The Alien - Link Select

Selasa, 19 Februari 2008

JUMPER???

SEMALAM iaitu hari sabtu. Aku pi tgk wayang cite terbaru-JUMPER- yang dilakonkan oleh bekas pelakon star wars yang memegang peranan sebagai Anakin tu. kali ini citenya lebih advance laa... macam cite X-men (Nightstalker) yang mampu menghilangkan diri dengan sekelip mata dan berada di tempat lain dengan sekelip mata. nampaknya ada perkembangan terbaru dari pemikiran orang putih ni yaaa... hihiihii... Dalam Islam ada ramai yang memiliki keramah seperti ini. Contohnya Tok Kenali, Habib Nuh, Tuan Tulis, Abu Yazid, Saadun Gila, Habib, dan boleh dikatakan semua Wali-wali Allah memiliki keramah asas ini. Mereka boleh berada di dua tempat dalam satu masa sahaja(Tuan Muda-di Sabah). Rasulullah SAW lagi hebat. dengan izin Allah sahaja, baginda SAW sudah berada di Palestin hanya beberapa ketika sahaja. banyak sebenarnya Mukjizat Rasullah SAW ni... Selain itu para wali Allah ini juga ada di antara mereka ini yang memiliki keramah untuk terbang bebas di udara dan berjalan dengan pantas seolah-olah bumi melipat permukaanya sehingga wali Allah tadi sampai di tempat yang berpuluh ribu KM dari tempat mulanya dalam beberapa saat sahaja, berjalan di atas air dengan mudah seperti berjalan di atas daratan. Tetapi mereka semua itu berbakti kepada Allah semata-mata dan seluruh gerak dan kehidupan mereka adalah semata-mata kerana Allah. Banyak kisah2 yang kita dengar.
Bukan seperti apa yang dipaparkan dalam cite JUMPER tersebut. Pelakonnya mendapat kuasa istimewa tetapi disalah-gunakan. Ini bukan contoh yang baik untuk dilihat oleh generasi sekarang. Kuasa yang besar tanggung jawabnya juga besar.... mari kita kaji balik riwayat2 yang ajaib ini dalam siri para wali-Allah.
Orang bukan Islam yang dikurniakan keistimewaan luar biasa ini digelar 'Istidraj' yang bermakna satu keistimewaan yang dikurniakan Allah untuk menyesatkannya lagi jalan Allah. (Antara orang ini ialah David Cooperfield, Criss Angel, David Blaine, Hamdoud(Ahli silap mata Mesir) dan sesiapapun yang meiliki kemahiran seperti mereka)- dan Sihir bagi pengikut Iblis dan Syaitan. Kalau mereka itu beriman barulah dikatakan sebagai Al-Maunah(Perkara mencarik adat yang lahir dari amalan zikir) ataupun Karamah(perkara mencarik adat yang lahir dari ketaatan seseorang kpd Allah SWT). Mukzijat pula ialah perkara mencarik adat yang dihadiakan oleh Allah SWT yang khusus untuk mereka yang bergelar Nabi dan Rasul sahaja seprti Rasulullah SAW, Rasul Isa, Rasul Ibrahim, Musa, Harun, Ayub, Adam dll.
Diharap anda sudah faham tentang itu.