The Alien - Link Select

Isnin, 29 Mac 2010

SEBUAH KISAH UNTUK ANDA

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah
Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.
Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri.
Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?
"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut..
Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ; "Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya, ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .
Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI APAKAH MESEJ YANG DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA KATAKAN TIDAK BERMINAT ATAU TIDAK PERCAYA. TETAPI ANDA JANGAN BUANG RISALAH INI SEBALIKNYA BERIKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA YANG LAIN KERANA MEREKA MUNGKIN SANGAT MEMERLUKANNYA. TERIMA KASIH. WASSALAM.
KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS
'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m'
Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: 'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi.
Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat..
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Nota: Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : 1) Sedekah/amal jariahnya 2) Doa anak-anaknya yang soleh 3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

ELAKKAN!

Rasullulah Nabi Terakhir Muhammad SAW:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia (syaitan) telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."
Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mewar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

P/s : Penulis jarang makan kat luar... semuanya masak sendiri kalau bab-bab makan nasi dan lauk-pauk ni... McD, KFC dan semua makanan segera itu cuba dielakkan oleh penulis... alhamdulillah.. berkurangan penyakit2 dalam badan...


Ahad, 28 Mac 2010

SHAH RUKH KHAN AND KAJOL?

Serupa tak??? hehehehe.... happy anniversary my love...

CUTE TAK DIORANG NI MASA KECIK2 ??? HEHEHEHE...

MOVIE CINEMA THIS WEEK




"MY NAME IS KHAN... AND I AM NOT TERRORRIST!"

Movie yang paling best pernah aku tonton yang dilakonkan oleh SRK. Memang sebuah cite yang menyayat hati dan ade lah sikit airmata aku tumpah... hehehehe.. sedih wooo!
Ceritanya berkisar pada 11 september... pasal pengganas... dan pasal cinta dan dua agama yang bersatu di bawah satu ikatan perkahwinan yang menimbulkan pelbagai pandangan dari semua orang di U.S.
Rayzwan Khan... seorang penghidap sejenis penyakit saraf, tetapi memiliki IQ tahap Gaban! Dia bagaikan sebuah ensiklopedia bergerak yang penuh dengan maklumat... kisah bermula dalam keluarga Khan yang beragama Islam. Hanya mereka bertiga dalam keluarga ini... Rayzwan, dan adiknya serta Ibunya... Sejak dari kecil lagi Rayzwan memang dikenali sebagai budak yang tabah dan suka belajar walaupun cacat... dia banyak menimba ilmu pertukangan membaik-pulih semua jenis enjin kereta, peti sejuk- bolehlah dikatakan dia adalah pencetus idea yang bermanfaat terutama ketika ruang rumah gurunya di India digenangi air separas lutut... dan Rayzwan bertindak menggunakan basikal dan menyatukannya dengan hos panjang yang bertindak sebagai penyedut dan pengepam air yang dijanah dengan kayuhannya pada basikal yang ditongkatkan di tengah2 halaman rumah gurunya.... dengan keadaan cacat dan lemah dia mengayuh sehinggalah air di halaman rumah gurunya itu habis dikeluarkan...(Dari pagi ke petang dia mengayuh tanpa dibantu oleh sesiapa pun..... dan gurunya amat bangga padanya. sejak itu dia dikenali oleh orang kampung sebagai budak bijak dan mampu merepair segala peralatan elektronik.)
Ada tiga kelemahan Rayzwan Khan... Warna Kuning yang ditakutinya, bunyi-bunyi bernada tinggi akan mengganggu pendengarannya dan kecacatan saraf... namun semua itu tidak membuatnya putus asa dalam kehidupan. Ini terbukti apabila dia kehilangan ibu kandung yang amat menyayanginya... manakala adiknya pula, yang sebelum ini amat membencinya kerana lebih bijak dan dikenali oleh orang kampung telah berpindah ke US kerana mendapat biasiswa meneruskan pelajaran ke tahap yang lebih proffesional dan telah berkahwin di sana. Dia ke US mengikut adiknya untuk berdikari... tinggal di rumah adiknya dan isteri yang amat prihatin dengan kecacatannya... tidak leka dan lupa untuk membantu Rayzwan dalam kehidupan harian... Rayzwan membantu adiknya untk menjual (Salesman) produk kecantikan di seluruh bandar... sehinggalah pada suatu hari yang mengubah kehidupannya berlaku.
Rayzwan Khan berada di satu jalan yang berhadapan dengan kedai gunting rambut di mana (Kajol) Mandiri bekerja... Rayzwan hampir-hampir dilanggar oleh sebuah tren mini di tengah jalan kerana melihat garisan kuning di atas jalan sehingga membuatnya takut untuk melintas... kebetulan pula bunyi loceng pada tren mini itu membuatnya bagaikan dipekakkan... saat genting itu membuatkan Mandiri datang membantu dan ini menjadikan Rayzwan jatuh cinta pada gadis itu dan memeprkenalkan dirinya.. tanpa di duga... Mandiri berminat untuk membeli produk tersebut...
sejak itu Rayzwan menjadi pengunjung setia. Bersama handycam yang dibawanya dia melakukan pelbagai aksi untuk menarik perhatian Mandiri... (Dalam keadaan cacat dan mencuit hati tetapi sangat romantik) sehinggalah dia mengatakan.. 'Will you marry me?' - bayangkan seorang yang cacat saraf...mengucapkan kata2 keramat tersebut... Mandiri yang berstatus Janda dan beranak satu- Sam. menganggap ia cuma satu gurauan... dan akhirnya menerima lamaran itu tanpa berfikir panjang lagi apabila Rayzwan datang ke rumahnya di satu pagi untuk menunjukkan padanya satu tempat di mana dia melihat bandaraya seolah-olah berada di atas awan... dan Mandiri sendiri berkata kepadanya.. " Marry me?"- aduh! satu babak yang amat menarik! sedih, pilu, sangat simpatik, gembira...dan bermacam2 lagi perasaan...
Mereka berkahwin walaupun Mandiri itu seorang perempuan Hindu. Adik Ryzwan menghalang tetapi isteri adiknya itu tidak menghalang... malah turut hadir di majlis kahwinnya dengan membawa persalinan yang istimewa untuk Rizywan.
Maka bermula dari situ, mereka hidup sebagai suami isteri(banyak babak menarik dan romantik pada tahap ini). namun kisah keperitan merka baru bermula sebaik sahaja 11 september menjengah.... satu dunia membenci Islam sebagai agama pengganas... dan puncaknya ialah apabila anak mereka terbunuh dalam satu insiden -kerana anaknya itu berbapakan nama KHAN. Kedai gunting mereka mengalami kerugian dan terpaksa ditutup... Rayzwan sendiri dihalau oleh Mandiri dan berkata dalam keadaan amat marah dan kecewa...
"Pergi beritahu semua penduduk Amerika, yang kamu bukan pengganas! Pergi jumpa Presiden Amerika, yang kamu adalah Khan dan kamu bukan pengganas!"
Rizywan yang turut sedih dan agak kecewa tetapi tetap cintakan Mandiri bergumam sendirian dan berkata pada dirinya sendiri(kemudian kata-kata ini dijadikan azimat yang semangatnya dalam perjalanan bertemu dengan Presiden US)... "My name is Khan... and I am not terrorist!" diulang2 kata-kata itu sehinggalah dia meninggalkan rumah untuk memulakan perjalanannya berjumpa degan presiden US.(Ketika itu BUSH yang menjadi Presiden... Rayzwan hanya dapat bertemu Presiden US apabila Bush turun pangkat dan diganti oleh Barrack Obama...(dilakonkan oleh bukan Obama tetapi berkulit hitam.) pelbagai kesusahan yang dialami Rayzwan dalam perjalanannya dalam kecacatan saraf, dan kehabisan wang keperluan... sementara Mandiri sendiri yang kecewa dengan pihak polis berusaha utnk menjejaki pelaku pembunuh anaknya... dan itu hanya berjaya apabila Rayzwan dan kisahnya untuk bertemu presiden itu disiarkan di kaca TV... Berikut Rayzwan ditangkap kerana disyaki pengganas... beliau disiksa dengan kejam oleh FBI ...dan ada satu ketika dalam bilik seksaan hawa sejuk dikuatkan sehingga membuatnya menggigil kesejukan- dia menulis dalam diarinya tentang ini dan mengatakan bahawa dia pernah beritahu pegawai kat situ yang aircond diorang itu rosak dan dia ingin membaikinya. Tetapi mereka tidak mengizinkannya.. ---- Ya Tuhan, sedihnya membaca pernyataan ini...
anda perlu menonton sendiri kisahnya... alamilah kegembiraan, kesedihan Rayzwan Khan dalam perjalanannya untuk bertemu presiden US....
anyway... semalam... aku dan isteri ke Kalumpang Resort sebab ada hari keluarga PHNB... seronok dan best berada di sana... nanti aku akan ceritakan di lain kali... sebab aku ada kerja opis yang menanti...

Selasa, 23 Mac 2010

NOVEL FANTASI TERBARU : EMPAYAR NUAMAROS


Gambar di atas adalah watak utama dalam novel terbaru saya... memandang ia cuma satu rangkaan watak.. maka hanya 3 ciri (Rambut putih, mata hijau, telinga runcing ke atas dan taring yang agak panjang.)yang aku tonjolkan bagi watak Hero ini. Insyallah ia akan siap tahun depan.

BENJAMIN NETANYAHU LAKNATULLAH!


Israel terus angkuh
WASHINGTON 23 Mac - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu Laknatullah semalam berkata, negara Yahudi itu tidak akan menyerahkan Baitulmaqdis kepada penduduk Palestin, sebaliknya akan menjadikan bandar suci itu sebagai ibu negaranya.
"Baitulmaqdis bukan kawasan penempatan (haram) Yahudi tetapi merupakan ibu negara Israel," kata beliau semasa berucap kepada pertubuhan pelobi pro-Israel, Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel (AIPAC) di Washington, semalam.
Netanyahu dalam lawatan beliau ke sini tidak menunjukkan tanda mahu berkompromi dan merapatkan jurang perselisihan faham dengan Washington, menjelang pertemuan sukar dengan Presiden Barack Obama hari ini.
"Orang Yahudi membangunkan Baitulmaqdis 3,000 tahun lalu dan orang Yahudi membangunkan Baitulmaqdis hari ini. Baitulmaqdis bukan kawasan penempatan Yahudi tetapi ibu negara kami," ujar beliau lagi.
Perdana Menteri itu mendakwa beliau hanya meneruskan dasar-dasar semua kerajaan Yahudi sejak 1967, apabila Israel memenangi perang dengan jiran-jiran negara Arab lalu menawan timur Baitulmaqdis yang kemudian dijadikan sebagai sebahagian wilayahnya.
Kenyataan Netanyahu mendapat tepukan gemuruh daripada 7,500 anggota perwakilan pada persidangan tahunan AIPAC, tetapi dikecam oleh penunjuk perasaan yang turut hadir di Pusat Konvensyen Washington.
Pengumuman Israel pada 9 Mac lalu mengenai rancangan untuk membina 1,600 rumah baru di timur Baitulmaqdis yang majoriti penduduknya Arab mencetuskan kutukan AS.
Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton berkata, rancangan itu menjejaskan rundingan damai Israel-Palestin yang baru dipersetujui.
Palestin mengancam untuk menarik diri daripada rundingan tidak langsung yang diusahakan oleh Washington sejak berbulan-bulan lalu selepas Palestin menolak rundingan terus dengan Israel disebabkan kegiatan pembinaan penempatan Yahudi.


P/S : TANDA-TANDA KIAMAT BESAR SEMAKIN HAMPIR....

Isnin, 22 Mac 2010

PESTA BUKU PWTC 2010


Gambar di atas adalah ketika aku dan dua orang lagi penulis diperkenalkan pada umum sebagai penulis baru di PTS. Di sebelah kanan aku adalah En. Nuri- Penulis novel Parameter Aquila. Dan sebelah krii saya ialah Brader Has- Novel Herbalis : Misi Purnama Biru. Agak gelap sikit, memandangkan kamera kawanku yang tak berapa power. Hari itu pesta buku memang tak berapa sesak dengan orang ramai berbanding tahun lepas. Namun, aku happy la juga, sebab ini kali pertama aku naik pentas promosi ni... walaupun agak berdegup2 jantungku... aku gagahkan juga untk tampil di muka umum sebagai penulis novel Pahlawan Adamus. Aku datang hari itu bersama Faizul Darius yang merupakan penulis novel awal remaja yang bertajuk Napiru. beliau juga adalah penulis PTS dalam siri ADAM Kecil. Dia jadi jurugambar je masa ni... lantaran novel Napiru 2 beliau belum diterbitkan lagi oleh KD. namun, aku happy sebab dapat kenalan. Beliau merupakan Magisian malaysia yang mengkagumkan... setelah ditunjukkan beberapa teknik yang hebat dan nombor talipon beliau aku bergegas bersama dua orang sahabat ke pameran buku yang lain... ingin nak beli buku Percy Jackson-Sea Monster... tapi tak jumpa.... takpelah... mungkin aku akan dapatkannya di MPH beberapa hari lagi.


ini ialah saudara Has... penulis SAI FAI superhero yang berbakat tinggi... aku terlupa nak bertukar2 buku dengan beliau... memandangkan sahabat jauh aku datang hari itu. dan beliau menghilang entah kemana... sorrilah bro... aku teringat bila aku nak balik dengan Faizul... tapi beliau sudah balik mungkin tika itu. aku sempatlah juga jumpa pelukis kaver novel aku... Saudara Zam, Zaki Zainol yang mengedit P. Adamus aku... dan beberapa orang kawan lama... mujurlah semuanya berjalan dengan lancar. dan satu lagi yang aku tak sangka, Kusyi Hirdan itu adalah perempuan! tak sangka... aku ingatkan dia itu lelaki... namun, aku respek pompuan macam dia... tengok novel baru dia yang bertajuk Penakluk Unggu. memang nak beli.. tapi tak sempat nak berbuat demikian... ada beberapa perkara yang mengalihkan perhatian aku dari mereka... walau apa pun suatu hari nanti aku akan beli novel2 tersebut dari penulisnya... nak dapatkan juga autograf diorang... hehehehe.... (Firdaus Arif takde, kata brader Syafiq... beliau ke Indonesia- bz dengan program.) Fadli al-Akiti? hmmm.. beliau pun tidak nampak bayang... Jundak- si Pendeta Khayalan itu juga ada... turut memriahkan pentas PTS. cuma si puteri Elaira tak kelihatan... dia kata nak datang... tapi, tak kelihatan pula beliau disitu... oh ya, baru teringat, dia ke Putrajaya. katanya ada belon udara kat situ... fuh! dia mesti seronok... Anyway... aku seronok hari ahad yang bersejarah itu...(21.03.2010) 11 pagi hingga 1 petang.