The Alien - Link Select

Ahad, 13 Januari 2008

AKU DITEKAN !

Malam tadi berlaku satu insiden yang biasanya aku alami ketika tidak berwuduk untuk tidur di malam hari. Aku ditekan! Ditekan oleh satu tenaga yang maha dashyat! Aku tidak pasti Syaitan jenis apa yang biasa buat kerja ni... Pernah berlaku pada korang tak ??? tentu pernah kan?! Beginilah ceritanya... Malam tadi aku memang tidur tak sempat nak berwuduk... Biasanya aku memang berwuduk sebelum tidur kerana ia amalan rutin yang diwarisi dari 'datuk' aku. Namun, entah bagaimana aku terbangun pada jam 1 pagi dan terkucil. Aku bangun dan ke tandas untuk buang apa-apa yang patutlah... tetapi lepas tu, malangnya sebab mengantuk sangat, aku tidak ambil wuduk... tetapi terus baring atas tilam busuk aku tu... lepas tu aku terlelap... dah tak sedar dah masa tu... Lepas tu, tiba-tiba aku merasakan melihat seseorang di hujung bilik aku yang memang sengaja aku gelapkan. Aku mengesan satu lembaga yang besar dan tingginya sampai ke siling rumah. Mata merah dan menggerunkan. Masa tu, aku memang agak dah aku akan kena tekan. Tetapi, aku tidak mampu nak bersuara atau bergerak. Aku bagaikan terbuai-buai dalam ruang kosong yang sangat dalam. Lepas tu seluruh tubuh terasa kejang dan bagai disentak-sentak.
Masa itulah aku teringat 'Allah'... dengan zikir yang jauh dalam hati aku menyebut 'Allhuakbar' berkali-kali sehingga aku merasa kembali ringan dan lega... aku melihat lembaga tadi bergegas hilang dari pandangan ku. Saat itu aku semakin kuat dan pelahan-lahan suaraku semakin kuat dan bergema agak kuat di malam yang hening dan sepi itu.
Aku bangun dan ambil wuduk lalu solat 2 rakaat. Kemudian seperti biasa aku baca ' Amalan sebelum tidur' yang juga susunan aku sendiri yang terdiri daripada ayat2 khusus yang selalu aku amalkan sebelum tidur.
Alhamdulillah...
gangguan kena 'tekan' tu tidak berulang lagi...
MORAL CERITA INI : Ingat! jangan terlalai... sesungguhnya Syaitan akan ambil kesempatan dari kelalaian kita itu. Syaitan itu musuh kamu yang nyata... maka jangan lah kamu berkawan dengan mereka.! Musuhi la mereka sperti mana mereka memusuhi moyang kamu iaitu Adam dan Hawa...

1 ulasan:

Abang berkata...

assalamualaikum!
apa kabar saudara/saudari? saya terjumpa blog anda ketika tercari2 maklumat tentang pengalaman ditekan masa tidur. sudah lama jugak saya mencari maklumat perihal ini, terutamanya dari perspektif saintifik, namun masih belum berhasil. tentang penjelasan dari org tua2 dr sudut agama, rasanya kita semua sudah sedia maklum tentangnya.

Berkenaan pengalaman saya sendiri, gangguan sebegini mungkin boleh dikira dgn jari bilangannya. secara peribadi, perisai yg saya amalkan selama ini ialah ayat kursi, apa lagi apabila dibaca 3 kali sebelum tidur gangguan sebegini dpt dijauhkan.

cuma yg mengganggu fikiran saya sekarang, ada lah sekali dua tu saya kena tekan wlw pun sudah dibaca ayat suci ini. saudara/i tau lah kalau sudah terkena, zikir bukannya sekali dua baru hilang. sekarang saya runsing memikirkan apa sebenarnya yg telah terjadi, apa salah silap, atau kekurangan saya (bukan nak mengaku hebat, mmg aku ni jenis gitu2 jugak lah cuma tgh runsing ni) atau apakah gangguan ini adalah refleks daripada pengalaman kita seharian melalui pelbagai tekanan dan kerumitan.

Sekadar ingin berkongsi pengalaman, jika anda punya lagi pengalaman utk dikongsi sememangnya saya hargai usaha anda. terima kasih.