The Alien - Link Select

Khamis, 23 Jun 2016

"TIDAK KU JADIKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK BERIBADAH KEPADA-KU"

SOLAT JUMUAHT ???

SOLAT PADA HARI JUMAAT ADALAH JATUH PADA WAKTU ZOHOR. IANYA ADALAH SOLAT YANG DITETAPKAN BERLAKU DI ANTARA DUA KEADAAN, SEBELUM BERJUAL BELI DAN SELEPAS SOLAT.  KATA  KUNCINYA PADA AYAT 62 : 9.

[62: 9] Wahai orang yang beriman, apabila panggilan untuk solat diumumkan pada hari Jumaat, hendaklah kamu bersegera untuk peringatan Allah dan “menggugurkan semua perniagaan”

KATA KUNCI
1.       “62:9. Wahai orang-orang yang percaya, APABILA dipanggil untuk solat pada hari/waktu Jumuaht (berkumpul), bersegeralah kepada mengingat Allah, dan ‘tinggalkanlah jual beli’; itu lebih baik bagi kamu jika kamu tahu."- KATA KUNCI : TINGGALKAN JUAL BELI

2.      62:10. Kemudian, “apabila solat telah diselesaikan, bertaburlah di bumi dan carilah pemberian Allah”, dan ingatlah Allah dengan banyak agar kamu beruntung." - KATA KUNCINYA :  BERTABURLAH DI BUMI DAN CARILAH PEMBERIAN ALLAH.- SAMBUNG SEMULA JUAL BELI.

PERNIAGAAN TIDAK BERMULA SEBELUM SOLAT FAJAR TETAPI SELEPAS FAJAR.   BERMULA SEBELUM SOLAT WUSTA TETAPI TIDAK BERAKHIR SELEPAS SOLAT WUSTA.  MEMANDANGKAN SOLAT WUSTA BERLAKU DI AKHIR SIANG.  MAKA SEMUA PERNIAGAAN DAN HIBURAN DISAMBUNG SELEPAS SOLAT WUSTA DAN DIHENTIKAN SEBELUM SOLAT  ISYAK BERMULA.   MAKA BEGITU JUGA WAKTU ISYAK DI MANA PERNIAGAAN DAN HIBURAN DIHENTIKAN SAMA SEKALI.  INI MERUPAKAN RUTIN HIDUP ORANG ARAB PADA HARI BERKUMPUL MEREKA YANG JATUH PADA HARI SITTAH.  LAMA KELAMAAN BUDAYA BERJUMUAHT INI TELAH MENUKAR NAMA HARI SITTAH KEPADA HARI JUMAAT.

AKTIVITI PERNIAGAAN INI DITERANGKAN DENGAN DETIL DALAM AYAT SETERUSNYA.

62:11. Tetapi apabila mereka lihat perdagangan atau hiburan, mereka menyuraikan diri kepadanya, dan mereka tinggalkan kamu berdiri. Katakanlah, “Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik daripada hiburan dan perdagangan. Allah yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.

MENGGAMBARKAN SUASANA PERNIAGAAN ITU BERLAKU DI SIANG HINGGA MALAM HARI – BERMULA SELEPAS FAJAR HINGGA TERBENAM MATAHARI PADA AKHIR TEPI SIANG KEDUA.  SATU KEBIASAAN PENIAGA-PENIAGA ARAB IALAH MEREKA MELAKUKAN AKTIVITI PERNIAGAAN MEREKA DI SIANG HARI PALING AWAL PUN JAM 10 PAGI HINGGA PETANG MATAHARI TERBENAM PADA SETIAP HARI.   INI SATU BUDAYA MEREKA.  JADI SOLAT PADA HARI BERKUMPUL ITU MEMANG BERLAKU DI KETIKA AKHIR SIANG HARI. MEMANDANGKAN SOLAT HANYA BERLAKU DI TEPI SIANG HARI, IAITU PADA PERMULAAN HARI DI WAKTU FAJAR DAN PENGAKHIRAN HARI DI TEPI SIANG KEDUA IAITU KETIKA SOLAT WUSTA.

JUMUAHT ADALAH HARI JUMAAT DAN WAKTU BERKUMPUL

SOLAT BERJUMUAHT (BERKUMPUL) INI WUJUD KERANA, APABILA ALLAH KATA SOLAT, MAKA IA ADALAH SOLAT YANG SAMA RITUALNYA SEPERTI SOLAT FAJAR, SOLAT WUSTA DAN SOLAT ISYAK.
APABILA ALLAH SEBUT HARI.  MAKA IA MERUJUK KEPADA "HARI". TIDAK KEPADA SESUATU YANG LAIN.  KITA SEDIA MAKLUM QUR’AN ADALAH LENGKAP DAN ALLAH TIDAK LUPA DAN MAHA BIJAKSANA MEMILIH PERKATAAN YANG TELAH DITENTUKAN OLEH-NYA.  JADI KALAU ALLAH PILIH PERKATAAN DAN AYAT “ SOLAT PADA HARI JUMAAT”  MAKA IA SUDAH JELAS MERUJUK KEPADA SOLAT PADA HARI JUMAAT YANG ISTIMEWA YANG HANYA BERLAKU PADA HARI JUMAAT  SAHAJA YANG PADA ASALNYA ADALAH NAMA HARI SITTAH.

SOLAT INI ISTIMEWA KERANA DILAKUKAN PADA TEPI SIANG HARI JUMAAT.   KERANA SOLAT INI HANYA DILAKUKAN PADA HARI SITTAH YANG KEMUDIANNYA  DINAMAKAN SEBAGAI HARI BERKUMPUL KERANA PADA HARI SITTAH ITU ORANG ARAB BERKUMPUL UNTUK BERNIAGA SECARA BESAR-BESARAN SELAMA SEHARI.  KEMUDIAN HARI SITTAH INI DITUKAR KEPADA HARI BERKUMPUL ATAU HARI JUMAAT MENGAMBIL NAMA JUMAAT DALAM SURAH AL-JUMUAHT AYAT 9. BERMULA SELEPAS FAJAR DAN BERAKHIR SEBELUM ISYAK. SOLAT INI TERIKAT DENGAN AYAT SOLAT 3 WAKTU SECARA RASMI.

WALLAHU'ALAM

* SOLAT PADA HARI JUMAAT  ini dilakukan pada TEPI siang hari.. waktu TEPI SIANG kedua seperti yang disebutkan oleh ALLAH supaya kita bertasbih dan bertahmid. lagipun  suasana jual beli dan hiburan  itu sebelum dan selepas solat pada hari Sittah @  Jumaat itu jelas ada ..

tetapi kalau waktu solat wusta... sebelum wusta memang ada jual beli.. selepas wusta... sya tidak fikir orang akan berniaga selepas matahari terbenam di zaman tiada lampu elektrik di zaman nabi.  MENURUT LOJIK AKAL, ORANG AKAN BERHENTI BERNIAGA APABILA SOLAT WUSTA DIDIRIKAN DAN BERMULA EKMBALI SELEPAS SOLAT WUSTA, SEBELUM ISYAK BERMULA ATAU AWAL MALAM.  selepas matahari terbenam, mereka solat Isyak pada Awal Malam dan sedia untuk tidur.

Kalau jual beli biasanya dilakukan setiap hari.  namun ada satu yang jatuh pada hari SITTAH itu yang buat semua orang ARAB datang berkumpul sehingga hari Sittah itu bertukar jadi hari berkumpul ( Jumuaht)


(SALATI FAJR)
Keadaan Waktu Fajar disebut dalam ayat  2:187
Nama solat Fajar disebut dalam ayat 24:58
Waktu solat Fajar di sebut dalam 11:114

SOLAT WUSTA
(SALATI WUSTA)
Keadaan Waktu Wusta disebut dalam 17 :78
Nama solat disebut dalam 2:238
Waktu solat disebut dalam 11:114

SOLAT ISYAK
(SALATI ISYAK)
Keadaan Waktu Isyak disebut dalam 11:114, 17:78
Nama solat disebut dalam 24:58

Waktu Solat disebut  dalam 11:114

Ahad, 19 Jun 2016

SURAH SUJUD @ AS-SAJDAH ???

DENGAN NAMA ALLAH, YANG PEMURAH, YANG PENGASIH

32:1. Alif Lam Mim.

32:2. Penurunan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, adalah daripada Pemelihara semua alam.

32:3. Atau, adakah mereka berkata, "Dia mengada-adakannya"? Tidak, ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, supaya kamu beri amaran kepada kaum yang kepadanya tiada seorang pemberi amaran telah datang sebelum kamu supaya mereka dapat petunjuk.

32:4. Allah ialah Dia yang cipta langit dan bumi, dan apa yang di antaranya dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy. Selain daripada Dia, kamu tidak ada wali (pelindung), dan tidak juga ada pengantara; tidakkah kamu mengingati?

32:5. Dia mengarah urusan dari langit ke bumi, kemudian ia naik kepada-Nya dalam satu hari yang ukurannya seribu tahun daripada hitungan kamu.

32:6. Dia yang tahu yang ghaib dan yang nyata, Yang Perkasa, Yang Pengasih,

32:7. yang mencipta segala sesuatu dengan baik. Dan Dia memulakan ciptaan manusia daripada tanah liat,

32:8. Kemudian Dia buatkan keturunannya daripada pati air yang keji,

32:9. Kemudian Dia membentuknya, dan hembus Roh-Nya ke dalamnya. Dan Dia buatkan bagi kamu pendengaran, dan penglihatan, dan hati; sedikit terima kasih kamu tunjukkan.

32:10. Mereka berkata, "Apabila kami telah sesat (lenyap) di dalam bumi, adakah kami akan benar-benar di dalam ciptaan yang baru?" Tidak, tetapi mereka tidak percaya kepada pertemuan dengan Pemelihara mereka.

32:11. Katakanlah, "Malaikat maut yang diamanahkan untuk kamu akan mematikan kamu, kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu dikembalikan."

32:12. Dan sekiranya kamu dapat lihat orang-orang yang berdosa menundukkan kepala mereka di hadapan Pemelihara mereka, "Wahai Pemelihara kami, kami telah lihat dan dengar; maka kembalikanlah kami supaya kami akan buat kerja-kerja baik kerana kami telah yakin."

32:13. "Sekiranya Kami hendak, tentu Kami beri tiap-tiap jiwa petunjuknya; tetapi sekarang Ucapan daripada-Ku adalah wajar - 'Sungguh, Aku akan penuhi Jahanam dengan jin dan manusia kesemuanya.'

32:14. Maka rasalah, kerana kamu melupakan pertemuan hari kamu ini! Sesungguhnya Kami melupakan kamu. Rasalah azab yang kekal kerana apa kamu buat!"

32:15. Orang-orang yang percayai ayat-ayat Kami hanyalah yang apabila mereka diingatkan dengannya jatuh bersujud, dan mereka sanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan tidak sombong.

32:16. Lambungan-lambungan mereka menjauhkan daripada tempat-tempat tidur, sambil mereka seru Pemelihara mereka dengan takut dan harapan; dan mereka nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka.

32:17. Tiada jiwa tahu apa pendingin mata (kegembiraan) yang disediakan untuk mereka, yang dirahsiakan, sebagai balasan ke atas apa mereka buat.

32:18. Apa? Adakah dia yang mukmin sama dengan dia yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan)? Mereka tidak sama.

32:19. Bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , bagi mereka Taman-Taman untuk menginap sebagai sajian kerana apa yang mereka telah buat.

32:20. Tetapi bagi orang-orang fasiq, tempat menginap mereka ialah Api; setiap kali mereka hendak keluar darinya, mereka dikembalikan ke dalamnya, dan dikatakan kepada mereka, "Rasalah azab Api yang padanya kamu dustakan."

32:21. Dan sungguh, Kami akan merasakan kepada mereka azab yang dekat sebelum azab yang besar supaya mereka kembali.

32:22. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang diingatkan dengan ayat-ayat Pemeliharanya, kemudian dia berpaling daripadanya? Kami akan lepaskan dendam kepada orang-orang yang berdosa.

32:23. Sesungguhnya Kami beri Musa al-Kitab; maka jangan kamu dalam keraguan mengenai pertemuan dengan-Nya; dan Kami buatkan ia petunjuk bagi Bani Israil.

32:24. Dan Kami lantik daripada kalangan mereka imam-imam yang beri petunjuk dengan perintah Kami apabila mereka sabar, dan mereka yakin akan ayat-ayat Kami.

32:25. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia bezakan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka, dalamnya mereka selisihkan.

32:26. Tidakkah ia satu petunjuk bagi mereka bahawa berapa banyaknya generasi yang Kami telah musnahkan sebelum mereka, yang di tempat-tempat tinggal mereka, mereka berjalan? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat; apa, tidakkah mereka dengar?

32:27. Tidakkah mereka lihat bagaimana Kami halau air ke bumi yang tandus, dan keluarkan tanaman dengannya, yang binatang ternak mereka dan diri-diri mereka sendiri makan? Apa, tidakkah mereka lihat?

32:28. Dan mereka berkata, "Bilakah Kemenangan ini, jika kamu berkata benar?"

32:29. Katakanlah, "Pada Hari Kemenangan, iman mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang tidak percaya, dan tidak juga mereka akan diberi tangguh."


32:30. Maka berpalinglah kamu daripada mereka, dan tunggulah; mereka juga sedang menunggu.

Ahad, 12 Jun 2016

KALIMAH IMAN ???

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH YANG ESA, DAN TIADA SEKUTU BAGINYA
MUHAMMAD ITU RASULULLAH DAN PENUTUP NABI-NABI.

Selasa, 7 Jun 2016

AYAT PELINDUNG DARI SYAITAN ???



BISMILLAHIRAHMANIRRAHIIM-AUDZUBILLAHILWAKIIL WAL WALIYY MINASYAITANIRRAJIIM

(Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih. Aku berlindung kepada ALLAH, Yang Memelihara dan Yang Melindungi dari Syaitan yang terkutuk.)

SURAH LUQMAN ???

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

31:1. Alif Lam Mim.

31:2. Inilah ayat-ayat al-Kitab yang bijaksana,

31:3. Untuk satu petunjuk dan satu pengasihan bagi orang-orang buat baik,

31:4. Yang melakukan solat, dan memberi zakat, dan mereka yakin akan akhirat.

31:5. Mereka itu adalah di atas petunjuk daripada Pemelihara mereka; mereka itulah orang-orang beruntung.

31:6. Antara manusia, ada yang membeli hadis yang menghiburkan untuk menyesatkan daripada jalan Allah tanpa pengetahuan, dan untuk mengambilnya dalam olok-olokan; mereka itu, bagi mereka, azab yang hina.

31:7. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepadanya, dia berpaling, menyombong, seakan-akan dia tidak mendengarnya, dan di dalam telinganya ada sumbatan; maka berilah dia berita gembira dengan azab yang pedih.

31:8. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , bagi mereka Taman-Taman Kebahagiaan.

31:9. Di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya. Janji Allah adalah benar; dan Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

31:10. Dia cipta langit tanpa tiang yang kamu boleh lihat, dan Dia lemparkan di bumi gunung-gunung supaya ia tidak bergoyang bersama kamu, dan Dia taburkan di merata-rata di dalamnya bermacam-macam yang merayap. Dan Kami turunkan dari langit air, dan tumbuhkan di dalamnya tiap-tiap jenis yang mulia.

31:11. Ini adalah ciptaan Allah; maka perlihatkan kepada-Ku apa yang mereka cipta, yang selain daripada Dia! Tidak, tetapi orang-orang zalim adalah dalam kesesatan yang nyata.

31:12. Sesungguhnya Kami beri Luqman kebijaksanaan; "Berterimakasihlah kepada Allah. Sesiapa berterima kasih, dia berterima kasih hanya untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak berterima kasih (kafir), maka sesungguhnya Allah Kaya, Terpuji."

31:13. Dan apabila Luqman berkata kepada anak lelakinya, dengan menegurkannya, "Wahai anakku, janganlah sekutukan Allah; sekutukan Allah adalah kezaliman yang besar."

31:14. Dan Kami wasiatkan manusia mengenai ibu bapanya - ibunya membawanya (mengandungnya) dalam kelemahan atas kelemahan, dan susuannya selama dua tahun - "Berterimakasihlah kepada-Ku, dan kepada ibu bapa kamu; kepada-Ku kepulangan.

31:15. Tetapi jika mereka berjuang dengan kamu untuk kamu sekutukan Aku dengan padanya kamu tiada pengetahuan, maka janganlah mentaati mereka. Temanilah mereka dengan baik di dunia, dan ikutlah jalan orang yang berkesesalan kepada Aku. Kemudian kepada Aku kamu akan kembali, dan Aku akan beritahu kamu apa kamu buat."

31:16. "Wahai anakku, jika ia seberat sebutir biji sawi, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di langit, atau di bumi, Allah akan datangkannya; sesungguhnya Allah Halus, Menyedari.

31:17. Wahai anakku, lakukan solat, dan suruh yang baik, dan larang yang mungkar, dan sabar atas apa sahaja yang timpa kamu; sesungguhnya itu adalah urusan yang patut ditekadkan.

31:18. Janganlah palingkan pipi kamu daripada manusia, dan janganlah berjalan di bumi dengan sangat gembira; Allah tidak suka setiap orang yang sombong dan banggakan diri.

31:19. Sederhanakanlah dalam berjalan kamu, dan rendahkanlah suara kamu; seburuk-buruk suara ialah suara keledai."

31:20. Tidakkah kamu lihat bahawa Allah tundukkan untuk kamu segala di langit dan segala yang di bumi, dan Dia lebih-lebihkan ke atas kamu rahmat-Nya, yang nampak dan yang tersembunyi? Dan antara manusia ada yang bantah mengenai Allah tanpa pengetahuan, dan petunjuk, dan Kitab yang memberi cahaya.

31:21. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang Allah turunkan", mereka berkata, "Tidak, tetapi kami ikut apa yang kami dapati pada bapa-bapa kami." Apa? Walaupun syaitan menyeru mereka kepada azab yang menyala?

31:22. Dan sesiapa yang tundukkan wajahnya (mukanya / kehendaknya) kepada Allah, sedang dia seorang buat baik, dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh; dan kepada Allah kesudahan segala perkara.

31:23. Dan sesiapa tidak percaya, janganlah ketidakpercayaannya sedihkan kamu; kepada Kami mereka kembali, dan Kami beritahu mereka apa mereka buat. Sesungguhnya Allah tahu apa yang di dalam dada.

31:24. Kepada mereka kami beri kesenangan sedikit, kemudian Kami paksa dia kepada azab yang keras.

31:25. Jika kamu tanya mereka, "Siapakah yang cipta langit dan bumi?" mereka akan berkata, "Allah." Katakanlah, "Segala puji bagi Allah." Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.

31:26. Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah, Dia Yang Kaya, Yang Terpuji.

31:27. Sekiranya semua pokok yang di bumi adalah pena-pena, dan laut - tujuh laut sesudah itu untuk mengisi semula - namun demikian, Kata-Kata Allah tidak akan habis. Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.

31:28. Ciptaan kamu dan kebangkitan kamu hanyalah seperti jiwa yang satu. Sesungguhnya Allah Mendengar, Melihat.

31:29. Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah jadikan malam masuk ke dalam siang, dan jadikan siang masuk ke dalam malam, dan Dia tundukkan matahari dan bulan, masing-masing berlayar hingga tempoh yang dinyatakan, dan bahawa Allah sedar apa kamu buat?

31:30. Itu adalah kerana Allah, Dia Yang Benar, dan apa yang mereka seru selain daripada Dia, itulah yang palsu; dan bahawa Allah, Dia Yang Tinggi, Yang Besar.

31:31. Tidakkah kamu lihat bahawa kapal-kapal berlayar di laut dengan rahmat Allah, supaya Dia perlihatkan kepada kamu sebahagian daripada ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang berterima kasih.

31:32. Dan apabila gelombang menutupi mereka seperti bayang-bayang, mereka seru Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya; tetapi apabila Dia selamatkan mereka ke darat, sebahagian mereka tidak bersungguh-sungguh. Dan tiada yang sangkal ayat-ayat Kami kecuali setiap pengkhianat yang tidak berterima kasih (kafir).

31:33. Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu, dan takutilah akan satu hari apabila tiada bapa akan bela anaknya, dan tiada juga anak bela bapanya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah benar; maka janganlah kehidupan dunia menipu kamu, dan janganlah sekali-kali penipu dapat menipu kamu terhadap Allah.


31:34. Sesungguhnya Allah, Dia mempunyai pengetahuan mengenai Saat; Dia turunkan hujan; Dia tahu apa yang di dalam rahim. Tiada jiwa tahu apa yang ia akan usahakan esok, dan tiada jiwa tahu di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.

NABI PANDAI MENULIS DAN MEMBACA!


7:157. Orang-orang yang ikut Rasul, Nabi yang ummiy (UMMIYA), yang mereka dapati tertulis dengan mereka di dalam Taurat dan Injil, yang menyuruh mereka pada yang baik, dan melarang mereka daripada yang mungkar, dan menghalalkan bagi mereka benda-benda yang baik, dan mengharamkan mereka yang buruk-buruk, dan membebaskan mereka daripada beban-beban mereka, dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang percaya kepadanya, dan meneguhkannya, dan menolongnya, dan ikut cahaya yang diturunkan bersamanya; merekalah orang-orang beruntung."

7:158. Katakanlah, "Wahai manusia, aku adalah Rasul Allah kepada kamu semua, yang bagi-Nya kerajaan langit dan bumi. Tidak ada tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka percayalah kepada Allah, dan Rasul-Nya, Nabi yang ummiy (UMMIYI), yang percayai Allah dan kata-kata-Nya, dan ikutlah dia supaya kamu dapat petunjuk."



Makna perkataan al-Qur'an ummiy telah dikelirukan oleh para ulama palsu Islam zaman dahulu.  Mereka mengertikan kalimat tersebut kepada buta huruf. Lalu Nabi Muhammad, "Nabi yang ummiy" (7:157-158), dikatakannya tidak pandai membaca dan menulis. Ajaran mereka diterima tanpa ragu oleh hampir seluruh umat Islam sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini.

SEBENARNYA AJARAN ITU ADALAH PALSU!

Kepalsuannya dapat didedahkan dengan menggunakan sumber rujukan utama bagi bahasa Arab iaitu kitab al-Qur'an. Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat ummiy akan buktikan bahawa ajaran mereka bukan sahaja palsu tetapi berbau fitnah yang amat besar  ke atas Nabi Muhammad sebagai utusan terakhir, juga satu fitnah yang besar dalam  dalam Islam.

Antara ayat yang dimaksudkan berbunyi:

"Dia yang bangkitkan pada kaum yang ummiy(UMMIYYINA) seorang Rasul di kalangan mereka untuk bacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka," (62:2).

UMMIY
Kaum yang ummiy yang disebut di dalam ayat itu adalah MERUJUK KEPADA KAUM ARAB. Orang-orang Arab pada zaman Nabi Muhammad difahamkan berada di tahap tertinggi dalam kesusasteraan dengan karya-karya sastera yang bermutu dipamer dan digantung di Kaabah. Tentu itu tidak menggambarkan orang Arab jahiliah ketika itu berada dalam keadaan buta huruf. Mereka dikatakan jahililiah hanya dalam KEPERCAYAAN DAN TAUHID, bukan dalam pelbagai bidang lain seperti Menulis dan membaca Sastera yang mereka catat dalam objek-objek tertentu seperti kertas, kain, batu dan sebagainya.

Kalimat Ummiy, menurut al-Qur'an, bermaksud orang-orang yang tidak, atau belum, diberi sebarang Kitab oleh Allah. Ia juga bermaksud kaum Arab seperti yang telah disebut dalam ayat 62 : 2.

Kaum Yahudi pula telah diberi tiga buah Kitab melalui beberapa orang Nabi mereka. Mereka dipanggil ahli Kitab. Tetapi jiran mereka, orang-orang Arab, belum diberi sebarang Kitab pun sebelum al-Qur'an diturunkan kepada Nabi Muhammad. Lantaran, orang-orang Arab dikatakan ‘UMMIY’ sebab belum menerima Kitab Allah sejak dari Zaman Nabi Ismail yang mewarisi SUHUF IBRAHIM (87 : 19, 2 : 131-133)

untuk menjelaskan lagi dipetik sebuah ayat yang menunjukkan dengan jelas perbezaan antara ahli Kitab (orang yang telah diberi Kitab) dengan kaum ummiy(UMMIYYINA) (yang belum diberi Kitab) atau buta Kitab.

Firman-Nya:

"Dan daripada ahli Kitab ada yang, jika kamu percayakan dengan satu timbunan, dia akan kembalikan kepada kamu; dan antara mereka ada yang, jika kamu percayakan dengan satu dinar, dia tidak akan kembalikan kepada kamu, kecuali kamu selalu berdiri di atas (menagih) dia. Itu kerana mereka berkata, 'Tidak ada jalan atas kami terhadap orang-orang ummiy (UMMIYYINA :  BUTA ILMU).' Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya." (3:75)

Ayat di atas menunjukkan keengganan sesetengah orang Yahudi (ahli Kitab) untuk kembalikan "hutang" kepada orang Arab, yang ummiy (yang tidak diberi Kitab, atau buta Kitab), atas sebab "tidak ada jalan" bagi mereka terhadap orang ummiy. Sikap macam itu seakan sama dengan apa yang disemat di iman sesetengah orang Islam terhadap orang yang mereka anggap kafir pada hari ini.

Satu lagi ayat al-Qur'an dipetik untuk memantapkan lagi hujah dalam menunjukkan perbezaan tersebut, berbunyi:

"dan katakan kepada orang-orang diberi al-Kitab , dan orang-orang ummiy [UMMIYYINA :  BUTA ILMU yang tidak diberi Kitab), 'Sudahkah kamu tunduk patuh?'" (3:20)

Maka jelaslah iaitu kalimat ummiy tidak bermakna buta huruf, lantas, Nabi Muhammad bukanlah seorang yang tidak tahu membaca dan menulis.  (Sila rujuk Kalimat ummiy di dalam al-Qur'an.)


Membaca

Selanjutnya, terdapat banyak ayat di dalam al-Qur'an yang mengisahkan Nabi disuruh oleh Allah supaya membaca ayat-ayat-Nya kepada orang-orang yang berada di kelilingnya. Itu menunjukkan Nabi pandai membaca. Antara ayat yang dimaksudkan adalah enam yang berikut:

"Dan kamu (Muhammad) BACAKAN  kepada mereka cerita dua orang anak Adam dengan sebenarnya ...." (5:27)

"Katakanlah, 'Marilah, aku (Muhammad) akan BACAKAN apa yang Pemelihara kamu mengharamkan kamu ....'" (6:151)

"Demikianlah Kami utus kamu (Muhammad) kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk BACAKAN mereka apa yang Kami wahyukan kamu ...." (13:30)

"Dan sebuah al-Qur'an yang Kami bahagi-bahagikan, untuk kamu (Muhammad) MEMBACAKANNYA  kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami turunkannya dengan satu penurunan." (17:106)

"Aku (Muhammad) hanya diperintah untuk sembah Pemelihara tanah ini, yang Dia jadikannya suci; kepunyaan-Nya segala sesuatu. Dan aku diperintah supaya jadi antara orang-orang yang muslim, dan untuk BACA al-Qur'an ...." (27:91-92)

"Wahai ahli Rumah, Allah hanya hendak hilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk bersihkan kamu, sebersih-bersihnya. Dan ingatlah apa yang DIBACAKAN di dalam rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah ...." (33:33-34).

Di sini, Nabi didapati membacakan ayat-ayat Allah kepada isteri-isterinya di rumah-rumah mereka.

Malahan, Rasul-Rasul Allah yang lain didapati pandai membaca kerana mereka ditugaskan untuk membaca ayat-ayat-Nya kepada manusia. Tugas itu adalah juga tugas Nabi Muhammad.

Dua ayat yang berikut jelaskannya:

"Kemudian orang-orang tidak percaya dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Jahanam, sehingga apabila mereka datang kepadanya, pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, 'Tidakkah Rasul-Rasul datang kepada kamu daripada kalangan kamu sendiri, dengan MEMBACAKAN  kamu ayat-ayat Pemelihara kamu, dan beri amaran kepada kamu terhadap hari pertemuan kamu ini?' Mereka berkata, 'Ia, benar ....'" (39:71)

"Dia yang bangkitkan pada kaum yang ummiy-UMMIYYINA : BUTA KITAB, seorang Rasul (Muhammad) di kalangan mereka untuk BACAKAN  ayat-ayat-Nya kepada mereka," (62:2)

Tambahan pula, adalah sukar untuk menerima hakikat bahawa seorang Nabi pilihan-Nya tidak tahu membaca walhal Dia menyuruhnya dan manusia lain supaya mengamalkan tabiat membaca, seperti firman-Nya - "Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta," (96:1)


MENULIS

Bukan sahaja didapati, di dalam al-Qur'an, yang Nabi pandai membaca, malah, baginda juga didapati pandai menulis. Kebenaran itu telah diakui sendiri oleh orang-orang tidak percaya yang tinggal bersamanya. Firman-Nya:

"Mereka berkata, 'Dongeng orang-orang dahulu kala, yang dia TULIS, yang diimlakkan kepadanya pada waktu awal pagi dan petang.'" (25:5)

Terjemahan ayat tersebut telah menimbulkan keraguan sesetengah pihak. Betulkah ayat itu diterjemahkan? Untuk mengikis keraguan, pertama, dikemukakan sebuah tafsir kepada ayat yang sama, oleh Prof. Dr. Hj. Mahmud Yunus (Tafsir Quran Karim, cetakan ke-19, 1979, halaman 525) yang berbunyi:

"Mereka berkata: (Qur'an ini) kabar-kabar dongeng orang-orang dahulu kala, yang DITULISKAN oleh Muhammad dan DIBACAKAN (didiktekan) orang kepadanya pagi-pagi dan petang." (25:5)

Kedua, kalimat yang diterjemahkan kepada "menulisnya" ialah  ‘IKTATABA’. Kalimat itu penting kerana, difahamkan, mempunyai pengertian "menulis nota terutamanya apabila orang kedua sedang mengimlakkan."

Dan akhir sekali, terdapat sebuah lagi ayat yang bukan sahaja menyokong ayat 25:5 tadi bahkan mampu untuk hapuskan sama sekali keraguan terhadap Nabi yang dikatakan kini pandai membaca dan menulis, termasuk membaca dan menulis Kitab. Firman-Nya:

"Tidak sebelum ini kamu (Muhammad) baca sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu; jika demikian, tentulah orang-orang yang ikut yang palsu menjadi ragu-ragu." (29:48)

AYAT ini menegaskan, Nabi tidak pernah membaca dan menulis sebarang Kitab sebelum menerima al-Qur'an. Bermaksud, selepas menerima al-Qur'an baginda telah membaca, dan menulis Kitab dengan tangan kanannya.  BUKANNYA tidak tahu atau tidak mahir membaca dan tidak mahir menulis. 

Malah, selama 35 tahun sebelum diangkat menjadi Rasul, adalah tidak lojik bahawa nabi tidak mempelajari penulisan dan pembacaan sejak dari itu. Bani Hasyim adalah bani terhormat dan menguasai aktiviti Mekah pada ketika itu.  Malah sejak zaman nabi Ismail lagi mereka sudah tahu menulis dan membaca Suhuf Ibrahim yang diwariskan oleh Nabi Ibrahim kepada Nabi Ismail dan kaumnya.  Malah nabi dikatakan pernaha mengetuai perdagangan ke Syam dengan arahan Khadijah yang belum menajdi isteri baginda.  Untuk menjadi seorang peniaga yang dipercayai boleh menguruskan aktiviti perniagaan, seseorang itu wajiblah tahu membaca dan mengira serta menulis.  Ia merupakan asas pengetahuan seorang peniaga Arab.  Jadi, adalah mustahil nabi tidak mahir menulis dan tidak mahir membaca!

Seterusnya, ayat itu juga tidak menunjukkan pula bahawa baginda tidak pernah membaca dan menulis sesuatu yang selain daripada Kitab sebelum menerima al-Qur'an (misalan, membaca dan menulis apa yang diperlukan dalam urusan perdagangannya).

Dengan adanya bukti-bukti yang jelas daripada Allah, maka terdedahlah fitnah yang kian lama dilakukan oleh para ulama palsu Islam ke atas Nabi Muhammad yang mereka siarkan sebagai seorang yang tidak tahu membaca dan menulis, atau buta huruf.


Sesungguhnya mereka menghina Nabi dengan buat demikian meskipun mereka mendakyahkan iaitu merekalah orang-orang yang paling mengasihinya.  Malah hal ini menjadi satu asbab untuk mereka menyanjung malah sampai ke tahap menyekutukan ALLAH dengan Nabi Muhammad.

Ahad, 5 Jun 2016

PUASA RAMADHAN 2016 ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan bagi kamu BERPUASA sebagaimana dituliskan bagi orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa.  Pada hari-hari yang terhitung; dan jika sesiapa antara kamu sakit, atau jika dia dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari lain; dan bagi orang-orang yang tidak boleh, ditebus dengan memberi makan seorang miskin, tetapi lebih baik baginya, yang buat kebaikan dengan sukarela, bahawa kamu berpuasa adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu tahu.  Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa; dan sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain. Allah hendakkan kemudahan bagi kamu, dan tidak hendak kesukaran bagi kamu; dan agar kamu cukupkan bilangan, dan agungkan Allah, bahawa Dia beri petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih.  Dan apabila hamba-hamba-Ku tanya kamu mengenai Aku, Aku lebih dekat untuk sahut seruan orang yang menyeru apabila dia seru kepada-Ku; maka hendaklah mereka sahut Aku, dan hendaklah mereka percayai Aku supaya mereka menjadi benar.  Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah tahu bahawa kamu khianati diri-diri kamu sendiri, dan terima taubat kamu, dan maafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah tuliskan (tetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan jangan campuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itu had-had (hudud) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.”
[Q.S. LEMBU / AL-BAQARAH 2: 183-187]

“… dan lelaki yang BERPUASA  dan perempuan yang BERPUASA, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingat Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingat - bagi mereka, Allah sediakan ampunan dan upah yang besar.”
[Q.S. GOLONGAN BERSEKUTU / AL-AHZAB 33:35]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Bila malam (al-lail) telah datang dari arah sini (timur) dan siang telah pergi dari arah sini (barat) dan telah tenggelam matahari (Malam), maka sungguh orang puasa telah berbuka.”
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]

“Barang siapa mendirikan puasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan kebaikan, maka akan diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu.”
[ H.R.S : Imam Bukhari & Imam Muslim Ra. A. ]

“Bila kamu telah melihat tanggal 1 bulan Ramadan, maka puasalah, dan bila kamu melihat tanggal 1 Syawal, maka berhari rayalah. Tetapi bila mendung, maka perkirakanlah (sesuai dengan hari perhitungan).”
Daripada Ibnu Umar R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari & Imam Muslim Ra. A. ]




MALAM AL-QUR’AN DITURUNKAN

Peristiwa-peristiwa besar yang berkisar di sekitar Petunjuk Allah, dari Adam hingga ke Nabi terakhir, tentu banyak yang telah berlaku. Namun tidak semua diceritakan di dalam al-Qur'an, atau tidak diceritakan dengan panjang lebar. Maka apa yang diceritakan adalah apa yang manusia harus tahu sahaja.

Peristiwa penurunan al-Qur'an adalah suatu yang besar juga, yang tidak ditinggalkan sebutannya di dalam al-Kitab. Ia disebut berulang kali. Justeru ayat-ayatnya didapati agak banyak tetapi terselit di sana sini di beberapa buah halaman al-Qur'an yang mulia. Lalu ayat-ayat tersebut disusun di sini mengikut kronologinya.

Ayat pertama dapat dibaca dalam surah al-Baqarah. Ia mengisahkan al-Qur'an diturun pada bulan Ramadan. Sempena penurunan itu manusia diwajibkan berpuasa pada bulan berkenaan. Ayat yang dimaksudkan berbunyi,

"Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas dari Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa;" (2:185)

Al-Qur'an diturunkan pada suatu malam bulan Ramadan. Pada malam itu hamba-Nya yang dipilih untuk menerima telah diperjalankan dari sebuah masjid, iaitu Masjidil Haram, ke sebuah masjid (tempat sujud) lain yang lebih jauh daripada tempat baginda tinggal. Tujuan baginda diperjalankan ke destinasinya adalah untuk diperlihatkan sebahagian daripada ayat-ayat Tuhannya. Firman Tuhan,

"Dia disanjung, yang menjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil Haram ke masjid yang lebih jauh di mana sekitarannya Kami berkati, supaya Kami lihatkan kepadanya sebahagian daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat." (17:1)

Seperti itu juga kepada Nabi Musa yang telah diperjalankan supaya pergi ke gunung untuk menerima kitab Taurat.

Malam tersebut terus disebut di dalam al-Qur'an. Kali ini ia dipanggil malam yang diberkati. Dan frasa ayat-ayat Kami yang disebut di dalam ayat di atas diganti dengan kalimat Kitab pula. Firman-Nya,

"Demi Kitab yang jelas.
Kami turunkannya pada satu malam yang diberkati; Kami selamanya beri amaran,
Di dalamnya segala urusan yang bijaksana ditentukan,
Sebagai satu urusan daripada Kami; Kami selamanya utus,
Sebagai satu pengasihan daripada Pemelihara kamu; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui," (44:2-6)

Al-Qur'an yang diturunkan pada malam yang diberkati itu adalah jelas dan mengandungi segala urusan yang bijaksana, yang sudah ditentukan. Di dalamnya juga terkandung amaran daripada Tuhan.

Kitab tersebut adalah wahyu yang diwahyukan, yang dibawa oleh dia yang sangat kuat. Dia tegak mengambang di horizon yang tinggi, kemudian turun mendekati Nabi, lalu wahyukan apa yang dia wahyukan. Mungkin di situlah tempat masjid yang lebih jauh yang disebut tadi. Firman-Nya,

"Ini (al-Qur'an) tidak lain hanya satu wahyu yang diwahyukan,
Yang mengajar dia, yang sangat dalam kekuatan,
Sangat kuat; dia tegak mengambang,
Di horizon yang tinggi,
Kemudian mendekati dan turun,
Jarak dua ibu panah, atau lebih dekat,
Kemudian mewahyukan hamba-Nya, apa yang dia wahyukan." (53:4-10)

Dia yang wahyukan Nabi itu adalah bukan Tuhan. Ayat-ayat bakal dipetik di sini akan jelaskannya.

Berhenti sejenak untuk mengisahkan pertemuan Nabi dengannya buat kali kedua. Ceritanya begini (sambungan petikan di atas):

"Sesungguhnya dia telah melihatnya sekali lagi,
Di sisi pohon bidara berbatasan (sidratil muntaha),
Di sisinya taman (jannah) untuk menginap,
Ketika sesuatu yang menutupi, menutupi pohon bidara,
Penglihatannya tidak menyimpang, dan tidak juga melampaui batas.
Sesungguhnya dia telah melihat satu daripada ayat-ayat Pemeliharanya yang paling besar." (53:13-18)

Mungkin yang dilihatnya sebagai satu daripada tanda-tanda Tuhan yang paling besar ialah kitab original al-Qur'an berupa papan (seperti disket atau disk?) yang dijaga. Firman mengenainya berbunyi,

"Tidak, tetapi ia sebuah al-Qur'an yang cemerlang,
Pada papan yang dijaga." (85:21-22)

Atau, baginda melihat malaikat yang membawa turun al-Qur'an yang indah.

Kembali kepada perbincangan mengenai tajuk. Wahyu yang disampaikan berupa ucapan. Lantas, diandaikan iaitu Nabi telah menulis untuk menyalinnya. Ini padan dengan sebuah ayat mengandungi dakwaan orang-orang di sekeliling baginda bahawa Kitab yang dibawanya telah diimlakkan kepadanya, berbunyi "Mereka berkata, 'Dongeng orang-orang dahulu kala, yang dia tulis, yang diimlakkan kepadanya pada waktu awal pagi dan petang." (25:5)

Wahyu yang diucapkan itu adalah ucapan Rasul yang mulia. Dia mempunyai kekuatan (disebut lagi) dan berkedudukan kukuh di sisi Allah, selain ditaati dan dipercayai. Firman-Nya,

"Sesungguhnya ia adalah ucapan Rasul yang mulia,
Mempunyai kekuatan, dengan Yang mempunyai Arasy kukuh,
Ditaati, dan lagi, dipercayai.
Teman kamu bukanlah orang yang dirasuk.
Sesungguhnya dia melihatnya di horizon yang terang.
Dia tidaklah lokek dengan yang ghaib." (81:19-24)

Nabi telah melihat Rasul tersebut di horizon (disebut lagi) yang terang. Rasul menurut al-Qur'an adalah juga daripada golongan malaikat, bukan manusia sahaja.

Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan bahawa al-Qur'an dibawa turun oleh Roh Amin - "Sesungguhnya ia adalah satu penurunan Pemelihara semua alam, Dibawa turun oleh Roh Amin (Roh yang dipercayai)," (26:192-193).

Sementara di awal al-Qur'an, nama Jibril disebut sebagai yang turunkan al-Qur'an ke dalam hati Nabi terutamanya - ".... Jibril, maka dialah yang turunkannya ke dalam hati kamu, dengan izin Allah, mengesahkan apa yang sebelumnya, dan petunjuk, dan berita gembira bagi orang-orang mukmin." (2:97)

Oleh itu, mungkin tidak salah menyimpulkan bahawa dia yang sangat kuat, Rasul yang mulia dan Roh Amin adalah sebenarnya malaikat Jibril.

Sebutan mengenai malam al-Qur'an diturunkan diakhiri dengan ayat-ayat berikut:

"Sesungguhnya, Kami turunkannya (al-Qur'an) pada malam yang berkuasa.
Dan tahukah kamu apakah ia malam yang berkuasa?
Malam yang berkuasa adalah lebih baik daripada seribu bulan,
Padanya malaikat-malaikat dan Roh turun, dengan izin Pemelihara mereka, dengan segala perintah,
Sejahteralah ia, hingga terbit fajar." (97:1-5)

Malam al-Qur'an diturunkan adalah malam yang berkuasa, dan diberkati seperti yang telah dinyatakan. Pada malam itu malaikat-malaikat dan Roh turun dengan segala perintah Tuhan.

Perkataan Roh di dalam al-Qur'an membawa beberapa erti. Satu daripadanya ialah ayat-ayat Tuhan atau al-Qur'an seperti yang dijelaskan dalam ayat berbunyi "Begitulah Kami wahyukan kamu Roh daripada perintah Kami. Kamu tidak tahu apakah al-Kitab itu, dan tidak juga keimanan; tetapi Kami membuatnya satu cahaya, yang dengannya Kami beri petunjuk kepada siapa yang Kami hendaki daripada hamba-hamba Kami. Dan kamu, sesungguhnya kamu beri petunjuk pada jalan lurus," (42:52)

Lantaran itu, frasa daripada ayat-ayat 97:1-5 di atas yang berbunyi "malaikat-malaikat dan Roh turun ..... dengan segala perintah," boleh diertikan kepada malaikat-malaikat dan ayat-ayat al-Qur'an turun ..... dengan segala perintah.

Suatu malam pada bulan Ramadan, lebih 1400 tahun yang lalu, ditentukan Allah jadi diberkati, berkuasa dan amat baik, lebih baik daripada seribu bulan. Kerana ayat-ayat-Nya, atau al-Qur'an, diturunkan. Malam itu penuh kesejahteraan. Namun, kesejahteraannya berakhir apabila terbit waktu fajar pada hari itu. Akan tetapi, al-Qur'an atau Roh yang ditinggalkan terus jadi cahaya bagi hamba-hamba Allah yang dihendaki-Nya dapat petunjuk ke jalan lurus, sampai Hari Kiamat.

Selamat Berpuasa.



BERIKUT IALAH PERKARA-PERKARA YANG BERLAKU DALAM BULAN RAMADHAN YANG TIDAK DIAJAR OLEH ALLAH DALAM QUR’AN. TETAPI DIAJAR DALAM HADIS-HADIS LAHWA YANG BERTENTANGAN DENGAN AL-QUR’AN YANG MULIA.


ZAKAT FITRAH
Oleh  W. Kassim

Hadis mengatakan, setiap orang Muslim, samaada yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan, mesti bayar zakat fitrah sebanyak satu sa' = 3 kilogram gandum atau kismis atau susu masam kering atau kurma atau barli.


Abu Sa'id al-Khudri
AL-MUWATTA
17.28.54
We used to pay the zakat al-fitr with a sa' of wheat, or a sa' of barley, or a sa' of dates, or a sa' of dried sour milk, or a sa of raisins, using the sa' of the Prophet, may Allah bless him and grant him peace.


AL-MUWATTA
17.28.53
The Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, made the zakat of breaking the fast at the end of Ramadan obligatory on every Muslim, whether freeman or slave, male or female, and stipulated it as a sa' of dates or a sa of barley.


Abdullah ibn Umar
SAHIH AL-BUKHARI
2.579
Allah's Apostle (peace_be_upon_him) enjoined the payment of one sa' of dates or one Sa' of barley as Zakat al-Fitr on every Muslim slave or free, male or female, young or old, and he ordered that it be paid before the people went out to offer the 'Id prayer.
(One Sa' = 3 Kilograms approx.)


Di Malaysia, ulamak tentukan zakat fitrah ialah segantang beras atau RM yang senilai dengannya yang perlu dibayar kepada amil bertauliah. Tauliah itu umumnya diberikan kepada kroni-kroni Jabatan Agama dan Masjid. Amil berhak ambil 1/8 bahagian daripada jumlah yang dikutipnya sebagai komisen. Maka bersungguh-sungguhlah amil-amil itu dengan kreativiti masing-masing untuk mendapatkan kutipan fitrah sebanyak mungkin. Sebab itu, hari ini kita dapati setiap bulan Ramadan, amil berada dimana sahaja orang berada samaada di kaki lima, depan shopping complex atau pejabat; mereka persis seperti Hindu penjual kacang putih ditahun-tahun 60 - 70an dahulu.

Menunaikan zakat fitrah dengan beras dianggap lebih afdal (lebih pahala) dan hampir kepada sunnah daripada dengan RM. Itu yang biasa diamalkan tidak berapa lama dahulu. Apabila masyarakat bertambah maju, mereka menganggap bayaran fitrah dengan beras menyusahkan pembayar dan amil. Maka amil pun menggunakan kreativiti mereka dengan sediakan segantang beras yang dibungkus dengan karung kertas. Seseorang yang ingin bayar fitrah dengan beras, cuma perlu membeli beras itu terlebih dahulu daripada amil mengikut harga yang ditetapkan dan beras itu kemudiannya diberikan semula kepada amil sebagai zakat fitrah. Jika seseorang itu ada sepuluh orang ahli keluarganya, dia akan membeli beras yang sama berulang-berulang sepuluh kali dan menyerahkannya kembali kepada amil sebagai zakat fitrah. Demikianlah beras sebungkus itu dijual olok-olok beratus-ratus kali dalam sehari. Pembayar fitrah sangka amalan mereka afdal, dan dapat pahala lebih dengan cara berolok-olok itu. Mereka tidak sedar sebenarnya mereka memperolok-olokkan Tuhan.

Amalan membeli beras dari amil untuk bayar zakat juga sudah tidak popular dizaman sekarang. Namun ia masih terdapat dikampung-kampung. Hari ini kebanyakan orang cuma pentingkan kemudahan; maka bayar fitrah dengan wang sahaja jadi pilihan ramai.

Amil itu pula ada berbagai ragam. Ada amil yang mudah berurus (user friendly): pembayar memberinya wang, dan amil keluarkan resit, maka selesailah urusan fitrah itu. Ada pula amil yang adakan upacara, dengan menyuruh pembayar melafazkan istihar bayaran fitrahnya yang diikuti pula dengan lafaz penerimaan oleh si amil. Setengah amil akan berdoa pula terkumat kamit setiap kali bayaran fitrah diserahkan ketangannya. Semua ini adalah rekaan-rekaan yang memang tidak terdapat di dalam hadis berkaitan zakat fitrah.

Bayaran zakat fitrah berdasarkan segantang makanan bagi setiap orang ahli keluarga adalah tidak adil. Seorang jutawan yang tiada anak cuma perlu bayar zakat segantang beras untuk dirinya, atau dua gantang jika dia beristeri. Tetapi seorang buruh atau pegawai rendah, yang mempunyai sepuluh tanggungan perlu bayar sepuluh gantang beras. Hukum yang tidak adil ini tidak mungkin datang dari Allah yang maha adil.  …. Adilkah jika seorang hamba pun dipaksa bayar zakat?

Imam Muslim tidak mencatitkan tentang zakat fitrah di dalam kitab hadis sahihnya. Berarti Muslim sendiri menganggap hadis zakat fitrah di dalam sahih Bukhari sebagai hadis palsu; sepertimana banyak lagi hadis Bukhari yang dianggapnya palsu.   Hari ini, badan- badan Zakat yang telah memungut berjuta RM dari umat islam telah didapati gagal menyampaikan duit zakat kepada golongan yang sangat memerlukan. Zakat dilakukan dengan kerelaan hati muslim, dan diberi kepada pihak-pihak tertentu sahaja.

Dan zakat fitrah, yang dibayar oleh umat pada tiap-tiap bulan Ramadan, adalah satu contoh bagi ajaran zakat yang palsu. Zakat seperti itu dengan syarat-syaratnya tidak disebut di dalam al-Qur'an, bermaksud, tidak diajar dalam ajaran agama Allah sebenar. Maka, tiada ajaran ALLAH tentang ZAKAT FITRAH ini dalam wahyuNya (AL-QUR’AN).

ZAKAT,SEDEKAH DAN NAFKAH BOLEH DIBERI PADA BILA-BILA MASA MENURUT KEPERLUAN YANG DIGARISKAN OLEH ALLAH DALAM QUR’AN SURAH 9 : 60.






NABI LARANG BERTERAWIH DI MASJID
Oleh W. Kassim

Kita lihat dalam sepanjang bulan Ramadan orang membanjiri masjid kerana bersolat Tarawih. Marilah kita lihat hadis yang paling sahih dikalangan orang Ahlusunnah untuk mengetahui samada amalan makin popular ini adalah sunnah atau perintah dari Nabi.

SAHIH BUKHARI
Jilid: 8
No: 134
Dirawayatkan oleh Zaid bin Thabit

Rasulullah buat sebuah bilik kecil (dengan tikar yang dibuat dari daun palma). Rasulullah keluar (dari rumahnya) dan bersolat di dalam bilik kecil itu. Beberapa orang lelaki turut bersolat bersama-sama beliau. Malam keesokannya mereka datang lagi untuk bersolat, tetapi Rasulullah tidak keluar. Oleh itu mereka berteriak-teriak dan mengetuk pintu rumah Rasulullah dengan batu. Rasulullah keluar kepada mereka dalam keadaan marah dan berkata: "Kamu mahu menggesa (Tarawih itu di dalam masjid) dan aku bimbang kalau solat (Tarawih) akan jadi wajib keatas kamu. Maka kamu semua lakukan solat ini dirumahmu, kerana solat yang lebih baik bagi seseorang itu ialah yang dilakukan dirumahnya, kecuali solat wajib Jumaah."

Mengikut hadis ini, Nabi sendiri tidak suka ke masjid untuk solat Tarawih. Untuk mengelak dari pergi ke masjid, beliau telah buat bilik kecil berdindingkan tikar yang diperbuat dari daun palma di luar rumahnya. Namun demikian, orang yang ternampak beliau bersolat Tarawih telah mengikut bersama.

Pada malam kedua Nabi tidak keluar dari rumahnya dan orang berteriak-triak serta mengetuk pintu rumahnya dengan batu. (Adakah ini caranya mereka menunjukkan kejengkelan mereka kerana Nabi tidak ke masjid bersolat Tarawih?) Maka Nabi keluar dengan marah lalu perintah mereka supaya tidak bersolat Tarawih di masjid, tetapi lakukannya di rumah masing-masing.

Nampaknya orang ASWJ- SUNNI bukan sahaja kelihatan menentang Qur’an, tetapi mereka juga kelihatan menentang perintah Nabi yang terdapat di dalam hadis kuat Sahih Bukhari.  Malah pada hari ini, hal ini sduah menjadi satu tradisi dna  budaya masyarakat Islam Sunni di Malaysia.

Hari ini sejarah berualang kembali. Golongan yang sama, juga jengkel terhadap orang yang tidak turut bersama mereka, menentang perintah Nabi. Untuk meramaikan dan memeriahkan lagi kumpulan penentang ini,  MOREI diadakan sebagai tarikan.

OLEH ITU, SOLAT TARAWIH INI WAJIB DIADAKAN DI RUMAH SENDIRI. DAN DILARANG KERAS OLEH NABI UNTUK DILAKUKAN DI MASJID KECUALI SOLAT WAJIB (FARDHU) BERJEMAAH (SOLAT FAJAR, SOLAT WUSTA, SOLAT ISYAK DAN SOLAT PADA HARI JUMAAT)