The Alien - Link Select

Selasa, 10 Disember 2013

SANTAPAN ROHANI ???


ALLAH S.W.T
Berfirman :
Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai orang-orang mu'minin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, yaitu ketika kamu menjadi bongkak karena banyaknya jumlahmu,maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfa'at kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari kebelakang dan bercerai-berai. 
(QS. 9:25)

Kemudian Allah memberi ketenangan kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah telah menurunkan bala tentera yang kamu tiada melihatnya, dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang yang kafir, dan demikian pembalasan kepada orang-orang yang kafir. 
(QS. 9:26)

Sesudah itu Allah menerima taubat dari orang-orang yang dikehendaki-nya. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 
(QS. 9:27)

“Apabila RASULULLAH S.A.W bangun dari tidur, baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak/Sugi.”

(H.R.S : Imam Bukhari dan Imam Muslim)

“Jangan sesekali kamu memusuhi Tuhanmu, kerana engkau tidak mempunyai sedikitpun kekuatan untuk berlindung dari kemurkaanNya dan engkau tidak berupaya membiarkan dirimu keluar daripada kasih sayang dan keampunanNya. Janganlah engkau merasa kesal kiranya engkau memaafkan sesiapa dan janganlah engkau merasa bangga menghukum sesiapa. Dan janganlah menaikkan marahmu kerana ianya tidak akan menguntungkan sesiapa.”
KHALIFAH SAIDINA IMAM ALI ABI TALIB R.A

“Mekah dan Madinah adalah hak seluruh umat Islam di dunia dan ditadbir oleh seorang Khalifatul Islam-Imam Utama (Ulil Amri) dari Ahlusunnah wal jamaah yang dilantik oleh umat Islam seluruh dunia. Benderanya warna putih dengan tulisan kalimah Syahadah warna Hitam, panji perangnya adalah Hitam dengan tulisan Kalimah Syahadahnya warna putih. ”
IMAM MUHAMMD JIBRIL AL-KHAIR B.A