The Alien - Link Select

Jumaat, 17 Oktober 2014

SELAMAT HARI LAHIR 17.10.2014 ???

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih...
Dengan Nama ALLAH yang Maha Penyayang...
Segala puji bagi ALLAH yang Maha Pencipta...

Wahai Tuhan seluruh alam...
... yang menciptakan diriku pada hari ini, sebagai hamba dan makhluk-Mu
Sesungguhnya aku bersaksi...

TIADA TUHAN YANG PATUT DISEMBAH SELAIN ALLAH
DAN MUHAMMAD ITU RASULULLAH

Wahai yang telah mengutus Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W...
sampaikanlah salam dan salawatku kepadanya

Wahai yang menerima Taubat dengan keampunan...
ampunilah aku...
ampunilah aku...
ampunilah aku...
dan ampunilah Ibu-ku...
dan ampunilah Ayah-ku...
kasihilah mereka berdua sepertimana mereka mengasihi aku sejak dari kecil... Wahai Yang Maha Pengampun
Wahai yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Dengan nama-Mu, sesungguhnya aku bertakwa dan bertawakal atas segala urusan...

Wahai yang Mengabulkan doa...
Wahai yang merahmati dan memberkati
Rahmati dan berkatilah mereka yang mendoakanku
dan yang meraikan hari lahirku pada hari ini...
Sejahterakanlah dan kurniakanlah kebaikan dan pahala yang baik untuk mereka semua dan sesiapapun yang bersama mereka dengan rahmat dan berkat-Mu, Ya ALLAH...

Ya Mujiibu...
Ya Wahhabu...
Ya Shamadu...

Cukuplah Engkau sebagai wakil atas segala urusan
Salawat dan Salam  buat Junjungan Besar Rasulullah S.A.W
Dan segala puji bagi-Mu
Wahai ALLAH,Tuhan seluruh alam...
Amin...



“Hiasilah Hari Lahirmu dengan Puji-pujian kepada ALLAH, Istighfar dan Salawat serta Sedekah. Doakan kebaikan untuk orang yang mendoakan kebaikan untuk mu. Jangan sesekali engkau hiasinya dengan adab buruk orang yang MUNAFIK dan orang yang KAFIR kepada ALLAH.”
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A

Di ruang ini saya tertarik untuk menaip isi2 kepada soal jawab yang dikendalikan oleh Ustazah Maznah Daud (AJK Penasihat Ibadah Haji/JAKIM) di dalam slot Fikah Wanita Majalah Anis (keluaran Januari 2012) berkenaan amalan sambutan harijadi di kalangan masyarakat kita.
Soalan yang menarik perhatian saya: Apakah yang hendak diraikan?
Ya, apa yang hendak kita raikan sebenarnya? Wanita terutamanya amat mengambil berat tentang tarikh lahir. Isteri boleh jadi merajuk besar jika suami tidak ingat akan tarikh hari lahirnya. Hakikatnya ramai yang tak perasan harijadi bermakna usia kita telah bertambah dan tempoh hayat semakin berkurang. Dalam kata lainnya kubur pun sudah kata mari… macam tak kena pulak kalau kita nak bergembira meraikannya jika difikir dari sisi ini kan… kecualilah setahun yang lalu kita telah isi dengan ketaatan sehingga kita rasa benar2 gembira.
Saya setuju dengan artikel Ustazah Maznah, jika benar setahun yang lalu kita telah manfaatkan masa yang ada dengan segala amal kebajikan, kebaikan dan ketaatan kepada Allah, maka wajarlah kita rasa gembira dan bersyukur. Adalah lebih baik jika kesyukuran itu diterjemahkan dengan menigkatkan lagi amal soleh, bukannya dengan membuat upacara sambutan yang tidak selari dengan ajaran Islam.
Sebaliknya, jika setahun yang lalu kita cuai dalam melakukan kebaikan dan ketaatan kepada Allah, maka kita patut berasa insaf, bertaubat dan perbaiki diri agar esok menjadi insan yang lebih baik. Manfaatkan usia yang dikurniakan (yang kita tak tau bila penamatnya) dengan amal soleh dan dekatkan diri dengan Allah.
KESIMPULAN:
·         Jadikan hari lahir sebagai hari muhasabah diri – sejauh mana kita telah berbakti kepada Pencipta yang telah memberikan kehidupan ini kepada kita.
·         Pada hari lahir anak2 patut merenung kembali jasa ibu bapa. Bertambah usia anak2, bertambahlah budi ibu bapa di dalam menjaga dan mendidik mereka. Sudah terbalaskah budi ibu bapa?
·         Usah biasakan anak2 menjadikan budaya di mana hari lahir adalah hari kita menanti dan menagih hadiah, terutama dari ibu bapa yang sememangnya sudah banyak berkorban untuk anak2.
·         Sebaliknya insan yang menyambut hari lahirnya itulah yang patutnya memberi hadiah kepada mereka2 yang telah berjasa  dalam hidupnya sehingga ke usia yang telah dicapai sekarang ini.
HUKUM:
Ada 2 pendapat ulama mengenai hukum sambutan hari lahir:
1) Sesetengah ulama berpendapat adalah haram sambutan harijadi yang mengadakan upacara meniup lilin, menyanyi dan menari dalam keadaan bercampur gaul lelaki dan perempuan kerana ianya perbuatan yang meniru budaya orang bukan Islam. Nabi SAW bersabda: “sesiapa yang meniru satu kaum, maka dia termasuk dalam kalangan kaum tersebut” (Riwayat Abu Daud).
2) Ada pendapat yang lain pula mengatakan sambutan hari jadi adalah perkara yang tiada nas mengenainya, sama ada menyuruh atau melarang. Oleh itu perlu dilihat kepada tujuan dan cara sambutan diadakan.
Wallahualam…
SELAMAT HARI LAHIR BUAT MEREKA2 YANG MENYAMBUT HARI LAHIRNYA PADA HARI INI.
Untuk penerangan hukum yang lebih jelas tentang amalan sambutan hari lahir, sila baca http://myibrah.com/hukum-meniup-lilin
Penerangan dari Ustaz Azhar Idrus pula