The Alien - Link Select

Rabu, 30 April 2008

NEW NOVEL

LEGANYA... KD sudah pun mengedit karya saya SAM C1G1, Insyallah kalau tiada halangan ia akan diterbitkan dalam beberapa hari lagi. Aku semakin menjadi tidak sabar2 untuk melihat novel sendiri di pasaran. Tak kisahlah tentang bayaran yang penting ialah kepuasan. Walaupun KD dah pecahkan cerita tu menjadi tiga bahagian... tapi aku aku tak kisah... yang penting dua bahagian lagi akan menyusul... jadi aku boleh teruskan dengan bahagian keempat. Aku hantar manuskrip bulan 10. 2007. Tahun lepas laa.. baru bulan 5 ni dapat respon yang buat hati aku berdebar2 gembira. hehehee... ni belum terbit lagi dah happy semacam.. kalau terbit mau mati agaknya punya happy.. hehehee... Sebelum tu aku tarik balik SAM C1G1 dari PTS.. aku takut nanti ada masalh pula dengan KD... so... biarlah aku ganti SAM C1G1 dengan novel baru aku MEXUS- novel fiksyen sains juga... tapi masih dalam pembuatan- mengisahkan sekumpulan remaja yang bertemu dengan makhluk asing Mexus dari planet Sarius dan berlaku pemburuan oleh pihak tentera dan kumpulan 5 sekawan itu berhempas pulas untuk menyelamat MEXUS dari ditawan oleh pihak tentera-. Jenis novel Remaja... Anyway disamping itu aku dapat idea baru untuk novel seterusnya... Zack -Si Mata Hijau... mengisahkan Zack yang mendapat kuasa istimewa bermata hijau yang mampu melihat masa depan dan mampu memancarkan tenaga elektrik di tapak tangannya untuk tujuan tertentu. Anyway dua cerita tu masih dalam pembinaan... untuk PTS sahaja!
SAM C1G1 biarlah pihak KD yang terbitkan sehingga 9 siri.... aku dah siapkan manuskripnya... cuma aku kena edit dan tambahkan beberapa fakta penting dalam siri SAM C1G1 ini... Novel aku yang lain terpaksa dihentikan sementara (Persepolis Atlantis, Arena 2077, Lagenda Adamus dan Zack si pemburu Puaka)... sudah selalu tangguh... idea tarak! hehehe...
Alhamdulillah.. akhirnya SAm C1G1 dalam proses edit...hihihi.. kalau takde aral melintang ... novel ini akan jadi kenyataan..

Khamis, 24 April 2008

Ekspedisi Irau 2008







19-20 hb. 4. 2008- Detik bersejarah dalam hidup. AKU BERJAYA MENAWAN PUNCAK GUNUNG IRAU. satu kenangan yang cukup sukar dilupakan. Aku bersama kelab Putra seramai 25 orang berangkat dari seroja, Uitm ke Cameron Highland dan tiba di tanah rata pada petangnya. lebih kurang jam 3 petang, Khemah telah siap dibina awal2 oleh kumpulan pertama yang menaiki van ke puncak gunung berinchang dan kami berjalan kaki dari tanah rata ke atas. Fuh bagai nak tercabut buku lali... dengan sejuk serta penatnya, aku daki juga sehinggalah ke puncak. Tiba di sana, khemah sudah siap didirikan, kemudian unggun api dinyalakan walaupun kayu memang terang-terang basah. namun dinyalakan juga berkat kehebatan kami.. hehehe... malam tu kami makan ayam masak merah dan daging masak kurma... fuhh.. cukup berselera... dan malamnya kami ke puncak berinchang beramai2.. balik setengah jam kemudian. Masuk tidur jam 11... tu pun aku tak boleh nak tido... SEJUKKKK!!!... dalam khemah pun sejuk.. sleeping bag aku tu rasanya dah tak panas lagi dah.. sejuk macam dalam peti ais. aku tidur2 ayam je lah malam tu.. jam 5.40 aku bangun dan berwuduk... macam berwuduk dalam peti ais je.. sejuk amat! kami menunaikan solat subuh berjemaah macam solat Maghrib semalam. Selepas sarapan kami buat regangan tubuh sebelum mendaki puncak gunung Irau kecil dan Irau besar. Mak datuk! bagai tercabut kaki dan lutut masa nak pegi je.. balik tu laagilah sakit.. sampai kat atas .. makan meggi je... dan lepak kejap.. amik gambar dan balik sepanjang jalan tu amik gambar juga.. sampailah di tapak perkhemahan kembali. dan aku bersama beberapa org berjalan kaki turun ke tanah rata. mujurlah Van ada dan mengangkut kami ke pekan berinchang... selepas menunaikan solat Zohor dan Asar sekali gus... kami menjamu selera di kedai Tom Yam Ikan bakar tepi Masjid Kayangan... jam 6 kami kuar dari pekan tu dan jam 11 malam sampai di Seroja Uitm... alhamdulillah... lega .. tetapi badan sakit2 ...hihiiihi.. minggu depan nak pi Langkawi lak...
Balik dari Irau tu(Hari rabu) JJ memang bagi diskaun RM 4 bagi tiket wayang hari itu. So harganya RM 6 shj laa... Aku bergegas ke TGV JJ. nak tgk cite Forbidden Kingdom- lakonan Jet Li Dan Jackie Chan. Ceritanya biasa sahaja. lagenda Wukong. Cuma yang buat filem ni menarik ialah gandingan mantap dua bintang besar Jet Li Dan Jackie Chan. (Alangkah bestnyer kalau diorang bertiga dengan Tony Jaa-pelakon Ong Bak tu...) Anyway cite ni banyak menggunakan teknik CGI yang terbest sekali. dan babak pertarungan Jet Li dan JC adalah babak yang paling dinanti-nantikan oelh semua peminatnya... aku cukup teruja dengan teknik mereka masing2... memang best apalgi bila JL memainkan watak Wukong. laaagi gempak..! jalan cerita nya memang berbeza sikit dari lagenda asal dan buku-buku komik yang aku baca. best laa.. 3 bintang dari 5 bintang aku bagi filem ni.. kiranya aku kuar panggung pun senyum puasss... JL dan JC berentap di pewagam! satu babak yang sukar dilupakan orang!









Jumaat, 18 April 2008

JUMAAT- penghulu segala hari. hari ni aku datang awal ke Opis lantaran ada audit 5S yang bermula jam 9.30 pagi... Usaha dan kerja yang kami laksanakan (kumpulan SUKSES) untuk projek 5S ni akan dinilai pada hari ni... aku berdebar2 juga .. logo 5S tu aku reka sendiri. sebenarnya itu tahun lepas punya rekaan... aku nak juga buat yang baru but... my BOSS tak nak.... hehehe.. lepas jam 10 kemudian sesi audit tu tamat. Aku lega Sudut 5S aku dapatlah bintang cemerlang... woo.. best gak yang lain dapat juga bintang... cuma ada dua kesalahan laa...anyway ini cuma audit pertama...nanti ada audit kedua.... kali ini kita orang nak menang.. yeah!!! Go go go SUKSES!!! lepas je sesi tu aku buka karya Lagenda Adamus... nak tambah sikit je lepas tu nak tambah SAM C1G1 part 2 pula... then cite baru aku untuk alaf21... SF yang seterusnya.... entah kenapa aku lebih suke fantasi dan SF... aku kureng sikitlah nak buat cite biasa ni... kalau ada pun aku cuba juga cite seram dan misteri... tengah usaha... hihiihi.. antaranya -Zack si Pemburu Syaitan. dan kompilasi cerita seram Tanpa Nama.

Khamis, 17 April 2008


U me aur hum. Kajol is back!... semalam Aku cuti sehari. Aku pi ngan Kajol(Nama awek aku laaa...hehehe) tgk wayang di Sunway. Memang best cite ni... ada serupa itu cerita Titanic and 50 First Date. memang citenya sedih dan sesuatu yang mengujakan... Rasa Ajay Devgan sudah sampai ke satu tahap yang amat membanggakan. Cerita ni lebih baik berbanding Raju Chacha... Anyway jalan cerita banyak kepada Imbas balik... sesapa yang nak tgk cite ni pi tgk kat pewagam berdekatan.. memang seronok sekali. Tambah2 lagi aku ngan makwe aku dapat duduk kat tempat untuk kapel punya tempat duduk... Aku memang kinat pelakon ni..memang cute ..dan suke tgk kening and matanya yang mengancam tu... best! best!... hehehe... Sementara my fren pula layan cite LOVE kat pewagam... Aku tak pasti lak cite dia camner but dengar cite dia macam cite CINTA keluaran Malaysia....
Hmmm.... jam 5 tepat.... lepas solat asar tadi..aku kini termangu depan komputer. Buntu! tak tau nak taip apa . Aku buka juga la Blog ni nak tambah apa2 yang rasanya ok untuk dibaca. Hari agak sibuk sikit kat Opis...sebab esok ada Audit 5S. So memang aku dan semua staff yang lain kena prepare, kemas barang2 dan sorok kat stor, kemas meja kerja masiong dan ntah apa2 lagi yang aku sempat kemas tadi. Selain tu dua troli buku menunggu aku untuk disenaraikan. Fuh..akhirnya satu Troli berjaya diselesaikan... aku solat Asar dan lepas tu naik ke sudut IT..tempat paling aku suke kalau bekerja. Bukan apa... kat sini ramai student yang nak pakai PC.. so macam2 jenis student. Aku cukup terhibur dengan kerenah mereka ni... Kat sini aku mudah nak menaip karya aku ni tanpa sesapa pun kacau aku. Aku bebas berkarya di sini. hari ni dah dua hari aku takde idea nak tambah apa2 karya aku... terbengklai lagi... camni la.a..lepas je dua-tiga helai ....buntu!

Isnin, 14 April 2008

SAM C1G1 melangkah dengan yakin. Permukaan planet merah itu dipijak dengan tenang. Mata Solo menancap pada apa yang dilakukan oleh SAM C1G1. Rasa ingin tahunya membuak-buak. Apakah yang bakal berlaku apabila Sam, si Cyborg hebat itu menjejakkan kakinya di atas permukaan planet tersebut? Bayang-bayang Armstrong yang menjadi orang pertama menjejakkan kaki ke bulan menguasai mindanya. Seperti Armstrong, Sam atau SAM C1G1 akan menjadi orang pertama dan robot pertama yang memijak permukaan planet merah itu. Sayangnya mereka tidak dapat merakam adegan-adegan bersejarah itu. Aizad turut memerhati dengan penuh minat. Inilah kali pertama yang tidak disangkanya berlaku ke atasnya. Memijak permukaan planet dan berada di situ dalam jangkamasa yang tidak pasti adalah satu perasaan yang cukup mendebarkannya.
Sam memijak dan melangkah ke depan dengan tenang kemuddian berputar ke arah mereka.
"Sam?" Aizad bertanya. "Bagaimana rasanya?"
"Struktur planet stabil dan... agak selesa." Jawab Sam, sedikit senyuman terukir di bibirnya.
Solo senyum dan melangkah ke depan dengan yakin. Aizad turut mengekor Solo. Sahabat yang baru dikenalinya itu hanya memandang dengan mata unggunya. Solo memandang ke arah sahabat marikhnya itu. Dia tidak pasti apakah perasaan sahabat baru mereka itu dengan ulah mereka ketika ini.
Dari jauh mereka nampak planet Bumi dan Bulan umpama bintang dengan sinar suram. Bermacam perasaan timbul dalam hatinya. Mereka kini adalah manusia pertama yang berjaya berjalan di atas permukaan planet Marikh yang merah kegersangan air itu.
Apakah yang SOLO, Aizad dan SAM C1G1 lakukan di planet tersebut? Apakah yang akan berlaku setelah mereka berada di kalangan penghuni planet tersebut? Berjayakah mereka membantu sahabat marikh mereka untuk memusnahkan pemberontak-pemberontak Marian Marikh? Ikuti kisahnya di Novel SAM C1G1 bahagian kedua.

Ahad, 13 April 2008

FIKSYEN SAINS?


NOVEL FIKSYEN SAINS FANTASI. Nampaknya semakin berlambak di pasaran. Ini satu perkembangan yang aku tunggu2 selama ini...Aku teringat kembali masa mula2 aku baca buku novel berkaitan sains fiksyen ni... tajuknya 'Kembali ke detik-detik lalu' keluaran DBP tahun 90-an laa... itu novel pertama jenis tu dlm bahasa melayu yang aku baca. Seronok ceritanya.. sejak dari saat itu aku bercita-cita untuk jadi penulis Fiksyen sains. Aku membina karya pertamaku ketika di tingkatan tiga. Pertandingan Esei Sains pada tahun 1993. Aku masih ingat lagi bagaimana aku menukar tajuk esei sains aku itu beberapa kali. Sehinggalah aku beri tajuk -yang berbunyi 'TEROWONG MASA'. Dan satu yang diluar jangkaan semua. aku menggondol kejuaraan Esei sains. itu merupakan karya pertama aku dan kemenangan sulungku dalam arena penulisan aku yang masih terlalu mentah ketika itu. Dan detik-detik yang manis itu sentiasa berkegar dan berputar pantas dalam memoriku. satu kenangan yang cukup Indah. Aku ingin mengulanginya semula.... Karya yang sama dan kemenangan yang sama. dengan tujuan itu aku kembali membina semula cerita 'Terowong Masa' dalam bentuk yang lain dan tajuk yang lain. Cuma saja watak-wataknya masih kekal. Prof. Ikmal dan sahabatnya sebagai hero utama karya sains yang bertajuk 'SAM C1G1'- aku bina semula cerita tersebut dan jadikannya sebagai sebuah novel sains yang penuh dan padat dengan aksi2 serta jalan cerita yang menarik dan mendebarkan. Aku siapkannya dalam masa 3 bulan. pada tahun lepas iaitu tahun 2007, setelah 13 tahun berlalu. walaupun ketika itu aku sedar karya sain aku yang lain seperti Persepolis Atlantis dan Arena masih terbengkalai. Pening kepala juga aku memikirkannya.
Dan baru-baru ini aku menyaksikan kelahiran pelbagai karya yang gempak dipasaran. Karya sains seperti Opera Angkasa, Sayap Adinila dan Urana serta ada beberapa buah karya terbaru yang memang cukup mengkagumkan aku. Aku ingin membaca kesemuanya nanti. Aku seronok apabila emikirkan novel jenis ini semakin berkembang dan sambutan juga agak menggalakkan.
Dan peristiwa paling best adalah semalam. Aku ke Pesta Buku antarabangsa di PWTC. Memula aku sampai aku melihat ramai orang bersesak-sesak di gerai2 yang dikhususkan. Aku tak sangka rakyat malaysia ni memang gila2 buku la juga. Satu sikap yang paling mulia... ialah membaca... memang aku akui... aku pun gila membaca! dan semalam aku berjumpa dengan Nieta, Syima syawal, Kak Aiena- Big Boss KD. Aku sempat bertanya khabar dan mengutarakan masalah aku itu pada Big Boss KD yang memang sangat peramah dan baik hati. Selepas tu juga aku ke PTS sebab nak jumpa En,. Syafizan namun malangnya beliau tiada. En. syafizan adalah yang bertanggung jawab menilai karya yang Aku hantar itu melalui email. Aku bergegas ke Alaf21. di situ memang aku niat nak jumpa RAM (Ramlee Awang Murshid), malangnya juga beliau tiada. agak hampa juga... aku ke meja penulis dan bertemu dengan En. Fadli, penulis muda berbakat- karya beliau ialah SAGA HORIZON. satu karya yang baik dan cukup menghiburkan. Aku beli karya tersebut tanpa berlengah dan dapatkan tandatangannya serta nombor HP.... Beliau memang tawarkan aku hantar karya kat Alaf21. Aku memang berminat dengan tawaran tersebut. namun aku kena selesaikan dulu dengan PTS dan KD masalah manuskrip SAM C1G1 aku itu.... setelah tu aku akan selesai Novel baru aku yang bertajuk SISTEM SEVEN yang pada mulanya aku nak khususkan untuk Sayembara Fiksyen Sains yang dianjurkan oleh Utusan. Akhirnya aku memiirkan semula. dan mereka cipta pula satu cerita lain untuk pertandingan tersebut. Insyallah...
Semalam juga aku bertemu dengan kawan lama masa sekolah rendah dulu. Maisol. kawan lama yang memang peramah. Sekarang beliau bertugas sebagai Guru di sekolah teknik di Perak. dan Akema kawan lama aku juga turut ke situ untuk berbincang pasal Bisnis USANA. syarikat baru yang muncul tahun lepas(2007) di Malaysia. Bisnis yang menarik dan maybe menguntungkan. Aku terangkan kepada kawan2 aku juga nanti pasal USANA ni ... Petangnya dalam jam 4.30 petang , aku bergegas balik setelah mengucapkan terima kasih kpd Akema. Dalam hujan aku berlari ke arah Stesen komuter Putra. Hjan lebat petang itu...Hmm... baguslah juga hujan ni, sekurang-kurangnya dosa dan noda Kuala Lumpur akan terhapus dari permukaan buminya yang sejak sekian lama ketandusan perkara-perkara baik dan maaruf... aku tunggu lama juga di celah-celah orang ramai yang berasak-asak di stesen itu.
Anyway... aku ada keje sikit nak buat.... nanti aku masuk balik.. cow dulu... Salam :)
JAM 8.30 MALAM. Hmmm... aha... aku masuk balik. Maklumlah keje macam aku ni memang kena duduk menghadap komputer je. So ada banyak masa aku curahkan di dada skrin komputer. mengarang dan menghamburkan karya-karya sains fiksyen aku yang semakin mengarut dari hari ke hari. Tadi aku ke bank untuk masukkan duit. Adik aku di UMS dah kelaparan sangat..takde duit katanya.. kesian adik aku sorang ni... maafkan abang dik.. abg ni bukannya banyak duit..belanja kat sini pun cukup2 makan je... . walau apapun abg akan korbankan juga duit tu untk adik yang abg sayang... demi masa depannya ... abg mahu adik lebih berjaya dari abang. Abg suka melihat adik2 abang ni semuanya lebih hebat dan lebih berguna dari abang.... Hmmm... Anyway, aku dapat idea baru ketika menunggang motor balik ke pejabat. Aku ingin mengarang cite baru. Cite tentang kapal angkasa dan makhluk angkasa yang pelbagai dan panet-planet misteri di alam raya yang luas tiada tepi ini. Aku cadang nak kirimnya ke Alaf21. Macam si Fadhli buat tu... aku cukup teruja dengan apa yang dicapainya sekarang. SAGA HORIZON membuat aku bersemangat untuk menyiapkan karya-karya aku pula... sambil menulis karya ... aku sempat la menulis sikit2 dalam blog ni.... malam ni macam biasalah klau time exam week. Balik pada jam 11 malam setiap malam. mengantuk bukan main... hihiiihii.. Namun sebagai pekerja berdedikasi dan bertanggung jawab... aku tetap berkhidmat demi kerana DIA yang Maha Kuasa.

Jumaat, 11 April 2008

SULUKEN CORPORATION dibentuk pada tahun 1978 di Manila City, Phillipines. Ia diketuai oleh Arshazen sejak dari tarikh penubuhannya. Memiliki harta cair sebanyak 60 Trillion Dolar US. Markasnya berpusat di satu tempat yang dirahsiakan. Cawangan-cawangannya beroperasi 24 jam sehari di seluruh dunia. SC aktif dalam bidang Nano-teknologi dan pembinaan hybrid equipment. SC juga memiliki tenaga pakar dalam pelbagai bidang di seluruh dunia. Kini SC berusia 30 tahun dan berpengaruh di peringkat antarabangsa.

SUPERMAN


SUPERMAN. salah satu watak hero paling hebat dan berkuasa sehingga ia digelar ' HE WALKS AS GOD AMONGS MEN ' Kira hebat la gak... hehehe... duu masa kecik2 dulu .. aku berangan jadi superman.... terbang sana sini macam burung.... hehehe.. lepas tu ada pula power kuat sehingga boleh mengangkat bas atau keretapi dengan hanya sebelah tangan sahaja... lepas tu mata pula ada HEATVISION... fuh.. Masa tu aku terfikir laa...kalau aku nak makan Meggi atau nak minum Kopi panas .. aku masak je guna power mata aku... dan paling best mata X-Ray vision... fuh senang la aku nak ngandap aweks2 mandi ...heheehe.. gile betul angan2 aku tu ek?? hehehe... paling best aku kebal dari semua jenis peluru atau senjata tajam... haahaha... mudah je aku pi medan perang dan hancurkan semua musuh2 aku.. hehehe... dulu masa kecik aku ada beli baju superman satu set la ngan seluar dia sekali... konon2 nak terbang je.. heheh kebetulan lak umah aku dulu atas air... so boleh terbang sambil terjun tiruk... hehehehe bestnyaerr... yang paling best sekali ialah Superman ni hensem je... senang je la aku nak ngorat memana girls... hehehe...

Selasa, 8 April 2008

FITNA

GEERT WILDERS. Inilah wajah Syaitan bertopeng manusia yang ingin memusnahkan Islam. Inilah manusia yang berani mencemuh dan menghina Tuhannya. Inilah manusia yang berani dan lantang menghina Rasul Tuhannya(Nabi Muhammad SAW)- Inilah manusia yang menghina agama paling mulia disisi Allah SWT. Inilah manusia yang memandang hina Kitabullah Al-Qur'an. Ini jugalah manusia yang mahu dunia ini KIAMAT cepat. Kalau anda mementingkan hidup di dunia ini maka hapuskanlah orang jenis ini. Ini lah manusia yang paling buruk dan paling keji di mata penduduk langit dan penduduk Bumi ini. Inilah manusia yang diagungkan oleh Iblis Laknatullah-Musuh Allah SWT.
Dunia ini hanya akan kiamat pada hari Jumaat dan selagi ada manusia yang dihatinya zikir "Allah, Allah, Allah"-Maka dunia ini tidak akan dikiamatkan.... Bayangkan kalau manusia seperti dia ini mahu memusnahkan umat Islam dan mahu menghapuskan kalimat2 Allah di muka Bumi... tidakkah kita akan lebih cepat dikiamatkan??? Akhirnya siapa yang rugi???? kita semua lah... sama ada Islam atau bukan Islam. Tanpa Islam... Dunia ini tidak akan diciptakan... Tanpa Muhammad SAW, dunia ini sudah pasti dalam kejahilan dan kegelapan. Tanpa Kitabullah, dunia ini akan kacau-bilau... Lepas tu ada pula jenis manusia macam ni yang terus menerus memusuhi Allah dan Rasul-Nya...
Wahai seluruh umat Islam... bersatulah menentang musuh-musuh kamu, musuh-musuh nabi kamu dan musuh-musuh Tuhan kamu.... kembalilah kepada kalimat 'Laa ilaha illallah Muhammadurrasulullah'. marilah kita kuatkan diri kita dengan Islam. Dan musnah musuh-musuh Islam walau dengan apa cara sekali pun...
Ingat! yang rugi adalah kita ...kalau kita tak beringat!
Orang macam dia ni.. patutnya dibunuh sahaja. namun, kalau orang macam dia ni juga kalau jadi orang Islam lagi baik... Macam Bush ke... maca Ariel sharon ke... Fuhhh! kalau diaorang ni jadi Islam... Ingat tak bagaimana Saidina Umar Al-Khattab, manusia paling memusuhi Islam sebelum jadi Islam?... lepas je jadi Islam... Nampak tak bagaimana dia menjadi orang kedua Rasulullah yang dijamin Syurga... sehingga Islam menjadi mashyur dengan keislamannya... COME ON umat Islam... hentikan keganasan .. tetapi mulakan dakwah kembali ...bayangkan kalau org-org seperti ini menjadi Islam... tentu dunia ini akan aman selamanya... Kita mesti berusaha untuk ini...
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Sabtu, 5 April 2008

KITT

KITT- si kereta bijak pintar yang terhebat dengan tuannya Michael Knight. Vol.1 dan Vol.2 kedua-duanya memnag best dan sentiasa mendahului zaman masing-masing. Kalau nak dibandingkan mana best... aku pilih yang terbaru jenis mustang... KITT ni lebih canggih berbanding KITT Vol.1... Ia lebih simple dan bergaya. Kebal dari peluru dan baik-pulih sendiri dengan menggunakan nano-teknologi... best! best! best!... Aku memnag peminat cite ni sejakl David berlakon jadi hero KITT Vol.1... Kali ini anak Michael Knight yang menjadi tuan-punya KITT 2... macam ayahnya dulu laa.. hero hihiihii... rasanya cite ni memang akan jadi bersiri kat TV... aku dah tgk cite ni... beli DVD kat Pasar Malam .... 6 cite .. RM12 je .. murah gak.. ada dua cite yang takde kualiti gambar yang best..10000 BC, JUMPER,.. yang lain macam Agent Alien, The Mist, Unwanted Hero. dan KITT.
Semalam lepas je tgk NIM's Island... aku balik dan layan cite Sabrina kat TV3... cite asam garam hidup yang penuh pancaroba.... Pelakon2nya aialah Azri Iskandar, Nanu, Liana dan ada seorang lagi pelakon baru kot...heheeh... aku buka kenal sangat pelakon2 malaysia ni... Pelakon Hollywood tu ...kenal laa.. CHinawood, Bollywood... heheeh Malaywood ni sikit je..
Anyway.. nampaknya Utusan dah kuarkan satu poster tenatng pertandingan menulis novel sains fiksyen... hadiah lumayan gak.. but aku tak pasti lagi...aku nak buat cite apa... banyak plan masu dalam otak aku ni... tapi aku tak buat keputusan lagi bila nak start,.. tarik tutp bulan November 2008... aku harap dapatlah siapkannya sebelum tu... cite SAM C1G1 aku pun KD tak buat apa2 lagi... aku tak faham la ngan diorang ni... anyway.. aku kena sabar la juga ... hehe
kalau bulan depan takde apa2 jjuga .. maka aku mengadu nasib pula kat Prima .. mana tau rezeki aku kat sana...
Adiosss!!!!


NIM'S ISLAND. Cite ni best. Ianya berkaitan dengan Nim dan ayahnya yang mendiami sebuah pulau di selatan pasifik yang tidak dicartakan dalam peta. Nim hidup gembira bersama ayahnya seorang saintis (Oceanografi). Hidup Nim dikelilingi oleh beberapa haiwan sebagai rakan karibnya. Antaranya Fred(Cicak kubing), Galileo(Burung), Selk(Anjing laut). Hidupnya begitu gembira di pulau bekas gunung berapi itu. Namun kegembiraannya hilang apabila sebuah kapal pelancongan menjumpai pulau syurganya itu manakala ayahnya pula hilang ditegah laut ketika mengkaji Protozoa Nim. Nim bangkit untuk mempertahankan haknya dipulau tersebut dan melakukan pelbagai usaha dan aksi untuk menghalau kumpulan pelancong yang datang ke pulau tersebut. Sementara itu dia yang juga peminat Alex Rover telah menghubungi penulis itu melalui email dan memintanya datang ke tempatnya untu membantu. Alexandra Rover penulis yang anti dunia luar terpaksa datang dari san Fransisco untuk Nim. Apakah yang berlaku seterusnya...??? korang kenalah pi tengok. Cite ni memang best. Aku bergegas semalam ke JJ untuk tgk cite ni.... mulanya aku nak tgk pada jam 5.30 petang tetapi kerana hujan lebat petang semalam membantutkan niat aku untuk kesitu pada masa tersebut dan aku tukar plan... tgk lepas maghrib... alhamdulillah.. lepas je solat maghrib aku masuk pewagam... walaupun sorang je menonton..tetapi aku happy dan riang sekali menonton gelagat penonton dan yang ditonton... best yang teramat2... Oh ya sebelum tu .. aku makan malam laa kat McD - Amik Cheeseburger, french fries and Coke...so.. makan malam la aku kat McD... walaupun aku tak bepa suka makanan segera ni.. aku kena juga lah isi perut... sebab aku nak cepat semalam..hihihii.. anyway korang tgklah cite ni kat Pewagam... best!!! 10 bintang Aku bagi kat Cite ni...!

Khamis, 3 April 2008

STRESS???

STRESS. adalah penyakit dimana kita menghadapi tekanan yang membuatkan darah kita tertekan untuk melakukan tugasan di luar jadual biologi. Ia juga dikenali tekanan kerja atau persekitaran. stress boleh menyebabkan bermacam2 masalah kesihatan dan ini akan merosakkan masa depan si penghidap stress. Aku galakkan kepada mereka yang menghadapi penyakit seperti dengan cara berikut. :
1. Zikrullah.( Ya Allah Ya Salaam 1000 kali)
2.Solat sunat dua rakaat
3. Minum air suam-segelas
4. Berendam dengan air khas.
Aku sarankan kepada mereka selain 4 diatas dengan menggunakan kaedah ini. Iaitu berendam dengan air khas( halia, Limau dan bawang putih- ditumbuk dan disebatikan dengan air suam)- berendam lah dengan air tersebut selama 20 minit. Insyallah ia akan membantu meredakan tekanan zahir dan batin anda.
selamat mencuba.

Rabu, 2 April 2008

S.H.E

Why i stood here? in this thin air... why? I stood here because i'm searching for 'her'. Somebody who are destinied to stand together... to fight everything in our life... to overcome every challenges... but who is She? ...Who is She?
Year ago... i found 'her' (maybe) then never stop to try just to prove that it was 'Her'
Hari Ahad yang lepas aku pergi menonton wayang di JJ... http://www.anempressandthewarriors.com/- citenya memang best... kalau korang nak tau... pi la tgk cite ni... sedih juga citenya... walaupun aku tak faham sangat bahasa cina ni...tetapi dengan adanya translate fahamla ..hehehehe... anyway aku memang minat Kelly Chen, Leon lai dan Donnie Yen. Tahniah pengarahnya.. hehehe... lagupun boleh tahan. bila cite dimainkan .. teringat 'dia' yang mula berputik rindu padanya di hati ku. Hmmm... tentu ini akan menjadi satu cerita yang baru dalam hidup ku... Setahun menunggu 'masa' ini... bukanlah satu masa yang singkat... sehari bagaikan setahun... dan kini kami menjadi kawan yang semakin rapat... Insyallah.