7:157. Orang-orang
yang ikut Rasul, Nabi yang ummiy (UMMIYA), yang mereka dapati tertulis dengan
mereka di dalam Taurat dan Injil, yang menyuruh mereka pada yang baik, dan
melarang mereka daripada yang mungkar, dan menghalalkan bagi mereka benda-benda
yang baik, dan mengharamkan mereka yang buruk-buruk, dan membebaskan mereka
daripada beban-beban mereka, dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka
orang-orang yang percaya kepadanya, dan meneguhkannya, dan menolongnya, dan
ikut cahaya yang diturunkan bersamanya; merekalah orang-orang beruntung."
7:158. Katakanlah,
"Wahai manusia, aku adalah Rasul Allah kepada kamu semua, yang bagi-Nya
kerajaan langit dan bumi. Tidak ada tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan dan
mematikan. Maka percayalah kepada Allah, dan Rasul-Nya, Nabi yang ummiy (UMMIYI),
yang percayai Allah dan kata-kata-Nya, dan ikutlah dia supaya kamu dapat
petunjuk."
Makna perkataan
al-Qur'an ummiy telah dikelirukan oleh para ulama palsu Islam zaman dahulu. Mereka mengertikan kalimat tersebut kepada
buta huruf. Lalu Nabi Muhammad, "Nabi yang ummiy" (7:157-158),
dikatakannya tidak pandai membaca dan menulis. Ajaran mereka diterima tanpa
ragu oleh hampir seluruh umat Islam sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini.
SEBENARNYA AJARAN ITU
ADALAH PALSU!
Kepalsuannya dapat
didedahkan dengan menggunakan sumber rujukan utama bagi bahasa Arab iaitu kitab
al-Qur'an. Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat ummiy akan buktikan
bahawa ajaran mereka bukan sahaja palsu tetapi berbau fitnah yang amat besar ke atas Nabi Muhammad sebagai utusan terakhir,
juga satu fitnah yang besar dalam dalam
Islam.
Antara ayat yang
dimaksudkan berbunyi:
"Dia yang
bangkitkan pada kaum yang ummiy(UMMIYYINA) seorang Rasul di kalangan mereka
untuk bacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka," (62:2).
UMMIY
Kaum yang ummiy yang
disebut di dalam ayat itu adalah MERUJUK KEPADA KAUM ARAB. Orang-orang Arab
pada zaman Nabi Muhammad difahamkan berada di tahap tertinggi dalam
kesusasteraan dengan karya-karya sastera yang bermutu dipamer dan digantung di
Kaabah. Tentu itu tidak menggambarkan orang Arab jahiliah ketika itu berada
dalam keadaan buta huruf. Mereka dikatakan jahililiah hanya dalam KEPERCAYAAN
DAN TAUHID, bukan dalam pelbagai bidang lain seperti Menulis dan membaca Sastera
yang mereka catat dalam objek-objek tertentu seperti kertas, kain, batu dan sebagainya.
Kalimat Ummiy,
menurut al-Qur'an, bermaksud orang-orang yang tidak, atau belum, diberi
sebarang Kitab oleh Allah. Ia juga bermaksud kaum Arab seperti yang telah
disebut dalam ayat 62 : 2.
Kaum Yahudi pula
telah diberi tiga buah Kitab melalui beberapa orang Nabi mereka. Mereka
dipanggil ahli Kitab. Tetapi jiran mereka, orang-orang Arab, belum diberi
sebarang Kitab pun sebelum al-Qur'an diturunkan kepada Nabi Muhammad. Lantaran,
orang-orang Arab dikatakan ‘UMMIY’ sebab belum menerima Kitab Allah sejak dari
Zaman Nabi Ismail yang mewarisi SUHUF IBRAHIM (87 : 19, 2 : 131-133)
untuk menjelaskan
lagi dipetik sebuah ayat yang menunjukkan dengan jelas perbezaan antara ahli
Kitab (orang yang telah diberi Kitab) dengan kaum ummiy(UMMIYYINA) (yang belum
diberi Kitab) atau buta Kitab.
Firman-Nya:
"Dan daripada
ahli Kitab ada yang, jika kamu percayakan dengan satu timbunan, dia akan
kembalikan kepada kamu; dan antara mereka ada yang, jika kamu percayakan dengan
satu dinar, dia tidak akan kembalikan kepada kamu, kecuali kamu selalu berdiri
di atas (menagih) dia. Itu kerana mereka berkata, 'Tidak ada jalan atas kami
terhadap orang-orang ummiy (UMMIYYINA :
BUTA ILMU).' Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka
mengetahuinya." (3:75)
Ayat di atas
menunjukkan keengganan sesetengah orang Yahudi (ahli Kitab) untuk kembalikan
"hutang" kepada orang Arab, yang ummiy (yang tidak diberi Kitab, atau
buta Kitab), atas sebab "tidak ada jalan" bagi mereka terhadap orang
ummiy. Sikap macam itu seakan sama dengan apa yang disemat di iman sesetengah
orang Islam terhadap orang yang mereka anggap kafir pada hari ini.
Satu lagi ayat
al-Qur'an dipetik untuk memantapkan lagi hujah dalam menunjukkan perbezaan
tersebut, berbunyi:
"dan katakan
kepada orang-orang diberi al-Kitab , dan orang-orang ummiy [UMMIYYINA : BUTA ILMU yang tidak diberi Kitab), 'Sudahkah
kamu tunduk patuh?'" (3:20)
Maka jelaslah iaitu
kalimat ummiy tidak bermakna buta huruf, lantas, Nabi Muhammad bukanlah seorang
yang tidak tahu membaca dan menulis. (Sila
rujuk Kalimat ummiy di dalam al-Qur'an.)
Membaca
Selanjutnya, terdapat
banyak ayat di dalam al-Qur'an yang mengisahkan Nabi disuruh oleh Allah supaya
membaca ayat-ayat-Nya kepada orang-orang yang berada di kelilingnya. Itu
menunjukkan Nabi pandai membaca. Antara ayat yang dimaksudkan adalah enam yang
berikut:
"Dan kamu
(Muhammad) BACAKAN kepada mereka cerita
dua orang anak Adam dengan sebenarnya ...." (5:27)
"Katakanlah,
'Marilah, aku (Muhammad) akan BACAKAN apa yang Pemelihara kamu mengharamkan
kamu ....'" (6:151)
"Demikianlah
Kami utus kamu (Muhammad) kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah
berlalu untuk BACAKAN mereka apa yang Kami wahyukan kamu ...." (13:30)
"Dan sebuah
al-Qur'an yang Kami bahagi-bahagikan, untuk kamu (Muhammad) MEMBACAKANNYA kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami
turunkannya dengan satu penurunan." (17:106)
"Aku (Muhammad)
hanya diperintah untuk sembah Pemelihara tanah ini, yang Dia jadikannya suci;
kepunyaan-Nya segala sesuatu. Dan aku diperintah supaya jadi antara orang-orang
yang muslim, dan untuk BACA al-Qur'an ...." (27:91-92)
"Wahai ahli
Rumah, Allah hanya hendak hilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk bersihkan
kamu, sebersih-bersihnya. Dan ingatlah apa yang DIBACAKAN di dalam rumah-rumah
kamu daripada ayat-ayat Allah ...." (33:33-34).
Di sini, Nabi
didapati membacakan ayat-ayat Allah kepada isteri-isterinya di rumah-rumah
mereka.
Malahan, Rasul-Rasul
Allah yang lain didapati pandai membaca kerana mereka ditugaskan untuk membaca
ayat-ayat-Nya kepada manusia. Tugas itu adalah juga tugas Nabi Muhammad.
Dua ayat yang berikut
jelaskannya:
"Kemudian
orang-orang tidak percaya dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Jahanam, sehingga
apabila mereka datang kepadanya, pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya
berkata kepada mereka, 'Tidakkah Rasul-Rasul datang kepada kamu daripada
kalangan kamu sendiri, dengan MEMBACAKAN kamu ayat-ayat Pemelihara kamu, dan beri
amaran kepada kamu terhadap hari pertemuan kamu ini?' Mereka berkata, 'Ia,
benar ....'" (39:71)
"Dia yang bangkitkan
pada kaum yang ummiy-UMMIYYINA : BUTA KITAB, seorang Rasul (Muhammad) di
kalangan mereka untuk BACAKAN ayat-ayat-Nya kepada mereka," (62:2)
Tambahan pula, adalah
sukar untuk menerima hakikat bahawa seorang Nabi pilihan-Nya tidak tahu membaca
walhal Dia menyuruhnya dan manusia lain supaya mengamalkan tabiat membaca,
seperti firman-Nya - "Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang
mencipta," (96:1)
MENULIS
Bukan sahaja
didapati, di dalam al-Qur'an, yang Nabi pandai membaca, malah, baginda juga didapati
pandai menulis. Kebenaran itu telah diakui sendiri oleh orang-orang tidak
percaya yang tinggal bersamanya. Firman-Nya:
"Mereka berkata,
'Dongeng orang-orang dahulu kala, yang dia TULIS, yang diimlakkan kepadanya
pada waktu awal pagi dan petang.'" (25:5)
Terjemahan ayat
tersebut telah menimbulkan keraguan sesetengah pihak. Betulkah ayat itu
diterjemahkan? Untuk mengikis keraguan, pertama, dikemukakan sebuah tafsir
kepada ayat yang sama, oleh Prof. Dr. Hj. Mahmud Yunus (Tafsir Quran Karim,
cetakan ke-19, 1979, halaman 525) yang berbunyi:
"Mereka berkata:
(Qur'an ini) kabar-kabar dongeng orang-orang dahulu kala, yang DITULISKAN oleh
Muhammad dan DIBACAKAN (didiktekan) orang kepadanya pagi-pagi dan petang."
(25:5)
Kedua, kalimat yang
diterjemahkan kepada "menulisnya" ialah ‘IKTATABA’. Kalimat itu penting kerana,
difahamkan, mempunyai pengertian "menulis nota terutamanya apabila orang
kedua sedang mengimlakkan."
Dan akhir sekali,
terdapat sebuah lagi ayat yang bukan sahaja menyokong ayat 25:5 tadi bahkan
mampu untuk hapuskan sama sekali keraguan terhadap Nabi yang dikatakan kini
pandai membaca dan menulis, termasuk membaca dan menulis Kitab. Firman-Nya:
"Tidak sebelum
ini kamu (Muhammad) baca sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan
kamu; jika demikian, tentulah orang-orang yang ikut yang palsu menjadi
ragu-ragu." (29:48)
AYAT ini menegaskan,
Nabi tidak pernah membaca dan menulis sebarang Kitab sebelum menerima
al-Qur'an. Bermaksud, selepas menerima al-Qur'an baginda telah membaca, dan
menulis Kitab dengan tangan kanannya.
BUKANNYA tidak tahu atau tidak mahir membaca dan tidak mahir
menulis.
Malah, selama 35
tahun sebelum diangkat menjadi Rasul, adalah tidak lojik bahawa nabi tidak mempelajari
penulisan dan pembacaan sejak dari itu. Bani Hasyim adalah bani terhormat dan
menguasai aktiviti Mekah pada ketika itu.
Malah sejak zaman nabi Ismail lagi mereka sudah tahu menulis dan membaca
Suhuf Ibrahim yang diwariskan oleh Nabi Ibrahim kepada Nabi Ismail dan kaumnya. Malah nabi dikatakan pernaha mengetuai
perdagangan ke Syam dengan arahan Khadijah yang belum menajdi isteri
baginda. Untuk menjadi seorang peniaga
yang dipercayai boleh menguruskan aktiviti perniagaan, seseorang itu wajiblah tahu
membaca dan mengira serta menulis. Ia merupakan
asas pengetahuan seorang peniaga Arab. Jadi,
adalah mustahil nabi tidak mahir menulis dan tidak mahir membaca!
Seterusnya, ayat itu juga
tidak menunjukkan pula bahawa baginda tidak pernah membaca dan menulis sesuatu
yang selain daripada Kitab sebelum menerima al-Qur'an (misalan, membaca dan
menulis apa yang diperlukan dalam urusan perdagangannya).
Dengan adanya
bukti-bukti yang jelas daripada Allah, maka terdedahlah fitnah yang kian lama
dilakukan oleh para ulama palsu Islam ke atas Nabi Muhammad yang mereka siarkan
sebagai seorang yang tidak tahu membaca dan menulis, atau buta huruf.
Sesungguhnya mereka
menghina Nabi dengan buat demikian meskipun mereka mendakyahkan iaitu merekalah
orang-orang yang paling mengasihinya.
Malah hal ini menjadi satu asbab untuk mereka menyanjung malah sampai ke
tahap menyekutukan ALLAH dengan Nabi Muhammad.