The Alien - Link Select

Isnin, 14 April 2008

SAM C1G1 melangkah dengan yakin. Permukaan planet merah itu dipijak dengan tenang. Mata Solo menancap pada apa yang dilakukan oleh SAM C1G1. Rasa ingin tahunya membuak-buak. Apakah yang bakal berlaku apabila Sam, si Cyborg hebat itu menjejakkan kakinya di atas permukaan planet tersebut? Bayang-bayang Armstrong yang menjadi orang pertama menjejakkan kaki ke bulan menguasai mindanya. Seperti Armstrong, Sam atau SAM C1G1 akan menjadi orang pertama dan robot pertama yang memijak permukaan planet merah itu. Sayangnya mereka tidak dapat merakam adegan-adegan bersejarah itu. Aizad turut memerhati dengan penuh minat. Inilah kali pertama yang tidak disangkanya berlaku ke atasnya. Memijak permukaan planet dan berada di situ dalam jangkamasa yang tidak pasti adalah satu perasaan yang cukup mendebarkannya.
Sam memijak dan melangkah ke depan dengan tenang kemuddian berputar ke arah mereka.
"Sam?" Aizad bertanya. "Bagaimana rasanya?"
"Struktur planet stabil dan... agak selesa." Jawab Sam, sedikit senyuman terukir di bibirnya.
Solo senyum dan melangkah ke depan dengan yakin. Aizad turut mengekor Solo. Sahabat yang baru dikenalinya itu hanya memandang dengan mata unggunya. Solo memandang ke arah sahabat marikhnya itu. Dia tidak pasti apakah perasaan sahabat baru mereka itu dengan ulah mereka ketika ini.
Dari jauh mereka nampak planet Bumi dan Bulan umpama bintang dengan sinar suram. Bermacam perasaan timbul dalam hatinya. Mereka kini adalah manusia pertama yang berjaya berjalan di atas permukaan planet Marikh yang merah kegersangan air itu.
Apakah yang SOLO, Aizad dan SAM C1G1 lakukan di planet tersebut? Apakah yang akan berlaku setelah mereka berada di kalangan penghuni planet tersebut? Berjayakah mereka membantu sahabat marikh mereka untuk memusnahkan pemberontak-pemberontak Marian Marikh? Ikuti kisahnya di Novel SAM C1G1 bahagian kedua.

1 ulasan:

fadli akiti berkata...

eh, boleh pun menulis! Buat saya tertunggu-tunggu!