The Alien - Link Select

Isnin, 4 Januari 2010

PAHLAWAN ADAMUS

Hirakne sera Nusrakun : akhirnya dia datang / muncul
Akhirnya, kulit novel bagi Pahlawan Adamus sudah aku terima. Waah! ... memang cantik ilustrasinya... saya berpuas hati dengan lukisan tersebut... tahniah buat pelukisnya dan Insyallah minggu depan ia akan siap dicetak dan akan berada di pasaran agak-agak minggu depan kot... dan aku akan dapat 10 naskah free... hehehe.. tunggulah novel setebal 510 muka surat ini di pasaran.


Nusuari Fiarans


BERIKUT IALAH SINOPSIS NOVEL PAHLAWAN ADAMUS
Faizal tercampak ke alam Fiara yang asing secara tidak sengaja ketika bergegas ke tempat kerja. Di alam yang asing itu dia menjadi pahlawan yang diramalkan sebagai pahlawan yang akan membawa sinar keamanan dan kedamaian. Dia digelar pahlawan Adamus dari keturunan Dewa Meus yang pernah menjadi penyelamat dan pembawa ketamadunan alam Fiara. Bersama Tok Kiril, ahli sihir agung itu dia mengembara mencari pedang sakti yang diramalkan sebagai pedang penghapus kejahatan.

Di alam serba asing itu juga dia menemui kekasih hati yang sangat menepati keinginan hatinya. Malangnya semua itu berakhir dengan trajedi penculikan yang membawa Faizal melalui pengembaraan yang sangat mengujakannya dan satu pengembaraan yang sememangnya sebagai satu jalan takdirnya di alam itu.

Di tengah pengembaraan itu dia mengenali pelbagai perkara dan pelbagai pengalaman yang sukar dilupakan, yang juga hampir-hampir meragut nyawanya. Dia bertemu dengan Gullok, Ulduk, Binatang Unikorn Hijau, Pari-pari Adasil, Gimbaro dan banyak lagi makhluk Fiara yang sangat aneh dan ganjil. Di akhir pengembaraan itu dia bersua muka dengan maharaja Syaitan Karnakas dan Tok Nujumon yang memerintah alam itu dengan kejahatan dan kezaliman di istana awan, Hamikhdas.

Berjayakah dia menghapuskan kejahatan dengan pedang Unikorn? Berjayakah dia menyelamatkan Her-Una, kekasih hatinya? Dan berjayakah dia pulang semula ke alam Bumi? Ikuti kisahnya pengembaraan Faizal sebagai Pahlawan Adamus di alam Fiara.
Dalam novel ini juga disertakan huruf-huruf rahsia Kod Urkon yang digunakan sebagai sistem tulisan alan Fiara. Kepada yang ingin menjadi Fiarans selepas membaca novel ini dan ngin menjadi penghuni alam Fiara akan digelar Fiarans dan dibenarkan menggunakan huruf-huruf Urkon tersebut untuk kegunaan peribadi. Beberapa perkataan Urkon yang dituturkan oleh Adamus dan penghuni alam Fiara, juga disertakan.
Hamarraki... (berusahalah!)

3 ulasan:

faizul darius berkata...

SANGAT CANTIK KULIT BUKU INI, SANGAT CANTIK!!!

faizul darius berkata...

sangat cantik kulit buku ini. mengkagumkan!!! anda telah memilih syarikat penerbitan yang bagus dan hebat!!!!!!!!!

SILZACK KHAIROL berkata...

Alhamdulillah...
baca dulu isinya... baru nak puji.. hehehe...
pujilah pelukis nya... walaupun aku tak kenal siapa pelukisnya... namun, terima kasih buat dia kerana melukis satu ilustrasi yang bersesuaian dengan imaginasi aku...

semoga novel ini akan menguasai pasaran dunia...
amin!