The Alien - Link Select

Isnin, 4 Ogos 2008

WONG ENTERPRISE


Tiba-tiba satu kekecohan berlaku di kaunter hadapan.
Encik Wong segera bertindak pantas dengan bergegas cepat ke kaunter. Seorang lelaki melayu sedang bertekak dengan pekerjanya. Lelaki itu berumur dalam lingkungan 30-an dan berpakaian kemas.
Haidar mengalih perhatian ke arah kaunter. Siva dan Kai juga berbuat demikian.
”Kai...”
”Ya?”
”Ini latihan untuk kamu sebagai penyiasat ketiga. Saya mahu kamu menganalisa lelaki itu dan beritahu saya nanti. Setiap aktiviti orang perseorangan hendaklah kita siasat dengan teliti. Tidak ketinggalan juga individu yang muncul selepas satu-satu kejadian berlaku. Saya ingin melihat ke belakang kedai ini. Kamu, Siva. Teruskan dalam kedai ini.” Haidar kermudiannya bergerak ke arah pintu hadapan kedai dan melepasi lelaki yang sedang bertekak dengan Encik Wong itu.
Seimbas dipandangnya lelaki itu. Kemudian dia keluar melalui pintu cermin yang tertulis di permukaannya dengan perkataan ’Sila Masuk’. Tanpa menghiraukan situasi yang berlaku itu dia bergerak ke bahagian belakang kedai.
Siva turut bergerak dan meneliti kesan-kesan yang mungkin ditinggalkan oleh penceroboh itu. Manakala Kai pula menghampiri kaunter dan berdiri di belakang encik Wong. Lelaki berkulit cerah itu diperhatikan.
“Aku tak peduli!”
“Tak boleh, encik.” Pekerja encik Wong bersuara sedikit tertekan dengan kerenah lelaki itu.
Lelaki itu kelihatan agak tertekan dengan keinginannya sendiri.
“Ya encik? Apa yang boleh saya tolong?” Encik Wong bersuara. Lelaki berpakaian kemas itu menoleh pada encik Wong dengan wajah yang sedikit lega.
“Aaah... Mujurlah encik ada. Encik ni siapa?”
“Saya pengurus Wong Enterprise. Apa yang boleh saya bantu, encik?”
Kai merenung lelaki itu dari atas ke bawah. Ada sesuatu yang menarik perhatian Kai pada lelaki itu.
”Saya mahu beli kesemua stok sabun yang ada dalam kedai ini.” kata lelaki itu.
Encik Wong kerut kening tapi masih mampu senyum nipis pada lelaki itu. Sekilas dia menoleh ke belakang kedai, melihat Siva sedang mundar-mandir di situ dan kemudian mengarahkan pandangannya kepada lelaki itu.
”Maafkan saya, encik...?”
”Jarud. Panggil saya Jarud sahaja. Bagaimana encik? Boleh saya beli kesemua stok sabun encik?” Soal lelaki itu tidak sabar-sabar.
”Maafkan saya Encik Jarud. Kami menghadapi sedikit masalah dengan stok-stok sabun yang ada. Mungkin encik boleh dapatkan sabun-sabun yang encik mahu di kedai sebelah. Rinie Shopmall pasti ada stok sabun yang encik inginkan.”
”Saya hanya mahukan sabun jenama Mezzest. Saya sudah pun ke kedai itu tadi. Mereka sudah kehabisan stok jenama itu.”
Encik Wong diam seketika. Dan kemudian dia bersuara. ”Maaflah encik Jarud. Kami memang tidak dapat menjualnya pada encik buat masa ini. Esok atau lusa encik boleh datang semual. Kami akan dapatkan stok-stok baru untuk jenama sabun itu.”
”Tidak!” tiba-tiba lelaki itu meninggikan suara. ”Saya mahukan sabun-sabun itu hari ini juga. Katakan berapa sahaja harga yang encik tawarkan.”
Encik Wong kerut kening. Persoalan muncul dibenaknya.. kerenah lelaki itu agak ganjil. Kai juga merasakan sesuatu yang pelik dengan pelanggan itu. Untuk apa lelaki itu mahukan kesemua stok sabun yang ada? Dan siapa lelaki itu? Persoalan itu muncul dalam kotak fikiran Kai.
Kai bergerak kedepan pintu masuk dan mencari-cari sesuatu di situ. Kemudian dia masuk semula dan mencapai dua plastik teopung gandum cap ‘Wau’. Gelagat Kai ini tidak disedari langsung oleh encik Wong atau pelanggannya yang sedang tertekan itu. Tiba-tiba Kai tersadung sesuatu ketika menghampiri pintu. Tepung cap Wau pecah dan bertaburan di pintu masuk.
Encik Wong menoleh ke arah Kai. Tetapi kembali menoleh ke wajah lelaki itu.
”Maafkan saya, encik Jarud. Encik datang esok sahaja.”
Lelaki itu tidak menyahut. Tetapi berlalu setelah menarik nafas dalam keadaan marah dan tertekan. Tanpa mempedulikan Kai yang terbongkok-bongkok mencapai plastik tepung yang pecah itu dia melangkah dan memijak serbuk tepung itu.
Setelah lelaki itu hilang di balik bangunan encik Wong mendapatkan Kai. ”Kenapa ni?”
”Maafkan saya encik Wong.” Kai memohon maaf. ”Saya perlu dapatkan sesuatu di sini.”
”Encik Wong kerut kening. ” Apa dia?”
Kai tidak menyahut dan kemudian membongkok dan meneliti tapak kaki yang ditinggalkan oleh lelaki itu tadi. Kai mengukur tapak kaki yang terhasil dari serbuk tepung yang memutih di atas lantai marmar dengan menggunakan pita pengukur. Encik Wong sekadar memerhatikan perbuatan Kai dengan penuh tanda tanya.



HAIDAR memerhati sekeliling. Lorong belakang itu adalah sama seperti lorong-lorong belakang kedai yang pernah dilihatnya. Penuh dengan sampah-sarap yang memenuhi tong sampah yang sudah tepu dengan kotoran. Belakang kedai encik Wong kelihatan bersih dan tiada sebarang kenderaan yang kelihatan.
Ada sebuah pintu dengan pemegang tombol bulat yang dihadang gril besi hitam di belakang kedai itu. Tiada langsung tanda-tanda yang mencurigakan.
Haidar memeriksa dengan teliti beberapa kali. Dan kemudian dia bergegas ke depan kedai. Sebelah kedai Wong Enterprise adalah kedai runcit Azli Shopping. Haidar masuk dan bercakap dengan seorang petugas di kaunter dan kemudian keluar dari perut kedai mendapartkan Kai di hadapan kedai.
”Kai?”
Kai yang ketika itu sedang mengukur kesan tapak kaki mendongak dan senyum. ”Dah dapat!” katanya.
Haidar mengangguk dan bergerak ke belakang kedai. Siva ketika itu sedang meneliti sesuatu pada beberapa bahagian dinding stor.
”Siva?”
”Beres!”
”Kai?”
”Lelaki tadi bernama Jarud, bukan seorang yang bekerja di jabatan kerajaan. Bekerja di sebuah syarikat swasta di sekyen 16. Kilang Sabun Mezzest. Dia mungkin orang yang kita cari.” ulas Kai sambil menoleh ke arah Haidar dan Siva.
Encik Wong ternganga mendengar kata-kata Kai. Kerut di keningnya kelihatan lebih jelas kini.
”Siva?”
”Sabun-sabun yang ada ini menunjukkan penceroboh ini cuai dalam menjalankan kerja-kerjanya. Dia bukan sahaja meninggalkan kesan dirinya malah telah mendedahkan siapa dirinya yang sebenarnya. Saya telah mengukur kesan tapak kaki yang tertinggal di sudut barat stor ini. Ada kesan minyak yang berbentuk tapak kasut di sana.”
”Kesan tapak kasut?”
”Ya, dan ia adalah saiz tujuh, jenis tapak bergerigi tajam dan bunga bulat.”
”Hmmm... sama dengan lelaki tadi. Saiz tujuh.”
”Lelaki tadi?”
”Ya... lelaki yang bertekak dengan encik Wong tadi.”
Mereka bertiga menoleh ke arah lelaki cina itu.
”kamu pastikah lelaki tadi adalah orangnya?” soal encik Wong.
Haidar menggeleng. ”Mungkin... kita akan pastikan malam ini.”
”Malam ini?”
”Ya... malam ini. Saya yakin penceroboh itu akan kembali lagi. Siapa pun dia, tugasnya belum selesai.” Gumam Haidar.
”Tapi mana kamu tahu lelaki tadi...?”
”Mudah saja encik Wong.” Haidar mengorak senyum. Ditatapnya wajah encik Wong yang berkerut kehairanan itu. ”Jarud itu bukanlah penjawat awam walaupun dia seorang yang berdisiplin dan berpakaian kemas. Hari ini adalah hari Khamis. Dan penjawat awam diwajibkan memakainya pada hari khamis. Dan hari itu adalah hari ini, Encik Wong.”
”Mana kamu tahu dia bekerja di kilang sabun Mezzest?”
”Baju yang dia pakai ada nama yang terukir pada kolar bajunya. Walaupun agak kecil perkataan itu. Namun, ia jelas dilihat. Mezzest!”

”Kita perlu bersedia... malam ini dia akan kembali lagi.”
”Dia akan kembali lagi?”
Haidar mengangguk. Siva dan Kai sekadar memerhati wajah encik yang terlopng dengan ungkapan ketua penyiasat itu.
“Mana kamu tahu dia akan kembali lagi?”
”Tugasnya masih belum selesai. Objek yang dicari belum dijumpai. Kedai sebelah juga digeledah dua hari lepas.”
”Hah? Kedai sebelah pun diceroboh juga?” Encik Wong sekali lagi bersuara dengan nada yang terkejut. ”Tapi, encik Azli tak beritahu pun tentang kedainya yang diceroboh.”
“Ya, betul... kalau kita tidak bersedia malam ini. Tentu orang ini akan dapat apa yang dicarinya. Kita mesti tangkap dia dan apapun yang ingin dicarinya. Tadi saya telah berjumpa dengan seorang pekerja di kedai sebelah.”
”Encik Wong ada stok lain, kah?”
“Ada… saya ada sebuah kotak sabun jenama itu lagi.”









2 PAGI

HAIDAR melabuhkan punggungnya setelah penat mencangkung dia atas lantai kedai yang semakin sejuk itu. Siva dan Kai berada tidak jauh darinya. Kedua-dua sahabatnya itu juga sepertinya. Manunggu dan memerhati ketibaan penceroboh itu. Dia ingin melihat sendiri penceroboh itu.
“Kau yakin penceroboh itu akan datang malam ni?”
Haidar angguk. Segala ceruk kedai itu diperhati dengan teliti. Suasana suram menguasai ruang kedai itu. Dia tahu ada kamera litar tertutup yang baru saja dipasang petang tadi di sudut utara ruang kedai. Dari sudut itulah segala objek yang bakal muncul di pintu masuk itu akan kelihatan. Namun, dia bukanlah bodoh untuk menunggu di sana. Penceroboh biasanya tidak akan melalui pintu yang ternganga.
SEDUTAN DARI NOVEL TIGA PENYIASAT- Karya baru SILZACK KHAIROL.

Ahad, 3 Ogos 2008

DARK KNIGHT???

THE DARK KNIGHT. satu movie yang aku tunggu-tunggu. Kali ini durasinya lebih panjang. Aku masuk pannggung start jam 5.30 petang dan aku kuar pannggung jam 8 malam... lama gile citenya. Dua jam lebih tu.... citenya lebih banyak menggunakan akal aku yang memang ketandusan idea buat masa sekarang. Kali ini Batman memang menghadapi banyak tekanan dariu musuh yang bijak dan saiko gile, The JOKER. Si Badut yang memang genius gile!

Jumaat, 1 Ogos 2008

SUDAH lama aku mencari gambar topeng THE MASK ini... akhirnya aku jumpa juga ... hihiihi.. aku ingat lagi masa aku tgk cite ni kat panggung. Aku tak pernah kenal siapa Jim Carry... lepas tgk cite ni aku kenal juga pelakon yang memang berbakat besar ini... masa tu aku masih di KK lagi... memang puas hati tgk cite ni... tetapi sambungan dia tak bepa best laa... laagi best yang part 1 punya....
anyway aku lapor diri hari ni untuk jawatan baru... kiranya aku naik setahap lagi laa... dlm diari hidup aku... so.. bertambah lagi lah keje... bertambah sibuk laaa aku ni kelak... novel aku dah lama terbengkalai... aku tak tau

Rabu, 30 Julai 2008

KUNTILANAK 3


Semalam hari Rabu. Tiket murah (RM 6)- Rabu sahaja... tu yang aku suke bangat tgk kat TGV- bukan je tiket murah... tapi senang nak dapat tempat. Cuma malang sikitlah semalam.. tak dapat tgk cite Dark Knight... tukar cite lain... cite Kuntilanak 3- so.. kita orang pi berempat je, Syikin, Yati, Aku and FD... hehehe... best gak cite hantu dia... kelakar and funny.. heheheheahahahahaaaaaaaaaaa,,...... tapi ngeri sikitlah... siap hantu dia pakai kanta lekap yang ada lampu cerah... hahaha ..... memang seram...seram gile! Batman tu nanti2 lah..

SUNGAI TEKALI?

HARI AHAD LEPAS. aku ngan FD pi kampung dia. dan berpeluang lah aku menikmati arus sungai Tekali yang segar dan nyaman itu. He he he... masuk kat kawasan ni kena bayar... RM 1 je untuk dewasa... dan Limapuluh sen je untuk kanak2... so... kami tiba di sana dalam jam 2 lebih laaa... dah petang sikit... lepas solat Zohor.. aku ngan FD pi cari port baaaiiikkk punya!... dapat je.. a[a l;agi mandi2 laaa....dan bergambar sikit2..

Selasa, 29 Julai 2008


Gambar di atas adalah gambar di sebuah kampung nelayan yang terletak di Terengganu. Kita orang berhenti kat situ untuk beli keropok Lekor. bestkan tempat tu??? Dalam banyak2 tempat .. aku paling suke kat jeti... aku leh nampak kapal berlabuh dan bau laut yang ditiup bersama angin petang yang nyaman... fuuuhhhh!!! membuat jiwa Blues aku ini bagaikan dalam Syurga..

Ahad, 27 Julai 2008

MENGGAMBAR ITU HARAM!

Pada dasarnya para ‘ulama sepakat bahwa hukum menggambar makhluk bernyawa adalah haram. Banyak riwayat yang menuturkan tentang larangan menggambar makhluk bernyawa, baik binatang mahupun manusia. Sedangkan hukum menggambar makhluk yang tidak bernyawa, misalnya tetumbuhan dan pepohonan adalah mubah. Berikut ini akan kami ketengahkan riwayat-riwayat yang melarang kaum muslim menggambar makhluk bernyawa.Dari Ibnu, dia berkata, “Rasulullah Saw bersabda, ‘Barangsiapa menggambar suatu gambar dari sesuatu yang bernyawa di dunia, maka dia akan diminta untuk meniupkan ruh kepada gambarnya itu kelak di hari akhir, sedangkan dia tidak kuasa untuk meniupklannya.’” [HR. Bukhari].Rasulullah Saw bersabda, “Sesungguhnya diantara manusia yang paling besar siksanya pada hari kiamat adalah orang-orang yang menggambar gambar-gambar yang bernyawa.” (lihat Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, bab Tashwiir).Diriwayatkan oleh Imam Muslim, bahwa seorang lelaki datang kepada Ibnu ‘Abbas, lalu katanya, “Sesungguhnya aku menggambar gambar-gambar ini dan aku menyukainya.” Ibnu ‘Abbas segera berkata kepada orang itu, “Mendekatlah kepadaku”. Lalu, orang itu segera mendekat kepadanya. Selanjutnya, Ibnu ‘Abbas mengulang-ulang perkataannya itu, dan orang itu mendekat kepadanya. Setelah dekat, Ibnu ‘Abbas meletakkan tangannya di atas kepala orang tersebut dan berkata, “Aku beritahukan kepadamu apa yang pernah aku dengar. Aku pernah mendengar Rasulullah Saw bersabda, ‘Setiap orang yang menggambar akan dimasukkan ke neraka, dan dijadikan baginya untuk setiap gambarnya itu nyawa, lalu gambar itu akan menyeksanya di dalam neraka Jahanam.’” Ibnu ‘Abbas berkata lagi, “Bila engkau tetap hendak menggambar, maka gambarlah pohon dan apa yang tidak bernyawa.” [HR. Muslim].Dari ‘Ali ra, ia berkata, “Rasulullah Saw sedang melawat jenazah, lalu beliau berkata, ‘Siapakah di antara kamu yang mahu pergi ke Madinah, maka janganlah ia membiarkan satu berhala pun kecuali dia menghancurkannya, tidak satu pun kuburan kecuali dia ratakan dengan tanah, dan tidak satupun gambar kecuali dia melumurinya?’ Seorang lelaki berkata, ‘Saya, wahai Rasulullah.’ ‘Ali berkata, “Penduduk Madinah merasa takut dan orang itu berangkat, kemudian kembali lagi. Lelaki itu berkata, ‘Wahai Rasulullah, tidak aku biarkan satu berhala pun kecuali aku hancurkan, tidak satu pun kuburan kecuali aku ratakan, dan tidak satu pun gambar kecuali aku lumuri’. Rasulullah bersabda, ‘Barangsiapa kembali lagi membuat sesuatu dari yang demikian ini, maka bererti dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad Saw.’” [HR. Ahmad dengan isnad hasan].Larangan menggambar gambar di sini mencakup semua gambar yang bernyawa, baik gambar itu timbul mahupun tidak, sempurna atau tidak, dan digayakan mahupun tidak. Seluruh gambar yang mencitrakan makhluk bernyawa, baik lengkap, setengah, kemungkinan boleh hidup atau tidak, digayakan mahupun dalam bentuk karikatur adalah haram. Syaikh Taqiyuddin an-Nabhani dalam kitab al-Syakhshiyyah al-Islamiyyah, juz 2, menyatakan, bahwa gambar yang dimaksud di dalam riwayat-riwayat di atas adalah semua gambar yang mencitrakan makhluk bernyawa, baik lengkap, setengah, kemungkinan boleh hidup atau tidak, mahupun distilir atau tidak. Semuanya terkena larangan hadits-hadits di atas (Syaikh Taqiyuddin an-Nabhani, al-Syakhshiyyah al-Islamiyyah, juz 2, bab Tashwiir).Larangan yang terkandung di dalam nas-nas di atas juga tidak mengandung ‘illat. Larangan menggambar makhluk bernyawa bukan kerana alasan gambar itu sempurna atau tidak. Larangan itu juga tidak berhubungan dengan apakah gambar tersebut mungkin boleh hidup atau tidak, digayakan mahupun tidak. Semua gambar makhluk hidup walaupun tidak lengkap hukumnya tetap haram.Walhasil, gambar manusia dalam bentuk karikatur, komik, mahupun batik yang dikomersilkan adalah haram, tanpa ada keraguan sedikit pun. Semua gambar makhluk bernyawa baik digambar secara gaya natural, kubik, mahupun gaya-gaya yang lain adalah haram. Demikian juga, gambar potongan kepala, tangan manusia, sayap burung dan sebagainya adalah haram. Untuk itu, menggambar komik Sailormoon, Dragon Ball, Ninja Boy, Kunfu Boy, Samurai X, dan lain sebagainya adalah perbuatan haram. Sedangkan proses mendapatkan gambar-gambar yang diperoleh dari proses bukan “menggambar”, misalnya dengan cara scan, cetak, mahupun fotografi, printing dan lain sebagainya, bukanlah aktiviti yang diharamkan. Sebab, fakta “menggambar dengan tangan secara langsung” dengan media tangan, berus, mouse dan sebagainya (aktiviti yang haram), berbeda dengan fakta mencetak mahupun fotografi. Oleh kerana itu, mencetak mahupun fotografi bukan tashwir, sehingga tidak berlaku hukum tashwir. Atas dasar itu stiker bergambar manusia yang diperoleh dari proses cetak mahupun printing tidak terkena larangan hadits-hadits di atas.