The Alien - Link Select

Rabu, 6 Januari 2010

MENGAPA AKU SUKA WARNA HIJAU?

Mari kita lihat mengapa aku suka warna HIJAU.

Memula sekali kita cuba definasikan warna hijau ini. Hijau ialah warna yang biasa dinampak dalam alam semula jadi, khususnya tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan berwarna hijau, terutamanya kerana tumbuh-tumbuhan mempunyai klorofil, sejenis sebatian yang terlibat dalam proses fotosintesis.

Cahaya hijau mempunyai panjang gelombang di sekitar 520–570 nanometer, dan dianggap sebagai salah satu daripada warna primer tambahan. Hijau ialah warna pelengkap untuk warna magenta; lebih tepat, warna hijau dengan kod perenambelasan #FF00FF. Orang-orang yang buta warna seringnya dapat membezakan kedua-dua warna ini, tetapi keliru antara warna-warna ini dengan warna-warna yang lain; umpamanya, hijau terang dengan kuning, dan hijau tua dengan coklat.

Istilah "hijau" tidak mentakrifkan warna yang tepat, kecuali istilah itu digunakan bersama-sama dengan sesuatu piawaian, seperti warna-warna X11, atau ruang warna mutlak seperti sRGB.

Kegunaan hijau dan pengaruhnya kepada kehidupan kita.

Warna hijau melambangkan pergi untuk isyarat lampu, isyarat kereta api, dan isyarat kapal. Warna ini juga merupakan warna untuk papan tanda maklumat dan hala. Papan tanda untuk pintu kecemasan berwarna hijau di sebilangan negara, tetapi merah di negara yang lain.
Pada Zaman Pertengahan, hijau melambangkan makhluk jahat atau hantu (termasuk naga Eropah, dan kekadang cinta).
Di China kuno, warna hijau ialah lambang untuk Timur dan Kayu, salah satu daripada lima warna utama.
Di pasaran saham Amerika Utara, warna hijau digunakan untuk melambangkan kenaikan harga saham. Bagaimanapun, di pasaran saham Asia Timur, warna hijau digunakan untuk lawannya, iaitu penurunan harga saham.
Untuk gogal penglihatan malam, warna hijau digunakan untuk memaparkan imej tertonjol kerana mata manusia boleh membezakan kebanyakan jenis warna hijau.
Dalam perlumbaan kereta, bendera hijau menandakan permulaan atau penyambungan semula perlumbaan.
Warna hijau ialah warna tradisi untuk sains suci canon law.
Disebabkan sifat penyamaran, warna hijau biasa dipergunakan untuk pakaian seragam lapangan bagi perkhidmatan tentera. Warna ini juga digunakan sebagai pakaian seragam untuk banyak angkatan tentera darat dan laut.
Warna hijau ialah lambang untuk Ireland yang sering dirujuk sebagai "Pulau Batu Zamrud". Warna ini khususnya dikaitkan kepada tradisi republik dan nationalisme pada zaman moden, dan digunakan dalam maksud ini untuk bendera Republik Ireland, dengan keseimbangan dengan warna oren Protestan.
Warna hijau juga bertindak sebagai lambang untuk bahasa Esperanto. Warna ini dikaitkan, khususnya, kepada bintang hijau dalam bendera Esperanto.


Warna hijau juga dianggap sebagai warna tradisi untuk agama Islam, disebabkan perkaitannya dengan alam semula jadi. Nabi Muhammad disebut dengan pasti dalam hadis sebagai berkata bahawa "air, tumbuhan-tumbuhan hijau, dan wajah yang jelita" merupakan tiga benda sejagat yang baik. Selain itu, dalam sura Al-Insan di dalam al-Quran, pengikut-pengikut Allah di Jannah dikatakan memakai sutera hijau yang bagus sekali
Skrin Hijau merupakan nama am untuk paparan komputer CRT monokrom yang menggunakan skrin fosfor P1.

Perasaan iri hati sering dikaitkan secara tradisi dengan warna hijau.

Meja SnukerWarna hijau ialah warna bola snuker yang mempunyai tiga mata, dan juga merupakan warna yang biasa untuk baize meja snuker.
Lantera Hijau and Panah Hijau ialah superwira-superwira Komik DC.
Warna hijau ialah warna yang secara amnya dikaitkan kepada Plaid Cymru, sebuah parti politik Wales, tetapi bukan atas sebab ideologi politik.
Hijau lumba British ialah warna kereta yang popular. Warna ini dipopularkan oleh syarikat-syarikat seperti Bentley pada awal abad ke-20. Warna ini juga merupakan warna tradisi untuk kereta lumba yang ditajai oleh pengeluar kereta British.
Dalam Unsur Kelima, warna hijau ialah ungkapan minat sementara yang dipopularkan oleh Ruby Rhod, tuan rumah rancangan temu bual, yang menunjukkan sesuatu yang mengikut perkembangan fesyen atau yang bergaya.
Dalam Magik: Perhimpunan, hijau ialah salah satu daripada lima warna magik yang terdiri daripada sihir-sihir berdasarkan alam semula jadi, dan makhluk hutan.
Dalam karya Komedi Tuhan oleh Dante Alighieri, warna hijau ialah warna yang digunakan untuk melambangkan harapan.
Di banyak negara, khususnya negara-negara dalam blok Soviet, warna hijau ialah warna untuk pengawal sempadan.
Dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat, warna hijau ialah warna untuk polis tentera, sedangkan hijau hutan ialah warna untuk Pasukan Khas Angkatan Tentera Amerika Syarikat atau "Beret Hijau".
Dalam siri-siri Power Rangers dan Super Sentai, semua Renjer Hijau berjantina lelaki. Kekecualian yang tunggal untuk aturan ini ialah "Super Sentai" yang merupakan Pahlawan Hijau wanita yang jahat.
Begitu juga Kryptonite yang menjadi kelemahan Superman dalam kisah adiwira terkenal dunia adalah berwarna hijau terang.

Bahan-bahan hijau
Pewarna makanan hijau termasuk klorofil (E140 dan E141), kuinolina (E104) dan di negara-negara yang mengizinkan kegunaannya, "Hijau S" (E142).

Ungkapan bahasa basahan Inggeris
Berasa iri hati, salah satu daripada Tujuh Dosa Berat, yang juga dipanggil sebagai "green-eyed monster" membawa maksud "raksasa mata hijau" (ungkapan itu dicipta oleh Shakespeare dalam karyanya Othello). Seorang yang berasa iri hati dikatakan ""green with envy" yang membawa maksud harfiah, "hijau dengan iri hati". Bahan-bahan yang menyebabkan kulit menjadi hijau termasuk biliverdin, pigmen hijau dalam hempedu, dan seruloplasmin, satu jenis protein yan membawa ion-ion kuprum dalam proses pengkelatan.
Sebagai tradisi, seseorang yang bertangan dingin dikatakan mempunyai "green thumb", (ibu jari hijau) atau "green fingers" (jari-jari hijau).
Seorang yang tidak berpengalaman kekadang digelarkan "green" (hijau), mungkin disebabkan buah-buahan yang mentah berwarna hijau. Perkataan "greenhorn" (tanduk hijau) juga merujuk kepada seseorang yang tidak berpengalaman.
Makhluk luar angkasa kekadang dirujuk sebagai "little green men" (lelaki-lelaki hijau yang kecil).
Orang yang berasa tidak sihat kekadang dirujuk sebagai "green around the gills" (hijau disekeliling insang).
"Green" (hijau) ialah istilah slanga untuk marijuana, disebabkan warna bahan tumbuhan itu.
"Being Green" ("adalah hijau") ialah jargon (sekurang-kurangnya untuk restoran) yang bermaksud seorang yang baru. "Being very green" ("adalah amat hijau") merujuk kepada seseorang yang tenggelam dan mudah ditinggalkan.
Warna web
Templat:Swatch Warna hijau yang digunakan untuk HTML dan gaya sunting berkaskad (CSS) sebenarnya ialah hijau tua (#008000), seperti yang dapat dilihat dalam sampel di kanan: warna hijau yang tulen digelarkan hijau pucuk pisang

Yang nyatanya, Rasulullah SAW sendiri menggalakan kita memandang warna hijau sekiranya ingin menguatkan pengelihatan mata dan menyihatkan mata kita.

MARI KITA SAMA-SAMA TERUS MENGHIJAUKAN BUMI KITA.

2 ulasan:

Uthaya Sankar SB berkata...

Kenapa "Green Eye" dan bukannya "Green Eyes" sedangkan saya nampak dua biji mata warna hijau.

SILZACK KHAIROL berkata...

Saudara...

saya suke menjadikan sesuatu yang banyak itu menjadi satu... so..jadilah dia Green Eye... bukan Green Eyes... dari segi seni... ia dinamakan 'seni merosak Grammar' hehehehehe...

tapi ia membawa satu makna sahaja... mata hijau... bukan mata-mata hijau.