Hari ini, bangun sahur- puasa
yang ke 20, macam biasa sahur nasi, kari
ayam malam Lailatulqadar semakin menghampiri, 10 malam terakhir dan malam-mala
ganjil Sabda Rasulullah SAW... kena cari ni, semoga bertemu malam yang lebih
baik dari 1000 bulan ini...
Insyallah. Semoga Allah beri rahmat-Nya. Esok masuk hari Jumaat, mana tau malam ni
Lailatulqadar... kena bangun malam ni, insyallah... start aa iktikaf kat
masjid... sebelum tu mari kita lihat
hadis-hadis nabi tentang malam yang penuh rahmat dan berkat ini...
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi
contoh yang baik yang menghayati malam Lailatul Qadar terutama 10 malam yang
akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai
amal ibadah untuk menyambut malam Lailatul Qadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis
diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya yang maksudnya: “Biasanya Rasulullah
s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10
malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”
Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
yang maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya
saya mengetahui malam Lailatul Qadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan
pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut” yang
maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah
silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku.”
Bukan mudah orang biasa seperti aku untuk
mencari Malam Lailatul Qadar yang tepat kerana itu adalah Rahsia ALLAH SWT
supaya umat manusia berusaha bersungguh mencari Malam Lailatul Qadar. Hanya ada
satu Tips Pasti Berjumpa Malam Lailatul Qadar iaitu dengan beramal
bersungguh-sungguh pada setiap malam 10 yang akhir di bulan Ramadhan dengan
memperbanyakkan Qiamulail, Berzikir, Membaca Al Quran dan Berdoa memohon
keampunan dan keredhaan ALLAH SWT.
Firman Allah, "Sesungguhnya
Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran
yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu
bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka
kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya.
Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
bersabda, "Sesiapa berdiri (solat) pada malam al-Qadar dengan penuh
keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah
lalu.” (HR Bukhari dan Muslim).
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
bersabda, “Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah,
tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar
matahari kelihatan lemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat al-Bazzar)
Dari Aisyah Radiallahuanha, sesungguhnya Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada
malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (HR
Bukhari)
Aisyah Radiallahuanha mengatakan,
“Rasulullah s.a.w. beriktikaf (duduk di dalam masjid) pada sepuluh hari yang
terakhir pada bulan ramadhan”. (HR Bukhari)
Aisyah Radiallahuanha mengatakan,
“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam
(dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh
(dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (HR
Bukhari dan Muslim)
Daripada Aisyah r.a., katanya:
"Saya berkata: "Ya Rasulullah, jikalau saya mengetahui bila
lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu?" Beliau
s.a.w. menjawab: "Ucapkanah: "Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa
fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka
memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Termidzi)
Hikmah Allah menyembunyikan
pengetahuan tentang bila terjadinya lailatul qadar di antaranya adalah agar
terbeza antara orang yang sungguh-sungguh untuk mencari malam tersebut dengan
orang yang malas.
Insyallah dengan kita beramal setiap malam 10
akhir Ramadhan pasti salah satu malam tersebut adalah Malam Lailatul Qadar.
Jangan lupa doa kita untuk Umat dan Makhluk seluruh alam insyallah Malaikat
akan mendoakan kebaikan untuk kita kembali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan