang di dalam menu sehari-hari.
Kemurungan – menurut survey yang di lakukan oleh MIND (National Association for mental health), pengambilan pisang boleh mengurang tahap kemurungan. Ini adalah kerana pisang mengandungi tryptophan sejenis protein yang membantu tubuh menghasilkan serotonin (serotonin ialah hormon yang dihasilkan tubuh apabila kita senyum atau ketawa) membolehkan anda lebih tenang dan membuatkan anda lebih gembira.
Premenstrual Syndrome (PMS) – untuk kaum wanita, makanlah pisang kerana kandungan vitamin B6, menstabilkan kandungan glucose dalam darah di mana ianya boleh memberi kesan kepada mood anda
Anaemia: Kandungan tinggi zat besi di dalam pisang membantu stimulasi menghasilkan haemoglobin dalam darah dan membantu mereka yang mengidap anemia.
Tekanan Darah Tinggi: Pisang juga mempunyai kandungan potassium yang tinggi dan kadar garam yang rendah membuatkannya sesuai untuk mengurangkan tekanan darah. USFDA (US Food and Drug Administration) juga membenarkan kenyataan rasmi yang mengatakan bahawa pisang mempunyai keupayaan mengurangkan tekanan darah dan juga strok.
Peningkatan kuasa minda: seramai 200 orang pelajar di Twickenham (Middlesex) school (England) di bantu dalam peperiksaan yang mereka duduki dengan makan pisang pada sarapan dan makan tengahari untuk meningkatkan kuasa minda. Kajian menunjukkan kandungan potassium di dalam pisang membantu pelajar lebih peka.
Sembelit: kandungan fiber di dalam pisang membantu memperbetulkan peredaran usus besar dan membantu masalah tersebut tanpa bantuan laxatives
Pedih ulu hati: pisang juga boleh menetrualkan asid di dalam badan, jika anda mengalami pedih ulu hati cubalah makan pisang untuk melegakannnya…
Morning Sickness: ialah satu keaadaan yang biasa di alami oleh perempuan mengandung boleh di elakkan dengan memakan pisang di antara waktu sarapan, makan tengahari dan makan malam kerana pisang membantu meningkatkan kadar gula di dalam darah.
Gigitan nyamuk: Salah satu petua apabila di gigit nyamuk, cuba gosokkan pisang di bahagian dalam kulit pisang bagi mengurangkan kegatalan
Berdebar-debar: Kandungan vitamin B yang tinggi di dalam pisang membantu menenangkan anda
Mengawal suhu badan: pisang juga boleh menurunkan suhu badan
membantu berhenti atau mengurangkan merokok dan juga stress
Strok: Menurut kajian The New England Journal of Medicine, dengan mengamalkan diet pisang boleh mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Awet Muda : kandungan istimewa dalam pisang juga mampu emnajdikan seseoarang itu awet muda.
Jadi di sini bolehlah di buat kesimpulan bahawa pisang sangat berkhasiat untuk merawat atau mengurangkan pelbagai jenis penyakit. Jika di bandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protien, 2 kali ganda kandungan karbohidrat, 5 kali ganda vitamin A dan zat besi dan dua kali ganda kandungan vitamin dan mineral. Ianya juga di perkaya dengan potasium dan harganya pun agak murah.
Jika di lihat dari pandangan rawatan energi menggunakan warna, pisang mempunyai warna kuning dan menjanakan energi kuning kepada chakra solar plexus anda. Solar plexus pula ialah chakra yang mengawal emosi, minda (secara tidak langsung) dan organ-organ di perut dan juga berkait rapat dengan chakra jantung. jadi tidak hairanlah pisang boleh membantu anda lebih tenang dan fokus dan mengurangkan risiko penyakit strok!
P/s : lepas ni ... aku nak makan pisang banyak2... heheheh mungkin sehari 3 biji... elok kot.... anda ??? bila lagi???
Langgan:
Catatan (Atom)