ALHAMDULILLAH...MATAWANG KERAJAAN SULU DARUL ISLAM TELAH PUN SAH DITERIMA PAKAI TETAPI BELUM RASMI LAGI... INSYALLAH SELURUH RAKYAT SULU AKAN MENGGUNAKAN DINAR DAN DIRHAM INI.
Selasa, 24 Januari 2012
3 KITAB UTAMA ISLAM
AL-QUR’AN (AL-FURQAAN)
Quran ialah bacaan, manakala maksudnya ialah kitab suci yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril. Ia mengandungi berbagai-bagai pengajaran, hukum-hakam, perundangan dan peraturan lengkap sebagai panduan umat Islam dan keselamatan sejagat. Quran diturunkan oleh Allah kepada semulia-mulia makhluk iaitu Nabi Muhammad melalui semulia-mulia malaikat iaitu Jibril, pada semulia-mulia bulan iaitu bulan Ramadan, di semulia-mulia tempat iaitu Mekah, dalam semulia-mulia bahasa iaitu bahasa Arab. Ini menunjukkan segala bentuk kesempurnaan dan kemuliaan itu wujud di dalam Quran itu sendiri.
Sebagai orang Islam, kita dipertanggungjawabkan beberapa perkara ke atas Quran, antaranya:
1. Memelihara dan menjaga kesucian Quran supaya tidak tercemar ataupun dicemar, dihina ataupun dipermain-mainkan dan sebagainya.
2. Mempercayainya sebagai kitab Allah yang suci dan qadim.
2. Mempercayainya sebagai kitab Allah yang suci dan qadim.
3. Mempelajari dengan membaca dan memahami segala isi kandungannya.
4. Menghayati dan beramal dengannya secara keseluruhan dalam aspek kehidupan.
HADIS QUDSI
Ulamak hadis mengatakan bahawa Hadis Qudsi itu ialah perkataan Nabi yang disebut dengan mengatakan Allah bertitah, disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan daripadaNya.
Ulamak hadis mengatakan bahawa Hadis Qudsi itu ialah perkataan Nabi yang disebut dengan mengatakan Allah bertitah, disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan daripadaNya.
Hadis Qudsi itu adalah sama setingkat dengan firman Allah Ta'ala (Al-Quran) , hanya dia diwahyukan secara langsung, yakni terus menerus kepada Nabi s.a.w di mana baginda pula telah menyampaikan kepada umatnya menerusi lisannya. Jadi kedudukan Hadis ini adalah di tengah-tengah antara firman Allah Ta'ala dan Hadis Nabi s.a.w.
Kesimpulan Hadis Qudsi ialah titah Allah yang disampaikan kepada Nabi di dalam mimpi atau dengan jalan ilham, lalu Nabi menerangkan apa yang disampaikan itu kepada umatnya dengan ibarat atau susunan perkataannya sendiri serta menyandarkan kepada Allah; sedang hadis-hadis yang lain tidak demikian. Hadis Qudsi itu dinamakan juga Hadis Ilahi atau Hadis Rabbani.
Hadis yang akan dibincangkan diambil dari Kitab "Hadis Qudsi Analisa Dan Komentar" ditulis oleh Syed Ahmad Semait, seorang ulama' Singapura yang disegani.
HADIS NABI
Perkataan hadith atau sunnah adalah sesuatu daripada Nabi Muhammad sama ada berupa perkataan, perbuatan, pengakuan, tingkah laku dan sebagainya.
Semasa Nabi Muhammad hidup, penulisan hadith adalah dilarang sehingga zaman pemerintahan Umayyah pada akhir kurun pertama ataupun awal kurun kedua hijrah. Khalifah Umar Abdul Aziz mengarahkan gabenornya Abu Bakar bin Hizam supaya mengumpul dan membukukan segala hadith Nabi Muhammad yang terdapat dalam catatan-catatan dan hafalan-hafalan yang dipastikan kesahihannya sebagai hadith Nabi Muhammad.
Sesiapa yang menolak hadith secara total secara tidak langsung menolak kerasulan Nabi Muhammad. Ini adalah fahaman atau pegangan yang salah dan penyelewengan yang menyesatkan. Hadith adalah sumber hukum kedua terbesar dalam Islam, di mana Quran adalah menjadi sumber perundangan utama yang menerangkan segala permasalahan dan hukum-hukum dalam Islam secara umum.
Hadith Nabi Muhammad diperlukan bagi mentafsir dan menghuraikan ayat-ayat umum itu supaya lebih jelas dan terperinci. Justeru, kita diperintahkan supaya mengikuti Nabi Muhammad dengan mengambil apa yang disampaikan oleh beliau.
Allah menjelaskan dalam surah al-Hasyr ayat 7:
‘Ambillah apa yang dibawa oleh utusan Allah(nabi Muhammad) dan tinggalkanlah apa yang ditegah’.
Dalam surah al_Ahzab ayat 21 menyatakan:
‘ bagi kamu utusan Allah sebagai contoh ikutan yang terbaik’.
Dalam surah an-Nisak, ayat 80 Allah menyatakan yang bermaksud:
‘Sesiapa yang mentaati rasul, sesungguhnya beliau mentaati Allah dan sesiapa yang berpaling (tidak mentaati rasul) maka Kami tidak mengutuskan kamu, wahai Muhammad, melainkan sebagai pengawal mereka’.
Dalam konteks ini, Nabi Muhammad berkata:
‘Sesiapa yang menghayati sunnah saya, sesungguhnya beliau menyayangi saya dan sesiapa yang menyayangi saya akan bersama saya di dalam syurga’.
WAHAI KRISTIAN DAN YAHUDI!!!
Katakanlah: "Barangsiapa menjadi musuh Jibril, maka Jibril itu telah menurunkan (Al-Qur'an) ke dalam hatimu (Muhammad) dengan seizin Allah; membenarkan apa (kitab-kitab-*100 Suhuf, Zabur, Taurat dan Injil) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira (Injil) bagi orang-orang yang beriman". (QS. 2:97)
"Apa? adakah kamu akan mengajar Allah mengenai agama kamu, padahal Allah mengetahui apa yang di langit, dan apa yang di bumi? Dan Allah mengetahui segala sesuatu."
(49:16)
"Wahai ahli Kitab, adakah kamu mendendami kami kerana kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan sebelumnya, dan bahawa kebanyakan kamu adalah orang-orang fasiq?" (5:59)
'Kami percaya kepada apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada kamu; Tuhan kami dan Tuhan kamu Satu (Allah), dan kepada-Nya kami menyerah (muslim.)'"
(29:46)
... bagi kamu agama kamu dan bagi aku, agama aku.
(Al-Kaafirun : 6)
Langgan:
Catatan (Atom)