The Alien - Link Select

Khamis, 13 Mac 2008

PULAU MAMUTIK antara pulau-pulau di Sabah yang terbaik untuk dijadikan kawasan piknik... Aku pernah camping kat sini bersama dengan saudara2 dekat laa.... macam Lee boy, jay, Borg, Tutung, Selbin, Nazir dan ada beberapa orang lagi yang aku lupa dah nama diorang... but we are really close each others... hehehe... kita orang camping hanya pakai satu khemah yang dibayar RM 10 satu malam... Dan bekal yang kitaorang bawa adalah Ayam seekor dan piutu...selain ikan kandaman... heheh
well lepak kat situ satu malam...dan esoknya balik... seronok gila... bila malam tu kita orang siap mancing kat jeti dan mengendap orang yang berkhemah kat area situ malam tu..
hehehe... best wooo... kat Pulauni ada kubur ....aku tak ingat sangat berapa jumlah kubur lama yang ada... tetapi memang ada kubur kat tengah kawasan pantai dan tidak jauh dari kawasan khemah kami...dalam 50 meter agaknya... hahahaha
malam tu memang tak takut laa sebab ramai orang kan.. lagipun seronok.... sampai pagi aku tak dapat tidur... tidur pun kejap je.. hehhehe...rasa sayang nak lepaskan view pulau tu di waktu malam.... gambar2nya ada dalam buku besar aku kat umah.... nantilah aku scan dan display kat sini... ok cow dulu...

HADIAH BUAT MAT REMPITTTT!!!!!


MAT REMPIT. kesian mat rempit seekor ni... tu laa sapa suruh merempit tak kena tempat!... Aku pun tak tau ni mat rempit betul atau tidak... tetapi ini pengajaran buat semua penunggang-penunggang motosikal apa jenis pun... nasib buruk ini boleh berlaku kepada anda! Ingatlah! Tak perlu ingat orang tersayang tetapi ingatlah diri anda sendiri. Sanggupkah anda ditimpa seperti ini???? tanya diri anda sendirilah... Oleh itu berhati-hati di jalan raya... Baca 'Bismillah, Allahuakbar dan salawat' apabila mula menunggang motor. Bukan sahaja penunggang motor malah pembonceng dan semua pengguna jalan raya... Kalau bukan anda mungkin saudara anda atau saudara seagama anda atau orang yang penting pada anda yang akan menerima nasib seperti ini.... beringatlah sebelum kena!
Jadikanlah diri anda di sambut dengan 'Alhamdulillah' bukan 'Innaalilla wainna ilaihi raaj'iun'
"BERHATI-HATI DIJALAN RAYA, INGAT ALLAH DAN DOSA YANG ANDA BAWA KEPADA-NYA"