The Alien - Link Select

Jumaat, 31 Julai 2015

SOLAT JUMAAT???

  
ALLAH S.W.T
 Berfirman :
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan untuk mengerjakan SOLAT PADA HARI JUMUAHT (Berjemaah)  maka bersegeralah kamu pada mengingati Allah dan tinggalkanlah jual-beli.  Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
[Q.S. AL-JUMUAHT 62 : 9]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Solat pada waktu Jumuaht adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit.”
Thariq bin Syihab R.A
[ H.R.S : Imam Abu Daud, Ibnu Hajar al-Asqalani, al-Iraqi dan asy-Shaukani Ra. A. ]

“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat Jumuaht (Berjemaah) melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit.”
Daripada Jabir bin Abdillah R.A
[H.R.S.D : Imam ad-Daruquthni, al-Baihaqi & asy-Shaukani dalam Nail-ul-Authar Ra. A.]


SETIAP hari kelima dalam seminggu, satu solat yang dikatakan sebagai solat Jumaat akan didirikan di seluruh dunia.   Hari ini dinamakan Jumuaht, kerana merupakan ambilan dari kata ‘al-jamu’ yang ertinya berhimpun atau berjemaah kerana Umat Islam berkumpul pada hari itu setiap minggu di masjid-masjid. Allah S.W.T memerintahkan hamba-hamba-Nya yang mukmin berkumpul untuk menunaikan ibadah kepada-Nya secara berjemaah.

Ini merupakan fahaman Ahlu-Sunnah atau Sunni.  Menurut Sejarah Umum tentang SOLAT pada hari JUMAAT ini, permulaan Solat Jumaat dalam hadis-hadis yang sahih di jelaskan bahawa permulaan Rasulullah SAW mengerjakan solat Jumaat ialah di Madinah. Setelah Rasulullah SAW sampai di Quba’ dalam perjalanan hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW berhenti di kampung Amr Ibn ‘Auf. Baginda menetap di situ dari Isnin hingga hari Khamis. Dalam masa empat hari itu baginda membangun sebuah masjid bersama dengan kaum Muslimin. Pada hari Jumaat Rasulullah SAW meneruskan perjalanannya. Ketika tiba waktu solat Jumaat baginda telah sampai ke Kampung Bani Salim Ibn ‘Auf. Maka baginda mengerjakan solat Jumaat di suatu masjid yang didirikan ketika itu dalam sebuah lembah. Maka itulah permulaan solat Jumaat yang di laksanakan Rasulullah SAW di daerah Madinah. Sebab solat ini dinamakan dengan solat Jumaat, kerana dikerjakan pada hari Jumaat. Nama Jumaat adalah nama yang diberikan oleh Islam. Pada zaman jahiliyah mereka menamakannya dengan “urubah”. Setengah ulama mengatakan bahawa dinamakan dengan solat Jumaat kerana pada hari itu para penduduk berkumpul atau berjemaah. Golongan ini mensyaratkan sahnya solat Jumaat itu kerana jamaah.

Namun, sebenarnya Solat Jumaat TIDAK pernah disyariatkan sebagai wajib sekali dalam seminggu atau pun solat Fardhu yang diwajibkan ke atas umat Islam berdasarkan sebab-sebab berikut :

1.       Dalam peristiwa Israk-Mihraj sahaja hanya solat lima waktu yang diperintahkan oleh ALLAH kepada Nabi Muhammad dan seluruh umatnya.  Iaitu Solat Fajar(Subuh), Solat Zohor, Solat Wusta(Asar), Solat Maghrib dan Solat Isyak.  Tetapi tiada langsung disebut tentang SOLAT JUMAAT!- Malaikat Jibril turun bertemu dengan Nabi Muhammad untuk mengimami Solat 5 waktu bukannya Solat Jumaat.  Malah tiada Hadis Jibril tentang solat Jumaat ini seperti halnya solat fardhu lima waktu. 

2.       Sistem pengiraan hari dalam masyarakat Arab adalah berdasarkan nombor.  Iaitu Ahad(Satu), Isnin(Dua), Selasa(Tiga), Arba’a (Rabu/Empat), Khamsa’(Khamis /Lima), 'Urubah'/Sitah(Enam) dan Sabtu (7).  Tidak langsung disebut Hari yang bernama Jumaat.

3.       Maksud JUMUAHT dalam ayat Q.S. 62:9-10 adalah bermaksud BERKUMPUL atau BERJEMAAH.  Secara langsung, kerana tidak ada namanya hari yang digelar Jumaat, malah perkataan “fiYaumil” bukanlah bermaksud kepada HARI tetapi bermaksud KETIKA atau waktu.  Jadi ayat itu bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan untuk mengerjakan SOLAT (SALATI) pada hari(waktu) BERKUMPUL (JUMUAHT),...”

4.       Dalam Qur’an, apabila ALLAH menyebutkan tentang SOLAT, Dia menggunakan perkataan ‘SALATI’ diiringi nama solat tersebut. Seperti dalam ayat : “...SOLAT FAJAR (SALATI FAJR) dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari ( Az-Zahri ), dan sesudah SOLAT ISYAK (SALATI ISYAK)...”[ Q.S. AN-NUR 24 : 58) dan juga SOLAT WUSTA (SALATI WUSTA dalam ayat  Q.S. AL-BAQARAH 2 : 238.  Dalam kes ini Solat Jumaat tidak pernah disebut oleh ALLAH langsung dalam mana-mana ayat Qur’an.  Hanya disebut : “SOLAT PADA WAKTU BERKUMPUL(Jumuaht).”- Oleh yang demikian SOLAT JUMAAT memang tidak pernah disebut dalam Qur’an dan bukanlah merupakan solat tetapi bermaksud berjemaah.   Dalam ayat 9-10 dalam surah 62 itu merujuk kepada solat berjemaah dalam 5 waktu yang difardhukan tersebut.

5.       Hanya Hadis nabi yang menyebut tentang Hari Jumaat dan Solat Jumaat.   Secara lojiknya sekiranya ALLAH tidak menyebut apa-apa tentang SOLAT JUMAAT, maka secara lojik dan secara automatik, hadis nabi atau Nabi Muhammad sendiri tidak berhak mengada-adakan sesuatu yang tidak pernah disyariatkan oleh ALLAH.  Tambahan pula, hari ini kita sudah sedia maklum, hadis-hadis nabi tidak semua sahih dan mutawatir, ada yang Dhoif dan Maudhu’.  Hanya penyataan Qur’an yang terpelihara dan terjamin kesahihannya oleh ALLAH S.W.T.  Sedangkan Hadis-hadis nabi tiada jaminan dari ALLAH dan RasulNya tentang ketulenannya.  Sekiranya hadis-hadis itu tidak selari dengan Qur’an, maka secara jelas dan terang hadis-hadis tersebut adalah palsu.

Dari 5 alasan tersebut, adalah mudah kita fahami bahawa solat Jumaat tidak pernah disyariatkan dalam Islam.  Secara jelas, hadis-hadis tentang solat Jumaat dan hari Jumaat itu hanya direka-reka oleh orang tertentu dengan tujuan tertentu.  Kemungkinan besar adalah kerja–kerja musuh-musuh Islam untuk menyesatkan umat Islam dari ajaran ALLAH. Pada hari ini hal ini tidak dapat diubah dengan mudah kerana umat Islam hari ini telah diajar dari kecil tentang Solat Jumaat sebagai solat Fardhu seminggu sekali.  Sudah sebati dengan darah dan daging mereka.  Hanya orang-orang yang memikirkan ayat-ayat ALLAH sahaja yang mampu memahami dan mampu kembali kepada ajaran ALLAH yang tulen.


JELAS SEKALI….
Tujuan ajaran SOLAT JUMAAT direka-reka oleh seseorang agar:
1.      Umat Islam jauh dari ajaran ALLAH yang sebenar iaitu seruan untuk bersolat berjemaah (Jumuaht) pada lima waktu solat yang difardhukan secara rasmi.
2.      Umat Islam menambah-nambah Syariat ALLAH dan RasulNya.
3.      Agar solat berjemaah Lima Waktu itu didirikan dengan tidak sehati dan berjemaah secara mutlak iaitu kalau dibezakan Solat Jumaat Hari ini yang lebih padat dan ramai dengan solat berjemaah yang biasa itu kelihatan tidak seramai dan sepadat pada hari Solat Jumaat.
4.      Menjadikan umat Islam hari ini sama seperti umat Kristian dan Yahudi yang hanya berkumpul sekali sahaja dalam seminggu. “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu maka dia adalah dari kaum itu.” (Hadis). SEcara tidak langsung Umat Islam adalah dari kedua-dua kaum Kristian dan Yahudi.

5.      Agar umat Islam meghilangkan keFardhuan Solat Zohor pada hari tersebut dengan menambah syariat bahawa 2 khutbah dan dua rakaat solat Jumaat menggantikan dua rakaat solat Zohor secara mutlak dengan berpandukan hadis-hadis nabi yang direka-reka.  Hal ini bertentangan dengan dengan Firman ALLAH dalam Surah Al-Jumuaht : 9. Jelas sekali ayat ini menyatakan SOLAT BERJEMAAH(JUMUAHT)… bukan SOLAT JUMAAT.  Juga ia satu usaha untuk menghilangkan sistem nama hari mengikut adat dan budaya Arab dan kebiasaan kita mengira hari sebagai  nama hari. Dalam kes ini, nama hari keenam atau SITAH dihapuskan dan ditukar kepada hari JUMAAT!

WALLAHU’ALAM

Selasa, 28 Julai 2015

PLANET MIRIP BUMI???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
“(yaitu) di Sidratil Muntaha. Di dekatnya ada Syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.”
[ Q.S. An-Najm 53 : 14-16 ]

Planet Yang menyerupai BUMI?... para saintis tidak perlu risau mencari.. ada dalam Qur'an..  Qur'an sudah beritahu nya sejak 1400 tahun yang lampau.. Planet Muntaha atau SIDRATILMUNTAHA.. adalah Planet yang serupa dengan BUMI...   [ Q.S. An-Najm 53 : 14-16 ]

SIDRA bermaksud BINTANG atau PLANET.  Manakala MUNTAHA adalah Nama Planet tersebut dalam bahasa Arab.  Nama planet ini disebut sendiri oleh ALLAh sebagai planet yang memuatkan hidupan  yang mana tempat yang berhampiran dengan palnet ini ada Syurga  sebagai tempat tinggal.

ada juga tafsiran lain tentang Sidratil Muntaha ini.
Sidrat al-Muntahā berasal dari kata sidrah dan muntahaSidrah adalah pohon Bidara, sedangkan muntaha berarti tempat berkesudahan, sebagaimana kata ini dipakai dalam ayat berikut:
Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna, dan bahwasanya kepada Tuhanmulah kesudahan (segala sesuatu). (An-Najm, 53:41-42)
Dengan demikian, secara bahasa Sidratul Muntaha berarti pohon Bidara tempat berkesudahan. Disebut demikian karena tempat ini tidak bisa dilewati lebih jauh lagi oleh manusia dan merupakan tempat diputuskannya segala urusan yang naik dari dunia di bawahnya maupun segala perkara yang turun dari atasnya. 

PENTADBIRAN Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) pada Khamis mengumumkan kapal angkasa Kepler telah mengesan sebuah planet yang seakan-akan sama dengan Bumi.

Tidak dipastikan sama ada planet yang digelar 'Kepler-452b' itu mempunyai fizikal berbatu dan memiliki ruang udara dan air namun penemuan itu adalah yang paling menarik sehingga kini.

Penyelidik NASA, Jon Jenkins berkata planet berkenaan berada dalam gugusan Cygnus dan sejauh 1,400 tahun cahya dari Bumi.

“Saiznya 60 peratus lebih besar dari Bumi dan berada dalam zon kawasan yang boleh menampung kehidupan,”
Menurut saintis, permukaan Kepler-452b dijangka boleh menampung air selain mempunyai gunung berapi aktif. Kadar gravitinya pula adalah dua kali ganda dari Bumi.

Jarak Kepler-452b lebih jauh daripada sumber cahayanya jika dibandingkan dengan Bumi kepada matahari.

Namun, bintang gugusan itu jauh lebih terang dari matahari lantas Kepler-452b mendapat sumber tenaga yang hampir sama dengan Bumi.

“Ia mengambil masa 385 hari untuk mengelilingi bintangnya hampir sama dengan 365 hari di Bumi,” tambah Jon.

Berikutan ia menghabiskan waktu yang lama mengorbit zon terbabit iaitu sekitar 6 bilion tahun, planet Kepler-452b mempunyai banyak masa untuk menghasilkan kehidupan.

“Jumlah waktu serta syarat yang sama diperlukan bagi memastikan kehidupan berterusan di atas permukaan Bumi,” jelasnya dalam kenyataan rasmi.

Q.S. AL-HIJR 15 : 74-80 ???

ALLAH S.W.T
Berfirman:
Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.  Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya. Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibinasakan itu, terletak di jalan yang tetap (dilalui orang).  Sesungguhnya keadaan yang demikian, mengandungi satu tanda yang memberi kesedaran kepada orang-orang yang beriman.  Dan sebenarnya penduduk kampung "Aikah" adalah orang-orang yang berlaku zalim.  Maka Kami membalas kezaliman mereka itu dengan azab yang membinasakan; dan sesungguhnya kedua-duanya itu terletak di jalan yang terang (yang masih dilalui orang). Dan demi sesungguhnya penduduk "Al-Hijr" telah mendustakan Rasul-rasul.

[ Q.S. AL-HIJR 15 : 74-80 ]

Isnin, 13 Julai 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... MAAF ZAHIR DAN BATIN ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
 “... Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan ALLAH (bertakbir-raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur.”
[ Q.S AL-BAQARAH 2 : 185 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
"Telah terhimpun pada hari ini dua HARI RAYA (hari Raya dan Jum'ah). Maka barangsiapa mahu, cukuplah solat ini buat dia, tidak perlu lagi solat Jum'ah, tetapi kami tetap akan mendirikan solat Jum'ah, Dengan izin ALLAH."
Daripada Ibnu ‘Abbas R.A
 [ H.R.S. : Imam Ibnu Majah Ra. A. ]

 “Aku datang kepada kalian dan kalian mempunyai dua hari raya di masa Jahiliyah yang kalian isi dengan bermain-main. Allah telah mengganti keduanya dengan yang lebih baik bagi kalian, yaitu hari raya Idul Fithri dan Idul Adha (hari Nahr)”
Daripada Anas B. Malik R.A
 [ H.R.S : Imam Nasai & Ahmad Ra. A. ]

“Barang siapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir.”
[ H.R.S : Imam Tabrani Ra. A. ]

“Shaum/puasa itu ialah pada hari kamu berpuasa, dan Fithri itu ialah pada hari KAMU BERBUKA. Dan Adha itu ialah pada hari kamu menyembelih haiwan.”
Daripada Abi Hurairah R.A
[ H.R.S : Imam Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ad-Daruquthni & Tirmidzi Ra. A. ]


“Meriahkan hari Raya-mu dengan Tasbih, Tahmid dan Takbir, bersyukurlah akan tamatnya ujian bagimu tahun ini, semoga kamu menjadi di kalangan orang-orang yang bertaqwa.  Ziarahilah kedua orang tua-mu, saudara mara-mu dan saudara seagama-mu yang jauh dan dekat dengan-mu. Bersedekahlah sebagai tanda kesyukuran mu kepada ALLAH.”
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A




Q.S. AL-HIJR 15 : 67-73 ???

ALLAH S.W.T
Berfirman:
Dan (semasa kedatangan mereka) datanglah penduduk bandar itu dengan gembira. Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya mereka ini tetamuku, maka janganlah kamu memberi malu kepadaku". "Dan takutlah kamu kepada Allah serta janganlah kamu menghinakan daku".  Mereka menjawab: "Bukankah kami telah melarangmu jangan menerima sebarang tetamu dari orang ramai (atau memberi perlindungan kepada mereka)?" Nabi Lut berkata: "Di sini ada anak-anak perempuanku, kalaulah kamu mahu melakukan (secara halal).  Demi umurmu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka. Akhirnya merekapun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit.

[ Q.S. AL-HIJR 15 : 67-73 ]

Ahad, 12 Julai 2015

Q.S. AL-HIJR 15 : 60-66 ???


ALLAH S.W.T
Berfirman
"Kecuali isterinya; kami telah tentukan (menurut keputusan Tuhan) sesungguhnya ia dari orang-orang yang tinggal (menerima kebinasaan)".  Maka apabila (malaikat-malaikat) utusan itu datang kepada kaum Nabi Lut,
Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya kamu suatu kaum yang tidak dikenali (serta tidak diketahui baiknya kedatangan kamu)".  Mereka menjawab: "(Kedatangan kami bukan untuk mendukacitakanmu) bahkan kami datang kepadamu untuk membawa azab yang mereka ragu-ragukan kebenarannya.  "Juga membawa kepadamu perkara yang benar (tentang kebinasaan mereka); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar ".  "Oleh itu, bawalah pergi keluargamu pada waktu malam serta ikutlah di belakang mereka; dan janganlah seseorang pun di antara kamu berpaling (ke belakang); serta pergilah terus ke arah yang diperintahkan kamu menujunya".  Dan Kami wahyukan kepadanya tentang kesudahan perkara itu; iaitu mereka akan dibinasakan pada waktu pagi, sehingga mereka punah ranah dan terputus keturunannya.
[ Q.S. AL-HIJR 15 : 60-66 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“….Bahwa dalam diri setiap manusia terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baik pula seluruh amalnya, dan apabila ia itu rusak maka rusak pula seluruh perbuatannya. Gumpalan daging itu adalah hati.”
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]

 “Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah”
[ H.R.S : Imam Abu Daud Ra. A.]

“Iaitu kamu memberi makanan dan mengucapkan salam baik kepada orang yang telah kamu kenal mahupun orang yang belum kamu kenal.”
Daripada `Abdullah bin `Amr bin Al-`Ash R.A “Bagaimanakah ISLAM yang baik itu?”
[ H.R.S : Imam Bukhari dan Muslim Ra. A. ]


"Jika engkau menyaksikan saudara seagamamu dizalimi dan dianiayai. Maka sediakanlah jiwamu dan ragamu untuk berjihad kerana ALLAH dengan membelanya sehingga kezaliman dan penzalim itu terhapus atau engkau gugur Syahid. Sesungguhnya tidak akan engkau dapati balasannya yang lebih indah selain SYURGA ALLAH."

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KAIR B. A.

Khamis, 9 Julai 2015

IMAM GAY ???





ALLAH S.W.T
Berfirman :
"Kecuali isterinya; kami telah tentukan (menurut keputusan Tuhan) sesungguhnya ia dari orang-orang yang tinggal (menerima kebinasaan)".  Maka apabila (malaikat-malaikat) utusan itu datang kepada kaum Nabi Lut, Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya kamu suatu kaum yang tidak dikenali (serta tidak diketahui baiknya kedatangan kamu)".  Mereka menjawab: "(Kedatangan kami bukan untuk mendukacitakanmu) bahkan kami datang kepadamu untuk membawa azab yang mereka ragu-ragukan kebenarannya.  "Juga membawa kepadamu perkara yang benar (tentang kebinasaan mereka); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar ".  "Oleh itu, bawalah pergi keluargamu pada waktu malam serta ikutlah di belakang mereka; dan janganlah seseorang pun di antara kamu berpaling (ke belakang); serta pergilah terus ke arah yang diperintahkan kamu menujunya".  Dan Kami wahyukan kepadanya tentang kesudahan perkara itu; iaitu mereka akan dibinasakan pada waktu pagi, sehingga mereka PUNAH –RANAH dan TERPUTUS keturunannya.
[ Q.S. AL-HIJR 15 : 60-66 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
 Bersabda:
“Barangsiapa yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Luth, maka BUNUH-lah kedua pelakunya.”
 [ H.R.S : Imam Tirmidzi : 1456, Abu Dawud : 4462, Ibnu Majah : 2561 dan Ahmad : 2727 ]

“Sesungguhnya yang paling aku takuti (menimpa) umatku adalah perbuatan kaum Luth.”
Daripada Jabir R.A
[ H.R.S : Imam Ibnu Majah : 2563, 1457. Tirmidzi (H.Gharib) Hakim (Hadits shahih isnad). ]

 “Allah melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (baginda S.A.W mengulanginya sebanyak tiga kali).”
Daripada Ibnu Abbas R.A

[ H.R.S : Imam Nasa’i - As-Sunan Al-Kubra IV/322 No. 7337 ]

 “Para sahabat telah menerapkan hukum BUNUH terhadap pelaku HOMOSEKS. Mereka hanya berselisih pendapat bagaimana cara membunuhnya.”
IMAM IBNU QAYYIM Ra. A 

Rabat- Daayiee Abdullah is believed to be the only openly gay imam in the United States.
The 61-year-old Abdullah was born and raised in Detroit. He came out as gay at the age of 15 and converted to Islam at 33 while studying in China.
He studied the religion in Egypt, Jordan and Syria. He now serves as the Imam and educational director of the Light of Reform Mosque in Washington, D.C.
“Nowhere in the Quran does it say punish homosexuals. And historians have also never found any case of the Prophet Muhammad dealing with homosexuality,” Daayiee told Dean Obeidallah, an American Radio show host of Palestinian-Italian descent.
Since the 1990s, Daayiee has been advocating for the rights of LGBT Muslims in America. “When I graduated from high school, I hoped that one day gay Americans would be able to get married. And now here I am 45 years later officiating same-sex marriages—how can I not be optimistic that the future is bright?” explained Daayiee Abdullah.
He said his optimism stems from the fact that he has been receiving growing acceptance among Muslim Americans.  “The younger they are, the more tolerant and accepting they are of LGBT Muslims,” he noted, adding that “there are even older Muslims who are now supportive, including a grandmother here and there.”
Asked about why some Muslim countries still punish or kill gays even if there is nowhere in the Quran where does it state punish homosexuals, he explained that “it’s based on culture, mythology, and pre-Islamic laws, with the goal being power and control over people.”
Responding to critics who oppose that a homosexual should be a religious leader, Abdullah said, “Some don’t believe that homosexuals can be pious. But we can be just as good at our faith as anyone else. We are simply different from other folks, not less committed to our faith.” “Some people are uncomfortable with gays,” Abdullah acknowledged. “But your discomfort with my sexuality should not translate into me having less rights as an American.”
Daayiee’s ever first act as an Imam was to perform funeral rites for a gay Muslim who died of AIDS.
“They had contacted a number of imams, and no one would go and provide him his janazah services,” he told Al Jazeera’s America tonight. He was referring to the Muslim body cleaning ritual.
“I believe every person, no matter if I disagree with you or not, you have the right as a Muslim to have the proper spiritual [rites] and rituals provided for you. And whoever judges you that will be Allah’s decision, not me.”
Abdullah is planning to launch an online school called the Mecca Institute with the aim of connecting Muslim and non-Muslims to debate about Islam. He explained that his inspiration for the project was the “golden age of Islam” (7th century to 13th century), which was marked by scholars of different faiths sharing ideas.

http://www.ibtimes.co.in/iraq-isis-militants-throw-gay-men-tower-stone-adulteress-death-620773

SOLAT ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Sesungguhnya Aku ini adalah ALLAH, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah SOLAT untuk mengingat Aku.”
[ Q.S. Ta Ha : 14 ]


“Dan dirikanlah SOLAT(Salata) ...”
[ Q.S. AL-BAQARAH 2 : 110 ]

“...Sesungguhnya SOLAT (Salata) itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”
[ Q.S. AN-NISA’ 4 : 103 ]

RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Islam didirikan dari lima sendi : mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah yang Maha Esa, mengaku bahawasanya Muhammad itu pesuruhNya dan penutup para nabi dan Rasul; mendirikan SOLAT; mengeluarkan zakat; mengerjakan haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan.”
Daripada Ibnu Umar R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari dan Muslim Ra. A. ]

Jumaat, 3 Julai 2015

Q.S. AL-HIJR 15 : 53-59 ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
Mereka menjawab: "Janganlah engkau takut, sebenarnya kami hendak mengembirakanmu dengan berita bahawa engkau akan beroleh seorang anak lelaki yang bakal menjadi seorang yang berilmu".  Nabi Ibrahim berkata: "Betulkah kamu mengembirakan daku (dengan berita yang demikian), padahal aku telah tua; maka dengan jalan apakah kamu mengembirakan daku?"  Mereka menjawab: "Kami mengembirakanmu dengan jalan yang sungguh benar; oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang berputus asa".  Nabi Ibrahim berkata: "Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat".  Nabi Ibrahim bertanya pula: "Apa hal kamu wahai Utusan Tuhan?"  Mereka menjawab: "Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan mereka)".  "Melainkan keluarga Nabi Lut; sesungguhnya kami akan menyelamatkan mereka semuanya,”

[ Q.S. AL-HIJR 15 : 53-59 ]