The Alien - Link Select

Khamis, 1 April 2010

KERETA ELEKTRIK PERTAMA-JEPUN



TOKYO 1 April - Kereta elektrik pertama untuk pasaran umum di Jepun, i-MiEV keluaran Mitsubishi Motors Corp (MMC), mula dijual di bilik-bilik pameran hari ini.

I-MiEV dilancarkan ketika kos teknologi futuristik yang digunakan dalam pembuatan kereta elektrik semakin menurun dan perang harga dijangka berlaku dalam segmen itu antara syarikat-syarikat pengeluar kereta.

Kereta empat tempat duduk daripada Mitsubishi, pengeluar kereta kelima terbesar di Jepun, dijual dengan harga 2.8 juta yen (RM103,700) selepas ditolak insentif kerajaan daripada harga asal, 4 juta yen (RM146,200).

Pembeli i-MiEV, Chitoshi Okunuki, 72, membuat tempahan awal pada harga lebih tinggi pada Ogos lalu dan sangat gembira dengan keputusan Mitsubishi kelmarin untuk memberi diskaun 620,000 yen (RM22,780).

Keputusan itu diambil pada hari sama syarikat pesaing, Nissan Motor Co. mengumumkan akan mula menerima tempahan untuk kereta elektriknya, Leaf.

"Saya sangat gembira, kereta ini sangat senyap dan tidak mengeluarkan gas ekzos," kata Chitoshi Okunuki, seorang pemilik kedai serbaneka, ketika berkunjung ke bilik pameran Mitsubishi.... (ruju : utusan online)


P/S : waa.. bestnya! ada motosikal elektrik tak??? kalau ada .. lagi aku nak laa...!!!


WHICH ONE IS TOM CRUISE?
DARE TO GUESS?

AWIE?


Mana pula penyanyi idola aku ni??? tak kuar2 album lagi ke???
rindu lak nak dengar suaranya yang best tu...

heheheh

woiii Awieee... cepat la kuarkan album!
gua dah tak tahan ni beb!

DIN BERAMBOI



AL-FATIHAH buat Din Beramboi
Beliau merupakan pelawak berbakat dan disukai semua orang. semoga Allah memberkati dan merahmati Roh beliau....
Al-Fatihah.

Amin.

MASALAH TONSIL?


Memang memeritkan apabila Tonsil anda bengkak! Tapi setiap sesuatu ada ubatnya... penulis mengesyorkan pesakit berkumur-kumur dengan AIR BAWANG PUTIH secara mengadah ke atas.... insyallah amalkan dalam masa seminggu setiap malam sebelum tidur... gunakan sebiji bawang putih sahaja yang ditumbuk halus dan direndam dalam air suam... berkumurlah tiga kali setia malam dengan kadar 1 minit bagi setiap kumuran. Insyallah anda akan melihat bengkak pada Tonsil anda akan surut pelahan-lahan dan akhirnya akan hilang. Yakinlah, bukan air itu yang menyembuhkan ... tapi itu semuanya dengan Izin Allah SWT... Dia Yang Maha Menyembuhkan segala penyakit yang diciptakan-Nya... Allahuakbar!

begitu juga bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan tubuh badan, yang sakit2 organ dalaman itu seperti usus, jantung, pankreas, hati dan sebagainya... minumlah Bawang Putih (2 biji yang ditumbuk hancur- direndam dengan air suam.) sebelum tidur amalkan setiap malam.. Insyallah... segala masalah kesihatan anda akan dapat disembuhkan dan dielakkan dari melarat yang sudah teruk itu... sebaiknya dicampurkan dengan MADU ASLI( jenis madu di pasaran seperti Madu Khaula dan Madu N'APIS itu boleh digunakan dan diyakini penulis.) juga kepada pesakit2 kanser digalakan mengamalkannya... Denggi berdarah asalkan ia tidak terlambat.. Insyallah boleh juga disembuhkan dengan Izin-Nya...

selamat mengamalkannya...

BERDOA MENGANGKAT TANGAN?


Selesai solat fardhu, aku segera bangun setelah berzikir dengan tasbih Fatimah... kemudian salah seorang jemaah yang berdoa sambil mengangkat tadi menghampiri ku...
"Salam ke atas mu saudara..." ucapnya penuh rasa kasih sayang terpancar di wajah bersihnya.
"Salam ke atas mu juga wahai saudaraku..." jawabku dengan intonasi yang lebih lembut darinya. Segaris senyuman ikhlas aku lemparkan kepadanya.
"Maaf saudara... saya ingin bertanya."
"Ya saudara silakan..." kataku sambil sedikit mengerutkan kening, tanda hairan.
"Saya agak hairan dengan saudara..."
"Hairan? Mengapa?" soalku, sedikit teruja dengan pernyataannya itu.
"Bukankah kita digalakan berdoa selepas solat?"
Aku terdiam juga mendengar soalan itu. Aku senyum dan mempersilakannya duduk di bangku yang disediakan. Hati terasa tersentak namun, aku tahu jawapan yang mesti diutarakan kepadanya.
"Begini saudara, memang berdoa itu sangat dianjurkan malah dituntut oleh Allah SWT, dan merupakan sunnah para nabi, bukan sahaja Nabi Muhammad SAW. Tapi saudara, tidak saudara tertanya-tanya. Apakah dengan mengangkat tangan itu merupakan satu sunnah Nabi Muhammad SAW?"
Lelaki itu kerut kening dan sedikit tersentak. Wajahnya menggambarkan rasa terkejut dan tidak puas hati. "Mengapa begitu?"
"Selama ini, saya tidak menemui satu hadis nabi SAW pun, yang mengatakan Nabi Muhammad SAW MENGANGKAT TANGANNYA ketika berdoa selepas fardhu. kalau selepas solat sunat itu memang ada. sampai kelihatan putih ketiak baginda SAW. Jadi saya cuma melaksanakan sunnah nabi SAW. Apakah itu salah?"
Lelaki itu terdiam. "Betul juga kata-kata awak itu. saya sendiri tidak pernah bertemu dengan hadis mengatakan demikian..."

Aku tidak meneruskan bicara lagi lalu mengucap salam dan berlalu. Aku sememnagnya tidak mahu berdebat pasal ini. aku juga tidak rela mengada-adakan sesuatu yang bukan sunnah nabi SAW dalam hal ibadah. mengangkat tangan dan berdoa selepas solat Fardhu hanyalah kebiasaan yang dijadikan adat sahaja. tidak termasuk dalam hal sunnah nabi SAW.
Rasulullah SAW pernh bersabda. "Barangsiapa yang berbuat sesuatu yang tidak aku perbuat. maka itu Bidaah dan Bidaah itu sesat adanya... dan barangsiapa yang melakukan yang bukan sunnahku maka sia-sialah amalnya dan barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu maka dia adalah dari kaum itu."

Rabu, 31 Mac 2010

ISOPOD GIGANTIC- HAIWAN PELIK!




Aku tak tau laaa ini binatang jenis ape... macam boleh makan. Ia dipanggil oleh orang putih sebagai Isopod Gigantic. Besar macam udang galah... tak tahu la pula kalau boleh makan... macam sedap.. tapi tengok kepala dia je.. wooo.. seram wooo.. huduh je muka dia... rupa macam raksasa musuh Ultraman pun ada! hehehehe...
Maha Suci Allah yang mencipta haiwan ini... harap2 boleh dimakan... nampak banyak isi tuuu.. hehehehe.. KENGKAWAN AKU KAT SINI PANGGILNYA 'lipas laut'... entahla... bentuknya macam sejenis haiwan laut yang kita orang panggil 'Tatus' di Sabah.. tapi yang itu kecik laa... rupa macam udang galah sebenarnya bukan..ia gabung Belangkas dan Udang Galah.. nantilah aku amik gambar dia.. bila aku balik sabah nanti... ia sedap kalau direbus atau digoreng... rasanya lebih lemak dari ketam bunga... memang sedap makan dengan cicah sambal belacan... fuh!

Tapi seronok dapat mengenali haiwan lautan ini... Aku yakin banyak lagi ciptaan Allah yang lebih pelik dan best dari ini... dan aku yakin, akan mengetahui lebih banyak lagi tentang hal ini...Insyallah...