The Alien - Link Select

Ahad, 31 Ogos 2008

RAMADHAN 2008

ALHAMDULILLAH... aku berjaya bangun sahur pada hari pertama puasa. Bulan Ramadhan yang penuh berkat ini sedar tak sedar aku dah memasukinya. Namun tahun ni aku rasa happy yang teramat sangat apabila meikirkan bahawa aku akan beraya kat kampung tahun ni... aku planning amik cuti dua hari sebelum raya. Esok minsyallah aku akan beli tiket kapal terbang Air Asia. Mujurlah murah dan best.... kalau tak aku ingat nak naik rakit je pi Sabah..... hahahaha!!!
Lepas subuh je tadi aku baring dan terus terlelap hingga jam 11 pagi... woooo.... lamanya aku tido... malam ni aku nak pulun terawih 8 rakaat macam malam tadi gak. Kalau boleh nak buat 20... tapi macam tak mampu lak aku jadi makmun pada Imam yang baca surah panjang2 ni... dah rakaat banyak... baca surah panjang2... aku pun heran gak ngan sikap Imam macam ni... kalau nak baca panjang2 pun bacalah bila solat terawih sendirian kat umah.... barulah bayak pahala dan barulah ko rasa bagaimana makmun kat belakang tu punya perasaan waktu solat... aku kesian pada org tua2 yang berdiri lama semata-mata mendengar imam memeperdengarkan bacaannya dengan rasa tak puas hati.... Riak je dapat ..! tu yang takut tu... kan elok kalau baca surah2 pendek je... lebih berkat dan bermanfaat untuk semua orang... kalau nak baca panjang2 juga.. pi solat sorang2 laaa.. lantaklah ko kalau nak baca 114 surah tu sepuluh kalu satu rakaat... suka hati ko laa.. tapi dlm jemaah .. plzz... buat ringkas je... kesian la orang tua2.. Rasulullah pun semdiri tak penah buat jemaah 20 rakaat... setau aku 8 rakaat je Rasulullah SAW buat kat Masjid... entahlah... kang kalau aku persoalkan ... aku lak yang kena balik... maklumlah aku ni bukan ulama ataupun ustaz ataupun yang seangkatan dengannya... aku cakap apa yang aku tau je... so.. maaf lah kalau tersinggung ke apa ke... sempena bulan mulia ini aku ucapkan selamat berpuasa dan selamat beraya yang bakal tiba. ampun maaf dipinta dari zahir hingga batin.


Dan hari ini lepas mandi tadi .. aku lepak kat Intec.. tgk diorang Syikin buat OT RFID... Bebudak bakal Pustakawan ini semqkain mesra dengan aku lak... seronok gak kawan ngan diorang ni... hihiihihi.... petang karang nak kuar ke Bazaar 17 rasanya... atau mungkin kat Padang jawa je.... dekat dan murah... aku nak berbuka kat umah hari ni... niat di hati nak berbuka puasa ngan mak ayah kat kampung... tapi apalah daya ku.... hanya pada dua hari erakhir nak raya je la aku bakal berbuka puasa kat kampung...

Jumaat, 29 Ogos 2008

AKU BUKAN HISYAM


Sinopsis:
Lelaki tampan yang seiras aktor Salman Khan dan pernah jatuh cinta dengan Syakirah itu, adalah kawan rapatnya dan mungkin kerana sayang, dia yang sudah tiada di dunia, dimunculkan kembali.
SAM C1G1 dibangunkan oleh Suluken Corporation dengan tujuan untuk menyelamatkan Bumi daripada bencana meteor ganjil yang tiba-tiba mengancam ekosistem Planet Bumi. Namun, ketika usaha itu dilakukan satu masalah besar timbul sehingga menjejaskan usaha Suluken Corporation untuk menyelamatkan Bumi.
Siapakah Krimna? Mampukah SAM C1G1 menghapuskan Krimna? Apakah yang berlaku ke atas Bumi? Siapa pula lelaki yang bernama Aizad dan Lex? Siapa Jessica? Apa pula kaitan Hisyam dengan semua ini? Ikuti kisahnya.



ALHAMDULILLAH! akhirnya Cover Novel ABH aku sudah siap dan gambar di atas adalah covernya. Tahniah buat Kd dan semua yang terlibat dalam menjayakan kulit novel aku ni... hehehe.. penantian setahun yang lalu dah nampak. Insyallah mungkin akan diterbitkan lah novel aku tahun ini.... Bila NJ sent cover aku tadi.. aku bagaikan berjalan di atas air rasanya... rasa best yang amat sangat... Yaaaahhhhoooooooo!!!!


Dapatkannya di pasaran pada pertengahan bulan september ini di kedai-kedai(MPH, Popular dsb.) buku yang berhampiran rumah anda! sila layari... http://karnadya.com.my/

Isnin, 25 Ogos 2008

NISSAN???

HARI ini aku lepak ngan kawan sekerja. cite punya cite... akhirnya sampai pada bab Kereta. kebetulan member aku ni nak jual keta lama dia. Nissan lama macam dlm gambar ni ha... aku memang minat keta2 lama ni... tu aku ckp ngan dia .. aku tgk dulu ketanya baru beli. Jaid petang ni aku nak ikut pi mah dia.. nak test keta tu dulu... Harga murah je... RM 1000... ok la kan??? anyway... satu hal baru lagi muncul... pasal Novel SAM C1G1. Pihak KD nak ubah tajuk pula kepada 'AKU BUKAN HISYAM' . aku setuju je laa... dan tahun sertya beberapa nama diubah juga.

Rabu, 20 Ogos 2008

PUNCA ANAK DERHAKA???

Lambang SAM C1G1 yang terbaru. elbih padat dan ringkas .... akui sendiri tidak pasti sama ada pihak penerbit menerima lambang ini sebagai salah satu icon dalam novel yang perlu diselitkan dalam setiap bab.
APA PUNCA ANAK DERHAKA
Sabda Rasulullah s.a.w. 'Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran) di mana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah... Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . 'Saya pernah tinjau, ana kanak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si ana k rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. 'Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan ana k- ana k ker ana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, ana k- ana k sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun ana k tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.' Jangan kita tunjuk sikap kita yang p ana s baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan 'bodoh, kurang ajar, sumpah ser ana h dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka'. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita... DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL Lazim orang tua, pantang ana k menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar ker ana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, k ana k-k ana k tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa ana k- ana k kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab ana k- ana k tidak berdosa. Lagipun k ana k-k ana k kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan ana k juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan ana k- ana k. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si ana k rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah. BERTAUBAT SEBELUM MELARAT Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaim ana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaim ana pula hubungan dengan ibu? 'Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik ker ana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.' HUBUNGAN DENGAN BAPA Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan ker ana tidak dipedulikan ana k- ana k. 'Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu.. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.' Bagaim ana pun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.' USAH DERHAKA KEPADA MENTUA Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang ana knya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? 'Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang ana knya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik ker ana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,' jelasnya. Kewajipan ana k lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. 'Sebaliknya ana k perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi ana k- ana k selain Allah adalah emak dan ayahnya. 'Perasaan mentua perlu dijunjung ker ana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan ana knya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah ana knya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah ana knya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain. Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi ana k- ana k anda dan seterusnya menempatkan ana k- ana k anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan ana k- ana k. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers Adalah mudah iaitu:- Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips; 1.Mulakanlah hidup ana k anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan ana k anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan). 2.Berikan ana k anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan ana k yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada ana k yang jarang dipeluk) 3.Pandanglah ana k anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan ana k anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran) 4.Berikan peneguhan setiap kali ana k anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) . 5.Janganlah mengharapkan ana k anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya k ana k-k ana k yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. 6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan ana k- ana k terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali). 7.Di dalam membesarkan dan mendidik ana k- ana k, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan ana k- ana k merasakan diri mereka beban. 8.Dengarlah cerita ana k anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar ana k anda tentang giliran untuk bercakap) 9.Tenangkan ana k anda setiap kali mereka memerlukannya . 10.Tunjukkan kepada ana k anda bagaim ana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. 11.Buatkan sedikit persediaan untuk ana k- ana k menyambut harijadinya.. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan ana k anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain). 12. Kemungkinan ana k kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali. 13.Luangkanlah masa bersama ana k anda diluar rumah, peganglah tangan ana k- ana k apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri. 14. Dengarlah mimpi ngeri ana k- ana k anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.. 15.. Hargailah permainan kesayangan ana k anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian. 16.Janganlah membiarkan ana k- ana k anda tidur tanpa ciuman selamat malam, 17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. 18.Jangan selalu membawa beb ana n kerja pejabat ke rumah. Anak- ana k akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. 19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaim ana pun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak- ana k anda mula sibuk mendengar tangisan ana k mereka sendiri.. 20. Anak- ana k juga mempunyai perasaan seperti anda.

TAHUKAH ANDA???

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan
kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling
dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius
akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


2.Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam
pembinaan sebuah helikopter.
Ini kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.


3.Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut
dipandu dari arah yang bertentangan


4.Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali
sebagai paparazi.
Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo
dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada
tahun 1960.
Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang
bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.


5.Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.


6.Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi
berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik
butir-butir besi lain kearahnya.
Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.


7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu.
Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya
supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah
tentu ia tidak akan diekori lagi.


8.Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh
telinganya sendiri menggunakan siku.


9.Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar
kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap walaupun tanpa bantuan kompas.Ini kerana setiap sarang burung
mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.


10.Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir
sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya.Tapi,
walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.


11.Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan
masih aktif untuk meletup.Tapi mengikut kajian ahli gunung, api
elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.


12.Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang
ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


13.Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam
dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang
berupa kekenyangan.Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh
kawan kita.


14.Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah
mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.
hehehehehheh...Sentuh la telinga korang ngan siku sampai ia kena.....
Tak normal la korang maknanya........

Selasa, 19 Ogos 2008

AIKIDO SHUDOKAN

CUKUP 3 minggu aku menjadi ahli Aikido Shudokan Malaysia. Fuh! Tak sedar-sedar dah 4 training yang aku jalani. Rakan sekerja aku pun berminat ngan seni ini. Akhirnya dia mendaftar minggu lepas. Cukup bersemangat dia menjalani hari pertama nya... memang betul kata Sensei mark dari Indonesia tempoh hari... "Aikido is Fun"... walaupun kepekatan indon-nya itu memang ketara dia tetap mengajar kami asas2 Aikido yang mudah dipelajari dan seronok pula mempraktikannya. paling penting dalam seni ini adalah kerana minat dalam seni itu sendiri .. baru lah boleh mahir ... kata Sensei Ramlan laa...

Isnin, 11 Ogos 2008

hidup dalam blues!

HARI kedua aku sebagai pembantu(jawatan baru la ni). cukup memeningkan kepala aku yang dah sedia pening sejak dua hari lepas. Macam2 keje kena buat bro... inilah kali pertama aku merasa begitu sibuk sekali dalam hidup aku ini. dulu aku buat keje sikit je... tak banyak guna otak aku yang bergeliga tetapi dah lama tak pakai ini.... hehehe... akhirnya mahu tak mahu.. aku kena pakai balik kehebatan minda aku yang superpower ini... kali ini bukan sahaja aku kena pk pasal novel2 yang perlu disiapkan malah aku kena tambah dengan keje2 hakiki yang cukup memeningkan pala otak aku... hahaha... alhamdulillah semuanya aku pk takde masalah ... dalam sehari dua ni .. aku ingat semuanya akan selesai dengan jayanya. Gambar sebelah ni adalah gambar di mana aku jadi pengapit pada kawan aku. Dia kawen juga lah ngan kawan aku. Umah pengantin pompuan kat Muar dan pengantin lelaki kat JB . Kat sini akulah jadi pengapit... tetapi kat JB bukan akulah... aku just jadi jurugambar. Banyak jugalah gambar2 yang aku amik... Sambil2 tu aku lah yang tolobng habiskan lauk-lauk yang tak habis tu...
hehehehe... semalam juga aku beli games ps2 baru... Call of duty 3, 25 to life, Mortal Combat yang takleh play, Ace of combat yang juga takleh play... dan Iron Man... fuh! terbang la RM 20 aku...

Ahad, 10 Ogos 2008

SEMALAM aku bantai main Grand Thief Auto sampai pening-pening kepala wooo... aku tak sangka pula main lama ni ..pening pala... mau dua hari gak aku pening. Memang dia punya aura game ni power tahap Gaban! Dlm game tu memang hero dia best arrr... corak mainan dia memang puas hati... menepati citarasa aku sebagai gangster ... hahahaha.. aku ingat nak beli Ace combat ngan Call of Duty nanti.. aku nak try lak main kapal terbang dan perang kat Vietnam,... hehehe... nak mengamuk!!!! hahaha... So setiap petang aku balik awal...then main PS2... hehehe tak lama lagi aku nak beli PS 3 pula... dah bosan main PS2 ni... hehehe

Rabu, 6 Ogos 2008

THE MUMMY???


MALAM TADI aku ngan FD, Syhikin, Ica and Yati pi tgk wayang kat JJ. Masa: 8.45 malam. Aku sampai umah FD jam 7 ptg tu... sj je nak bawa dia pakai motor C70 aku ni... minggu lepas masa tgk cite Kuntilanak tu pun dia naik ngan aku... so... kali ini pun sama laaa... tiba di JJ kita orang tunggu lah 3 sekawan tu dtg sambil2 topup hp si FD... lepas tu dirang tiba je... kita orang pi makan kat FC. So aku pekena Sizzling lak... dah lama tak makan sizzling... FD opun sama... 3 sekawan tu .. aku pun tak tau apa resepi makanan diorang... lepas tu aku pi solat Maghrib jap dan tepat 8.40 mlm.. kita orang masuk panggung...
iklan pula menayangkan Jason Statham dengan movie barunya... aku ingat nak tgk juga nanti... hehehe..
The Mummy adalah kesinambungan cite the Mummy 1 dan 2 dulu... kai ini Jet Li menjadi watak yang sgt dibenci (Jahatnya dia...) hehehehe... CGi terbaik yang pernah aku tgk dlm the Mummy... Tahniah pengarah.. Rob Cohen. Dan pelakon abru Isabella Liong adalah aktress terbaik yang aku tgk dlm cite selain michelle Yeoh.. anak kelahiran Ipoh. Brendan Fraser dan anak dia Alex yang nakal gile babi tu dah besar panjang ... Jonathan pula masih dengan watak gile2 nya.... Anyway sejak Jet Li berlakon dalam cite movie dia ngan JC dulu.. this the best laa...


Isnin, 4 Ogos 2008

WONG ENTERPRISE


Tiba-tiba satu kekecohan berlaku di kaunter hadapan.
Encik Wong segera bertindak pantas dengan bergegas cepat ke kaunter. Seorang lelaki melayu sedang bertekak dengan pekerjanya. Lelaki itu berumur dalam lingkungan 30-an dan berpakaian kemas.
Haidar mengalih perhatian ke arah kaunter. Siva dan Kai juga berbuat demikian.
”Kai...”
”Ya?”
”Ini latihan untuk kamu sebagai penyiasat ketiga. Saya mahu kamu menganalisa lelaki itu dan beritahu saya nanti. Setiap aktiviti orang perseorangan hendaklah kita siasat dengan teliti. Tidak ketinggalan juga individu yang muncul selepas satu-satu kejadian berlaku. Saya ingin melihat ke belakang kedai ini. Kamu, Siva. Teruskan dalam kedai ini.” Haidar kermudiannya bergerak ke arah pintu hadapan kedai dan melepasi lelaki yang sedang bertekak dengan Encik Wong itu.
Seimbas dipandangnya lelaki itu. Kemudian dia keluar melalui pintu cermin yang tertulis di permukaannya dengan perkataan ’Sila Masuk’. Tanpa menghiraukan situasi yang berlaku itu dia bergerak ke bahagian belakang kedai.
Siva turut bergerak dan meneliti kesan-kesan yang mungkin ditinggalkan oleh penceroboh itu. Manakala Kai pula menghampiri kaunter dan berdiri di belakang encik Wong. Lelaki berkulit cerah itu diperhatikan.
“Aku tak peduli!”
“Tak boleh, encik.” Pekerja encik Wong bersuara sedikit tertekan dengan kerenah lelaki itu.
Lelaki itu kelihatan agak tertekan dengan keinginannya sendiri.
“Ya encik? Apa yang boleh saya tolong?” Encik Wong bersuara. Lelaki berpakaian kemas itu menoleh pada encik Wong dengan wajah yang sedikit lega.
“Aaah... Mujurlah encik ada. Encik ni siapa?”
“Saya pengurus Wong Enterprise. Apa yang boleh saya bantu, encik?”
Kai merenung lelaki itu dari atas ke bawah. Ada sesuatu yang menarik perhatian Kai pada lelaki itu.
”Saya mahu beli kesemua stok sabun yang ada dalam kedai ini.” kata lelaki itu.
Encik Wong kerut kening tapi masih mampu senyum nipis pada lelaki itu. Sekilas dia menoleh ke belakang kedai, melihat Siva sedang mundar-mandir di situ dan kemudian mengarahkan pandangannya kepada lelaki itu.
”Maafkan saya, encik...?”
”Jarud. Panggil saya Jarud sahaja. Bagaimana encik? Boleh saya beli kesemua stok sabun encik?” Soal lelaki itu tidak sabar-sabar.
”Maafkan saya Encik Jarud. Kami menghadapi sedikit masalah dengan stok-stok sabun yang ada. Mungkin encik boleh dapatkan sabun-sabun yang encik mahu di kedai sebelah. Rinie Shopmall pasti ada stok sabun yang encik inginkan.”
”Saya hanya mahukan sabun jenama Mezzest. Saya sudah pun ke kedai itu tadi. Mereka sudah kehabisan stok jenama itu.”
Encik Wong diam seketika. Dan kemudian dia bersuara. ”Maaflah encik Jarud. Kami memang tidak dapat menjualnya pada encik buat masa ini. Esok atau lusa encik boleh datang semual. Kami akan dapatkan stok-stok baru untuk jenama sabun itu.”
”Tidak!” tiba-tiba lelaki itu meninggikan suara. ”Saya mahukan sabun-sabun itu hari ini juga. Katakan berapa sahaja harga yang encik tawarkan.”
Encik Wong kerut kening. Persoalan muncul dibenaknya.. kerenah lelaki itu agak ganjil. Kai juga merasakan sesuatu yang pelik dengan pelanggan itu. Untuk apa lelaki itu mahukan kesemua stok sabun yang ada? Dan siapa lelaki itu? Persoalan itu muncul dalam kotak fikiran Kai.
Kai bergerak kedepan pintu masuk dan mencari-cari sesuatu di situ. Kemudian dia masuk semula dan mencapai dua plastik teopung gandum cap ‘Wau’. Gelagat Kai ini tidak disedari langsung oleh encik Wong atau pelanggannya yang sedang tertekan itu. Tiba-tiba Kai tersadung sesuatu ketika menghampiri pintu. Tepung cap Wau pecah dan bertaburan di pintu masuk.
Encik Wong menoleh ke arah Kai. Tetapi kembali menoleh ke wajah lelaki itu.
”Maafkan saya, encik Jarud. Encik datang esok sahaja.”
Lelaki itu tidak menyahut. Tetapi berlalu setelah menarik nafas dalam keadaan marah dan tertekan. Tanpa mempedulikan Kai yang terbongkok-bongkok mencapai plastik tepung yang pecah itu dia melangkah dan memijak serbuk tepung itu.
Setelah lelaki itu hilang di balik bangunan encik Wong mendapatkan Kai. ”Kenapa ni?”
”Maafkan saya encik Wong.” Kai memohon maaf. ”Saya perlu dapatkan sesuatu di sini.”
”Encik Wong kerut kening. ” Apa dia?”
Kai tidak menyahut dan kemudian membongkok dan meneliti tapak kaki yang ditinggalkan oleh lelaki itu tadi. Kai mengukur tapak kaki yang terhasil dari serbuk tepung yang memutih di atas lantai marmar dengan menggunakan pita pengukur. Encik Wong sekadar memerhatikan perbuatan Kai dengan penuh tanda tanya.



HAIDAR memerhati sekeliling. Lorong belakang itu adalah sama seperti lorong-lorong belakang kedai yang pernah dilihatnya. Penuh dengan sampah-sarap yang memenuhi tong sampah yang sudah tepu dengan kotoran. Belakang kedai encik Wong kelihatan bersih dan tiada sebarang kenderaan yang kelihatan.
Ada sebuah pintu dengan pemegang tombol bulat yang dihadang gril besi hitam di belakang kedai itu. Tiada langsung tanda-tanda yang mencurigakan.
Haidar memeriksa dengan teliti beberapa kali. Dan kemudian dia bergegas ke depan kedai. Sebelah kedai Wong Enterprise adalah kedai runcit Azli Shopping. Haidar masuk dan bercakap dengan seorang petugas di kaunter dan kemudian keluar dari perut kedai mendapartkan Kai di hadapan kedai.
”Kai?”
Kai yang ketika itu sedang mengukur kesan tapak kaki mendongak dan senyum. ”Dah dapat!” katanya.
Haidar mengangguk dan bergerak ke belakang kedai. Siva ketika itu sedang meneliti sesuatu pada beberapa bahagian dinding stor.
”Siva?”
”Beres!”
”Kai?”
”Lelaki tadi bernama Jarud, bukan seorang yang bekerja di jabatan kerajaan. Bekerja di sebuah syarikat swasta di sekyen 16. Kilang Sabun Mezzest. Dia mungkin orang yang kita cari.” ulas Kai sambil menoleh ke arah Haidar dan Siva.
Encik Wong ternganga mendengar kata-kata Kai. Kerut di keningnya kelihatan lebih jelas kini.
”Siva?”
”Sabun-sabun yang ada ini menunjukkan penceroboh ini cuai dalam menjalankan kerja-kerjanya. Dia bukan sahaja meninggalkan kesan dirinya malah telah mendedahkan siapa dirinya yang sebenarnya. Saya telah mengukur kesan tapak kaki yang tertinggal di sudut barat stor ini. Ada kesan minyak yang berbentuk tapak kasut di sana.”
”Kesan tapak kasut?”
”Ya, dan ia adalah saiz tujuh, jenis tapak bergerigi tajam dan bunga bulat.”
”Hmmm... sama dengan lelaki tadi. Saiz tujuh.”
”Lelaki tadi?”
”Ya... lelaki yang bertekak dengan encik Wong tadi.”
Mereka bertiga menoleh ke arah lelaki cina itu.
”kamu pastikah lelaki tadi adalah orangnya?” soal encik Wong.
Haidar menggeleng. ”Mungkin... kita akan pastikan malam ini.”
”Malam ini?”
”Ya... malam ini. Saya yakin penceroboh itu akan kembali lagi. Siapa pun dia, tugasnya belum selesai.” Gumam Haidar.
”Tapi mana kamu tahu lelaki tadi...?”
”Mudah saja encik Wong.” Haidar mengorak senyum. Ditatapnya wajah encik Wong yang berkerut kehairanan itu. ”Jarud itu bukanlah penjawat awam walaupun dia seorang yang berdisiplin dan berpakaian kemas. Hari ini adalah hari Khamis. Dan penjawat awam diwajibkan memakainya pada hari khamis. Dan hari itu adalah hari ini, Encik Wong.”
”Mana kamu tahu dia bekerja di kilang sabun Mezzest?”
”Baju yang dia pakai ada nama yang terukir pada kolar bajunya. Walaupun agak kecil perkataan itu. Namun, ia jelas dilihat. Mezzest!”

”Kita perlu bersedia... malam ini dia akan kembali lagi.”
”Dia akan kembali lagi?”
Haidar mengangguk. Siva dan Kai sekadar memerhati wajah encik yang terlopng dengan ungkapan ketua penyiasat itu.
“Mana kamu tahu dia akan kembali lagi?”
”Tugasnya masih belum selesai. Objek yang dicari belum dijumpai. Kedai sebelah juga digeledah dua hari lepas.”
”Hah? Kedai sebelah pun diceroboh juga?” Encik Wong sekali lagi bersuara dengan nada yang terkejut. ”Tapi, encik Azli tak beritahu pun tentang kedainya yang diceroboh.”
“Ya, betul... kalau kita tidak bersedia malam ini. Tentu orang ini akan dapat apa yang dicarinya. Kita mesti tangkap dia dan apapun yang ingin dicarinya. Tadi saya telah berjumpa dengan seorang pekerja di kedai sebelah.”
”Encik Wong ada stok lain, kah?”
“Ada… saya ada sebuah kotak sabun jenama itu lagi.”









2 PAGI

HAIDAR melabuhkan punggungnya setelah penat mencangkung dia atas lantai kedai yang semakin sejuk itu. Siva dan Kai berada tidak jauh darinya. Kedua-dua sahabatnya itu juga sepertinya. Manunggu dan memerhati ketibaan penceroboh itu. Dia ingin melihat sendiri penceroboh itu.
“Kau yakin penceroboh itu akan datang malam ni?”
Haidar angguk. Segala ceruk kedai itu diperhati dengan teliti. Suasana suram menguasai ruang kedai itu. Dia tahu ada kamera litar tertutup yang baru saja dipasang petang tadi di sudut utara ruang kedai. Dari sudut itulah segala objek yang bakal muncul di pintu masuk itu akan kelihatan. Namun, dia bukanlah bodoh untuk menunggu di sana. Penceroboh biasanya tidak akan melalui pintu yang ternganga.
SEDUTAN DARI NOVEL TIGA PENYIASAT- Karya baru SILZACK KHAIROL.

Ahad, 3 Ogos 2008

DARK KNIGHT???

THE DARK KNIGHT. satu movie yang aku tunggu-tunggu. Kali ini durasinya lebih panjang. Aku masuk pannggung start jam 5.30 petang dan aku kuar pannggung jam 8 malam... lama gile citenya. Dua jam lebih tu.... citenya lebih banyak menggunakan akal aku yang memang ketandusan idea buat masa sekarang. Kali ini Batman memang menghadapi banyak tekanan dariu musuh yang bijak dan saiko gile, The JOKER. Si Badut yang memang genius gile!

Jumaat, 1 Ogos 2008

SUDAH lama aku mencari gambar topeng THE MASK ini... akhirnya aku jumpa juga ... hihiihi.. aku ingat lagi masa aku tgk cite ni kat panggung. Aku tak pernah kenal siapa Jim Carry... lepas tgk cite ni aku kenal juga pelakon yang memang berbakat besar ini... masa tu aku masih di KK lagi... memang puas hati tgk cite ni... tetapi sambungan dia tak bepa best laa... laagi best yang part 1 punya....
anyway aku lapor diri hari ni untuk jawatan baru... kiranya aku naik setahap lagi laa... dlm diari hidup aku... so.. bertambah lagi lah keje... bertambah sibuk laaa aku ni kelak... novel aku dah lama terbengkalai... aku tak tau