Scientific
classification
Kingdom: Plantae
(unranked): Angiosperms
(unranked): Monocots
(unranked): Commelinids
Order: Zingiberales
Family: Zingiberaceae
Subfamily: Zingiberoideae
Tribe: Zingibereae
Genus: Curcuma L.
Kunyit
telah digunakan semenjak 4000 tahun dahulu dan kajian menunjukkan kunyit dapat
membantu merawat beberapa jenis penyakit. Kunyit digunakan secara meluas dalam
masakan berempah dan dalam industry pemakanan sebagai pewarna. Ia juga
digunakan dalam perubatan rawatan secara Ayurvedic dan perubatan tradisional
Cina sebagai anti-inflammatori penghadhaman, masalah hati, kulit dan luka.
Kunyit
juga adalah herba yang amat baik sebagai ajen antioksida; antioksida memburu
jerisim dalam badan yang digelar sebagai radical bebas, yang merosakkan
membrane sel dan menggangu pembentukan DNA dan juga meyebabkan kematian sel.
Antioksida dapat memulih (neutralize) radikal bebas dan mengurangkan atau
menghalang kerosakan dari terus berlaku. Antioksida kunyit mengurangkan
inflamatori dengan menurunkan tahap enzim inflamatori (dipanggil COX-2 dan LOX)
dalam badan dan menghentikan platelet dari bercantum dan menjadi beku.
Ia
bukan sahaja rempah, bahkan ia juga adalah herba kesihatan dan bukan sekadar
perwarna masakan bahkan ia 5 hingga 8 kali lebih kuat dari vitamin E dan
vitamin C.
Spesis
Keterangan
berkenaan kunyit telah dicatit dalam Bahasa Sanskrit seawal 1500 tahun SM dan
dalam Bahasa Latin seawal 500 – 1700 tahun SM.
Terdapat
lebeh kurang 130 jenis spesis kunyit diseluruh dunia mengikut apa yang
dikumpulkan oleh Linnaeus pada tahun 1753 dari genus Curcuma. Curcuma
(Cúr-cu-ma) ia lah genus dari 80 spesis dari keluarga tumbuhan Zingiberaceae
yang diterima dari sepsis kunyit dan Tulip Siam. Nama Curcuma berasal dari
Bahasa Arab kurkum(مكرك ) bermakna “Kunyit” (turmeric).
Khasiat
dan nilai-nilai perubatan dalam kunyit
Kunyit
banyak digunakan sebagai perisa dalam makanan, pewarna, pengawet dan bahan
dalam adat-adat keagamaan. Selain itu tidak dapat dinafikan kunyit juga sejenis
tumbuhan yang turut mempunyai nilai yang tersendiri dalam penjagaan kulit dan
kesihatan.
Selain
daripada di atas kunyit turut digunakan sebagai bahan ramuan dalam penyediaan
ubat-ubatan tradisional. Air perahan kunyit bersama madu lebah dan minyak lenga
digunakan untuk menyembuhkan bengkak hati. Kunyit serta bahan ramuan lain juga
boleh dijadikan untuk mengubati bengkak gusi, sakit dada dan perut, gangguan
haid, dan melancarkan aliran darah. Di samping itu sebatian kimia dari kunyit
dapat digunakan sebagai ramuan penghalau serangga seperti kumbang, anai-anai
dan lipas. Kunyit telah digunakan di negeri India selain dari masakan, sebagai
bahan pewarna semenjak 2500 tahun dahulu.
Nilai
perubatan anti-inflamatori sepsis spesis ini mula timbul kepermukaan secara
perlahan. Kajian terkini membuktikan kunyit ialah tumbuhan semulajadi yang
mempunyai keajaiban merawat pelbagai penyakit bukan sahaja kanser bahkan kepada
penyakit Alzheimer.
Disini
diberi 20 sebab mengapa kita perlu menambah kunyit dalam diet kita:
1) Ia adalah antiseptic semulajadi dan
agen antibacterial, berguna dalam merawat jangkitan dari luka dan bakar.
2) Bila dicampur dengan kobis bunga
(cauliflower), ia menunjukkan kemampuan menghalang kanser prostate dan
menghentikan ketumbuhan kanser prostate yang tersedia ada.
3) Menghalang kanser payudara dari merebak
kedalam paru paru dalam ujikaji keatas tikus.
4) Mampu menghalang melanoma dan
menyebabkan melanoma yang sedia adan melakukan bunuh diri.
5) Mengurangkan risiko leukemia zaman kanak
kanak.
6) Ia adalah penghenyak keracunan hati
semulajadi (natural liver detoxifier).
7) Mampu menghalang dan memperlahankan
kemajuan penyakit Alzheimer's dengan membuang ketumbuhan amyloyd plaque didalam
otak.
8) Dapat menghalang dari tumbuh semula
metastases dalam beberapa jenis kanser.
9) Ia adalah anti-inflammatori semulajadi
yang amat kuat seperti ubat anti-inflammatory yang lain tanpa meninggalkan
kesan sampingan.
10) Ia menunjuk keberkesanannya dalam memperlahankan
petumbuhan multiple sclerosis dalam tikus.
11) Ia adalah ubat tahan sakit semula jadi
(natural painkiller) dan melawan cox-2.
12) Membantu dalam metabolisma lemak dan
dalam penggurusan berat badan.
13) Telah lama digunakan dalam rawatan
tradisional Cina sebagai ubat tekanan (depression).
14) Disebabkan nilai perubatan
anti-inflammatori, ia adalah rawatan untuk arthritis dan rheumatoid arthritis
secara semulajadi.
15) Merangsang kesan ubat chemo paclitaxel
dan mengurangkan kesan sampingannya.
16) Kajian yang menjanjikan pemulihan sedang
dilakukan keatas kanser pancreatic.
17) 17.Kajian secara positif masih dijalankan
keatas kesan kunyit pada “multiple myeloma”.
18) Telah dibuktikan mampu menghentikan
tertumbuhnya urat darah baru dalam tumors.
19) Mencepatkan kesembuhan luka dan membantu
membina semula kulit yang rosak.
20) Dapat membantu dalam rawatan psoriasis dan
lain lain penyakit inflammatory kulit.
KESELAMATAN
Kunyit
tidak digalakkan kepada mereka yang mengalami “Batu karang” (gallstones) atau
permasalahan hempedu (bile obstruction). Walaupun kunyit kebiasaannya digunakan
oleh wanita hamil, ada mustahak mendapat nasihat doctor kerana kunyit
merangsangkan pundi kencing.
KUNYIT
DAN TEMU
KUNYIT
BIASA (Curcuma domestica)
Kunyit
sebenarnya berasal dari kawasan Asia Tenggara, Kini tersebar ke seluruh Asia.
Bagi masyarakat Melayu perkataan kunyit dikhaskan kepada kunyit biasa atau nama
saintifiknya Curcuma domestica sedangkan jenis-jenis lain diberikan nama temu.
Di
Malaysia terdapat beberapa spesis kunyit yang liar yang kebanyakannya digunakan
sebagai bahan ubatan tradisional. Antaranya ialah temu pauh (Curcuma mangga);
temu emas (Curcuma zeodoria); temu putih (Curcuma auriantica); temu hitam
(Curcuma aerugtinosa); dan temu lawas atau temu lawak (Curcuma xanthorthiza).
Kalau
dilihat sepintas lalu adalah sukar untuk membezakan setiap spesis yang
dinyatakan.. secara amnya bentuk dan struktur rumpun rumpun tumbuhan adalah
sama. Bagaimanapun, jika diteliti secara terperinci nyatalah setiap spesis itu
mempunyai perbezaan-perbezaan terutamanya dari segi daun, bunga, susunan rizom,
warna rizom dan aromanya. Curcuma domestica mudah ditanam di negara ini dan
sering ditemui dipinggir rumah atau ditanam di dalam pasu oleh masyarakat
Melayu. Tumbuhan kunyit merupakan tumbuhan merumpun tahunan. Tingginya lebih
kurang satu meter, daunnya lebar, licin dan bertangkai panjang. Bunga kunyit
berwarna kuning muda keputihan. Rizomnya (umbi) berwarna kuning tua serta
beraroma yang tersendiri.
Daripada
analisis kimia rizom kunyit, sebatian-sebatian kimia yang dikenal pasti ialah
curcumin yang memberikan warna kuning, tumereon, zingiberin, dan minyak pati
yang terdiri daripada turmerol, fellandren, kamfer, curcumon dan lain-lain
lagi.
Kunyit
banyak digunakan sebagai bahan ramuan dalam penyediaan ubat tradisional.
Perahan air kunyit bersama madu lebah dan minyak lenga digunakan untuk
menyembuhkan bengkak hati. Kunyit berserta dengan ramuan-ramuan lain juga
digunakan untuk mengubati bengkak gusi, sakit dada dan perut, gangguan haid,
dan melancarkan aliran darah. Sebatian kimia dari kunyit juga telah dibuktikan
dapat digunakan sebagai ramuan penghalau serangga seperti kumbang beras,
anai-anai dan lipas.. Kunyit juga didapati berkesan mencegah pertumbuhan kulat
dan bakteria.