The Alien - Link Select

Khamis, 23 Oktober 2008

iSLAMLAH NESCAYA KAMU SELAMAT...

KATAKANLAH...
Nescaya wajib bagimu Syurga...

Islamlah nescaya kamu selamat dan sesungguhnya hanya Islam itu agama di sisi Tuhan seluruh Alam... Barangsiapa yang memilih selain Islam maka kerugian baginya di dunia dan di akhirat dan ia kekal dalam Neraka.


Barangsiapa yang menolak. Maka saksikanlah bahawa sesungguh aku adalah orang Islam.


Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Khamis, 9 Oktober 2008

CEMAS

RAYA 2008- cukup meninggalkan memori pahit yang sukar dilupakan juga memori indah yang sangat menggembirakannya. Apa tidaknya... bermacam-macam perkara yang berlaku pada diriku ini. Alhamdulillah... segala puji bagi-Nya yang telah melimpahkan bermacam nikmat dan ujian pada ku... Pada 27 hb 9 2008... aku bertolak dari LCCT ke KK Sabah. Mulanya aku menganggap Syarikat penerbangan ini sangat terbaik di dunia dan selamat utuk di naiki. Tetapi telahan aku kurang tepat. Ketika berada di awangan ( Tidak pasti berapa ribu kaki dari aras laut) tiba-tiba kapal terbang jenis kecil itu teroleng ke kanan dengan sudut yang pastinya 35 darjah dari kedudukan asal. Aku terjerit "Allahuakbar!" pada ketika itu kapal kembali stabil... kalau tidak silap dalam 5 saat dari impak kepada posisi stabil diambil untuk meletakkan kembali kapal terbang di atas landasan asalnya. Ya Allah bukan main cemas hati aku lepas tu... kawan aku si Robbie terbangun sambil mungkin terjerit. Bukan sahaja dia tetapi seluruh isi kapal terbang menjerit terkejut dengan situasi yang mengejut itu. Beberapa saat kemudian seorang pramugari menangis-nangis dari belakang kapal sambil berlari-lari anak ke kokpit. semua penumpang melihat ke belakang dan kelihatan seorang pramugari lain terlentang dengan kepala yang berlinangan darah. Kebetulan kawasan kejadian tu dekat2 ngan Kuching... so pilot amik keputusan untuk mendarat cemas di Kuching. Dua pramugari yang cedera tu di hantar ke hospital dan kami terkandas di Kuching sehingga tiba masa berbuka puasa. Masa inilah aku berkenalan dengan kawan baru yang berkerja di Padini, Genting. Alif nama dia kalau tak silap... lepas berbuka je... jam 7.30 pm... Penerbangan dimulakan setelah pemerikasaan menyeluruh ke atas pesawat selesai. kami tiba di Kota Kinabalu pada jam 8.30 malam... leganya.... Mujurlah yang jemput adalah pakcik-pakcik aku dan ayah aku sekali...(Joe, Naz, Min dan my father Kabs...) Kami tiba di Telipok tepat jam 10 malam... letih kan main lagi... heheheh... so .. esoknya aku lepak umah sehari suntuk... inilah kali pertama aku berpuasa di rumah itu... Hari isnin aku bawa adik2 aku pergi beli baju2 raya... mau terbang juga RM 1000 untuk diorang... hehehe... belikan baju untuk mak ngan ayah aku sekali... dan aku ?? tak payah bneli pun.. sebab baju raya lima tahun lepas boleh pakai lagi... happy gile aku dapat buat camni tahun ni....

Selasa, 7 Oktober 2008

HEBATNYA ISLAM!

"TIDAK KU JADIKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK BERIBADAH KEPADA-KU"


Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah,
dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah
penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan
Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.
Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan
Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta,
tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.
Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir
di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa
ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik
adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan
bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!
Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.
Allahu Akhbar!