The Alien - Link Select

Selasa, 24 Februari 2009

UNTUK MULUT SIHAT DAN GIGI PUTIH BERSIH.

CARA MEMBERUS GIGI YANG BETUL


SEBAGAI SEORANG ISLAM KITA ADA CARA-CARA MEMBERUS GIGI DENGAN BETUL. KEKERAPANNYA BAGI SETIAP HARI IALAH 5 KALI SEHARI IAITU SEWAKTU HENDAK MENUNAIKAN SOLAT 5 WAKTU. SETIAP KALI MENUNAIKAN SOLAT WAJIB ADALAH SATU SUNNAH RASULULLAH BERSIWAK ATAU MEMBERUS GIGI DENGAN KAYU SUGI. SETIAP KALI KITA MELAKUKANNYA AKAN DIBERI PAHALA.



KAEDAH YANG PERLU DIIKUTI KETIKA MEMBERUS:


1. MEMBERUS KE ATAS DAN KE BAWAH GIGI. ( dalam semua bahagian gigi)
2. MEMBERUS KE KIRI DAN KE KANAN GIGI( Dalam semua bahagian gigi)
3. MEMBERUS MEMUTAR 360’ BAGI BAHAGIAN LUARAN GIGI.
4. MEMBERUS KELUAR MASUK ATAU TOLAK TARIK.
5. SETIAP KALI MEMBERUS SETIAP BAHAGIAN GIGI. HENDAKLAH MEMBACA BISMILLAHIRAHMANIRRAHIIM SEBANYAK 3 KALI DALAM HATI. KEMUDIAN BARULAH BERALIH KE BAHAGIAN LAIN PULA DENGAN KAEDAH YANG SAMA.
6. KEMUDIAN BERUS LIDAH SAMBIL DIIRINGI BACAAN YANG SAMA SEPERTI DI ATAS.
7. BERKUMUR SEBANYAK 3 KALI SAMBIL SELAWAT DALAM HATI 3 KALI.
8. KEMUDIAN HENDAKLAH BERDOA DENGAN DOA BERIKUT :
” YA ALLAH, AMPUNILAH DOSA-DOSA MULUTKU, RAHMATILAH, BERKATILAH IA, SEMPURNAKANLAH PERKATAAN DARINYA, WANGIKANLAH KEADAANNYA, KURNIAKANLAH CAHAYA UNTUKNYA DAN LINDUNGILAH IA DARI KEJAHATAN SYAITAN DAN JIN LAKNATULLAH. (SALAWAT)” AMIN.




HENDAKLAH BERUS GIGI YANG ANDA PAKAI ITU DIRENDAM DENGAN AIR PANAS SEBELUM DAN SESUDAHNYA, INI BAGI MENJAMIN KEBERSIHANNYA.



”Sesungguhnya Rasulullah bersiwak setiap kali baginda solat..” Al Hadis.


PETUA MEMUTIHKAN GIGI

Untuk menjadikan gigi (Mulut) anda sentiasa bersih, sihat dan putih bersinar amalkan petua ini dua kali sehari. :-

Mula-mula sekali ialah DOA. Doa sangat penting dalam apa jua yang kita lakukan. Sebagai orang Islam setiap apa yang kita lakukan perlu diiringi doa…. Itulah ajaran Rasulullah SAW. Untuk doa KETIKA memberus gigi ini pula …doanya mudah sahaja :

“Bismillahirahmaanirrahiim, Ya Allah(3Kali), ampunilah dosa-dosa mulutku dan berkatilah, rahmatilah dan sihatkanlah mulutku seperti mana Engkau memberkati dan menyihatkan mulut Rasulullah SAW berkat Kalimah Laa ilaaha illallah Muhammadurrasulullah. Shallallahu alaa Muhammad (3 kali) … Amin Ya Rabbil Aalamin.”

Kedua… Bancuh air dan satu sudu garam halus. (Sediakan dalam botol atau bekas seperti gelas dsb.). Berkumurlah dengan air garam itu dua kali sebelum memberus gigi dengan colgate(Disyorkan ubat gigi Safi-kayu sugi). Amalkan setiap hari bangun dari tidur dan sebelum tidur. Insyallah anda akan terhindar dari masalah gigi sakit atau gusi sakit, Ulser dan sebagainya. Malah mulut anda akan terhindar dari bau busuk.

Seminggu sekali berkumurlah dengan Air Bawang Putih (3 Ulas bawang Putih ditumbuk halus dan direndam dengan air masak.) Berkumur seminit dan buang air tu… lepas tu berkumur lagi seminit… dan buang lagi.. berkumur lagi dan buang… cukuplah seminggu sekali dilakukan cara yang ketiga ini… Insyallah mulut anda akan sihat sepanjang hayat anda… Insyallah!

Selamat mengamalkannya. Good luck!



Antara kelebihan-kelebihannya ialah :


1. diberkati Allah akan mulutnya dan diredhai-Nya.
2. dimuliakan oleh para malaikat.
3. mendapat ganjaran pahala pengamal sunnah Rasulullah SAW.
4. mewangikan mulut dan memutihkan gigi. Jauhdari masalah penyakit mulut dan sebagainya.
5. memudahkan kita melakukan kebaikan, seperti bezikir dan membaca ayat2 Allah.
6. kebersihan mulut adalah amat penting semasa melaksanakan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.
7. Syaitan menjauhi mulutnya.
8. menyenangkan suami bagi isteri yang mengamalkannya. Dan menyenangkan isteri bagi suami yang mengamalkannya.
9. merasa yakin diri dalam pergaulan seharian.
10. rasa segar dan sihat.




Cadangan tentang ubat gigi;

Anda boleh menggunakan ubat gigi yang dihalalkan oleh islam sahaja. Ada baiknya kita ambil ubat gigi yang telah dicop HALAL oleh JAKIM, contohnya seperti ubat gigi NAJWA, MU’MIN, SAFI-UBAT GIGI SUGI ATAU GAMAT, DAN SEBAGAINYA. Anda boleh juga menggunakan ubat kumur seperti Procare Mouthwash. Jangan sesekali guna Lestrine kerana ia memiliki alkohol sebanyak 20%. Dan ini Haram digunakan oleh orang Islam. Gunakan air Garam sahaja seperti yang tersebut di atas.


Cadangan tentang berus gigi:

Pakailah berus gigi yang sistematik dan terkini. Contohnya : berus gigi 360’ dan sebagainya.

Sekian dulu buat kali ini. Semoga kita semua mendapat manfaat yang kekal dan terbaik untuk diri kita dan keluarga. Khususnya agama, masyarakat amnya....

"Semoga Allah memberkati kamu dan sesiapa pun yang bersama kamu...amin”
-RUJUKAN : KITAB FALSAFAH SULUKEN-

Ahad, 22 Februari 2009

Cindai Asmara

Kasihmu...Tak pernah terpisah
Walau di hati
Tak reda resah
Antara kau dan aku
Banyak jurangnya
Walaupun kita
Saling merindu
Ku tahu...
Hatimu sengsara
Menyintaiku penuh bebanan
Namun ku jua begitu
Berulang duka
Takkan bergoyah kasih dan sayang
Yang telah kita sulam bersama
Di musim cinta
Rendakan cindai asmaramu
Hanya untukku
Di mahligai seribu rindu...
Kita bertemu
Takkan bergoyah kasih dan sayang
Yang telah kita sulam bersama
Di musim cinta
Rendakan cindai asmaramu
Hanya untukku
Di mahligai seribu rindu...
Kita bertemuKu tahu...
Hatimu sengsara
Menyintaiku penuh bebanan
Namun ku jua begitu
Berulang duka
Namun ku jua begitu
Berulang duka

Rabu, 11 Februari 2009

::: RATUKU :::

Bisikan yang pertama
Membawa erti untuk selamanya
Aku bagai tak percaya
Apa yang telah pun kurasa
Engkau bagaikan ohhh... permataku
Engkau pun jua ratuku
Engkaulah segalanya
Engkau hanyalah untuk diriku
Aku hanya untukmu
Itulah janjiku padamu
Kita bagaikan ombak dan pantai
Tidakkan terpisah lagi
Walaupun pasangnya
Walaupun surutnya laut
Ratapan naluri
Memanggilkan namamu
Kerana pertemuan ini
Akanku abadikan
Segala memori
Kulewati waktu itu
Didalam pelukanku
Gugurnya pemisah
Di antara kita terbinanya
Satu mercu tanda
Cinta yang setia
Meredahi masa meniti usia
Hingga keakhirnya
Kuabadi cinta dihati ini

Isnin, 2 Februari 2009

KHASIAT BISMILLAH DAN BISMILLAH 6


"Dan Tuhan berfirman: "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."(Al-Mukmin : 60)
**KHASIAT BISMILLAH***
Terlindung Dari Syaitan, Pencuri dan Mati Mendadak
Jika dibaca sebanyak 21 kali sewaktu hendak tidur, maka kita akan dipelihara daripada syaitan, pencuri dan mati secara mendadak.
*Untuk Menghilangkan Kebebalan (kebodohan)
Jika dibaca pada segelas air sebanyak 786 kali (malam hari), lalu keesokan paginya (sewaktu matahari terbit) diberi minum kepada orang yang bebal hatinya. InsyaAllah.. akan menunjukkan hasil tetapi harus dilakukan selama 7 hari berturut-turut.
*Untuk Meremehkan Orang Zalim
Bacalah sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, insyaAllah dia akan diremehkan oleh Allah swt.
*Terpelihara Dari Rasukan Jin Dan Syaitan
Tulis sebanyak 35 kali lalu pasangkan pada pintu. InsyaAllah, jin dan syaitan tidak akan berani masuk.
*Untuk Keselamatan Sawah
Tulis sebanyak 101 kali bismillah dan masukkan ke dalam botol yang tertutup. Kemudian, dipendamkan di dalam (kawasan tengah) sawah. InsyaAllah, sawah tersebut selamat daripada bahaya.


Khasiat (Doa) Bismillah 6..
Bismillah 6
1-Makbul segala hajat dan cita-cita.
2-Luas rezkinya.
3-Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
4-Menang dalam peperangan.
5-Penerang hati.
6-Diajuhkan dari segala penyakit.
7-Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
8-Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
9-Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
10-Aman daripada binatang2 buas.
11-Air laut menjadi tawar.
12-Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
13-Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
14-Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
15-Terselamat dari karam dilaut.
16-Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
17-Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
18-Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
19-Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
20-Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
21-Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
22-Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
23-Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca 24-al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.
AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH

Khamis, 22 Januari 2009

KITA???

KITA
1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh.
2. Kita bukannya kaya untuk cakap orang lain miskin.
3. Kita bukannya handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome.
4. Kita bukannya cantik untuk cakap orang lain tak lawa.
5. Kita bukannya baik untuk cakap orang lain jahat.
6. Kita bukannya alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang.
7. Kita bukannya kuat untuk cakap orang lain lemah.
8. Kita bukannya berani untuk cakap orang lain penakut.

Tapi...

1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain.
2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan.
3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri.
4. Kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain.
5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain.
6. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati.
7. Kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah.
8. Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama.
Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. Setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri.
KEMENANGAN DAN KEMEGAHAN BUKAN SAJA TERLETAK PADA KESANGGUPAN MEREBAH LAWAN TETAPI DAPAT MELAWAN KEMARAHAN HATI ITU JUGA SUATU KEMENANGAN YANG AMAT BERERTI.

Best pula artikel ni.. tu yang aku letak je dlm blog aku ni... ok... hayati kata-kata ini...



THANKS FOR MR. HERMAN

Isnin, 5 Januari 2009

2009

KINI aku pelanggan CELCOM! sekaligus adalah pengguna 019 .. hehehe.. bil pula tu.... Blue Tube la.... hehehe.. lagi senang sikit aku nak call 5 sub aku tu... setakat ini baru satu laa... dan satulagi aku dah beli Laptop ACER Aspire 4350 senang sikit aku nak siap 3 buah novel yang aku buat serentak...Nak buat kat opis.. memang takde masa.... aku just boleh buat rekaan untyuk novel tersebut je ... hehehe.. tahun 2009 adalah tahun yang cukup bagi cabaran pada aku... and this is what i like so much!!!!... go!go!go!