GOUT
Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang
diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit
ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi
(monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah "gout" berasal
daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis',
disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis
humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul
mendapan urat. Sakit gout pada umumnya, adalah
berpunca daripada pembentukan kristal-kristal asid urik di dalam cecair sendi. Ubat
gout yang biasa diberikan oleh doktor itu boleh mengurangkan sakit gout dan
keradangan, tetapi ia tidak boleh mengurangkan akar umbi gout, iaitu asid urik.
Tanda-Tanda Sakit Gout
Sakit
gout biasanya menyerang ibu jari kaki. Ibu jari yang diserang akan menjadi bengkak
kemerahan, panas, dan mengalami sakit yang ketara. Serangan sakit gout biasanya
berlaku secara tiba-tiba. Bahagian yang diserang akan menjadi sangat sensitif sehingga tiupan
angin pun boleh membawa kesakitan. Jika tidak dirawat, bengkat tersebut akan
berlarutan berhari-hari sehingga lebih daripada satu minggu. Kemungkinan besar
sakit gout akan menyerang kembali selepas beberapa minggu atau bulan. Sakit gout juga boleh menyerang pada
sendi-sendi lain seperti lutut, buku lali, pergelangan tangan dan jari-jari.
Gambaran klasik tentang gout ialah sakit yang
melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan
pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya
menghadapi dua sumber kesakitan. Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit
keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di
sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun
hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang
terjejas.
Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang
75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh
menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki,
lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah
kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak,
disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.
Pesakit-pesakit dengan hiperurisemia (sila lihat di
bawah) boleh mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang dipanggil tofus
dalam tisu-tisu yang lain, umpamanya heliks telinga. Dalam sebilangan kes,
karang-karang asid urik boleh membentuk sejenis karang ginjal.
Komplikasi yang Berkaitan Dengan Sakit Gout
Pesakit
gout biasanya mempunyai paras asid urik yang tinggi, dan asid urik lebihan ini
boleh berkumpul di bawah kulit dan membentuk bonjolan digelar TOPHI. Terdapat
juga asik urik yang terkumpul di dalam saluran air kencing dan semakin membesar
sehingga menjaid Batu Karang.
Pesakit
gout juga mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghidapi penyakit moden
yang lain seperti berikut:
Tekanan
Darah Tinggi
Sakit
Jantung
Obesiti/Kegemukan
Kencing
Manis/Diabetes
Lemah
Batin/Impotensi
Gout mempunyai empat
peringkat yang nyata:
1. asimptomatik
2. Akut
3. interkritikal
4. kronik.
Dalam peringkat pertama (asimptomatik),
aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout
pertama menandakan peringkat kedua (akut).
Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala
serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga
beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada
gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun.
Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua
tahun dari serangan pertama.
Pada peringkat terakhir (kronik),
serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu
serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga
boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah
teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.
Rawatan Tradisional
1.)Rebus kulit kentang dengan air untuk
menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit
kentang.
2.)Ambil
anak pokok durian beserta akarnya sekali (Biji buah durian juga boleh digunakan
sebagai ganti anak pokok durian dan akarnya bagi menyelamatkan pokok-pokok
durian sedunia). Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam
(bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara
tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit
gout.
3.)Ambil
beberapa helai daun pandan dan rebuskanya.Minum air rebusan tersebut.Amalkan 2
kali seminggu.
MAKANAN PENYEBAB GOUT DAN PANTANG BAGI PESAKIT GOUT!!!
1.
Daging merah
2.
Ayam (semua jenis Ayam)
3.
Makanan laut (Udang, Kerang, kepah, Ketam dll.)
4.
Telur
5.
Kacang
6.
Sirap jagung tinggi fruktos (SJTF)
7.
Semua jenis air Berkarbonat (pepsi, Coca-Cola,
dll.)
8.
Semua jenis air kotak terproses KECUALI Jus
buah-buahan
9.
Semua jenis ubat Kimia dari Klinik dan hospital.
Makanan WAJIB untuk pesakit GOUT.
1.
Semua jenis Sayur (Kobis, Lobak Merah, Timun,) -kadar
2/3
2.
Ikan Bakar dan Stim -kadar 1/3
3.
Nasi putih -kadar
1/3
4.
Air Suam beralkali
-kadar 3 liter sehari.
5.
Ubat Herba (Ardisia HPA, Curcumin HPA, Radix HPA) dan
Minyak But-But HPA
6.
Cuka epal, minyak zaitun, vitamin C dos tinggi
7.
Pokok Daun dukung anak,
chai-hu (herba Cina, Bepleurum chinense, Huang-qi (astragalus membranaceus) dan
gambir sesuai digunakan bagi meredakan gout.
8.
Buah Ceri dan Strawberi serta Kentang.
Secara tradisi, GOUT dianggap sebagai satu
penyakit yang dihidap hanya oleh mereka yang merosot akhlak serta malas,
disebabkan makanan-makanan yang mengakibatkannya hanya dapat banyak dimakan
oleh mereka yang kaya. Mangsa sterotaip ialah seorang lelaki pertengahan umur
yang sangat gemuk serta malas dan yang makan dan minum terlalu banyak makanan
berlemak serta alkohol, dengan wain port sering disebut sebagai sebab yang
khusus. Mungkin diakibatkan oleh perhubungan tradisi antara kekayaan dan kenal
huruf, gout merupakan salah satu penyakit yang paling biasa dilaporkan dalam
sejarah. Galen, pakar bedah gladiator Rom, menghuraikan gout sebagai pelelehan
empat humor badan pada jumlah yang tidak seimbang ke dalam sendi-sendi. Istilah
bahasa Latin untuk titis (iaitu titis lelehan) ialah gutta — istilah
"gout" berasal daripada perkataan ini.
TIPS BERKESAN!
*Elakkan meletakkan AIR BATU pada bahagian
sakit atau benjolan Gout (Tophi). Ia akan menambahkan KRISTAL URIK ASID dan
menambahkan sakit. TETAPI, gunakan air suam untuk meredakan kesakitan... makin
panas makin bagus... tetapi jangan sampai melecur!
GUNAKAN RAWATAN
ALTERNATIF:
1. Doa Khusus Nabi
merawat penyakit.- Rujuk cara Nabi merawat penyakit dengan Istighfar, Doa dan Sedekah
serta usaha lahiriah.
2.
Bekam Lintah atau
Bekam Sunnah Nabi menurut cara Islam oleh HPA.
3.
Amalkan memakan Madu
Asli, Habbatus-Saudah, Ardisia HPA, RADIX HPA, Moringa HPA, Daun Dukung
Anak, Buah Ceri dan Strawberi, Cuka
Epal, Minyak Zaitun.
4.
Ambil Vitamin C dos
Tinggi. (Roselle, Moringa, Lemon, Kunyit dan Vitamin C yang lain.)
5.
Air suam + Kunyit
hidup (ditumbuk hancur) + Minyak But-but keluaran HPA untuk merendam kaki atau
bahagian yang sakit.
6.
Ubah gaya pemakanan
anda dan cara hidup anda kepada yang lebih baik dan lebih sihat.
BUKAN ANDA SEORANG
SAHAJA YANG MENGHIDAP GOUT. TETAPI, RAMAI LAGI...
LIHAT Tokoh TERKENAL mashyur
yang mengidap GOUT. Salah satu pengidap
gout yang terkemuka ialah Henry VIII. Yang lain termasuk Alexander Hamilton,
Alfred Lord Tennyson, Benjamin Disraeli, Benjamin Franklin, Charles V, David
Wells, William Pitt, Earl Pertama Chatham, George IV, George Mason, Henry
Fielding, Isaac Newton, John Calvin, John Hancock, John Milton, Karl Marx, Kirk
Reuter, Kublai Khan, Lennart Torstenson, Nostradamus, Pablo Neruda, Peter
Gomes, Ratu Anne, Rubens, Samuel Johnson, dan Thomas Jefferson serta Ennius,
pemuisi Rom, menulis "numquam poetor nisi podager" — "Aku tak
pernah menulis puisi kecuali menghidap gout." Beliau mempergunakan masa
ketika duduk yang disebabkan oleh sakit artritis untuk mengarang puisi. Oleh itu jangan risau dan bimbang... anda
tidak keseorangan!
‘TIMLOMEKUN’ JUS ANTI-GOUT
TIMUN
LOBAK MERAH
KUNYIT HIDUP
Kisar dan campurkan dengan segelas
air beralkali dan minum sebelum tidur..:)
Herba lain : RADIX KAPSUL DAN
ARDISIA
PANTANG
Jangan makan semua jenis Kacang –
kacang tanah, merah, hitam kacang buncis, panjang dll.
Punca Gout antaranya ialah sikap :
1. Tidak cukup minum air sehari
iaitu kurang dari 2L sehari
2. Gemar sangat makan kacang tanah,
kacang putih dan kacang bergaram
3. Gemar makan buah-buahan jeruk
4. Gemar makan mee segera
5. Gemar dan kerap mengambil
Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
6. Gemar dan kerap makan mi kuning
dan roti canai
7. Gemar dan kerap minum teh kedai
8. Gemar dan kerap makan cokelat dan
Milo dan segala sejenisnya
9. Gemar dan kerap ambil durian,
rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dengan kuantiti yang
banyak.
10. Gemar dan kerap makan jambu dan
tembikai termasuk tembikai susu
11. Kerap dan banyak mengambil
kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin
12. Kerap dan banyak makan buah oren
seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
13. Kerap dan banyak mengambil
kordial SUNQUICK serta kordial lainnya
14. Terlalu kerap makan kari.
15. Tidak suka makan sayur terutama
sayuran pahit.
16. Kerap makan cendawan dan produk
cendawan termasuk ubat ganoderma
17. Kerap mengambil ubat pain killer
18. Gemar memakan fastfood seperti
burger, kfc, McD, subway dll.
19. Mengambil supplement Vitamin yang
tidak halal
SYOR PEMAKANAN
2. Amalkan
minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
3. Makan peria
dan peria katak
4. Sawi pahit,
kacang botor, kacang panjang, kailan
5. Susu tepung
6. Minyak
zaitun satu sudu besar setiap hari
7. Ulam
seperti ulam raja, pucuk gajus dan pegaga
8. Buah Delima
9. Epal hijau
2 biji seminggu
12. Garam
kasar menggantikan garam halus
13. Berendam
dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air
suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
14. Makan
lebih banyak sayur-sayuran
15. Makan
kapsul HABBATUSSAUDA
16. Minum air
kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari atau minyak zaitun.
“Apabila anda diuji dengan penyakit. Maka ucaplah
ALHAMDULILLAH, kerana ALLAH sedang menghapuskan dosa-dosa mu dengannya dan
ISTIGHFAR lah, nescaya ALLAH memudahkan kesulitanmu. BERSEDEKAH lah... kerana dengan sedekah, ALLAH akan
mengubati penyakit mu.”
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A