The Alien - Link Select

Rabu, 27 Januari 2010

LUURUKH DEWA ADAMEUS

RAKUUSSA UNIKORN
(Pedang Unikorn)




NEEHAKUD SAAUKH FIARANS


(Kepada Semua Fiarans)


NUSUARI


(Salam Sejahtera)


NAA


(Dan)


NEERAK TUUNAKRA PEERAA HE


(Semoga terhibur Membacanya)




WISSRAN DUKAAHE SERO, DEWA ADAMEUS


(Ikhlas daripada Saya, Dewa Adameus)

Selasa, 26 Januari 2010

NUSUARI... FIARANS

Selepas Pahlawan Adamus episod 1... saya masih bertungkus-lumus menyiapkan SAM C1G1 (AKU BUKAN HISYAM) part 2... Insyallah akan siap dalam bulan dua ini kalau tiada aral melintang.... dan pada masa yang sama merangka Pahlawan Adamus part 2 (ingin menjadikannya satu SAGA ADAMUS hingga 6 episod-Insyallah...)dan sebuah lagi novel fantasi Islamik yang masih dalam perancangan tetapi amat menyeronokkan dan teruja sangat-sangat untuk membuatnya setelah semua kertas kerja tentang Fantasi islamik tersebut dapat aku siapkan dalam bulan ini... Insyallah...


Saya harap pembaca terhibur dengan novel kedua saya(Pahlawan Adamus disingkat menjadi P.A sahaja...) P.A... memakan masa selama setahun untuk menyiapkannya... bukanlah setiap hari saya mengarang.. kadang-kadang dua ke tiga hari tidak mengarang kerana malas... ada masanya sampai dua bulan tidak berusik... mungkin kalau saya buat setiap hari...6 bulan agaknya boleh siap... tapi maklumlah kerja hakiki di pejabat berlambak-lambak dan rasa malas sentiasa ada dalam diri saya... tapi bila mood dan idea saya datang... itulah part paling seronok sekali.. otak saya terasa berasap-asap dan membahang menerima serta mencerna idea yang tiba...
Namun, saya sedar itu semua adalah rahmat dan berkat ilham dari Allah SWT yang memberi saay peluang untuk menerima cerita ini dari yang Maha Pencerita(Allah SWT). Sesungguhnya saya ini amat lemah dan tidak memiliki apa-apa pun dalam hal ini... semuanya dari Allah... dan sekiranya novel P.A ini bagus dan menghiburkan anda.. pujilah Allah... kerana Dia lah yang telah mencipta cerita ini... dan sekiranya ia tidak menghiburkan... maka cacilah diri saya... sesunguhnya yang buruk itu dari diri saya, dengan izin Allah jua...(Cukuplah Allah sebagai wakil.)
Saya sendiri belum memahami cerita yang Allah kurniakan kepada saya ini... saya perlu membacanya semula dalam bentuk buku... agar saya mampu memahami dan mampu pula meneruskan episod kedua P.A... Insyallah.
sama-samalah kita berdoa agar episod seterusnya akan berada di tangan pembaca kelak. Watak Adamus ini asalnya saya tidak menetapkan siapa... tetapi, saya mereka-reka nama sahaja agar bunyinya kedengaran pelik dan asing di telinga pendengar dan pembaca. jadi saya merujuk terus pada penciptaan Nabi Adam dan mengambil nama itu pada mulanya... kemudian saya memikirkan 'Adam' adalah nama biasa sahaja... dengan menambah U.S di hujungnya... kerana saya teringat watak ARTAKUS (ARTAK dan US saya samakan dengan ADAM dan US). merupakan watak karya Abang Pat (Ahmad Patria Abdulllah- Permata Aurorius). Tidak boleh dinafikan saya peminat fanatik ARTAKUSIAD... sebab itulah sedikit sebanyak P.A saya ini ada pengaruh Artakus sedikit... Tahniah buat Abang Pat yang menjadi 'BAPA FANTASI MALAYSIA'... saya amat berbangga dengan cetusan ilham dan kekuatan serta azam Abg Pat yang memulakan aura Fantasi di Malaysia.

Tahniah juga buat semua penulis-penulis Sci-Fi dan Fantasi(ANAK-ANAK FANTASI) yang bergiat cergas dalam memeriahkan gelombang industri ini di negara kita...

Akhir sekali...

"SATU FANTASI SATU MALAYSIA!"

Ahad, 24 Januari 2010

ADAMUS DAN KEKASIHNYA, HER-UNA...


Inilah Adamus dan ekkasihnya Her-Una. tetapi malangnya ilustrasi Her-Una tidak disertakan dalam novel Pahlawan Adamus. Hanya Adamus dan watak2 yang penting...
takpela..
nanti saya sediakan satu artikel tentang watak2 alam Fiara ini... banyak ilustrasi watak yang saya reka-cipta... disebabkan terlalu tebal novel tersebut... maka telah dikurangkan penyertaan ke atas ilustrasi yang banyak2 saya kirim kat PTS.

PAHLAWAN ADAMUS DAN AKU BUKAN HISYAM!




SCI-FI :AKU BUKAN HISYAM(PART 1) ----- PAHLAWAN ADAMUS(PART 1)- (FANTASI)



KEPADA SEMUA PEMINAT NOVEL FANTASI YANG BERADA DI SHAH ALAM. BOLEH DAPATKAN NOVEL 'PAHLAWAN ADAMUS' (PART 1) INI DI MPH SACC DAN JJ BUKIT RAJA PADA HARGA RM 19.90 SAHAJA.


SEKIRANYA MEMBELI DARI SAYA BAGI PEMINAT NOVEL FANTASI YANG INGIN MEMBELI. SAYA HANYA MENJUALNYA PADA HARGA RM 16.90 SAHAJA.

MANAKALA NOVEL SCI-FI 'AKU BUKAN HISYAM (PART 1)' PADA HARGA RM 14.90 DI MPH. SEKIRANYA DIBELI DARI SAYA. HARGA HANYA RM 11.00 SAHAJA.


ANDA BOLEH HUBUNGI SAYA DI TALIAN


HP : 019 385 2017


"STOK TERHAD!

SIAPA CEPAT DIA DAPAT!"

KURSUS PENULISAN SCI-FI DAN FANTASI


Sila baca peraturan membayar yuran bengkel -

sila klik sini

Kepada yang berminat, sila emel nama penuh, no untuk dihubungi (apabila perlu) ke ejenmanuskrip@yahoo.com

Pembimbing : Fadli Al-Akiti (sci-fi) dan Ahmad Patria Abdullah (fantasi)

Tarikh : 13 Jun 2010 (Ahad)

Tempat : IYC, Cheras. Sila klik peta ke IYC di sini.

Masa : 9pagi - 4 petang

Yuran : RM 150.00 - klik sini

Ahli berdaftar dan sudah membayar yuran - diskaun 20% Early Bird Fees (3 hari dari tarikh iklan - sila baca peraturan membayar yuran bengkel di atas)

Perserta : 15 - 20 Orang Sahaja

Minum Pagi & Makan Tengahari disediakanSijil disediakan

Ada kemudahan surau


013-6963826

ASTAKA VILLA AKSARA (AVA)http://ejenmanuskrip.blogspot.com/

Jumaat, 22 Januari 2010

BANTUAN IKHLAS DIPERLUKAN!

Salam buat semua saudara seagama....
gambar di atas adalah gambar sebuah masjid yang terletak di Kota Kinbalu Sabah. Ia merupakan bekas Gereja SDA yang dibelio oleh Tun Datu Mustapha dahulu. Bantuan amat digalakan untuk menjamin kelangsungan masjid ini...
Bantuan boleh disalurkan terus kepada pihak Sumbangan Ikhlas Umat Islam boleh disalurkan melalui :

No Akaun MAYBANK


PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN AS-SYATIBIYAH


NOMBOR AKAUN MAYBANK : 160214045547


Dan letakkan alamat email assyatibiyah@gmail.com




Atau melalui kiriman wang pos yang beralamat kepada :

PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN AS-SYATIBIYAH.
PEJABAT POS PUTATAN
PETI SURAT 50064
88721 KOTA KINABALU SABAH. MALAYSIA.

Atau untuk maklumat lanjut boleh menghubungi talian

no:1)Ustaz Hanzalah@Julniealam Bin Amilussin 019-8809729/ 016-9929729.

2) Encik Rajali Hamzah Bin Asmat 012-8314939 / 013-8873025.

3) Puan Hema Binti Jalairi. 088-237476 / 016-8384174.
"Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan bantuan anda."

Khamis, 21 Januari 2010

PAHLAWAN ADAMUS DAN SAM C1G1 AKAN KE PHILLIPINES!

SAM C1G1

PAHLAWAN ADAMUS


Hmmm... nampaknya dua pahlawan aku ini akan ke Phillipines tak lama lagi. di sana ada orang yang memesan novel ini. Sedara juga... dan megajar di sekolah kerajaan di sana. Dia memang pernah duduk di Sabah beberapa tahun dan bekerja. Dia cukup mahir berbahasa melayu dan sangat berminat untuk membaca novel aku.... nampaknya Pahlawan Adamus dan SAM C1G1 akan terbang merentasi lautan ke negara Jose Rizal itu kelak....
Berusahalah lagi SAM C1G1 dan Pahlawan ADAMUS!