Khamis, 21 Oktober 2010
Berikut adalah sebahagian penerangan daripada Professor Madya Dr. Zaiton Hassan mengenai Jelly Gamat HPA. Beliau telah menjalankan kajian tentang gamat selama 10 tahun dan merantau ke seluruh dunia mencari gamat. Jelly Gamat HPA mengandungi Gamat, Habbatus Sauda dan Kolagen daripada ikan.
Jelly Gamat Khazanah Laut Untuk Kesihatan
Oleh: Professor Madya Dr. Zaiton Hassan
Gamat sebagai makanan
■Gamat adalah makanan yang tinggi nilainya di negara China semenjak 5,000 tahun dahulu dan digunakan di dalam masakan di Asia (Malaysia, Singapore, Jepun, Korea dan Indonesia).
■Gamat juga digunakan dalam masakan di negara Mediterranean seperti Sepanyol.
Gamat
■Gamat terdapat di laut, hidup dengan memakan plankton dan bahan organik yang terdapat di dasar laut yang bersih dan tidak tercemar.
■Gamat kaya dengan protein, zat galian dan mucopolysaccharida (lendir) dan sebatian lain yang boleh dimanfaatkan untuk merawat pelbagai penyakit.
Khasiat Gamat
■Orang China menganggap gamat sebagai “ginseng laut”.
■Khasiat tradisional sebagai tonik untuk kesihatan dan “aphrodisiac”, merawat arthritis, keletihan, sakit sendi, sembelit, kawal kencing dan kecantikan.
Keunikan Gamat
■Gamat boleh memulihkan tisu yang tercedera. Gamat yang dibelah badannya akan bercantum pada bahagian belah.
■Gamat boleh membentuk semula apabila diputus dua. Dari satu gamat menjadi dua gamat.
■Penyelidikan yang dijalankan di Malaysia, China, Jepun, Mesir, Amerika, Australia dan lain-lain negara menunjukkan ekstrak gamat mengandungi bermacam-macam bahan yang boleh digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit.
■Pada tahun 1992, Australia mengiktiraf gamat digunakan untuk merawat arthritis dan sakit radang pada sendi dan membantu dalam pembentukan tulang rawan (Cartilage).
■Gamat mengandungi glycosaminoglycans yang digunakan sebagai alternatif kepada chondroitin dan telah dibuktikan boleh membantu melegakan sakit dari inflamasi.
■Australia menghasilkan ekstrak gamat untuk merawat AIDS dan HIV.
■Melbourne menggunakan gamat sebagai sumber protein yang unik.
■Di Malaysia digunakan gamat sebagai ubatan tradisional, ubat gigi dan kosmetik
■Di Australia dan Amerika ekstrak gamat digunakan untuk atlit dan nutrien tambahan untuk sakit sendi.
Penghasilan Ekstrak Gamat Untuk Produk Kesihatan di Malaysia
■Malaysia menggunakan gamat dalam bentuk air gamat yang telah maklum khasiat menyembuh luka terutamanya selepas bersalin.
■Untuk mendapat air gamat, gamat perlu diperam selama 6 bulan hingga 1 tahun.
■Di dalam air gamat terkandung berbagai sebatian bioaktif yang mempunyai kesan baik untuk kesihatan.
Sebatian bioaktif dari gamat
■Menurunkan kandungan serum kolesterol dan memperbaiki nisbah HDL/LDL, kolesterol dikeluarkan melalui najis.
■Aktiviti antioksidan.
■Anti-tumor (membantutkan tumor)
■Aktiviti memperbaiki aktiviti saraf (nerve repair).
■Memperbaiki pengeluaran insulin dari pankreas untuk kawalan gula dalam diabetes.
■Anti-kanser (kanser usus, pankreas, prostat, payudara)
■Mengurangkan rasa sakit
■Meningkatkan tahap imuniti
■Anti inflammatory dan antiulcer
■Anti-coagulant (agent mencairkan darah)
■Membunuh parasit malaria
■Mempercepatkan proses membetulkan tulang
■Mempercepatkan pembentukan tisu yang luka
■Menurunkan tekanan darah (antihypertensive)
Gamat HPA
■Kolagen berfungsi sebagai “penyokong” dalam badan kita.
■Kolagen adalah protein fibrous, terdapat pada kulit, cartilage (tulang rawan), tulang dan connective tissue
■Kekurangan/kehilangan kolagen pada kulit akan menjadikan kulit berkedut
■Kekurangan/kehilangan kolagen pada sendi akan menyebabkan sakit dan bengkak sendi, melemahkan fungsi sendi
Hasil penyembuhan dari pengamal Jelly Gamat di Indonesia
“Pasien saya bernama Pak Simanjuntak umur 46 tahun mengalami patah tulang, dapat terbantu dengan Jeli Gamat selama 2 minggu. Isteri saya tinggal meluruskan tulangnya, dan Jeli Gamat yang menyambung”
“Pasien saya bernama Bapak H. Syarifudin yang menderita masalah pernafasan lebih dari 5 tahun, dapat terbantu (sembuh) setelah terapi Jeli Gamat selama 2 minggu”
Produk Jelly Gamat
■Khasiatnya terbukti
■Selamat dimakan, tiada kesan sampingan (melainkan jika ada alahan tertentu)
■Dihasilkan di kilang yang mendapat sijil GMP, Halal dan pekerja semuanya Bumiputra.
Isipadu: 300 ml
Nota kecil: Jelly Gamat HPA tidak berbau hanyir dan boleh disapu ke muka.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 45
Sabah & Sarawak: RM 50
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 40
Sabah & Sarawak: RM 45
Nilai Mata (NM): 8
Dapatkan Jelly Gamat HPA dan produk HPA yang lain melalui Pengedar kami di seluruh Malaysia (klik disini)
p/s : Hmmm.. satu kemajuan baru.... dapatkan segera!
SMK PULAU GAYA
Melihat kemajuan sekolah aku ini dulu pada tahun 1991-92... memang sesuatu yang mengujakan... tak sangka rupa sekolah ini sudah jauh berbeza. Dulu pengetuanya Tuan Mat Tuan Kub, lepas tu Muhammad Yew abdullah.. dua pengetua itu aku sempat laa bernaung dibawah diorang... yang dua lagi sekarang ni...taksempatla..sebab aku dah bla pada tahun 1992- awal tahun tu...
memang seronok masa aku sekolah kat sana selama setahun juga lah, sebab tahun 1992 awal tu aku pindah ke SMK Sanzac.... dan aku langsung terlupa sekolah aku yang satu ini... 4 tahun di Sanzac buat aku bagaikan kera masuk kampung... heheheheh dan lepas tu amsuk pula Maktab Sabah dan akhirnya masuk UITm...dan keje kat UITm juga... heheheh... Aku masih ingat lagi, masa tingkatan 1... cikgu kelas aku namanya Cikgu Azman Bidulan(Nama bapanya aku dah tak ingat sangat-kalau salah betulkan...)
Cikgu Geografi- Cikgu Samsulan bin Julan, Cikgu Idris..kalau tak silap.. guru lukisan dan jasmani...lepas tu agamanya... Ustazah entah apa nama dia tu... comel2 orangnya dah kahwin ngan Cikgu Idris... tak ramai sebenarnya cikgu yang mengajar kat situ... but semua tu tinggal kenangan kini... yang paling best... Gunung Kinabalu memang jelas dari sini...satu view yang amat menakjubkan ...
paling best pergi sekolah ada dua jalan lah...satu naik bot yang disewa dan satu lagi merentasi bukit bukau yang banyak halangan...walaupun sebennarnya ada jalan(dua jalan dari kampung aku...) satu jalan yang selamat takde anjing kejar cuma bukit dia tu curam gile! kita orang panggil bukit tu.."Bud Langkau' maknanya bukit tinggi...sebab curam gile! aku pernah jatuh kat situ bergolek2 la ke bawah nasib baik luka sikit je.. taklah mampus atau pengsan pun...Luka dan pening sikit je..hehehe lepas tu jalan yang ekdua ialah yang ada kilang getah dan Anjing. Bukan sahaja Busuk setiap pagi aku lalu situ malah kena kejar anjing peliharaan diorang tu...SENGSARA wa cakap lu! hhehehe... pernah sekali aku jalan sorang2 kena kejar anjing 5 ekor sekali serang... mampus aku berlari bagai lipas kudung selamatkan diri... nasib baiklah sekolah tu dekat je...kalau tak maunya aku ammpus kena baham anjing2 tu... ehehheeh itulah pengalaman aku... paling nostalgia ialah sekolah rendahnya... memang best zaman tu... suka dan duka semua ada kat situ... kat situ la aku bertemu dengan cikgu paling garang dan paling kuat suaranya....sekali jerit, mau satu sekolah bergegar bagaikan gempa bumi kat pulau tu... Nama nya Cikgu Salleh... aku takla takut sangat pun...sebab bukan aku yang kena marah... hehehe dan satu lagi Cikgu Zul ajar bhs Inggeris...siap ngan rotannya dan misainya buat mukanya garang nak mampus! (Sekarang ni bapa mentua kawan aku yang keje polis)... paling best bila aku masuh Darjah 6- jumpalah cikgu darus Tipisel, Cikgu Ghani yang hensem dan Cikgu Ismail(guru math!) garang gile tapi jiwang nak mampus! hehehe (sori cikgu-aku buruk2 kan cikgu!) heheheh... Masa tu Cikgu Awang Timbang(tinggi lampai-perasan hensemla) sebab kapel ngan Cikgu Inggeris aku..Cikgu Theresa...(Cikgu terlawa sekali di sekolah aku masa tu- muka dia ada iras-iras Kelly Chen tuu... heheh )aku pernahla buat kerja bodoh dan tak senonoh ngan cikgu ni...itu pun kawan aku si Irama tu yang start dulu...aku tukang ikut je heheheh... masa tu sekolah tak maju...sekolah bangunan kayu, tingkap kaca pun takde... tingkap jaring besi tu adelaa... ehhehe
apapun, mereka semua tu yang menajdikan aku manusia yang baik, tanpa cikgu2 semua tu. aku takkan ada dipersada industri hari ini... TERIMA KASIH buat semua cikgu2(SK & SMK PG)) yang mengajar aku... bUDI DAN JASA ANDA DIKENANG DENGAN DOA...SEMOGA DIBERKATI ALLAH SELALU...
iNSYALLAH...AKU BALIK KALI INI..AKU NAK SINGGAH KAT SEKOLAH YANG AMAT AKU RINDUI INI WALAUPUN TIME TU CUTI SEKOLAH... EHEHHEH.... nak derma novel ...
lain kali aku cite...!
Langgan:
Catatan (Atom)