ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi ALLAH ialah ISLAM.”
[ Q.S. AL-IMRAN 3 : 19 ]
“.... Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan
Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan ISLAM itu
menjadi Agama untuk kamu.”
[ Q.S. AL-MAIDAH 5 : 3 ]
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama
ISLAM(dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak
langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”
[ Q.S. AL-BAQARAH 2 : 208 ]
“Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku
diperintahkan, dan aku (Muhammad) adalah MUSLIM (ISLAM) yang awal pertama -
(yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)."
[ Q.S. AL-AN’AM 6 : 163 ]
" Patutkah sesudah
(mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama ALLAH?
Padahal kepada-Nyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di
bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepada-Nyalah mereka
dikembalikan.”
[ Q.S. AL-IMRAN 3 : 83]
“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama ISLAM, maka tidak akan
diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang
rugi.
[ Q.S. AL-IMRAN 3 : 85 ]
"Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan pula Nasrani akan tetapi
dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (MUSLIM) kepada ALLAH dan
sekali bukankah dia termasuk golongan orang orang Musyrik.”
[ Q.S. AL-IMRAN 3 : 67 ]
"Dan kepada ALLAH, jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk
menurut(ISLAM), sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian
juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.”
[ Q.S. AR-RA'D 13:15 ]
“.... Dia menamakan kamu:
MUSLIM semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah
(Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya
kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia
(tentang yang benar dan yang salah)....”
[ Q.S. AL-HAJJ 22 : 78 ]
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada ALLAH dengan
sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan
MUSLIM.”
[ Q.S. AL-IMRAN 3 : 102 ]
“Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya,
dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya:
"Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih Agama (ISLAM) ini
menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan MUSLIM
(ISLAM)."
[ Q.S. AL-BAQARAH 2 : 132 ]
“... dan kami semua adalah MUSLIM (berserah diri, tunduk taat) kepada ALLAH
semata-mata.”
[ Q.S. AL-BAQARAH 2 : 136 ]
"Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) ALLAH dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi ALLAH tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir membencinya."
[ Q. S. AS- shaf 61 : 8 ]
[ Q. S. AS- shaf 61 : 8 ]
RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
"ISLAM itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah
melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, kamu mendirikan Solat,
berpuasa di bukan Ramadhan, Mengeluarkan Zakat dan menunaikan Haji jika kamu
mampu mengerjakannya."
Daripada Hadis Malaikat Jibril A.S
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]
“Islamlah nescaya kamu selamat.”
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]
“Sesungguhnya aku bersaksi Tiada Tuhan selain ALLAH yang wajib disembah
dan Muhammad itu Rasul dan Nabi terakhir daripada ALLAH yang membawa Syariat
Islam sebagai Ad-Deen. Saksikanlah bahawa aku adalah MUSLIM yang beragama
ISLAM.”
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A