The Alien - Link Select

Rabu, 12 Oktober 2011

RASULULLAH DATANG ZIARAH ANDA???

Bayangkan apabila Rasulullah dengan izin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita.

Ketika itu Baginda datang dengan tersenyum dan muka yang berseri-seri di hadapan pintu rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Mesti kita menjadi sangat terkejut, memeluknya erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu. Kemudian kita tentunya akan meminta agar Rasulullah sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Tapi barangkali kita meminta Rasulullah menunggu sebentar di depan pintu kerana teringat VCD 18+ atau lukisan wanita separuh bogel yang melekat di ruang tamu kita sehingga kita terpaksa memindahkan semuanya ke belakang dengan tergesa-gesa kemudian menggantikan khat nama Allah dan Muhammad yang tersimpan dalam almari dan kita meletakkannya di ruang tamu.
Apa agaknya Rasulullah katakan jika baginda tahu semua itu? Bagaimana pula jika Rasulullah bersedia menginap di rumah kita? Barangkali kita menjadi malu kerana tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah s.a.w, keluarga dan sahabatnya. Kita terpaksa menukar ruang tamu menjadi ruangan solat, malah segera mencari pakaian solat, kopiah, serban dan al-Quran. Manakala bagi anak isteri, kita terus belikan pakaian menutup aurat demi menutup malu selama ini kita berpakaian tidak menutup aurat .

Apa agaknya rasa Nabi dengan perlakuan dan lakonan kita itu? Belum lagi koleksi buku-buku, kaset dan karaoke kita. Ke mana kita harus menyingkirkan semua koleksi itu demi menghormati junjungan kita? Sudah tentu kita menjadi malu kerana kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berkumandang. Kita juga pasti malu kerana pada waktu Maghrib keluarga kita masih sibuk di depan televisyen. Kita hanya menghabiskan hampir seluruh waktu untuk mencari kesenangan duniawi. Sudah tentu juga kita berasa malu kerana keluarga kita tidak pernah menunaikan solat sunat, sangat jarang membaca al-Quran dan tidak mengenal jiran tetangga kita.

Sudah tentu kita malu jika Rasulullah menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita.

Justeru, bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan Nabi kita itu dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati, kita menolak kunjungan baginda kerana hal itu akan sangat membuat kita segan dan malu. Maafkan kami ya Rasulullah. Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah. Itu belum lagi kalau hendak kira cara kita mencari duit, membina keluarga, cara kita berpolitik, berniaga dan segala perlakuan kita yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Layakkah kita bergelar umat Muhammad, dan layakkah kita mendapat syafaat Nabi di hari akhirat nanti?

RAHSIA SOLAT DI AWAL WAKTU???

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat
2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?




Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?

— SOLAT SUBUH —

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

— SOLAT ZOHOR —

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

- SOLAT ASAR -

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

— SOLAT MAGHRIB -

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

— SOLAT ISYAK —

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

- KESIMPULAN -
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

"SOLATLAH KAMU DI AWAL WAKTUNYA..."

Kita akan cuba memahami mengapa Islam menuntut umatnya agar khusyuk di dalam solat. Namun saya tahu bukan mudah untuk mendapatkan solat yang khusyuk sepenuhnya. Kadangkala sedang solat, kita terfikir bagaimana nak ubahsuai blog, lepas ni nak pergi sini sana, nak call mak kat kampung dan macam-macam lagi. Sedangkan ketika kita memikirkan semua itu, kita sedang menyembah Allah SWT. Jadi secara tak langsung, bukankah itu perbuatan yang menyekutukan Allah? MasyaAllah.

Kawan-kawan pun tahu di mana Solat merupakan tiang agama. Ianya lebih penting dari berpuasa, menunaikan zakat dan juga mengerjakan haji. Kerana itu di dalam rukun islam, solat diletakkan pada no 2 selepas mengucap dua kalimah syahadah.

Kepada pembaca yang dihormati, kalau tidak punya banyak masa untuk membaca artikel ini, skip sahaja terus ke 15 cara khusyuk dalam solat. Di dalam petak yang bewarna kuning nanti.

Khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-

yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].

Firman-Nya lagi:-

“Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk” [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.

Firman Allah lagi:-

yang bermaksud : “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.” Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : “Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.”

Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. “Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang“. serta “Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan“. Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.



Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan “munajat” (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, “Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati.”

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:


“Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

TENAGA MANUSIA LEBIH HEBAT DARI TENAGA SYAITAN JIN???


He he he... hari ini aku lega sikit. kerja tak banyak dan buku langsung takde. jadi, aku tidak berpeluang bekerja saat ini selain melayari internet dan menonton movie " MORNING GLORY". but aku tidak menumpulkan otak aku dengan dua benda ini. sebaliknya aku melayari satu blog yang ada manfaat dan aku copy paste je maklumatnya di sini... ia cukup menarik dan berfakta ilmiah. Syabas kepada penulisnya... sambil-sambil menikmati TEH O Cap Harimau Malaya ini, aku meneruskan coretan ini. Dan hari ini juga 13 hb, bersaksikan seluruh apa yang ada dan wujud di dunia ini, aku telah disahkan dengan rasminya dalam perkhidmatan. heheheheh.... Alhamdulillah...


TENAGA MANUSIA LEBIH HEBAT DARI TENAGA JIN!!!
Kadang-kadang amat menghairankan bagaimana manusia Melayu yang beragama Islam selalu mengalami gangguan ghaib termasuk nampak ruh-ruh ghaib, hantu, histeria, saka dan macam-macam lagi.

Di sini saya nak berkongsi terhadap ilmu tenaga keinsanan dari hasil kajian dan ujikaji yang telah saya buat selama lebih 25 tahun

Begini:

Dalam Islam tiada istilah hantu, pocong, polong, penanggalan, hantu bungkus dan seumpamanya dan dikira tak wujud pun. Yang ada hanya Iblis,syaitan dan jin yang kerjanya menghasut dan menyesatkan manusia. Syaitan ini dikatakan berada dalam aliran darah manusia dan ada hadith mengibaratkan syaitan seperti nyamuk yang menunggu masa/peluang untuk menyuntik kepercayaan/hasutan ke dalam hati manusia yang lalai.

Walaubagaimanapun makhluk-makhluk ‘perosak’ itu tidaklah terlebih hebat dari segi tenaga insaniah berbanding insan manusia. Insan adalah makhluk yang paling sempurna kejadiannya. Kelebihan ketara manusia berbanding Iblis, Syaitan dan Jin (ISJ) adalah tenaga hayat yang dimilikinya.

Tenaga Insan amat hebat. Buktinya semasa persitiwa Mikraj yang penuh keajaiban dari segi teknologinya ialah keupayaan Rasulullah SAW menjelajah ke Sidratul Muntaha bertemu Allah SWT iaitu sempadan had makhluk boleh tiba. Apabila diajak Rasulullah SAW agar Jibril menemaninya bertemu Allah SWT, Jibril berkata :”Jika daku mengikutmu walau serambut lagi Ya Rasulullah nescaya diriku akan musnah dan hancur”. Di situ membuktikan diri Insan melebihi malaikat pada tahap maksimum keupayaannya. Dalam istilah fizik kuantum semua perkara adalah tenaga atau cahaya. Ini menunjukkan jasad manusia (yang hakikatnya tenaga dan cahaya ini dari segi fizik kuantum) adalah yang paling hebat berbanding makhluk-makhluk lain yang pernah diciptaNya. Akhirnya, Rasulullah SAW sendiri sampai ke Sidratul Muntaha bertemu dengan Allah Penguasa Alam Semesta tanpa ditemani Jibril AS yang mungin difikirkan Baginda amat hebat kebolehannya.

Satu lagi bukti tenaga Insan ini hebat adalah ruh manusia mampu memiliki jasad. Tenaga Insan/hayat mampu memegang semua elemen asas kehidupan dan menyatakan dirinya secara zahir. Elemen asas ini ialah air, tanah, api angin .Dalam ilmu sains moden, kehidupan alam fizikal termasuk bumi, planet, matahari, bintang, galaksi dipegang oleh 4 unsur iaitu magnetism, gravitism, ikatan nuklear kuat dan ikatan nuklear lemah.

Didapati tenaga Insan mampu menggabungkan semua elemen asas tadi serta membina dan menggerakkan jasad lantas menjadi kehidupan atas mukabumi ini. Tenaga hayat syaitan/iblis/jin tidak mampu berbuat demikian !!

Berkenaan dengan jin terdapat pelbagai level keupayaannya. Dalam Al-Quran diceritakan bahawa jin digunakan dalam tugas-tugasan berat yang tak mampu dibuat oleh manusia. Dikatakan jin juga digunakan untuk memindahkan bongkah batu yang beratnya beratus tan untuk membina piramid dari Pergunungan Pyrennes, Perancis yang jaraknya ribuan kilometer dari Gaza.

Namun zaman kekuatan jin ini telah berakhir akibat perubahan gravitisme bumi (kisah ini panjang dan telah dibuktikan secara kajian sekumpulan pakar graviti-saya akan ceritakan kemudian). Jin-jin telah hilang ‘kuasa’ ini dan sekarang kuasa ini dibawah kawalan manusia pula (kuasa zero point energy-panjang juga ceritanya ini-akan dijelaskan juga nanti)

Syaitan dan Iblis hanya berkuasa dalam dimensi alam yang lain. Dalam alam dunia fizikal ini mereka tidak berkuasa. Buktinya ialah jin/syaitan/iblis tiada kekuatan tenaga menggabungkan semua elemen tadi untuk mendapatkan jasad. Apatah lagi berjalan di atas mukabumi ini !!

Kembali semula kepada perbincangan tadi, dengan tenaga yang paling hebat ini hanya manusia menjadi paling layak menjadi Khalifah iaitu pentadbir/dunia dan alam ini. Persoalannya lagi adakah manusia juga mentadbir planet-planet lain dan bintang? Ya..kerana dalam Al-Quran menyatakan bahawa ‘dijadikan bintang-bintang sebagai perhiasan’..walaupun saiz bumi ini kecil berbanding alam semesta tapi manusialah pentadbirnya. Kajian mutakhir mendapati UFO dan alien-alien itu berasal dari bumi. Buktinya ialah banyak satelit-satelit di atmosfera bumi telah merakamkam video pergerakan turun naik UFO ke angkasa dari bumi. (Kisah sebenar UFO ni akan saya posting kemudian)

Jadi bagaimana jin/hantu ni boleh muncul dan ‘mengganggu’ manusia jika tenaganya tidak sekuat manusia?

Rajah: fungsi haemoglobin dalam sel darah mera (red blood cell)—>

Sebenarnya tenaga syaitan dan jin di alam manusia ini amat lemah. Cuma kelebihan syaitan ini ialah kebolehannya sebagai elemen api yang boleh berada dalam atom besi/ferum yang banyak dalam hemoglobin (rujuk Wikipedia apa maksud hemoglobin). Bidang kajian antara ilmu kimia dan spiritual dinamakan Alchemy. Ibnu Sina dan Al-Ghazali adalah antara saintis Islam yang paling pakar dalam bidang ini. Perkembangan akhir-akhir ini memdapati Alchemy banyak membantu manusia berbanding bidang kimia yang terpisah dari spiritual (chemistry). Hemoglobin ini adalah molekul yang jumlahnya teramat banyak dalam sel darah manusia (dalam satu ml darah ada beribu-ribu dan tugasnya adalah mengikat oksigen agar boleh diangkut oleh sel darah merah.

Dalam kajian Tenaga Insan, apabila seseorang mengingati Allah dengan cara berzikir kepadaNya (sama ada ingat dalam hati, berwirid ,membaca Al-Quran atau berdoa, jaluran tenaga manusia telah di’upgrade’ agar membina satu lapisan pelindung tenaga luar (macam cerita Ultraman).Istilah pengamal tenaga dalam ffenomena ini dipanggil perisai aura.

Bila manusia ‘lalai’ atau kurang mengingati Allah, perisai ini makin ‘menipis’ yang akan memudahkan syaitan tadi memasuki gen manusia lantas mengubahsuai struktur molekul tubuh manusia agar organ badan dan sistem pertahanan badan gagal berfungsi . Inilah sebenarnya punca menyebabkan penyakit pada tubuh manusia. Jika sistem imun manusia kuat (fizikal dan spiritual) kuman/patogen tak mampu menyebabkan penyakit dan organ badan manusia tidak rosak.

Lebih merbahaya jika syaitan tadi ‘menyuntik informasi/hasutan’ ke dalam sel-sel otak manusia yang amat berkaitan dengan akal. Impuls-impuls elektrik yang ditafsir oleh otak manusia akan terganggu. Manusia tadi akan menjana satu rupa bentuk ‘hantu’ dalam fikirannya dan menganggap ianya sebagai ‘real’. Dalam kajian sains moden apa-apa yang dikesan/dirasai oleh pancaindera manusia seperti penglihatan, rasa, bau, sakit, tekanan, pendengaran dan lain-lainnya akan ditafsir dengan cara menukarkannya kepada isyarat elektrik yang dinamakan impuls oleh sistem saraf yang berhubung dengan organ pancaindera seperti mata,telinga , hidung dan kulit . Impuls atau isyarat elektrik saraf ini kemudiannya akan ditafsir oleh otak. Otak akan menganalisis dan mengintegrasi maklumat dari impuls tadi dan memberi tafsiran sepertimana dunia yang kita lihat, bau, dengar,sakit dan lain-lainnya yang kita alami 24 jam ini.

Secara ringkasnya manusia menafsir dunia ini adalah hasil tafsiran otak terhadap impuls tadi.
Jadi otak manusia yang disuntik info/impuls dari syaitan pula akan ‘menampakkan’ ‘hantu’ itu ‘real’. bila manusia melihat hantu ini ‘real’ dalam otaknya maka akan timbul gerakbalas badan yang menganggap ‘hantu’ hasil dari ‘projection image’ dalam otak boleh mendatangkan kemudaratan bagi dirinya. Manusia lain tidak dapat melihat apa yang dilihat ketika ini.

Untuk memahami bagaimana syaitan menguasai fikiran kita bolehlah kita membandingkannya dengan serangan virus. Mekanisme ini sama seperti serangan virus terhadap hos atau sel-sel perumah (seperti sel manusia). Virus yang tiba ke permukaan sel yang diserang akan menyuntik DNA nya ke dalam DNA perumah yang telah dibuang pada satu bahagian oleh virus melalui enzim tertentu. DNA yang telah berada dicelah DNA sel manusia akan mengalami perubahan. Akibatnya metabolisme sel yang diserang tadi dikawal sepenuhnya oleh DNA virus agar berfungsi mengikut kehendaknya. Contohnya sel perumah yang diserang akan menghasilkan virus-virus baru (Walhal sebelumnya sel-sel perumah yang diserang tadi tak mampu menghasilkan sel-sel baru !! Ajaib bukan?)

Apabila syaitan telah menguasai sebahagian kawalan tafsiran otak tadi, bermacam-macam ‘filem’ akan diputarkan oleh syaitan dalam fikirannya. Contohnya: ‘Hantu’ yang dijanakan oleh otak akan kelihatan cuba mencekik leher manusia yang telah disuntik tadi. Manusia itu akan bergerakbalas untuk merasa ketakutan sakit. Apabila ketakutan dan kesakitan dijana oleh otak , bahagian otak manusia yang mengawal pernafasan pula akan dirangsang untuk menghasilkan ‘lebihan adrenalin’ di saluran pernafasan. Adrenalin ini adalah hormon kecemasan yang menyebabkan otot-otot saluran nafas akan mengecut. Manusia ini akan sesak nafas dan merasakan bahawa ‘hantu’ itu benar-benar wujud dan menyerangnya. Pakar-pakar yang mengkaji tentang otak manusia mendapati setiap kali manusia dirasuk, diserang sawan atau halusinasi akan berlaku suatu perubahan kimia pada satu bahagian otak yang mengawal penglihatan, bau, rasa dll.Ini menguatkan kaitan dengan kenyataan di atas tadi.

Hal yang sama berlaku kepada histeria. Apabila seorang pelajar menjerit kerana ‘kerasukan’( satu lagi jenis informasi yang disuntik oleh syaitan ke otak) maka jika ada pelajar lain ‘terpercaya’ secara pantas syaitan-syaitan yang sedia ada dalam darah pelajar-pelajar tersebut ‘menyuntik’ informasi yang sama..Jadilah HISTERIA..Ramai-ramai ‘melihat’ dan ‘dirasuk’ hantu yang sama !!! Manusia yang kuat mindanya yang berada berhampiran tak mungkin mengalami histeria. Jadi histeria adalah bukti minda mereka adalah amat lemah !!

Dalam kajian pakar-pakar keimunan manusia, apabila seseorang itu ‘stress’ dalam beberapa saat sahaja sistem imun badan akan menurun. Ini menyebabkan sel-sel darah putih dan sistem pertahanan luar kurang efektif..Manusia tadi mungkin akan mula mengalami pening, selsema, resdung, ketidak fungsian jantung, pankreas dan ginjal dan lain-lain lagi .Jadi betullah kajian perubatan mendapati bahawa kebanyakan penyakit-penyakit sekarang seperti jantung,ulser, gastrik, diabetes, kecederaan akibat stress berlebihan dan bahan-bahan pencemar atau kuman hanya menjangkiti/merosakkan sistem badan bila sistem imun telah menurun.

Perubatan moden (konvensional) melihat penyakit dari aspek fizikal manakala perubatan alternatif melihatnya dari aspek spiritual. Hal di atas menerangkan perbezaan kedua-dua jenis perubatan tersebut.

Kepercayaan atas apa yang ditafsir oleh otak adalah faktor paling penting dalam hal ini.

Jika anda tak percaya pun ‘imej-imej’ hantu yang wujud di depan mata seperti P.Ramlee buat dalam filem Pendekar Bujang Lapok, hantu-hantu itu akan sekelip mata lenyap. Saya sendiri telah mengalami beberapa peristwa yang seumpamanya.

Lihatlah bagaimana pengutip-pengutip sisa sampah ‘berharga’ di pusat pelupusan sampah didapati tiada menghidap kanser kerana mereka percaya bahawa sampah itu rezeki…Berbeza dengan kita.

Teringat kisah ketika saya berkawan rapat dengan pengamal-pengamal perubatan Islam Darul Syifa’ di bawah tunjuk jar Dr Haron Din. Saya tak mempelajarinya cuma ‘I wonder why’ apabila semua paku, wayar, rambut, miang buluh yang dimuntah oleh pesakit yang kena santau telah dikeluarkan dari badannya secara muntah, apabila beberapa bulan kemudian pesakit itu ‘merasakan semula’ kehadiran benda-benda tadi akan memuntahkannya. Dari mana datangnya benda-benda ini. Saya percaya bahawa minda pesakit telah di’suntik’ ‘kepercayaan adanya santau dalam badannya’ oleh syaitan (yang diarah oleh pengamal santau). Apabila ‘image benda-benda’ tadi di jana semula dalam mindanya, tenaga insan akan ‘membina’ benda-benda tadi secara fizikal. iblis dan syaitan yang sudah hidup beribu-beribu tahun adalah ‘saintis jahat’ yang amat tahu formula menghasilkannya sebagaiman virus tadi.

Hal yang sama berlaku dalam fenomena saka

Itulah sebabnya kebanyakan orang-orang yang kuat mindanya tidak ada ‘hantu’ yang mampu ‘muncul’ didepannya. Biasanya para saintis yang hebat-hebat dan golongan yang kuat kerohanian tidak ‘diganggu’ ole hantu..

Ingatlah..Hantu itu tiada..yang ada hanya syaitan/iblis/jin sahaja. Syaitan berjanji akan cuba 24 jam/7hari untuk menyesatkan manusia hingga kiamat menjelang.

Petua apabila ‘image projection’ ‘hantu’ itu muncul ialah jangan percaya kewujudannya, baca ayat-ayat Al-Quran dan ingat bahawa diri kita lebih ‘power’ darinya..

Saya teringat bagaimanana seorang pensyarah Prof Davidson pada tahun 1988 (yang kemudian jadi Presiden WWF Malaysia) yang membuat kajian tentang burung dan kelawar meminta beberapa orang kampung di Kelantan yang mahir tentang hutan agar membawa beliau jauh ke satu tempat dalam hutan di Kelantan. Beliau meminta orang Melayu itu meninggalkan dia berseorangan dalam hutan dan datang kembali setelah 5 hari. Orang-orang kita pada pendapat saya tiada yang berani seperti beliau. Beliau tak berjumpa pun hantu atau jin selama berkhidmat di Malaysia

Ada seorang budak ni sangat bijak dan kuat minda yang bernama Nazirul cuba tinggal berseorangan atau tidur di tempat-tempat menakutkan pada waktu malam tapi tidak pernah nampak ‘hantu’..

Bangsa penjajah British adalah bangsa yang berani. Lihat bagaimana mereka adalah orang yang pertama sampai ke tempat-tempat tertinggi, jurang-jurang, hutan tebal tanpa peralatan moden lebih 100 tahun lalu. Harimau dan singa yang garang sanggup mereka hampiri dan berada bersebelahan untuk diambil fotonya !!

Saya banyak membaca dan melawat tinggalan residen-residen British di Malaya. Beratus-ratus singa, gajah, harimau yang besar-besar berjaya di tembak secara berhadapan. Raffles yang pernah jadi Gabenor di Singapura adalah seorang saintis yang amat berani dan semasa pemerintahannya berjaya mengumpul puluhan ribu spesies tumbuhan hutan . Beliau melukis serta mengkalsifikasi yang akhirnya dimuatkan ke dalam buku Flora of Malesania yang menjadi rujukan utama ahli Biologi di Malaysia dan di seluruh dunia sampai hari ini.

Penjajah ini faham bahawa kelebihan manusia pada minda dan dengan minda mereka mampu menakluk negara-negara seluruh dunia yang minda mereka yang amat takut ‘hantu’ ini (Minda lemah).

Sehingga kini minda bangsa Barat ini amat kuat berbanding minda bangsa Asia terutama Melayu..Buktinya dalam sukan..

Ini adalah hasil kajian saya sahaja. Terpulang untuk anda ‘percaya’..wallahua’lam.

sumber / kredit pada http://alkiram.net/salam/2010/05/03/tenaga-manusia-lebih-hebat-dari-tenaga-jin-syaitan/

MARI KITA FIKIRKAN SAMA-SAMA...