Dengan nama Allah,
Yang Pemurah, Yang Pengasih.
16:1. Perintah Allah
pasti datang; maka janganlah minta disegerakan. Dia disanjung! Tingginya Dia
daripada apa yang mereka sekutukan.
16:2. Dia turunkan
malaikat-malaikat dengan Roh daripada perintah-Nya kepada sesiapa Dia hendaki
daripada hamba-hamba-Nya, "Berilah kamu amaran, bahawa tidak ada tuhan
melainkan Aku; maka kamu takutilah Aku!"
16:3. Dia cipta
langit dan bumi dengan benar; tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan.
16:4. Dia cipta
manusia daripada setitis mani; dan tiba-tiba, dia jadi penentang yang nyata.
16:5. Dan binatang
ternak, Dia ciptakan untuk kamu; padanya kehangatan, dan pelbagai manfaat, dan
daripadanya kamu makan.
16:6. Dan terdapat
kecantikan padanya bagi kamu, apabila kamu membawanya pulang untuk merehatkan,
dan apabila kamu melepaskannya keluar.
16:7. Dan mereka
angkut beban-beban kamu ke sebuah negeri yang kamu tidak akan sampai padanya,
melainkan dengan banyak kesusahan diri. Sesungguhnya Pemelihara kamu Lembut,
Pengasih.
16:8. Dan kuda, dan
baghal, dan keledai, untuk kamu tunggangi mereka, dan sebagai perhiasan; dan
Dia cipta apa yang kamu tidak tahu.
16:9. Atas Allah
untuk tunjukkan jalan, dan sebahagian ada yang menyimpang daripadanya. Jika Dia
hendaki, tentu Dia beri petunjuk kepada kamu kesemuanya.
16:10. Dia yang
turunkan kepada kamu dari langit, air, untuk kamu minum daripadanya, dan
daripadanya pokok-pokok, untuk kamu biarkan ternakan kamu makan.
16:11. Dan dengannya
Dia tumbuhkan untuk kamu tanaman, dan zaitun, dan palma, dan anggur, dan segala
macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi
kaum yang memikirkan.
16:12. Dan Dia
tundukkan untuk kamu malam dan siang, dan matahari, dan bulan; dan
bintang-bintang ditundukkan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang
demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang faham.
16:13. Dan apa yang
Dia cipta untuk kamu di bumi yang bermacam-macam warnanya. Sesungguhnya pada
yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang mengingati.
16:14. Dia yang
tundukkan untuk kamu laut, supaya kamu makan daripadanya daging yang segar, dan
keluarkan daripadanya perhiasan-perhiasan untuk kamu pakai; dan supaya kamu
lihat kapal-kapal membelahinya; dan supaya kamu mencari pemberian-Nya, dan
supaya kamu berterima kasih.
16:15. Dan Dia
lemparkan di bumi gunung-gunung supaya ia tidak bergoyang bersama kamu, dan
sungai-sungai, dan jalan-jalan, supaya kamu dapat petunjuk.
16:16. Dan
tanda-tanda jalan; dan dengan bintang-bintang mereka dapat petunjuk.
16:17. Adakah yang
mencipta sama dengan yang tidak mencipta? Tidakkah kamu mengingati?
16:18. Jika kamu
hitung rahmat Allah, kamu tidak dapat jumlahkannya; sesungguhnya Allah
Pengampun, Pengasih.
16:19. Dan Allah tahu
apa yang kamu rahsiakan, dan apa yang kamu siarkan.
16:20. Dan
orang-orang yang mereka seru, selain daripada Allah, tidak cipta sesuatu sedang
mereka sendiri diciptakan,
16:21. Sudah mati,
tidak hidup, dan tidak sedar bila mereka akan dibangkitkan.
16:22. Tuhan kamu
ialah Tuhan Yang Satu. Dan orang-orang tidak percayai akhirat, hati mereka
menafikan, dan mereka sombong.
16:23. Tidak syaklah
bahawa Allah tahu apa yang mereka rahsiakan, dan apa yang mereka siarkan;
sesungguhnya Dia tidak suka orang-orang yang sombong.
16:24. Dan apabila
dikatakan kepada mereka, "Apakah yang Pemelihara kamu turunkan?"
Mereka berkata, "Dongeng orang-orang dahulu kala."
16:25. Supaya mereka
bawa beban mereka dengan genap pada Hari Kiamat, dan sebahagian beban
orang-orang yang mereka sesatkan tanpa sebarang pengetahuan. Alangkah buruknya
apa yang mereka dibebankan!
16:26. Orang-orang
sebelum mereka buat tipu daya; kemudian Allah datang kepada bangunan mereka
dari dasar-dasarnya, lalu bumbungnya jatuh kepada mereka dari atas mereka, dan
azab datang kepada mereka dari tempat yang mereka tidak sedar.
16:27. Kemudian pada
Hari Kiamat, Dia aibkan mereka, dengan berkata, "Di manakah
sekutu-sekutu-Ku, orang-orang yang kerana mereka kamu melawan?"
Orang-orang diberi pengetahuan berkata, "Kerendahan hari ini, dan
keburukan, adalah ke atas orang-orang tidak percaya,
16:28. Yang
malaikat-malaikat matikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka
sendiri." Kemudian mereka lemparkan ketundukan, "Kami tidak buat
jahat." "Tidak, tetapi sesungguhnya Allah tahu apa kamu buat,
16:29. Maka masuklah
pintu-pintu Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya." Buruknya tempat
tinggal orang-orang yang sombong!
16:30. Dan dikatakan
kepada orang-orang bertakwa, "Apakah yang Pemelihara kamu turunkan?"
Mereka berkata, "Baik!" bagi orang-orang buat baik di dunia, baik;
dan sungguh, tempat kediaman akhirat adalah lebih baik; sangat baiknya tempat
tinggal orang-orang bertakwa,
16:31. Taman-Taman
Adn, yang mereka masuk ke dalamnya, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di
dalamnya mereka dapati apa yang mereka hendak. Begitulah Allah balas
orang-orang bertakwa,
16:32. Yang
malaikat-malaikat matikan sedang mereka berkeadaan baik, dengan berkata,
"Salamun alaikum! Masuklah ke Taman kerana apa kamu buat."
16:33. Adakah mereka
menanti-nanti, melainkan bahawa malaikat-malaikat datang kepada mereka, atau
datang perintah Pemelihara kamu? Begitulah orang-orang sebelum mereka telah
buat, dan Allah tidak menzalimi mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka
zalimkan.
16:34. Maka
kejahatan-kejahatan yang mereka buat menimpa mereka, dan mereka diliputi oleh
apa yang mereka olok-olokkan.
16:35. Orang-orang
yang sekutukan berkata, "Sekiranya Allah hendak, tentu kami tidak sembah,
selain daripada Dia, sesuatu, kami dan tidak juga bapa-bapa kami, dan tidak
juga kami haramkan, selain daripada Dia, sesuatu." Begitulah orang-orang
sebelum mereka telah buat; tiadalah atas Rasul-Rasul, melainkan untuk sampaikan
yang jelas.
16:36. Sesungguhnya
Kami telah bangkitkan dalam tiap-tiap umat seorang Rasul, "Sembahlah
Allah, dan jauhilah Thagut." Kemudian antara mereka ada yang Allah beri
petunjuk, dan antara mereka wajar dengan kesesatan. Maka mengembaralah di bumi,
dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang dustakan.
16:37. Walaupun kamu
sangat inginkan untuk beri petunjuk kepada mereka, Allah tidak beri petunjuk
kepada orang-orang yang Dia sesatkan; mereka tidak ada penolong-penolong.
16:38. Mereka
bersumpah dengan Allah dengan sumpah segenap hati, bahawa Allah tidak akan
bangkitkan orang yang mati; tidak, ia adalah satu janji yang mengikat-Nya tetapi
kebanyakan manusia tidak tahu.
16:39. Supaya Dia
jelaskan kepada mereka apa yang mereka selisihkan, dan supaya orang-orang tidak
percaya tahu bahawa mereka sebenarnya pendusta-pendusta.
16:40. Hanyalah
perkataan-perkataan yang Kami kata kepada sesuatu, apabila Kami hendakinya,
ialah bahawa Kami ucapkan padanya, "Jadilah", maka jadilah ia.
16:41. Dan
orang-orang yang hijrah kerana Allah setelah mereka dizalimi, pasti Kami akan
tempatkan mereka di dunia di penempatan yang baik, dan upah akhirat adalah
lebih besar jika mereka tahu,
16:42. Orang-orang
yang sabar, dan tawakal (mempercayakan) kepada Pemelihara mereka.
16:43. Kami tidak
utus sebelum kamu, melainkan lelaki-lelaki yang kepada mereka Kami wahyukan.
Tanyalah ahli Zikir (Peringatan) jika kamu tidak tahu.
16:44. Dengan
bukti-bukti yang jelas, dan Zabur; dan Kami turunkan Peringatan kepada kamu
supaya kamu menjelaskan kepada manusia apa diturunkan kepada mereka; dan supaya
mereka fikirkan.
16:45. Adakah mereka
berasa aman, orang-orang yang buat tipu daya yang jahat, bahawa Allah tidak
akan buatkan bumi telan mereka, atau bahawa azab tidak datang kepada mereka
dari arah yang mereka tidak sedar?
16:46. Atau, bahawa
Dia tidak akan ambil mereka dalam ulang-alik mereka, dan mereka tidak dapat
mengandaskan-Nya?
16:47. Atau, bahawa
Dia tidak ambil mereka, sedikit demi sedikit, dengan menghancurkan mereka?
Sesungguhnya Pemelihara kamu Lembut, Pengasih.
16:48. Tidakkah
mereka renungkan segala sesuatu yang Allah ciptakan yang menebarkan bayangnya
ke kanan dan ke kiri, bersujud kepada Allah dengan rendah diri?
16:49. Kepada Allah
sujud segala di langit, dan tiap-tiap makhluk yang merayap di bumi, dan para
malaikat. Mereka tidak sombong.
16:50. Mereka takut
kepada Pemelihara mereka yang di atas mereka, dan mereka buat apa yang mereka
diperintah.
16:51. Allah berkata,
"Janganlah ambil untuk kamu dua tuhan. Dia hanyalah Tuhan Yang Satu; maka
kepada-Ku-lah kamu berasa gerun."
16:52. Kepunyaan-Nya
apa yang di langit dan di bumi; untuk-Nya agama yang kekal. Maka adakah kepada
selain daripada Allah kamu bertakwa?
16:53. Apa sahaja
rahmat yang ada pada kamu, ia adalah daripada Allah; kemudian apabila mudarat
sentuh kamu, kepada-Nya kamu melaung-laung.
16:54. Kemudian,
apabila Dia hilangkan mudarat daripada kamu, tiba-tiba segolongan antara kamu
sekutukan Pemelihara mereka,
16:55. Kerana mereka
tidak percaya kepada apa yang kami beri mereka. Maka gembiralah kamu; kelak
kamu akan tahu.
16:56. Dan mereka
buatkan sebahagian daripada apa yang Kami rezekikan mereka kepada apa yang
mereka tidak tahu. Demi Allah, kamu akan ditanya mengenai apa yang kamu
ada-adakan.
16:57. Dan mereka
adakan bagi Allah anak-anak perempuan; Dia disanjung! Bagi mereka apa yang
mereka inginkan.
16:58. Dan apabila
seseorang daripada mereka diberi berita gembira dengan seorang (anak)
perempuan, mukanya jadi hitam, dan dia tercekik di dalam dirinya,
16:59. Sambil dia
sembunyikan diri daripada kaum kerana keburukan berita gembira yang diberi
kepadanya; sama ada dia akan peliharanya dengan hina, atau dia injakkannya ke
dalam tanah. Alangkah jahat apa yang mereka putuskan!
16:60. Orang-orang
tidak percayai akhirat, baginya persamaan yang buruk; bagi Allah persamaan yang
tinggi; Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
16:61. Jika Allah
pertanggungjawabkan manusia kerana kezaliman mereka, tidaklah Dia tinggalkan di
atasnya satu makhluk yang merayap; tetapi Dia tangguhkan mereka ke satu tempoh
yang dinyatakan; dan apabila tempoh mereka datang, mereka tidak akan
undurkannya sesaat, dan tidak juga mendahulukannya.
16:62. Mereka adakan
bagi Allah apa yang mereka tidak suka; dan lidah mereka terangkan dusta bahawa
yang paling baik adalah bagi mereka. Tidak syaklah bahawa bagi mereka ialah
Api, dan bahawa merekalah orang-orang yang segera dimasukkan.
16:63. Demi Allah,
sesungguhnya Kami telah utus kepada umat-umat sebelum kamu, tetapi syaitan
menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka; ia adalah wali (pelindung)
mereka pada hari ini, dan bagi mereka, azab yang pedih.
16:64. Dan Kami tidak
turunkan kepada kamu Kitab melainkan supaya kamu menjelaskan kepada mereka apa
yang padanya mereka selisihkan, dan sebagai satu petunjuk, dan satu pengasihan
bagi kaum yang percayai.
16:65. Dan Allah
turunkan dari langit air, dan dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati.
Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang mendengar.
16:66. Dan
sesungguhnya pada binatang ternak ada pelajaran bagi kamu; Kami memberi minum kepada
kamu daripada apa yang di dalam perut mereka, antara kotoran dan darah, susu
yang tulen, enak bagi peminum-peminum.
16:67. Dan daripada
buah-buahan palma dan anggur, kamu ambil daripadanya minuman yang memabukkan,
dan rezeki yang baik. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi
kaum yang faham.
16:68. Dan Pemelihara
kamu wahyukan lebah, "Ambillah untuk kamu daripada gunung-gunung,
rumah-rumah, dan daripada pokok-pokok, dan daripada apa yang mereka bangunkan.
16:69. Kemudian
makanlah tiap-tiap buahan, dan ikutlah jalan-jalan Pemelihara kamu yang senang
kepergiannya." Kemudian keluar dari perut mereka, satu minuman yang
bermacam-macam warna, di dalamnya penyembuhan untuk manusia. Sesungguhnya pada
yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang memikirkan.
16:70. Allah cipta
kamu; kemudian Dia matikan kamu; dan antara kamu ada yang dikembalikan kepada
umur yang paling hina, bahawa setelah tahu sesuatu, mereka tidak tahu apa-apa;
sesungguhnya Allah Mengetahui, Berkuasa.
16:71. Dan Allah
lebihkan sebahagian kamu di atas sebahagian yang lain dalam rezeki; tetapi
orang-orang yang dilebihkan tidak akan serah rezeki mereka kepada apa yang
tangan-tangan kanan mereka miliki supaya mereka jadi sama. Apa, dan adakah
mereka sangkal rahmat Allah?
16:72. Allah buatkan
untuk kamu daripada diri-diri kamu isteri-isteri, dan Dia buatkan untuk kamu
daripada isteri-isteri kamu, anak-anak dan cucu-cucu, dan Dia rezekikan kamu
daripada benda-benda yang baik. Apa, adakah mereka percayai yang palsu, dan
adakah mereka tidak percaya kepada rahmat Allah?
16:73. Dan mereka
sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak ada kuasa untuk memberi rezeki
kepada mereka sedikit pun dari langit dan bumi, dan tidak boleh buat apa-apa?
16:74. Maka janganlah
buat persamaan bagi Allah; sesungguhnya Allah tahu, dan kamu tidak tahu.
16:75. Allah buat
satu persamaan: seorang hamba yang dimiliki tuannya yang tidak berkuasa
terhadap sesuatu, dan orang yang Kami rezekikan daripada Kami Sendiri dengan
rezeki yang baik, dan dia nafkahkan daripadanya secara rahsia dan
terang-terangan. Adakah mereka sama? Segala puji bagi Allah, tetapi kebanyakan
mereka tidak tahu.
16:76. Allah buat
satu persamaan: dua lelaki, seorang daripada mereka bisu, tidak berkuasa
terhadap sesuatu, dan dia menjadi beban kepada tuannya - di mana sahaja dia
hadapkannya, dia tidak datangkan kebaikan. Adakah dia sama dengan orang yang
menyuruh pada keadilan, dan berada di atas jalan lurus?
16:77. Kepunyaan
Allah keghaiban di langit dan bumi. Dan urusan Saat seperti sekelip mata, atau
lebih dekat. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.
16:78. Dan Allah
keluarkan kamu dengan tidak tahu sesuatu dari rahim ibu-ibu kamu, dan Dia
buatkan untuk kamu pendengaran, dan penglihatan, dan hati, supaya kamu
berterima kasih.
16:79. Tidakkah
mereka renungkan burung-burung yang ditundukkan di udara di langit? Tiada yang
menahannya melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah
ayat-ayat bagi kaum yang percayai.
16:80. Dan Allah
buatkan satu tempat rehat bagi kamu daripada rumah-rumah kamu, dan buatkan
untuk kamu, daripada kulit-kulit binatang ternak, rumah-rumah, yang kamu dapati
ringan pada hari perjalanan kamu dan pada hari kamu menetap, dan daripada
bulu-bulu mereka (biri-biri), dan bulu-bulu mereka (unta atau kambing), dan
daripada rambut mereka, perkakas rumah tangga dan kesenangan untuk satu waktu.
16:81. Dan Allah
buatkan untuk kamu lindungan daripada apa dia cipta, dan Dia buatkan untuk
kamu, daripada gunung-gunung tempat perlindungan, dan Dia buatkan untuk kamu
baju-baju untuk melindungi kamu daripada panas, dan baju-baju untuk melindungi
kamu daripada bencana kamu sendiri. Begitulah Dia sempurnakan rahmat-Nya ke
atas kamu supaya kamu tunduk patuh.
16:82. Maka, jika
mereka berpaling, bagi kamu hanyalah untuk sampaikan yang jelas.
16:83. Mereka
mengenali rahmat Allah, kemudian mereka menafikannya, dan kebanyakan mereka
adalah orang-orang tidak percaya.
16:84. Dan pada hari
Kami bangkitkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi, kemudian bagi
orang-orang tidak percaya tidak diizinkan, dan tidak juga mereka diredai.
16:85. Dan apabila
orang-orang buat kezaliman melihat azab, ia tidak diringankan untuk mereka, dan
tiada tangguh akan diberi kepada mereka.
16:86. Dan apabila
orang-orang yang sekutukan melihat sekutu-sekutu mereka, mereka berkata,
"Wahai Pemelihara kami, mereka inilah sekutu-sekutu kami, yang kami seru
selain daripada Engkau." Mereka lemparkan kembali kepada mereka ucapan,
"Sesungguhnya kamu sebenarnya pendusta-pendusta."
16:87. Dan mereka
lemparkan kepada Allah ketundukan pada hari itu, dan sesatlah (hilanglah)
daripada mereka apa yang mereka ada-adakan.
16:88. Orang-orang
tidak percaya, dan halangi jalan Allah, merekalah yang Kami tambahkan azab di
atas azab kerana mereka buat kerosakan.
16:89. Dan pada hari
Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi ke atas mereka daripada
diri-diri mereka sendiri, dan Kami datangkan kamu sebagai saksi ke atas mereka
itu. Dan Kami turunkan kepada kamu al-Kitab, penjelasan bagi segala sesuatu,
dan petunjuk, dan pengasihan, dan sebagai berita gembira, bagi orang-orang
muslim.
16:90. Sesungguhnya
Allah menyuruh buat keadilan, dan buat baik, dan memberi sanak saudara; dan Dia
melarang kesumbangan, dan kemungkaran, dan keangkuhan, dengan menegurkan kamu
supaya kamu mengingati.
16:91. Tepatilah
perjanjian Allah apabila kamu buat perjanjian, dan janganlah melanggar
sumpah-sumpah setelah kukuhkannya, dan kamu buat Allah penjamin kamu;
sesungguhnya Allah tahu apa kamu buat.
16:92. Dan janganlah
jadi seperti perempuan yang memutuskan benangnya, setelah ia ditenun dengan
kuat, kepada serabut, dengan mengambil sumpah-sumpah kamu sebagai hanya tipu
muslihat antara satu sama lain, kerana kamu umat yang lebih ramai daripada umat
yang lain. Allah hanya menguji kamu dengannya; dan sungguh Dia akan menjelaskan
kepada kamu pada Hari Kiamat apa yang kamu padanya kamu selisihkan.
16:93. Sekiranya
Allah hendak, tentu Dia buat kamu satu umat; tetapi Dia sesatkan siapa Dia
hendaki, dan beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki; dan sungguh, kamu akan
ditanya mengenai apa kamu buat.
16:94. Janganlah
jadikan sumpah-sumpah kamu sebagai hanya tipu muslihat antara satu sama lain,
supaya kaki tidak tergelincir setelah ia berdiri teguh, dan kamu akan rasakan
keburukan kerana kamu halangi jalan Allah, dan bagi kamu, azab yang besar.
16:95. Dan janganlah
jual perjanjian Allah untuk harga yang sedikit; sesungguhnya apa yang ada di
sisi Allah, itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu tahu.
16:96. Apa yang ada
pada kamu akan habis, tetapi apa yang ada di sisi Allah kekal; dan sungguh Kami
akan balas orang-orang yang sabar dengan upah mereka mengikut yang paling baik
daripada apa yang mereka telah buat.
16:97. Dan sesiapa
yang buat kerja-kerja baik , lelaki atau perempuan, dan dia mukmin, sungguh
Kami akan hidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami akan balas mereka
dengan upah mereka mengikut yang paling baik daripada apa yang mereka telah
buat.
16:98. Apabila kamu
baca al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang
direjam.
16:99. Ia tidak ada
kuasa terhadap orang-orang yang percaya, dan tawakal kepada Pemelihara mereka.
16:100. Kuasanya
adalah terhadap orang-orang yang jadikannya sahabat mereka, dan orang-orang
yang sekutukan.
16:101. Dan apabila
Kami tukar satu ayat pada tempat ayat yang lain, dan Allah sangat-sangat tahu
apa yang Dia turunkan, mereka berkata, "Kamu hanya mengada-adakan!"
Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.
16:102. Katakanlah,
"Roh Qudus (Suci) turunkannya daripada Pemelihara kamu dengan benar, dan
untuk meneguhkan orang-orang yang percaya, dan untuk menjadi satu petunjuk dan
berita gembira bagi orang-orang muslim."
16:103. Dan Kami tahu
bahawa mereka berkata, "Hanya seorang manusia yang mengajar dia."
Lisan (bahasa) orang yang padanya mereka cerca bukanlah Arab, sedang yang ini
adalah dalam bahasa Arab yang jelas.
16:104. Orang-orang
tidak percayai ayat-ayat Allah, Allah tidak beri petunjuk; bagi mereka, azab
yang pedih.
16:105. Mereka hanya
ada-adakan dusta, yang tidak percayai ayat-ayat Allah, dan mereka itu,
merekalah pendusta-pendusta.
16:106. Sesiapa yang
tidak percaya kepada Allah sesudah keimanannya - kecuali orang yang dipaksa,
dan hatinya tenteram dalam keimanannya - tetapi sesiapa yang dadanya
dilapangkan dalam ketidakpercayaan, maka kepada merekalah kemurkaan daripada
Allah, dan bagi mereka, azab yang besar.
16:107. Itu kerana
mereka lebih suka kehidupan dunia daripada akhirat, dan bahawa Allah tidak beri
petunjuk kepada kaum tidak percaya.
16:108. Mereka itu,
Allah letak penutup pada hati mereka, dan pendengaran mereka, dan penglihatan
mereka, dan mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.
16:109. Tidak syak,
di akhirat merekalah orang-orang yang rugi.
16:110. Kemudian,
sesungguhnya Pemelihara kamu, bagi orang-orang yang hijrah setelah dianiaya,
kemudian berjuang dan sabar, sesungguhnya Pemelihara kamu setelah itu,
Pengampun, Pengasih.
16:111. Pada hari
tiap-tiap jiwa datang berdebat untuk dirinya sendiri; dan tiap-tiap jiwa
dibayar sepenuhnya apa yang ia telah buat, dan mereka tidak dizalimi.
16:112. Allah buat
satu persamaan: sebuah bandaraya yang aman, tenteram, rezekinya datang
kepadanya dengan senang dari tiap-tiap tempat, kemudian ia tidak percaya
(kafir) akan rahmat-rahmat Allah; maka Allah merasakannya pakaian kelaparan dan
ketakutan kerana apa yang mereka kerjakan.
16:113. Sesungguhnya
telah datang kepada mereka seorang Rasul daripada kalangan mereka, tetapi
mereka dustakannya; maka mereka diambil oleh azab sedang mereka orang-orang
zalim.
16:114. Maka makanlah
daripada apa yang Allah rezekikan kamu, yang halal, yang baik; dan
berterimakasihlah atas rahmat Allah, jika Dia kamu sembah.
16:115. Hanya
benda-benda ini yang Dia haramkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi,
dan apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang
terpaksa, dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, maka
sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
16:116. Dan jangan
kata apa yang lidah kamu terangkan dengan dusta, "Ini halal, dan ini haram,"
supaya kamu ada-adakan dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang
ada-adakan dusta terhadap Allah tidak akan beruntung.
16:117. Sedikit
kesenangan, kemudian bagi mereka, azab yang pedih.
16:118. Dan
orang-orang Yahudi, Kami telah haramkan mereka apa yang Kami ceritakan kepada
kamu sebelumnya, dan Kami tidak menzalimi mereka, tetapi mereka menzalimkan
diri-diri mereka sendiri.
16:119. Kemudian,
sesungguhnya Pemelihara kamu - bagi orang-orang yang buat jahat dalam
kejahilan, kemudian bertaubat sesudah itu, dan membetulkan - sesungguhnya
Pemelihara kamu sesudah itu, Pengampun, Pengasih.
16:120. Sesungguhnya
Ibrahim ialah satu umat yang patuh kepada Allah, seorang yang lurus, dan bukan
orang yang sekutukan.
16:121. Yang
mensyukuri (berterima kasih) akan rahmat-Nya; Dia memilihnya, dan Dia
berikannya petunjuk pada jalan lurus.
16:122. Dan kami beri
dia di dunia yang baik, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang salih.
16:123. Kemudian Kami
wahyukan kamu, "Ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukan
orang yang sekutukan."
16:124. Sabat hanya
dibuat ke atas orang-orang yang berselisih padanya; sesungguhnya Pemelihara
kamu akan putuskan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka
selisihkan.
16:125. Serulah ke
jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan dan teguran yang baik, dan debatlah
dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia
sangat-sangat tahu orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia
sangat-sangat tahu orang-orang yang dapat petunjuk.
16:126. Dan jika kamu
membalas, balaslah dengan yang serupa apa yang kamu dibalas (ditimpa), dan
sesungguhnya jika kamu sabar, ia yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar.
16:127. Dan sabarlah;
kesabaran kamu hanyalah dengan (pertolongan) Allah. Dan jangan sedih terhadap
mereka, dan jangan kamu dalam kesempitan kerana apa yang mereka perdayakan.
16:128. Sesungguhnya
Allah berserta orang-orang bertakwa, dan orang-orang buat baik.