The Alien - Link Select

Selasa, 3 Mei 2016

SURAH AL-QASHAS / CERITA ???

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

28:1. Tha Sin Mim.

28:2. Inilah ayat-ayat Kitab yang jelas.

28:3. Kami bacakan kamu sesuatu daripada berita Musa dan Firaun dengan benar untuk kaum yang percayai.

28:4. Sesungguhnya Firaun meninggi di bumi, dan dia pecah belahkan penduduknya kepada golongan-golongan, menghinakan segolongan antara mereka, mengorbankan anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup perempuan-perempuan mereka; sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang buat kerosakan.

28:5. Namun begitu, Kami hendak berbudi baik kepada orang-orang yang dihina di bumi, dan Kami lantik mereka imam-imam, dan Kami buat mereka pewaris-pewaris,

28:6. Dan Kami teguhkan mereka di bumi, dan Kami lihatkan kepada Firaun, dan Haman, dan tentera mereka, apa yang mereka takuti.

28:7. Maka Kami wahyukan ibu Musa, "Susukanlah dia, kemudian apabila kamu takut terhadapnya, lemparlah dia ke laut, dan jangan takut, dan jangan juga sedih, kerana Kami akan kembalikan dia kepada kamu, dan akan melantiknya seorang daripada para utusan."

28:8. Lalu keluarga Firaun memungutnya untuk menjadi musuh, dan kesedihan bagi mereka; sesungguhnya Firaun, dan Haman, dan tentera mereka, adalah antara orang-orang yang bersalah.

28:9. Berkata isteri Firaun, "Dia akan jadi satu pendingin mata (kegembiraan) bagiku dan bagi kamu. Jangan membunuhnya; mudah-mudahan dia bermanfaat kepada kita, atau kita ambil dia sebagai anak." Dan mereka tidak sedar.

28:10. Pada paginya, hati ibu Musa jadi kosong, dan dia hampir-hampir nampakkan dia sekiranya Kami tidak kuatkan hatinya, supaya dia (ibu Musa) termasuk orang-orang mukmin.

28:11. Dan dia berkata kepada saudara perempuannya, "Ikutlah dia", dan dia melihatnya dari jauh, sedang mereka tidak sedar.

28:12. Dan Kami haramkannya sebelum itu daripada mana-mana perempuan yang menyusukan; maka dia berkata, "Bolehkah aku tunjukkan kamu kepada keluarga daripada seisi rumah yang akan menjaganya untuk kamu, dan mengasuhnya?"

28:13. Maka Kami kembalikan dia kepada ibunya, supaya dia gembira dan tidak sedih, dan supaya dia tahu bahawa janji Allah adalah benar; tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.

28:14. Dan apabila dia dewasa, dan dia tegap, kami beri dia putusan, dan pengetahuan; begitulah Kami balas orang-orang buat baik.

28:15. Dan dia masuk kota sewaktu penduduknya sedang lalai, dan dia dapati di dalamnya dua orang lelaki sedang berperang; yang satu adalah daripada golongannya sendiri, dan yang lain, daripada musuhnya. Kemudian yang daripada golongannya minta pertolongan kepadanya terhadap musuhnya; maka Musa menumbuknya, dan menentukannya (matikannya), dan berkata, "Ini adalah daripada amalan syaitan; sesungguhnya ia musuh yang menyesatkan, yang nyata."

28:16. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, aku telah menzalimi diriku. Ampunkanlah aku." Maka Dia ampunkannya; sesungguhnya Dialah Yang Pengampun, Yang Pengasih.

28:17. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, dengan apa yang Engkau rahmati aku, maka aku tidak menjadi penyokong bagi orang-orang yang berdosa."

28:18. Pada waktu pagi, dia berada di kota, takut-takut dan berjaga-jaga; dan tiba-tiba, orang yang minta pertolongannya kelmarin minta pertolongan kepadanya lagi. Musa berkata kepadanya, "Sesungguhnya kamu adalah orang yang bersalah yang nyata."

28:19. Tetapi apabila dia hendak menyerang orang yang menjadi musuh kepada mereka berdua, orang itu berkata, "Wahai Musa, adakah kamu hendak bunuh aku sebagaimana kamu bunuh satu jiwa kelmarin? Kamu hanya hendak jadi penindas di bumi; kamu tidak hendak jadi daripada orang-orang yang membetulkan."

28:20. Kemudian datang seorang lelaki dari bahagian kota yang terjauh, berlari; dia berkata, "Wahai Musa, pembesar mereka sedang bermuafakat untuk membunuh kamu. Keluarlah kamu, aku termasuk penasihat-penasihat kamu."

28:21. Maka dia keluar darinya, takut-takut dan berjaga-jaga; dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim."

28:22. Dan apabila dia hadapkan mukanya ke arah Madyan, dia berkata, "Mudah-mudahan Pemeliharaku beri petunjuk kepadaku pada jalan yang betul."

28:23. Dan apabila dia sampai di perairan Madyan, dia dapati satu umat manusia di sana yang memberi minum, dan dia dapati, selain daripada mereka, dua orang perempuan sedang menahan ternak mereka. Berkata, "Apakah urusan kamu berdua?" Mereka berkata, "Kami tidak dapat beri minum sehingga gembala-gembala halau, dan bapa kami telah lanjut usia tuanya."

28:24. Maka dia memberi minum untuk mereka; kemudian dia berpaling ke tempat yang teduh, dan dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku fakir (memerlukan) apa-apa kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku."

28:25. Kemudian datang seorang daripada keduanya kepadanya, berjalan dengan malu, dan berkata, "Bapaku seru (panggil) kamu supaya dia balas kamu dengan upah kerana kamu beri minum untuk kami." Maka apabila dia datang kepadanya, dan ceritakan kepadanya ceritanya, dia berkata, "Jangan takut; kamu selamat daripada kaum yang zalim."

28:26. Berkata seorang daripada keduanya, "Ayah, ambillah upahan dia; sesungguhnya orang yang paling baik yang anda ambil upahan ialah yang kuat, dipercayai."

28:27. Berkata, "Aku hendak kahwinkan kamu dengan seorang daripada dua anak perempuanku ini, dengan kamu mengambil upah daripada aku selama lapan tahun. Jika kamu sempurnakan sepuluh, itu adalah daripada kamu; aku tidak hendak beratkan kamu. Kamu akan dapati aku, jika Allah hendaki, termasuk orang-orang salih."

28:28. Berkata, "Demikian itulah antara aku dan kamu. Yang mana sahaja daripada dua tempoh yang aku tunaikan, ia tidak ada permusuhan padaku; dan Allah wakil atas apa kita katakan."

28:29. Maka apabila Musa telah sempurnakan tempoh, dan dia berpergian dengan keluarganya pada malam hari, dia melihat api di tepi gunung. Dia berkata kepada keluarganya, "Tetaplah kamu di sini; aku lihat api. Mudah-mudahan aku akan datangkan kepada kamu beritanya, atau berkas kayu daripada api, supaya kamu dapat panaskan diri-diri kamu."

28:30. Apabila dia datang kepadanya, dia dipanggil dari tebing sebelah kanan lembah di tempat yang lekuk yang diberkati, datang dari pokok, "Wahai Musa, sesungguhnya Aku Allah, Pemelihara semua alam.

28:31. Lemparlah tongkat kamu." Dan apabila dia melihatnya menggetar-getar seperti seekor ular, dia berpaling, berundur, dan tidak menoleh. "Wahai Musa, tampillah ke muka, dan jangan takut; sesungguhnya kamu aman.

28:32. Selitkanlah tangan kamu ke dalam dada kamu, dan ia akan keluar putih tanpa keburukan; dan dakapkanlah kepada kamu tangan kamu supaya tidak gerun. Maka inilah dua bukti daripada Pemelihara kamu kepada Firaun, dan pembesar-pembesarnya; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasiq."

28:33. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku telah membunuh satu jiwa daripada mereka, dan aku takut bahawa mereka akan bunuh aku.

28:34. Dan saudaraku Harun lebih fasih lidahnya (lisannya) daripada aku. Utuslah dia bersama aku sebagai pembantu, dan untuk mengesahkan aku kerana aku takut mereka akan dustakan aku."

28:35. Berkatalah Dia, "Kami akan kuatkan tangan kamu dengan saudara kamu, dan Kami buatkan kamu satu kuasa supaya mereka tidak sampai kepada kamu kerana ayat-ayat Kami; kamu, dan sesiapa yang ikut kamu, adalah orang-orang yang menang."

28:36. Maka apabila Musa datang kepada mereka dengan ayat-ayat Kami, bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang diada-adakan. Kami tidak pernah dengar yang ini di kalangan bapa-bapa kami yang dahulu."

28:37. Tetapi Musa berkata, "Pemeliharaku sangat-sangat tahu siapa yang datang dengan petunjuk daripada-Nya, dan siapa yang dapat tempat kediaman muktamad; sesungguhnya orang-orang zalim tidak beruntung."

28:38. Dan Firaun berkata, "Wahai pembesar-pembesar, aku tidak tahu bahawa kamu ada tuhan selain daripada aku! Nyalakan api untukku, wahai Haman, pada tanah liat, dan buatkan untukku sebuah menara yang tinggi, supaya aku dapat lihat Tuhan Musa, kerana aku sangka dia termasuk pendusta-pendusta."

28:39. Dan dia berlaku sombong di bumi, dia dan tenteranya, dengan cara yang salah; dan mereka sangka mereka tidak dikembalikan kepada Kami.

28:40. Lalu Kami ambil dia dan tenteranya, dan lempar mereka ke dalam laut; maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang zalim.

28:41. Dan Kami lantik mereka imam-imam yang menyeru ke Api; dan pada Hari Kiamat, mereka tidak ditolong.

28:42. Dan Kami ikut mereka di dunia ini dengan laknat, dan pada Hari Kiamat, mereka jadi antara yang dibenci.

28:43. Dan kami beri Musa al-Kitab, setelah Kami musnahkan generasi-generasi yang terdahulu, untuk menjadi bukti-bukti yang nyata, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan bagi manusia supaya mereka mengingati.

28:44. Kamu tidak berada di sebelah barat, ketika Kami tentukan perintah kepada Musa, dan tidak juga kamu antara orang-orang yang saksikan.

28:45. Tetapi Kami tumbuhkan generasi-generasi, dan panjanglah umur mereka. Tidak juga kamu orang yang tinggal di kalangan penduduk Madyan, dengan membacakan mereka ayat-ayat Kami; tetapi Kami utus utusan-utusan.

28:46. Kamu tidak berada di tepi Gunung ketika Kami panggil; tetapi kerana satu pengasihan daripada Pemelihara kamu, supaya kamu beri amaran kepada kaum yang kepadanya tiada pemberi amaran telah datang sebelum kamu supaya mereka mengingati.

28:47. Supaya tidak, apabila penderitaan menimpa mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka sendiri dahulukan, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mengapakah Engkau tidak utuskan seorang Rasul kepada kami supaya kami ikut ayat-ayat Engkau, dan jadilah kami antara orang-orang mukmin?"

28:48. Namun begitu, apabila yang benar datang kepada mereka daripada Kami Sendiri, mereka berkata, "Mengapa dia tidak diberi yang serupa dengan apa yang Musa diberi?" Bukankah mereka tidak percaya kepada apa yang Musa diberi dahulu? Mereka berkata, "Dua ahli sihir yang saling membantu satu sama lain." Mereka berkata, "Kami tidak percaya kepada kedua-duanya."

28:49. Katakanlah, "Datangkanlah sebuah Kitab daripada Allah yang lebih beri petunjuk daripada keduanya (al-Qur'an dan Taurat), dan ikutlah ia, jika kamu berkata benar."

28:50. Kemudian, jika mereka tidak sahut kamu, ketahuilah bahawa mereka hanya ikut keinginan mereka; dan siapakah lebih sesat daripada orang yang ikut keinginannya tanpa petunjuk daripada Allah? Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.

28:51. Sesungguhnya Kami datangkan kepada mereka Ucapan supaya mereka mengingati.

28:52. Orang-orang yang kepada mereka Kami beri al-Kitab sebelum ini percayainya.

28:53. Dan, apabila ia dibacakan kepada mereka, mereka berkata, "Kami percaya kepadanya; sesungguhnya ia adalah yang benar daripada Pemelihara kami. Sesungguhnya, sebelumnya kami telah muslim."

28:54. Mereka ini diberi upah mereka dua kali kerana mereka sabar, dan menolak kejahatan dengan yang baik, dan nafkahkan (belanjakan) daripada apa yang Kami rezekikan mereka.

28:55. Apabila mereka dengar percakapan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya, dan berkata, "Bagi kami amalan-amalan kami, dan kamu, amalan-amalan kamu. Salamun alaikum! Kami tidak inginkan orang-orang bodoh."

28:56. Kamu tidak dapat beri petunjuk kepada siapa yang kamu cintai, tetapi Allah beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki, dan Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang dapat petunjuk.

28:57. Mereka berkata, "Jika kami ikut petunjuk bersama kamu, kami akan disambar daripada bumi." Tidakkah Kami teguhkan bagi mereka tempat suci yang aman di mana dikumpulkan segala sesuatu buah-buahan, sebagai rezeki daripada sisi Kami? Tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.

28:58. Dan berapa banyaknya bandaraya yang Kami telah musnahkan yang kehidupannya bersenang-senang dengan keangkuhan! Itu tempat-tempat tinggal mereka, yang tidak didiami selepas mereka, kecuali sedikit sahaja; Kami Sendiri adalah pewaris-pewaris.

28:59. Namun begitu, Pemelihara kamu tidak musnahkan bandaraya-bandaraya sehingga Dia bangkitkan di ibu kotanya seorang Rasul untuk bacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan Kami tidak musnahkan bandaraya-bandaraya melainkan bahawa penduduknya zalim.

28:60. Apa sahaja benda yang kamu diberi adalah kesenangan kehidupan dunia dan perhiasannya; dan apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Tidakkah kamu faham?

28:61. Apa, adakah orang yang Kami janjikan janji yang baik, dan dia temuinya, sama dengan orang yang kepadanya kami beri kesenangan kehidupan dunia, kemudian dia pada Hari Kiamat termasuk orang-orang yang dihadapkan?

28:62. Pada hari Dia panggil mereka, dan Dia berkata, "Di manakah sekutu-sekutu-Ku yang kamu dakwa?"

28:63. Orang-orang yang ke atas mereka Ucapan telah wajar, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mereka inilah orang-orang yang kami buat mereka bersalah; kami buat mereka bersalah sebagaimana kami bersalah. Kami berlepas diri kepada Engkau; ia bukanlah kami yang mereka sembah."

28:64. Dikatakan, "Serulah sekutu-sekutu kamu!" Dan mereka menyerunya, tetapi mereka tidak sahut mereka, dan mereka lihat azab - sekiranya mereka dapat petunjuk!

28:65. Pada hari Dia panggil mereka, dan Dia berkata, "Apakah sahutan yang kamu beri kepada para utusan?"

28:66. Pada hari itu, berita-berita digelapkan kepada mereka, maka mereka tidak saling bertanya.

28:67. Tetapi bagi orang yang bertaubat, dan percaya, dan buat kerja-kerja baik , mudah-mudahan dia termasuk orang-orang beruntung.

28:68. Pemelihara kamu cipta apa sahaja Dia hendaki, dan Dia pilih; mereka tidak ada pilihan. Allah disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan!

28:69. Dan Pemelihara kamu tahu apa yang dada mereka sembunyikan, dan apa yang mereka siarkan.

28:70. Dan Dia, Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Bagi-Nya segala pujian pada permulaan dan akhir, dan bagi-Nya juga Putusan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

28:71. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika Allah buatkan malam berterusan kepada kamu sampai Hari Kiamat? Apakah tuhan, selain daripada Allah, yang datangkan sinaran kepada kamu? Tidakkah kamu dengar?"

28:72. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika Allah buatkan siang berterusan kepada kamu sampai Hari Kiamat? Apakah tuhan, selain daripada Allah, yang datangkan kepada kamu malam untuk berehat padanya? Tidakkah kamu lihat?

28:73. Daripada pengasihan-Nya, Dia buatkan untuk kamu malam dan siang, untuk kamu berehat padanya, dan untuk mencari pemberian-Nya, supaya kamu berterima kasih."

28:74. Pada hari Dia panggil mereka, dan Dia berkata, "Di manakah sekutu-sekutu-Ku yang kamu dakwa?"

28:75. Dan Kami keluarkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi, dan Kami berkata, "Kemukakanlah bukti kamu!" Kemudian mereka tahu bahawa yang benar (hak) kepunyaan Allah, dan sesatlah (hilanglah) daripada mereka apa yang mereka ada-adakan.

28:76. Sesungguhnya Karun adalah daripada kaum Musa; dia jadi angkuh kepada mereka kerana Kami beri kepadanya harta-harta simpanan yang kunci-kuncinya adalah beban yang sungguh berat untuk sekumpulan orang empunya kekuatan. Apabila kaumnya berkata kepadanya, "Janganlah kamu berbangga; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang banggakan diri.

28:77. Tetapi carilah, dengan apa yang Allah beri kamu, tempat kediaman akhir, dan jangan lupakan bahagian kamu di dunia ini; dan buat baik, sebagaimana Allah buat baik kepada kamu. Dan jangan cari untuk buat kerosakan di bumi; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang buat kerosakan."

28:78. Dia berkata, "Apa yang aku diberi hanyalah kerana pengetahuan yang ada padaku." Apa, tidakkah dia tahu bahawa Allah telah musnahkan sebelum dia, generasi-generasi daripada orang-orang yang lebih kuat daripada dia dalam kekuatan, dan lebih banyak dalam kumpulan? Dan orang-orang yang bersalah tidak ditanya mengenai dosa-dosa mereka.

28:79. Maka dia keluar kepada kaumnya dengan perhiasannya. Orang-orang yang hendak kehidupan dunia berkata, "Sekiranya kita mempunyai yang serupa dengan apa yang Karun diberi! Sesungguhnya dia seorang empunya peruntungan yang besar."

28:80. Tetapi orang-orang, yang kepada mereka diberi pengetahuan berkata, "Celakalah kamu! Ganjaran Allah adalah lebih baik bagi orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik ; dan tiada yang akan terimanya kecuali orang-orang yang sabar."

28:81. Maka Kami buatkan bumi menelannya dan tempat tinggalnya dan tidaklah ada golongan yang menolongnya, selain daripada Allah, dan dia tanpa pertolongan.

28:82. Dan pada waktu pagi, orang-orang yang inginkan tempatnya kelmarin berkata, "Aduhai, Allah menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya. Sekiranya Allah tidak berbudi baik kepada kami, tentu Dia buatkan kami ditelan juga. Aduhai, orang-orang tidak percaya tidak beruntung!"

28:83. Tempat kediaman akhir itu, Kami membuatnya untuk orang-orang yang tidak hendak ketinggian diri di bumi, dan tidak juga kerosakan. Kesudahan adalah bagi orang-orang bertakwa.

28:84. Sesiapa yang datang dengan yang baik dapat yang lebih baik daripada itu; dan sesiapa yang datang dengan kejahatan - orang-orang yang buat jahat tidak dibalas melainkan dengan apa mereka buat.

28:85. Dia yang tetapkan al-Qur'an kepada kamu benar-benar akan kembalikan kamu ke tempat kembali. Katakanlah, "Pemeliharaku sangat-sangat tahu siapa yang datang dengan petunjuk, dan siapa yang dalam kesesatan yang nyata."

28:86. Kamu tidak harapkan bahawa Kitab dilemparkan kepada kamu, melainkan ia sebagai satu pengasihan daripada Pemelihara kamu; maka jangan kamu jadi penyokong orang-orang tidak percaya.

28:87. Jangan mereka halang kamu daripada ayat-ayat Allah setelah ia diturunkan kepada kamu. Dan serulah Pemelihara kamu, dan jangan kamu jadi daripada orang-orang yang sekutukan.

28:88. Dan jangan seru tuhan yang lain berserta Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Segala benda akan binasa, kecuali Wajah-Nya. Bagi-Nya Putusan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.