The Alien - Link Select

Ahad, 31 Mei 2015

SUNNAH RASULULLAH S.A.W YANG WAJIB DIAMALKAN OLEH UMAT ISLAM???







Sunnah Rasulullah SAW Yang Perlu Diamalkan Umat Islam

Berikut merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam dan ia menjadi sunnah  buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke arah  ‘soleh wa musleh’.
.
1.     Senyuman
 “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah S.A.W.” 
Abdullah bin Al-Harist R.A 
H.R.S : Imam Tirmidzi  Ra. A. ]
.
2.     Dahulukan Kanan
“Rasulullah S.A.W lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi." 
Daripada Saidatina Aisyah R.A
H.R.S : Imam  Muslim Ra. A. ]
.
3.     Berpakaian
“Pakaian yang paling disukai oleh Baginda S.A.W ialah pakaian Qamis.” 
Ummu Salamah R.A
H.R.S : Imam Tirmidzi  dan Imam Abu Daud Ra. A. ]
.
4.     Bercelak
RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W 
Bersabda : 
“Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” 
Daripada Ibnu Abbas R.A
H.R.S : Imam Tirmidzi  dan Imam Abu Daud Ra. A. ]
.
5.     Memakai Cincin
“Rasulullah S.A.W memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” 
Khalifah Ali bin Abi Talib R.A
H.R.S : Imam Tirmidzi Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban Ra. A. ]
.
6.     Makan
“Rasulullah S.A.W makan menggunakan ketiga jari Baginda S.A.W. Selepas makan  Baginda menjilati ketiga-tiganya.”
Ka’ab bin Malik R.A
H.R.S : Imam Tirmidzi Abu Daud, Muslim dan Ahmad Ra. A. ]
.
7.     Minum
“Ketika Rasulullah S.A.W minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” 
Ibnu Abbas R.A
H.R.S : Imam Tirmidzi dan Abu Syaikh Ra. A. ]
.
8.     Bersilaturrahim
RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W 
Bersabda :  
“Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.”   
H.R.S : Imam Majah Ra. A. ]
.
9.     Berjalan
“Apabila Rasulullah S.A.W berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” 
Khalifah Ali bin Abi Talib R.A
H.R.S : Imam Tirmidzi  dan Hakim Ra. A. ]
.
10.  Berkata
“Rasulullah S.A.W mengulangi  perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” 
Anas Ibnu Malik R.A
H.R.S : Imam Tirmidzi  dan Hakim Ra. A. ]
.
11.  Tertawa
“Ketawa Nabi Muhammad  S.A.W hanyalah senyuman.” 
Abdullah bin Harith R.A
H.R.S : Imam Tirmidzi Ra. A. ] 
.
12.  Bergurau
“Betapa baiknya Nabi S.A.W menggauli kami. Baginda S.A.W berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung Nughair?’” 
Anas bin Malik R.A
H.R.S : Imam Tirmidzi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad Ra. A. ] 
.
13.  Tidur
“Setiap kali hendak tidur pada malam hari, RasulullahShalallahu ‘alaihi wasalam selalu menadahkan  kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” 
Saidatina Aisyah R.A
H.R.S : Imam Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad Ra. A. ] 
.
14.  Membaca al-Quran
"Rasulullah S.A.W membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah." 
Ya’la bin Mamlak daripada  Ummu Salamah R.A
[H.R.S : Imam Tirmidzi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i Ra. A.]
.
15.  Ibadah
“Rasulullah S.A.W melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Saya bertanya: “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang?” Baginda S.A.W menjawab; ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.” 
Abu Hurairah R.A
[H.R.S : Imam Tirmidzi dan Ibnu Khuzaimah Ra. A.]
.
.

Sama-sama kita amalkan....
والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Q.S. AL-HIJR 15 : 37-39 ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
Allah berfirman: "Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.  "Hingga ke hari - masa yang termaklum".  Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
  [ Q.S. AL-HIJR 15 : 37-39 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
"Apabila anak Adam membaca Surah Assajadah,lalu ia sujud,nescaya menyingkirlah syaitan sambil menangis dengan meratap: "Ah...Celakalah aku. Anak Adam disuruh sujud lalu ia sujud maka ia mendapat Syurga,tetapi aku disuruh sujud maka membangkang,maka aku mendapat Neraka".”
[ H.R.S : Imam Muslim, Ahmad, Ibnu Majah Ra. A. ]

"Itulah orang lelaki yang dikencingi oleh syaitan pada kedua telinganya"
Daripada Ibnu Mas’ud R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari dan Imam Muslim Ra. A. ]

"Apabila menguap salah seorang kamu dalam solat,maka hendaklah ia tutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan ia mengucap "Ahhh...",kerana sesungguhnya yang demikian itu dari Syaitan dan ia tertawa kerananya.”

[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]

Khamis, 28 Mei 2015

Q.S. AL-HIJR 15 : 34-36 ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
Allah berfirman: "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.  "Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat". Iblis berkata:" Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)".
  [ Q.S. AL-HIJR 15 : 34-36 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Adalah para nabi itu diutus kepada kaumnya sedang aku diutus kepada seluruh manusia.”
Daripada Jabir bin Abdillah R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari & Imam Muslim Ra. A. ]

“Lonceng itu adalah seruling Syaitan.”
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

“Para Malaikat tidak akan menyertai perkumpulan/rombongan yang di dalamnya ada Anjing atau Loceng (yang biasa dikalungkan di leher haiwan, pen.).”
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

Rabu, 27 Mei 2015

Q.S. AL-HIJR 15 : 31-33 ???


ALLAH S.W.T
Berfirman :
Melainkan Iblis; ia enggan turut bersama mereka yang sujud.  Allah berfirman: Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?".  Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya".
  [ Q.S. AL-HIJR 15 : 31-33 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Orang Islam yang paling baik ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya”.
Daripada Abdullah bin Amr bin Ash R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

"Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku melebihi daripada cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya.”
Daripada Anas bin Malik R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

 “Siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada tetangganya. Siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya, dan siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”
Daripada Abu Hurairah R.A dan Abu Syuraikh Al-Khuza’iy R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

“Kamu tidak dapt masuk syurga, sebelum kamu beriman, dan kamu belum dapat dikatakan mukmin sebelum kamu kasih mengasihi satu sama lain. Sukakah kamu aku tunjukkan jalan untuk berkasih-kasihan? Galakkanlah salam antara sesamamu.”
Daripada Abu Hurairah R.A

[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]