The Alien - Link Select

Ahad, 11 Mei 2008

AJAIBNYA AIR-CIPTAAN ALLAH SWT SEBAGAI UBAT.


RESEPI TERAPI AIR
Terapi Air telah banyak menunjukkan hasil yang menakjubkan dalam rawatan pelbagai penyakit. Pengamal sains perubatan tradisional di India meyakini terapi ini dapat membantu penderita pelbagai penyakit. Anda tidak perlu membelanjakan duit yang banyak untuk ubat-ubatan, suntikan, diagnosis yang mahal dan sebagainya. Hanya dengan meminum lima hingga enam gelas iaitu lebih kurang 1.5 liter air bersih, ianya dapat menyembuhkan beberapa penyakit. Anda perlu mencuba sendiri terapi ini dahulu barulah percaya dengan kehebatan Terapi Air. Mereka yang mengalami masalah dibawah telah mendapat faedah daripada Terapi Air dan ada juga yang telah sembuh:
Sakit kepala
Asthma
Tekanan Darah tinggi/Hyper Tension
Bronchitis
Anemia
Pulmonary Tuberculosis (TB)
Rheumatism
Meningitis
Batu Karang
Obesiti
Arthritis
Hyper acidity
Sinusitis
Batuk
Kencing manis
Laryngitis
Kanser
Sembelit (Constipation)
Keracunan Makanan
BAGAIMANA AIR BERTINDAK?Minum air yang bersih dan tulen dengan kaedah yang betul akan membersihkan tubuh badan. Air ini akan membersihkan dan menyucikan kolon (colon) dengan lebih efektif bagi penghasilan darah yang segar. Apabila kolon bersih, nutrien daripada makanan yang diambil seharian akan mudah diserap dan ini akan menghasilkan darah segar.
BAGAIMANA MEMPRAKTIKKAN TERAPI AIR?
Ketika bangun daripada tidur di waktu pagi, sebelum anda memberus gigi, minumlah air masak atau air tapis atau air distil sebanyak 1.5 liter. Bagi mendapatkan efek yang lebih baik, jangan makan atau minum air lain seperti kopi , teh dan sebagainya dalam masa satu jam sebelum dan selepas terapi air bermula. Pada mulanya memang sukar untuk minum lima hingga enam gelas air dalam satu masa, namun jika sudah biasa ia tidaklah sesukar diawal terapi. Ketika menjalani Terapi Air ini, minumlah sebanyak mungkin air daripada 1.5 liter tadi dan hanya boleh berhenti seketika selama 2 minit, kemudian terus habiskan baki air tersebut. Perlu dingatkan agar anda tidak minum atau mengambil minuman beralkohol pada malam sebelum Terapi Air ini dijalankan. Adalah normal sekiranya anda kencing 2-3 kali dalam sejam, kekerapan ini akan kembali normal selepas beberapa jam.
BERAPA LAMA TERAPI INI AKAN MENUNJUKKAN KESANNYA?Daripada pengalaman dan kajian yang dibuat oleh ahli Terapi Air, masa yang diambil untuk terapi ini berkesan bagi beberapa masalah kesihatan adalah seperti berikut:
Constipation 1 day
Hyper acidity 2 days
Kencing manis 7 days
Tekanan Darah tinggi/Hyper Tension 4 weeks
Kanser 4 weeks
Pulmonary TB 3 weeks
Manakala dicadangkan kepada penderita Arthritis atau Rheumatism agar mempraktikkan Terapi Air sebanyak tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari dan malam, sejam sebelum makan selama seminggu dan selepas itu teruskan terapi ini dua kali sehari sehingga sembuh.

Sabtu, 10 Mei 2008



Aku cuba reka-cipta kulit novel aku sendiri... entahlah ok ke tak... korang tgklah sendiri... penat tau buat ni... dari pagi sampai petang aku buat rangkanya sahaja... Aku buat pun kat kaunter... mujurlah student kurang sgt... minggu depan dah nak cuti sem... so kita orag keje opis hour la minggu depan... yeahhhhhhhaaaaaaa!
Aku cari dalam internet tentang HUMAN. semuanya tentang manusia. so I found this... tentang tubuh manusia... mujurlah model ni memang sesuai dengan watak SAM C1G1- dan Krimna yang kuat gile tu... so.. aku repair dalam Paint memandangkan aku takde program adobe atau Photoshop. so using my creativitiy... i made the model. so... apa yang anda lihat di atas adalah hasil kreativiti yang tidak kunjung padam ini. selain itu disebabkan si FD tu ada cakap kat aku yang novel awal remaja ni memerlukan gambar2 ilustrasi yang dilukis sendiri .. aku pun lukis la beberapa buah gambar yang diperlukan itu.... alhamdulillah.. dengan bantuan inetrnet..dan kepakaran aku melukis terhasillah babak2 pertarungan sengit macam Dragon Ball di antara Krimna dan SAM C1G1.
sampai kini aku masih tidak dapat respon apa2 dari KD. last sekali editorial ada cakap yang diorang tengah edit karya aku tu... terus terang aku cakap. KD dah salah letak karya aku tu dalam ketegori Novel Awal Remaja. sepatutnya novel tu diletakkan dalam Novel Dewasa seperti mana menurut Idea asal aku dan Encik Syafizan dari PTS. Tetapi KD (En. Fadhli Jamal telah meletakkan di ketegori yang salah.... aku tak puas hati.. tetapi inilah nasib penulis2 baru ni.. kena ikut apa cakap penerbit laa.. Aku tertanya2 .. apakah aku menggelapkan masa depan SAM C1G1 dengan keputusan untuk menurut sahaja apa yang diputuskan oleh KD???
Kalau kat PTS... mereka ketegorikannya sebagai novel dewasa..... aku rasa bangga juga. But diorang buat keje lembablaa... aku tak faham... apa yang susah sangat nak jawab email aku ??? aku tanya bila dioarng nak edit? dan nilai? tetapi sampailah aku tarik balik Karya aku dari diorang satu respon tentang itu pun takde... muujurlah En. Alif ada balas email tu... terubat jugalah kecik hati aku.... tetapi malangnya aku dah tarik novel tu dan gantikannya dengan karya baru aku- MEXUS. Genre yang sama juga.... Fiksyen sains!
last2 aku buat manuskrip sendiri. yang khas dan spesel... hehehehe ...

Rabu, 7 Mei 2008

mengapa???

MENGAPA? mengapa kalau time kita senang kita akan ingat keluarga kita? mengapa time kita susah kita lupa keluarga kita???? why is that happen? atau mungkin kenapa kita akan ingat keluarga kita apabila kita susah? dan kita lupa apabila senang??? why??? why??? apakah kerana kebodohan kita dan keegoan kita dalam mengurus kehidupan? Pelik aku ngan sikap segelintir orang... aku nak cakap pun tak guna juga... sendiri mau ingat laa... hehehehe... aku malas nak cite benda-benda yang orang berotak boleh pk sendiri... dahlah! aku hari ni siapkan satu troli buku untuk disenaraikan. memang penat lah tetapi aku kena siapkan juga disebabkan aku perlu masa yang banyak pada malam ini untuk sambung novel lagenda Adamus aku tu. So, aku kena selesaikan keje2 hakiki aku dulu sebelum keje yang tak hakiki... aku sebenarnya jadi penulis ni adalah hobi dan kepuasan. Aku nak buat cite sendiri berdasarkan fantasi aku. mujurlah aku dah siapkan satu siri SAM C1G1- satu permulaan.

BELLA and SINDARELLA

HMMM... Bella, drama bersiri yang disiarkan di TV3 setiap petang bermula isnin hingga khamis pada jam 6.30 petang sampai 7.30 petang.... tak sedar-sedar.. episodnya dah sampai 55... fuh dah jauh rupanya aku ikut cite ni... sekarang barulah drama melayu ada kemajuan... bukan apa au dah boring dengan cerita melayu konsep masyarakat yang tak habis-habis dengan cinta, iri hati, dengki-mendengki, umpat2 dsbnya.... Bella satu cerita yang best buat masa ini. Tahniah! dan SINDARELLA pun satu cerita yang best juga, kelakar dan romantik. Ada nilai2 yang boleh dipelajari dari cite tu... anyway... dua cite ni memang best..... sapa-sapa nak tau cite ni.. tgklah di TV3..HANYA DI TV3!

SOLO

KEGELAPAN malam pekan kecil itu tergugat dengan kehadiran satu lembaga hitam yang menyusup masuk melalui pagar dawai di hujung bangunan tiga tingkat itu. Gerak langkahnya sangat senyap, cepat dan pantas. Jelas sekali suasana malam yang semakin tua itu memberinya kelebihan dalam gerakan yang diatur dengan cukup berhati-hati itu. Lembaga ini tidak lain dan tidak bukan adalah Solo. Wira malam yang telah menggemparkan Metropolis Kuala Lumpur sejak dua bulan lepas. Malam ini adalah malam yang entah keberapa Solo melakukan operasi khasnya dalam membenteras jenayah di kota batu itu.
Dada langit malam dihiasi taburan bintang yang saling berkelip-kelip. Walaupun langit cerah tetapi bulan tidak kelihatan. Bangunan tiga tingkat itu dihampiri. Ada seorang lelaki sedang menghisap rokok di hujung bangunan. Asap rokok berkepul-kepul mengitari batang tubuh lelaki berjaket hitam itu. Kelihatan sepucuk pistol jenis semi-automatik terselit di pinggangnya. Solo menyelinap pantas ke belakang lelaki itu.

Selasa, 6 Mei 2008

JATA NEGARA DAN RUKUN NEGARA

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan


Rakyat Malaysia ada yang tak hafal pun rukun negara ni. PELIK! tapi inilah yang berlaku. Sekarang kerajaan siap mewajibkan rukun negara ini dipaparkan di permukaan tin minuman dan kotak2 minum. sampai macam tu sekali. menggambarkan betapa teruknya rakyat kita ni...

lima rukun je... mudah nak ingat... dan satu lagi ada pula yang ingat tapi langsung tak faham maksudnya... haiyyaa... ni punya olang aa... baik duduk kat negara Israel laa... baru sedar nanti betapa bestnya duk Malaysia... Aku rasalah dalam banyak2 Jata negara kat dunia ni... jata negara malaysia ni adalah yang kedua tercantik dan terbest sekali...

Well... semalam aku balik awal. ingatkan nak pi training sikit.. tapi terpaksa dibatalkanlah kerana Kajol nak aku teman dia pi pasar malam kat s.17...

KUASA SULTAN PULA DIPERTIKAI!!!

INI LAGI SATU!!! terkejut aku.. Ada individu pertikai kuasa sultan dalam hal agama??? haiyyaa... dia ni hidup zaman mana ? Kuasa sultan tetap kuat dalam dua perkara. Hal Aagama Islam dan adat istiadat melayu. Ingatlah itu sampai bila2..... di Perak team kerajaan ataupun pembangkang tetap mengakui Sultan ada kuasa utama dalam dua perkara itu... jadi takyahlah memandai-mandai nak ubah pula... biarkan saja... kan mudah tu... di mana-mana pun dalam Malaysia ini ingatlah RUKUN NEGARA kita..
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
walaupun parti anda telah menang. Sedarlah kemenangan anda itu adalah kerana rakyat mahukan perubahan yang memajukan negeri tanpa mengubah fakta2 lain yang memang sedia ada....
HAL-HAL AGAMA DAN ADAT ISTIADAT MELAYU TETAP DIBAWAH KUASA SULTAN SAMPAI KIAMAT!!! TIADA PERUBAHAN DUA PERKARA INI. SESIAPA YANG MAHU MERUBAHNYA ATAU MEMPERSOALKANNYA MAKA DIA ITU BERMAKSUD MAHU MENGHINA KUASA DAN HAK SULTAN. INI MALAYSIA... NEGARA MELAYU BERAGAMA ISLAM DAN DIPERINTAH DENGAN DEMOKRASI BERPERLIMEN. SO... KENA FAHAMLAH. SEBAB ITULAH TIADA PERDANA MENTERI DARI KALANGAN BUKAN MELAYU. KALAULAH ADA PERDANA MENTERI DIKALANGAN BUKAN MELAYU.... APA AKAN JADI NEGARA INI KALAU ADA INDIVIDU YANG JADI PERDANA MENTERI MEMPERSOALKAN KUASA DAN HAK SULTAN??? NAUUDZUBILLAHIMINZAALIK... SEMOGA ALLAH MEMELIHARA NEGARA INI DAN RAKYATNYA DARI MUSUH-MUSUH DI DALAM DAN DILUARNYA.
"DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU!"
Apapun parti politik kita... rukun negara tidak akan berubah. parti yang memerintah sesebuah negeri yang dimenanginya hanya diamanahkan untuk memastikan negeri itu maju dan makmur dan hak2 rakyatnya terjaga dan selamat. Kuasa pemerintahan hanyalah amanah Allah pada Khalifah-Nya... kelak di akhirat yang HALAL itu akan dikira dan disaring serta ditimbang.... manakala yang HARAM pula akan diazab.... maka berhati2lah... Kuasa dan kerajaan ini adalah amanah Allah, Amanah rasul-Nya dan amanah seluruh rakyat tak kira dimana sahaja dalam Malaysia ini. Aku harap2 tahun2 akan datang rakyat Malaysia dapat mengundi dengan bijak...
undilah dan lantiklah pemimpin yang layak dan anda yakini ketulusan hati budinya dalam menjalankan urusan-urusan kamu. lantik pemimpin yang akhlak dan hati budinya seperti nabi Muhammad SAW, atau seperti Abu Bakar r.a ataupun seperti Umar Al-Khattab r.a dan ataupun seperti Umar Abdul Aziz ... insyallah negara ini akan terus makmur dan kuat dalam merentasi zaman dan perubahan dunia...
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!