The Alien - Link Select

Isnin, 4 Februari 2008

HARI ISNIN YANG MALANG...


Hari ni aku malang sikit... maklumlah.. aku pun tak dibagitau oleh mana2 staff yang keje opis hour hari isnin ni... so aku buat la cam biasa... sebab jadual aku keje malam minggu ni... Pagi2 tu aku masak bubur telur halia... sambil layan cite DVD Conan The Barbarian aku makan bubur sedap, respi aku sendiri tu... tepat jam 12.30 aku mandi dan bersiap pi keje... sebelum tu aku beli makanan tghhari kat KG. Pdg Jawa, tak jauh dari umah aku laa...tempat ni best... dah lah murah makanan pula sedap.. ada ikan bakar , ikan goreng ... biasanya aku amik ikan bakar bersama kuah asam..dan sayur nenas(Lihat gambar atas tuu...). Fuh.. meleleh air liur.. sedap tak terkata... tiba je kat Opis.. aku punch card macam biasalah... tetapi tak sempat nak punch diorang gelakkan aku.. hahahah aku tumpang gelak sekali walau tak tau apa2.. hihihiihi... diorang pun explain yang hari tu sampai hari rabu ni keje opis hour.... khamis dan jumaat cuti raye cina... hahahaha... patutlah aku rasa semacam je...hahaha.. lepas tu aku jumpa big boss aku minta sain... nasib baiklah dia sain.. dan aku keje sampai jam 5 je laa... takde keje malam wooo.... hihiihihi untung la juga.. Malam semalam aku jumpa gambar2 lama aku... nanti aku scan dan paparkan kat sini... hihihi jap ek aku kena siapkan keje aku ni...banyak buku baru sampai... minggu ni 4 hari cuti... waa lepak Umah.. tapi maybe tak kot.. sebab Maya ajak gi berakit ke sungai mana ntah!... aku kena pk dulu... sama ada nak jumpa Ann atau pi jumpa Ustaz Lex kat JB... ada planning kat Mersing katanya.... ntahlah.. sebenarnya aku malas nak gerak pi mana2 cuti ni... aku nak duduk umah dan layan Dragon Ball Games ps2-tenkaichi... Planning budak Ida tu pun satu.. nak ajak pi Cameron Highland... huh! tak larat rasanya aku nak pi... biarlah diorang pi.. aku banyak keje kat umah ni...

hihiiihii..........

3 TEMPAT SUCI


TIGA TEMPAT SUCI ISLAM--- Ingatlah ketiga-tiga itu dimana sahaja anda berada... Mekah, madinah dan Al-Aqsa.

Jumaat, 1 Februari 2008

ANDA DIGANGGU JIN-SYAITAN???

ANDA DIGANGGU JIN-SYAITAN???


SEKIRANYA ANDA DIGANGGU JIN-SYAITAN ATAU FENOMENA YANG SUKAR DITERIMA AKAL FIKIRAN NORMAL ANDA. KAMI AKAN MEMBANTU ANDA DENGAN IZIN ALLAH SWT. SILA KIRIMKAN NAMA BIN/BINTI IBU ANDA DAN TARIKH LAHIR ANDA KE E-MAIL TANPA_NAMA1710@YAHOO.COM.




INSYALLAH MASALAH ANDA AKAN SELESAI


KAMI AKAN IKHTIARKAN SECARA PERCUMA!!!


SILA BERTINDAK SEGERA DEMI DIRI ANDA.

"SEMOGA ANDA DIBERKATI-NYA DAN DIAMPUNI-NYA SEGALA DOSA-DOSA SERTA DILINDUNGIOLEH-NYA DARI KEZALIMAN SYAITAN, JIN DAN MANUSIA DAN SESIAPA PUN YANG BERSAMA ANDA."

AMIN





TOK TANPA NAMA




kepada para pengkritik

"PERHATIAN KEPADA PENGKRITIK....
KALAU NAK KOMEN APA-APA.... TINGGALKAN E-MAIL ANDA SUPAYA KITA BOLEH BERBINCANG DAN SAYA BOLEH BAGI FEEDBACK UNTUK ANDA.
TERIMA KASIH"

Khamis, 31 Januari 2008

Today is Friday... pagi macam biasalah aku jaga annex... sambil tu aku sarapan kat annex, Sempat lah beli kat Kantin tadi Nais goreng+meggi goreng+ kuetiau goreng dan telur goreng... Air? Aku minum air mineral je... sambil menjamah sarapan aku tgk web TV3-drama Diari Ramadhan Rafique. Best gak sambil makan-sambil tgk cite best... syukurlah aku duduk kat sini... dalam bilik ni penuh dengan buku-buku journal yang lama2. 14 rak, meja berkomputer dan 6 meja study dalam ruang journal ini. Cukup menyesakkan kepala otak kalau dilihat sekali imbas... patutlah takde orang yang nak jaga kat sini... bosan gile kalau takde internet... dgn adanya inetrnet ni senang lah aku nak Ym ngan kengkawan aku.... Semalam aku dapat berbual ngan Maya... fuh... memang nada suara jenis pompuan yang bermulut laser tapi menawan.... semalam juga aku YM ngan Suraya, kawan lama yang sudah terlalu lama tak jumpa... dgr kbr dia belum kawen lagi sebab mak dia tak suke pilihan hatinya.. hmmm.. sabar jelah Su... Nasib kita serupa... Lepas aku tipon Akema... pasal jumpa dia kat KLCC sabtu ni.. maklumlah urusan bisnis... mulanya memang tak jadi sebb dia ada hal katanya... oklaa.. kebetulan pula Lex datang dari JB nak lepak umah aku laa.. aku ok je... pagi ahad kita orang ada lawan badminton macam biasalah kalau dia datang s.alam ni..... hihihi... Esok sabtu memang aku kena kuar ngan Kajol ( Nak dating.. hihi... dah lama tak dating ngan dia...) maybe dapat jumpa Akema sekali... Hari ni hari cuti bagi Wilayah KL... hmmm.... eloklah diorang cuti... cuma terkilan sikit... Kajol semalam minta putus ngan aku ... warrrgghhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!....

Rabu, 30 Januari 2008


SWEET-SOUR KETAM Bahan Bahan 4 ekor ketam [potong 2 dan bersihkan] 3 s/b minyak masak 3 s/besar sos cili 6 s/b sos tomato 1 cawan air 1 s/k garam 1 s/b gula 1/2 cawan nenas - jika suka [dipotong dadu] 2 biji tomato [dibelah] 1 biji telur [pukul sikit] 1 pokok daun bawang [mayang 1 inci] Bahan hiris 2 ulas bawang putih 1 labu bawang besar

Cara Menyediakannya :


1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.


2. Masukkan air, sos cili, sos tomato dan ketam. Biarkan mendideh.


3. Masukkan garam dan gula sedikit.


4. Masukkan telur dan kacau sikit. Biarkan mendideh.


5. Masukkan buah tomato dan nenas dan kacau rata.


6. Bila dah nampak pekat masukkan daun bawang dan angkat.


7. Masukkan dalam pinggan besar..


sedappp..

wooo. try laa...

kang aku bagi satu resepi yang di panggil SUSHI LAU... ni lagi sedap kalau makan kat tepi pantai... ok cow dulu... hari ni aku malas nak cite ape2...

Selasa, 29 Januari 2008

DUYUNG??? BETUL KER?






Cuba klik kat ...http://mermaid.malaysia.googlepages.com/... Subhanallah! maha suci Allah yang menjadikan segala sesuatu yang Dia kehendaki... Hebatnya Allah... dia boleh cipta apa sahaja yang diluar jangkaan manusia... Subhanallah... Aku ingatkan Dugong je yang ada ... rupa-rupanya ada juga duyung manusia...