SOLAT JUMUAHT ???
SOLAT PADA HARI JUMAAT
ADALAH JATUH PADA WAKTU ZOHOR. IANYA ADALAH SOLAT YANG DITETAPKAN BERLAKU DI
ANTARA DUA KEADAAN, SEBELUM BERJUAL BELI DAN SELEPAS SOLAT. KATA
KUNCINYA PADA AYAT 62 : 9.
[62: 9] Wahai orang
yang beriman, apabila panggilan untuk solat diumumkan pada hari Jumaat,
hendaklah kamu bersegera untuk peringatan Allah dan “menggugurkan semua
perniagaan”
KATA KUNCI
1. “62:9. Wahai orang-orang yang percaya, APABILA
dipanggil untuk solat pada hari/waktu Jumuaht (berkumpul), bersegeralah kepada
mengingat Allah, dan ‘tinggalkanlah jual beli’; itu lebih baik bagi kamu jika
kamu tahu."- KATA KUNCI : TINGGALKAN JUAL BELI
2. 62:10. Kemudian, “apabila solat telah
diselesaikan, bertaburlah di bumi dan carilah pemberian Allah”, dan ingatlah
Allah dengan banyak agar kamu beruntung." - KATA KUNCINYA : BERTABURLAH DI BUMI DAN CARILAH PEMBERIAN
ALLAH.- SAMBUNG SEMULA JUAL BELI.
PERNIAGAAN TIDAK
BERMULA SEBELUM SOLAT FAJAR TETAPI SELEPAS FAJAR. BERMULA SEBELUM SOLAT WUSTA TETAPI TIDAK
BERAKHIR SELEPAS SOLAT WUSTA.
MEMANDANGKAN SOLAT WUSTA BERLAKU DI AKHIR SIANG. MAKA SEMUA PERNIAGAAN DAN HIBURAN DISAMBUNG
SELEPAS SOLAT WUSTA DAN DIHENTIKAN SEBELUM SOLAT ISYAK BERMULA. MAKA BEGITU JUGA WAKTU ISYAK DI MANA
PERNIAGAAN DAN HIBURAN DIHENTIKAN SAMA SEKALI.
INI MERUPAKAN RUTIN HIDUP ORANG ARAB PADA HARI BERKUMPUL MEREKA YANG
JATUH PADA HARI SITTAH. LAMA KELAMAAN
BUDAYA BERJUMUAHT INI TELAH MENUKAR NAMA HARI SITTAH KEPADA HARI JUMAAT.
AKTIVITI PERNIAGAAN
INI DITERANGKAN DENGAN DETIL DALAM AYAT SETERUSNYA.
62:11. Tetapi apabila
mereka lihat perdagangan atau hiburan, mereka menyuraikan diri kepadanya, dan
mereka tinggalkan kamu berdiri. Katakanlah, “Apa yang ada di sisi Allah adalah
lebih baik daripada hiburan dan perdagangan. Allah yang terbaik daripada pemberi-pemberi
rezeki.
MENGGAMBARKAN SUASANA
PERNIAGAAN ITU BERLAKU DI SIANG HINGGA MALAM HARI – BERMULA SELEPAS FAJAR
HINGGA TERBENAM MATAHARI PADA AKHIR TEPI SIANG KEDUA. SATU KEBIASAAN PENIAGA-PENIAGA ARAB IALAH
MEREKA MELAKUKAN AKTIVITI PERNIAGAAN MEREKA DI SIANG HARI PALING AWAL PUN JAM
10 PAGI HINGGA PETANG MATAHARI TERBENAM PADA SETIAP HARI. INI SATU BUDAYA MEREKA. JADI SOLAT PADA HARI BERKUMPUL ITU MEMANG
BERLAKU DI KETIKA AKHIR SIANG HARI. MEMANDANGKAN SOLAT HANYA BERLAKU DI TEPI
SIANG HARI, IAITU PADA PERMULAAN HARI DI WAKTU FAJAR DAN PENGAKHIRAN HARI DI
TEPI SIANG KEDUA IAITU KETIKA SOLAT WUSTA.
JUMUAHT ADALAH HARI
JUMAAT DAN WAKTU BERKUMPUL
SOLAT BERJUMUAHT
(BERKUMPUL) INI WUJUD KERANA, APABILA ALLAH KATA SOLAT, MAKA IA ADALAH SOLAT
YANG SAMA RITUALNYA SEPERTI SOLAT FAJAR, SOLAT WUSTA DAN SOLAT ISYAK.
APABILA ALLAH SEBUT
HARI. MAKA IA MERUJUK KEPADA
"HARI". TIDAK KEPADA SESUATU YANG LAIN. KITA SEDIA MAKLUM QUR’AN ADALAH LENGKAP DAN
ALLAH TIDAK LUPA DAN MAHA BIJAKSANA MEMILIH PERKATAAN YANG TELAH DITENTUKAN
OLEH-NYA. JADI KALAU ALLAH PILIH
PERKATAAN DAN AYAT “ SOLAT PADA HARI JUMAAT”
MAKA IA SUDAH JELAS MERUJUK KEPADA SOLAT PADA HARI JUMAAT YANG ISTIMEWA
YANG HANYA BERLAKU PADA HARI JUMAAT
SAHAJA YANG PADA ASALNYA ADALAH NAMA HARI SITTAH.
SOLAT INI ISTIMEWA
KERANA DILAKUKAN PADA TEPI SIANG HARI JUMAAT. KERANA SOLAT INI HANYA DILAKUKAN PADA HARI
SITTAH YANG KEMUDIANNYA DINAMAKAN
SEBAGAI HARI BERKUMPUL KERANA PADA HARI SITTAH ITU ORANG ARAB BERKUMPUL UNTUK
BERNIAGA SECARA BESAR-BESARAN SELAMA SEHARI.
KEMUDIAN HARI SITTAH INI DITUKAR KEPADA HARI BERKUMPUL ATAU HARI JUMAAT
MENGAMBIL NAMA JUMAAT DALAM SURAH AL-JUMUAHT AYAT 9. BERMULA SELEPAS FAJAR DAN
BERAKHIR SEBELUM ISYAK. SOLAT INI TERIKAT DENGAN AYAT SOLAT 3 WAKTU SECARA
RASMI.
WALLAHU'ALAM
* SOLAT PADA HARI
JUMAAT ini dilakukan pada TEPI siang hari..
waktu TEPI SIANG kedua seperti yang disebutkan oleh ALLAH supaya kita bertasbih
dan bertahmid. lagipun suasana jual beli
dan hiburan itu sebelum dan selepas
solat pada hari Sittah @ Jumaat itu
jelas ada ..
tetapi kalau waktu
solat wusta... sebelum wusta memang ada jual beli.. selepas wusta... sya tidak
fikir orang akan berniaga selepas matahari terbenam di zaman tiada lampu
elektrik di zaman nabi. MENURUT LOJIK
AKAL, ORANG AKAN BERHENTI BERNIAGA APABILA SOLAT WUSTA DIDIRIKAN DAN BERMULA
EKMBALI SELEPAS SOLAT WUSTA, SEBELUM ISYAK BERMULA ATAU AWAL MALAM. selepas matahari terbenam, mereka solat Isyak
pada Awal Malam dan sedia untuk tidur.
Kalau jual beli
biasanya dilakukan setiap hari. namun
ada satu yang jatuh pada hari SITTAH itu yang buat semua orang ARAB datang
berkumpul sehingga hari Sittah itu bertukar jadi hari berkumpul ( Jumuaht)
(SALATI FAJR)
Keadaan Waktu Fajar
disebut dalam ayat 2:187
Nama solat Fajar
disebut dalam ayat 24:58
Waktu solat Fajar di
sebut dalam 11:114
SOLAT WUSTA
(SALATI WUSTA)
Keadaan Waktu Wusta
disebut dalam 17 :78
Nama solat disebut
dalam 2:238
Waktu solat disebut
dalam 11:114
SOLAT ISYAK
(SALATI ISYAK)
Keadaan Waktu Isyak
disebut dalam 11:114, 17:78
Nama solat disebut
dalam 24:58
Waktu Solat
disebut dalam 11:114
Ahad, 19 Jun 2016
SURAH SUJUD @ AS-SAJDAH ???
DENGAN NAMA ALLAH, YANG PEMURAH, YANG PENGASIH
32:1. Alif Lam Mim.
32:2. Penurunan
Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, adalah daripada Pemelihara semua alam.
32:3. Atau, adakah
mereka berkata, "Dia mengada-adakannya"? Tidak, ia adalah yang benar
daripada Pemelihara kamu, supaya kamu beri amaran kepada kaum yang kepadanya
tiada seorang pemberi amaran telah datang sebelum kamu supaya mereka dapat petunjuk.
32:4. Allah ialah Dia
yang cipta langit dan bumi, dan apa yang di antaranya dalam enam hari, kemudian
Dia duduk di atas Arasy. Selain daripada Dia, kamu tidak ada wali (pelindung),
dan tidak juga ada pengantara; tidakkah kamu mengingati?
32:5. Dia mengarah
urusan dari langit ke bumi, kemudian ia naik kepada-Nya dalam satu hari yang
ukurannya seribu tahun daripada hitungan kamu.
32:6. Dia yang tahu
yang ghaib dan yang nyata, Yang Perkasa, Yang Pengasih,
32:7. yang mencipta
segala sesuatu dengan baik. Dan Dia memulakan ciptaan manusia daripada tanah
liat,
32:8. Kemudian Dia
buatkan keturunannya daripada pati air yang keji,
32:9. Kemudian Dia
membentuknya, dan hembus Roh-Nya ke dalamnya. Dan Dia buatkan bagi kamu
pendengaran, dan penglihatan, dan hati; sedikit terima kasih kamu tunjukkan.
32:10. Mereka
berkata, "Apabila kami telah sesat (lenyap) di dalam bumi, adakah kami
akan benar-benar di dalam ciptaan yang baru?" Tidak, tetapi mereka tidak
percaya kepada pertemuan dengan Pemelihara mereka.
32:11. Katakanlah,
"Malaikat maut yang diamanahkan untuk kamu akan mematikan kamu, kemudian
kepada Pemelihara kamu, kamu dikembalikan."
32:12. Dan sekiranya
kamu dapat lihat orang-orang yang berdosa menundukkan kepala mereka di hadapan
Pemelihara mereka, "Wahai Pemelihara kami, kami telah lihat dan dengar;
maka kembalikanlah kami supaya kami akan buat kerja-kerja baik kerana kami telah
yakin."
32:13.
"Sekiranya Kami hendak, tentu Kami beri tiap-tiap jiwa petunjuknya; tetapi
sekarang Ucapan daripada-Ku adalah wajar - 'Sungguh, Aku akan penuhi Jahanam
dengan jin dan manusia kesemuanya.'
32:14. Maka rasalah,
kerana kamu melupakan pertemuan hari kamu ini! Sesungguhnya Kami melupakan
kamu. Rasalah azab yang kekal kerana apa kamu buat!"
32:15. Orang-orang
yang percayai ayat-ayat Kami hanyalah yang apabila mereka diingatkan dengannya
jatuh bersujud, dan mereka sanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan tidak
sombong.
32:16.
Lambungan-lambungan mereka menjauhkan daripada tempat-tempat tidur, sambil
mereka seru Pemelihara mereka dengan takut dan harapan; dan mereka nafkahkan
daripada apa yang Kami rezekikan mereka.
32:17. Tiada jiwa
tahu apa pendingin mata (kegembiraan) yang disediakan untuk mereka, yang
dirahsiakan, sebagai balasan ke atas apa mereka buat.
32:18. Apa? Adakah
dia yang mukmin sama dengan dia yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan)?
Mereka tidak sama.
32:19. Bagi orang-orang
yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , bagi mereka Taman-Taman untuk
menginap sebagai sajian kerana apa yang mereka telah buat.
32:20. Tetapi bagi
orang-orang fasiq, tempat menginap mereka ialah Api; setiap kali mereka hendak
keluar darinya, mereka dikembalikan ke dalamnya, dan dikatakan kepada mereka,
"Rasalah azab Api yang padanya kamu dustakan."
32:21. Dan sungguh,
Kami akan merasakan kepada mereka azab yang dekat sebelum azab yang besar
supaya mereka kembali.
32:22. Dan siapakah
lebih zalim daripada orang yang diingatkan dengan ayat-ayat Pemeliharanya,
kemudian dia berpaling daripadanya? Kami akan lepaskan dendam kepada
orang-orang yang berdosa.
32:23. Sesungguhnya
Kami beri Musa al-Kitab; maka jangan kamu dalam keraguan mengenai pertemuan
dengan-Nya; dan Kami buatkan ia petunjuk bagi Bani Israil.
32:24. Dan Kami
lantik daripada kalangan mereka imam-imam yang beri petunjuk dengan perintah
Kami apabila mereka sabar, dan mereka yakin akan ayat-ayat Kami.
32:25. Sesungguhnya
Pemelihara kamu, Dia bezakan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang
mereka, dalamnya mereka selisihkan.
32:26. Tidakkah ia
satu petunjuk bagi mereka bahawa berapa banyaknya generasi yang Kami telah
musnahkan sebelum mereka, yang di tempat-tempat tinggal mereka, mereka
berjalan? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat; apa, tidakkah
mereka dengar?
32:27. Tidakkah
mereka lihat bagaimana Kami halau air ke bumi yang tandus, dan keluarkan
tanaman dengannya, yang binatang ternak mereka dan diri-diri mereka sendiri
makan? Apa, tidakkah mereka lihat?
32:28. Dan mereka
berkata, "Bilakah Kemenangan ini, jika kamu berkata benar?"
32:29. Katakanlah,
"Pada Hari Kemenangan, iman mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang
tidak percaya, dan tidak juga mereka akan diberi tangguh."
32:30. Maka
berpalinglah kamu daripada mereka, dan tunggulah; mereka juga sedang menunggu.
Isnin, 13 Jun 2016
Ahad, 12 Jun 2016
KALIMAH IMAN ???
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH YANG ESA, DAN TIADA SEKUTU BAGINYA
MUHAMMAD ITU RASULULLAH DAN PENUTUP NABI-NABI.
Selasa, 7 Jun 2016
AYAT PELINDUNG DARI SYAITAN ???
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIIM-AUDZUBILLAHILWAKIIL
WAL WALIYY MINASYAITANIRRAJIIM
(Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang
Pengasih. Aku berlindung kepada ALLAH, Yang Memelihara dan Yang Melindungi dari
Syaitan yang terkutuk.)
SURAH LUQMAN ???
Dengan nama Allah,
Yang Pemurah, Yang Pengasih.
31:1. Alif Lam Mim.
31:2. Inilah
ayat-ayat al-Kitab yang bijaksana,
31:3. Untuk satu
petunjuk dan satu pengasihan bagi orang-orang buat baik,
31:4. Yang melakukan
solat, dan memberi zakat, dan mereka yakin akan akhirat.
31:5. Mereka itu
adalah di atas petunjuk daripada Pemelihara mereka; mereka itulah orang-orang
beruntung.
31:6. Antara manusia,
ada yang membeli hadis yang menghiburkan untuk menyesatkan daripada jalan Allah
tanpa pengetahuan, dan untuk mengambilnya dalam olok-olokan; mereka itu, bagi
mereka, azab yang hina.
31:7. Dan apabila
ayat-ayat Kami dibacakan kepadanya, dia berpaling, menyombong, seakan-akan dia
tidak mendengarnya, dan di dalam telinganya ada sumbatan; maka berilah dia
berita gembira dengan azab yang pedih.
31:8. Sesungguhnya
orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , bagi mereka Taman-Taman
Kebahagiaan.
31:9. Di dalamnya
mereka tinggal selama-lamanya. Janji Allah adalah benar; dan Dia Yang Perkasa,
Yang Bijaksana.
31:10. Dia cipta
langit tanpa tiang yang kamu boleh lihat, dan Dia lemparkan di bumi
gunung-gunung supaya ia tidak bergoyang bersama kamu, dan Dia taburkan di
merata-rata di dalamnya bermacam-macam yang merayap. Dan Kami turunkan dari
langit air, dan tumbuhkan di dalamnya tiap-tiap jenis yang mulia.
31:11. Ini adalah
ciptaan Allah; maka perlihatkan kepada-Ku apa yang mereka cipta, yang selain
daripada Dia! Tidak, tetapi orang-orang zalim adalah dalam kesesatan yang
nyata.
31:12. Sesungguhnya
Kami beri Luqman kebijaksanaan; "Berterimakasihlah kepada Allah. Sesiapa
berterima kasih, dia berterima kasih hanya untuk dirinya sendiri, dan sesiapa
yang tidak berterima kasih (kafir), maka sesungguhnya Allah Kaya, Terpuji."
31:13. Dan apabila
Luqman berkata kepada anak lelakinya, dengan menegurkannya, "Wahai anakku,
janganlah sekutukan Allah; sekutukan Allah adalah kezaliman yang besar."
31:14. Dan Kami
wasiatkan manusia mengenai ibu bapanya - ibunya membawanya (mengandungnya) dalam
kelemahan atas kelemahan, dan susuannya selama dua tahun -
"Berterimakasihlah kepada-Ku, dan kepada ibu bapa kamu; kepada-Ku
kepulangan.
31:15. Tetapi jika
mereka berjuang dengan kamu untuk kamu sekutukan Aku dengan padanya kamu tiada
pengetahuan, maka janganlah mentaati mereka. Temanilah mereka dengan baik di
dunia, dan ikutlah jalan orang yang berkesesalan kepada Aku. Kemudian kepada
Aku kamu akan kembali, dan Aku akan beritahu kamu apa kamu buat."
31:16. "Wahai
anakku, jika ia seberat sebutir biji sawi, dan walaupun ia berada di dalam
batu, atau di langit, atau di bumi, Allah akan datangkannya; sesungguhnya Allah
Halus, Menyedari.
31:17. Wahai anakku,
lakukan solat, dan suruh yang baik, dan larang yang mungkar, dan sabar atas apa
sahaja yang timpa kamu; sesungguhnya itu adalah urusan yang patut ditekadkan.
31:18. Janganlah
palingkan pipi kamu daripada manusia, dan janganlah berjalan di bumi dengan
sangat gembira; Allah tidak suka setiap orang yang sombong dan banggakan diri.
31:19. Sederhanakanlah
dalam berjalan kamu, dan rendahkanlah suara kamu; seburuk-buruk suara ialah
suara keledai."
31:20. Tidakkah kamu
lihat bahawa Allah tundukkan untuk kamu segala di langit dan segala yang di
bumi, dan Dia lebih-lebihkan ke atas kamu rahmat-Nya, yang nampak dan yang
tersembunyi? Dan antara manusia ada yang bantah mengenai Allah tanpa
pengetahuan, dan petunjuk, dan Kitab yang memberi cahaya.
31:21. Dan apabila
dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang Allah turunkan", mereka
berkata, "Tidak, tetapi kami ikut apa yang kami dapati pada bapa-bapa
kami." Apa? Walaupun syaitan menyeru mereka kepada azab yang menyala?
31:22. Dan sesiapa
yang tundukkan wajahnya (mukanya / kehendaknya) kepada Allah, sedang dia
seorang buat baik, dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh; dan kepada
Allah kesudahan segala perkara.
31:23. Dan sesiapa
tidak percaya, janganlah ketidakpercayaannya sedihkan kamu; kepada Kami mereka
kembali, dan Kami beritahu mereka apa mereka buat. Sesungguhnya Allah tahu apa
yang di dalam dada.
31:24. Kepada mereka
kami beri kesenangan sedikit, kemudian Kami paksa dia kepada azab yang keras.
31:25. Jika kamu
tanya mereka, "Siapakah yang cipta langit dan bumi?" mereka akan
berkata, "Allah." Katakanlah, "Segala puji bagi Allah."
Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.
31:26. Kepunyaan
Allah segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah, Dia Yang Kaya,
Yang Terpuji.
31:27. Sekiranya
semua pokok yang di bumi adalah pena-pena, dan laut - tujuh laut sesudah itu
untuk mengisi semula - namun demikian, Kata-Kata Allah tidak akan habis.
Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.
31:28. Ciptaan kamu
dan kebangkitan kamu hanyalah seperti jiwa yang satu. Sesungguhnya Allah
Mendengar, Melihat.
31:29. Tidakkah kamu
lihat bagaimana Allah jadikan malam masuk ke dalam siang, dan jadikan siang
masuk ke dalam malam, dan Dia tundukkan matahari dan bulan, masing-masing
berlayar hingga tempoh yang dinyatakan, dan bahawa Allah sedar apa kamu buat?
31:30. Itu adalah
kerana Allah, Dia Yang Benar, dan apa yang mereka seru selain daripada Dia,
itulah yang palsu; dan bahawa Allah, Dia Yang Tinggi, Yang Besar.
31:31. Tidakkah kamu
lihat bahawa kapal-kapal berlayar di laut dengan rahmat Allah, supaya Dia
perlihatkan kepada kamu sebahagian daripada ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya pada
yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang
berterima kasih.
31:32. Dan apabila
gelombang menutupi mereka seperti bayang-bayang, mereka seru Allah, dengan
menuluskan agama mereka untuk-Nya; tetapi apabila Dia selamatkan mereka ke
darat, sebahagian mereka tidak bersungguh-sungguh. Dan tiada yang sangkal
ayat-ayat Kami kecuali setiap pengkhianat yang tidak berterima kasih (kafir).
31:33. Wahai manusia,
takutilah Pemelihara kamu, dan takutilah akan satu hari apabila tiada bapa akan
bela anaknya, dan tiada juga anak bela bapanya sedikit pun. Sesungguhnya janji
Allah benar; maka janganlah kehidupan dunia menipu kamu, dan janganlah
sekali-kali penipu dapat menipu kamu terhadap Allah.
31:34. Sesungguhnya
Allah, Dia mempunyai pengetahuan mengenai Saat; Dia turunkan hujan; Dia tahu
apa yang di dalam rahim. Tiada jiwa tahu apa yang ia akan usahakan esok, dan
tiada jiwa tahu di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Mengetahui,
Menyedari.
NABI PANDAI MENULIS DAN MEMBACA!
7:157. Orang-orang
yang ikut Rasul, Nabi yang ummiy (UMMIYA), yang mereka dapati tertulis dengan
mereka di dalam Taurat dan Injil, yang menyuruh mereka pada yang baik, dan
melarang mereka daripada yang mungkar, dan menghalalkan bagi mereka benda-benda
yang baik, dan mengharamkan mereka yang buruk-buruk, dan membebaskan mereka
daripada beban-beban mereka, dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka
orang-orang yang percaya kepadanya, dan meneguhkannya, dan menolongnya, dan
ikut cahaya yang diturunkan bersamanya; merekalah orang-orang beruntung."
7:158. Katakanlah,
"Wahai manusia, aku adalah Rasul Allah kepada kamu semua, yang bagi-Nya
kerajaan langit dan bumi. Tidak ada tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan dan
mematikan. Maka percayalah kepada Allah, dan Rasul-Nya, Nabi yang ummiy (UMMIYI),
yang percayai Allah dan kata-kata-Nya, dan ikutlah dia supaya kamu dapat
petunjuk."
Makna perkataan
al-Qur'an ummiy telah dikelirukan oleh para ulama palsu Islam zaman dahulu. Mereka mengertikan kalimat tersebut kepada
buta huruf. Lalu Nabi Muhammad, "Nabi yang ummiy" (7:157-158),
dikatakannya tidak pandai membaca dan menulis. Ajaran mereka diterima tanpa
ragu oleh hampir seluruh umat Islam sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini.
SEBENARNYA AJARAN ITU
ADALAH PALSU!
Kepalsuannya dapat
didedahkan dengan menggunakan sumber rujukan utama bagi bahasa Arab iaitu kitab
al-Qur'an. Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat ummiy akan buktikan
bahawa ajaran mereka bukan sahaja palsu tetapi berbau fitnah yang amat besar ke atas Nabi Muhammad sebagai utusan terakhir,
juga satu fitnah yang besar dalam dalam
Islam.
Antara ayat yang
dimaksudkan berbunyi:
"Dia yang
bangkitkan pada kaum yang ummiy(UMMIYYINA) seorang Rasul di kalangan mereka
untuk bacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka," (62:2).
UMMIY
Kaum yang ummiy yang
disebut di dalam ayat itu adalah MERUJUK KEPADA KAUM ARAB. Orang-orang Arab
pada zaman Nabi Muhammad difahamkan berada di tahap tertinggi dalam
kesusasteraan dengan karya-karya sastera yang bermutu dipamer dan digantung di
Kaabah. Tentu itu tidak menggambarkan orang Arab jahiliah ketika itu berada
dalam keadaan buta huruf. Mereka dikatakan jahililiah hanya dalam KEPERCAYAAN
DAN TAUHID, bukan dalam pelbagai bidang lain seperti Menulis dan membaca Sastera
yang mereka catat dalam objek-objek tertentu seperti kertas, kain, batu dan sebagainya.
Kalimat Ummiy,
menurut al-Qur'an, bermaksud orang-orang yang tidak, atau belum, diberi
sebarang Kitab oleh Allah. Ia juga bermaksud kaum Arab seperti yang telah
disebut dalam ayat 62 : 2.
Kaum Yahudi pula
telah diberi tiga buah Kitab melalui beberapa orang Nabi mereka. Mereka
dipanggil ahli Kitab. Tetapi jiran mereka, orang-orang Arab, belum diberi
sebarang Kitab pun sebelum al-Qur'an diturunkan kepada Nabi Muhammad. Lantaran,
orang-orang Arab dikatakan ‘UMMIY’ sebab belum menerima Kitab Allah sejak dari
Zaman Nabi Ismail yang mewarisi SUHUF IBRAHIM (87 : 19, 2 : 131-133)
untuk menjelaskan
lagi dipetik sebuah ayat yang menunjukkan dengan jelas perbezaan antara ahli
Kitab (orang yang telah diberi Kitab) dengan kaum ummiy(UMMIYYINA) (yang belum
diberi Kitab) atau buta Kitab.
Firman-Nya:
"Dan daripada
ahli Kitab ada yang, jika kamu percayakan dengan satu timbunan, dia akan
kembalikan kepada kamu; dan antara mereka ada yang, jika kamu percayakan dengan
satu dinar, dia tidak akan kembalikan kepada kamu, kecuali kamu selalu berdiri
di atas (menagih) dia. Itu kerana mereka berkata, 'Tidak ada jalan atas kami
terhadap orang-orang ummiy (UMMIYYINA :
BUTA ILMU).' Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka
mengetahuinya." (3:75)
Ayat di atas
menunjukkan keengganan sesetengah orang Yahudi (ahli Kitab) untuk kembalikan
"hutang" kepada orang Arab, yang ummiy (yang tidak diberi Kitab, atau
buta Kitab), atas sebab "tidak ada jalan" bagi mereka terhadap orang
ummiy. Sikap macam itu seakan sama dengan apa yang disemat di iman sesetengah
orang Islam terhadap orang yang mereka anggap kafir pada hari ini.
Satu lagi ayat
al-Qur'an dipetik untuk memantapkan lagi hujah dalam menunjukkan perbezaan
tersebut, berbunyi:
"dan katakan
kepada orang-orang diberi al-Kitab , dan orang-orang ummiy [UMMIYYINA : BUTA ILMU yang tidak diberi Kitab), 'Sudahkah
kamu tunduk patuh?'" (3:20)
Maka jelaslah iaitu
kalimat ummiy tidak bermakna buta huruf, lantas, Nabi Muhammad bukanlah seorang
yang tidak tahu membaca dan menulis. (Sila
rujuk Kalimat ummiy di dalam al-Qur'an.)
Membaca
Selanjutnya, terdapat
banyak ayat di dalam al-Qur'an yang mengisahkan Nabi disuruh oleh Allah supaya
membaca ayat-ayat-Nya kepada orang-orang yang berada di kelilingnya. Itu
menunjukkan Nabi pandai membaca. Antara ayat yang dimaksudkan adalah enam yang
berikut:
"Dan kamu
(Muhammad) BACAKAN kepada mereka cerita
dua orang anak Adam dengan sebenarnya ...." (5:27)
"Katakanlah,
'Marilah, aku (Muhammad) akan BACAKAN apa yang Pemelihara kamu mengharamkan
kamu ....'" (6:151)
"Demikianlah
Kami utus kamu (Muhammad) kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah
berlalu untuk BACAKAN mereka apa yang Kami wahyukan kamu ...." (13:30)
"Dan sebuah
al-Qur'an yang Kami bahagi-bahagikan, untuk kamu (Muhammad) MEMBACAKANNYA kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami
turunkannya dengan satu penurunan." (17:106)
"Aku (Muhammad)
hanya diperintah untuk sembah Pemelihara tanah ini, yang Dia jadikannya suci;
kepunyaan-Nya segala sesuatu. Dan aku diperintah supaya jadi antara orang-orang
yang muslim, dan untuk BACA al-Qur'an ...." (27:91-92)
"Wahai ahli
Rumah, Allah hanya hendak hilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk bersihkan
kamu, sebersih-bersihnya. Dan ingatlah apa yang DIBACAKAN di dalam rumah-rumah
kamu daripada ayat-ayat Allah ...." (33:33-34).
Di sini, Nabi
didapati membacakan ayat-ayat Allah kepada isteri-isterinya di rumah-rumah
mereka.
Malahan, Rasul-Rasul
Allah yang lain didapati pandai membaca kerana mereka ditugaskan untuk membaca
ayat-ayat-Nya kepada manusia. Tugas itu adalah juga tugas Nabi Muhammad.
Dua ayat yang berikut
jelaskannya:
"Kemudian
orang-orang tidak percaya dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Jahanam, sehingga
apabila mereka datang kepadanya, pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya
berkata kepada mereka, 'Tidakkah Rasul-Rasul datang kepada kamu daripada
kalangan kamu sendiri, dengan MEMBACAKAN kamu ayat-ayat Pemelihara kamu, dan beri
amaran kepada kamu terhadap hari pertemuan kamu ini?' Mereka berkata, 'Ia,
benar ....'" (39:71)
"Dia yang bangkitkan
pada kaum yang ummiy-UMMIYYINA : BUTA KITAB, seorang Rasul (Muhammad) di
kalangan mereka untuk BACAKAN ayat-ayat-Nya kepada mereka," (62:2)
Tambahan pula, adalah
sukar untuk menerima hakikat bahawa seorang Nabi pilihan-Nya tidak tahu membaca
walhal Dia menyuruhnya dan manusia lain supaya mengamalkan tabiat membaca,
seperti firman-Nya - "Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang
mencipta," (96:1)
MENULIS
Bukan sahaja
didapati, di dalam al-Qur'an, yang Nabi pandai membaca, malah, baginda juga didapati
pandai menulis. Kebenaran itu telah diakui sendiri oleh orang-orang tidak
percaya yang tinggal bersamanya. Firman-Nya:
"Mereka berkata,
'Dongeng orang-orang dahulu kala, yang dia TULIS, yang diimlakkan kepadanya
pada waktu awal pagi dan petang.'" (25:5)
Terjemahan ayat
tersebut telah menimbulkan keraguan sesetengah pihak. Betulkah ayat itu
diterjemahkan? Untuk mengikis keraguan, pertama, dikemukakan sebuah tafsir
kepada ayat yang sama, oleh Prof. Dr. Hj. Mahmud Yunus (Tafsir Quran Karim,
cetakan ke-19, 1979, halaman 525) yang berbunyi:
"Mereka berkata:
(Qur'an ini) kabar-kabar dongeng orang-orang dahulu kala, yang DITULISKAN oleh
Muhammad dan DIBACAKAN (didiktekan) orang kepadanya pagi-pagi dan petang."
(25:5)
Kedua, kalimat yang
diterjemahkan kepada "menulisnya" ialah ‘IKTATABA’. Kalimat itu penting kerana,
difahamkan, mempunyai pengertian "menulis nota terutamanya apabila orang
kedua sedang mengimlakkan."
Dan akhir sekali,
terdapat sebuah lagi ayat yang bukan sahaja menyokong ayat 25:5 tadi bahkan
mampu untuk hapuskan sama sekali keraguan terhadap Nabi yang dikatakan kini
pandai membaca dan menulis, termasuk membaca dan menulis Kitab. Firman-Nya:
"Tidak sebelum
ini kamu (Muhammad) baca sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan
kamu; jika demikian, tentulah orang-orang yang ikut yang palsu menjadi
ragu-ragu." (29:48)
AYAT ini menegaskan,
Nabi tidak pernah membaca dan menulis sebarang Kitab sebelum menerima
al-Qur'an. Bermaksud, selepas menerima al-Qur'an baginda telah membaca, dan
menulis Kitab dengan tangan kanannya.
BUKANNYA tidak tahu atau tidak mahir membaca dan tidak mahir
menulis.
Malah, selama 35
tahun sebelum diangkat menjadi Rasul, adalah tidak lojik bahawa nabi tidak mempelajari
penulisan dan pembacaan sejak dari itu. Bani Hasyim adalah bani terhormat dan
menguasai aktiviti Mekah pada ketika itu.
Malah sejak zaman nabi Ismail lagi mereka sudah tahu menulis dan membaca
Suhuf Ibrahim yang diwariskan oleh Nabi Ibrahim kepada Nabi Ismail dan kaumnya. Malah nabi dikatakan pernaha mengetuai
perdagangan ke Syam dengan arahan Khadijah yang belum menajdi isteri
baginda. Untuk menjadi seorang peniaga
yang dipercayai boleh menguruskan aktiviti perniagaan, seseorang itu wajiblah tahu
membaca dan mengira serta menulis. Ia merupakan
asas pengetahuan seorang peniaga Arab. Jadi,
adalah mustahil nabi tidak mahir menulis dan tidak mahir membaca!
Seterusnya, ayat itu juga
tidak menunjukkan pula bahawa baginda tidak pernah membaca dan menulis sesuatu
yang selain daripada Kitab sebelum menerima al-Qur'an (misalan, membaca dan
menulis apa yang diperlukan dalam urusan perdagangannya).
Dengan adanya
bukti-bukti yang jelas daripada Allah, maka terdedahlah fitnah yang kian lama
dilakukan oleh para ulama palsu Islam ke atas Nabi Muhammad yang mereka siarkan
sebagai seorang yang tidak tahu membaca dan menulis, atau buta huruf.
Sesungguhnya mereka
menghina Nabi dengan buat demikian meskipun mereka mendakyahkan iaitu merekalah
orang-orang yang paling mengasihinya.
Malah hal ini menjadi satu asbab untuk mereka menyanjung malah sampai ke
tahap menyekutukan ALLAH dengan Nabi Muhammad.
Ahad, 5 Jun 2016
PUASA RAMADHAN 2016 ???
ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Wahai
orang-orang yang percaya, dituliskan bagi kamu BERPUASA sebagaimana dituliskan
bagi orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa. Pada hari-hari yang terhitung; dan jika
sesiapa antara kamu sakit, atau jika dia dalam perjalanan, maka sebilangan
daripada hari-hari lain; dan bagi orang-orang yang tidak boleh, ditebus dengan
memberi makan seorang miskin, tetapi lebih baik baginya, yang buat kebaikan
dengan sukarela, bahawa kamu berpuasa adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu
tahu. Bulan Ramadan yang padanya
al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai
bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah
orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa; dan
sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari
yang lain. Allah hendakkan kemudahan bagi kamu, dan tidak hendak kesukaran bagi
kamu; dan agar kamu cukupkan bilangan, dan agungkan Allah, bahawa Dia beri
petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih. Dan apabila hamba-hamba-Ku tanya kamu
mengenai Aku, Aku lebih dekat untuk sahut seruan orang yang menyeru apabila dia
seru kepada-Ku; maka hendaklah mereka sahut Aku, dan hendaklah mereka percayai
Aku supaya mereka menjadi benar. Dihalalkan
bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah
pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah tahu bahawa kamu
khianati diri-diri kamu sendiri, dan terima taubat kamu, dan maafkan kamu. Maka
sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah tuliskan (tetapkan)
untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi
kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai
malam, dan jangan campuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itu
had-had (hudud) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah
menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.”
[Q.S. LEMBU /
AL-BAQARAH 2: 183-187]
“… dan lelaki
yang BERPUASA dan perempuan yang
BERPUASA, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga,
dan lelaki yang mengingat Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingat -
bagi mereka, Allah sediakan ampunan dan upah yang besar.”
[Q.S. GOLONGAN
BERSEKUTU / AL-AHZAB 33:35]
RASULULLAH
NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Bila malam
(al-lail) telah datang dari arah sini (timur) dan siang telah pergi dari arah
sini (barat) dan telah tenggelam matahari (Malam), maka sungguh orang puasa
telah berbuka.”
[ H.R.S : Imam
Bukhari Ra. A. ]
“Barang siapa
mendirikan puasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan kebaikan, maka akan
diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu.”
[ H.R.S : Imam
Bukhari & Imam Muslim Ra. A. ]
“Bila kamu
telah melihat tanggal 1 bulan Ramadan, maka puasalah, dan bila kamu melihat
tanggal 1 Syawal, maka berhari rayalah. Tetapi bila mendung, maka perkirakanlah
(sesuai dengan hari perhitungan).”
Daripada Ibnu
Umar R.A
[ H.R.S : Imam
Bukhari & Imam Muslim Ra. A. ]
MALAM AL-QUR’AN DITURUNKAN
Peristiwa-peristiwa besar yang berkisar di
sekitar Petunjuk Allah, dari Adam hingga ke Nabi terakhir, tentu banyak yang
telah berlaku. Namun tidak semua diceritakan di dalam al-Qur'an, atau tidak
diceritakan dengan panjang lebar. Maka apa yang diceritakan adalah apa yang
manusia harus tahu sahaja.
Peristiwa penurunan al-Qur'an adalah suatu
yang besar juga, yang tidak ditinggalkan sebutannya di dalam al-Kitab. Ia
disebut berulang kali. Justeru ayat-ayatnya didapati agak banyak tetapi
terselit di sana sini di beberapa buah halaman al-Qur'an yang mulia. Lalu
ayat-ayat tersebut disusun di sini mengikut kronologinya.
Ayat pertama dapat dibaca dalam surah
al-Baqarah. Ia mengisahkan al-Qur'an diturun pada bulan Ramadan. Sempena
penurunan itu manusia diwajibkan berpuasa pada bulan berkenaan. Ayat yang
dimaksudkan berbunyi,
"Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an
diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti
yang jelas dari Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara
kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa;" (2:185)
Al-Qur'an diturunkan pada suatu malam bulan
Ramadan. Pada malam itu hamba-Nya yang dipilih untuk menerima telah
diperjalankan dari sebuah masjid, iaitu Masjidil Haram, ke sebuah masjid
(tempat sujud) lain yang lebih jauh daripada tempat baginda tinggal. Tujuan
baginda diperjalankan ke destinasinya adalah untuk diperlihatkan sebahagian
daripada ayat-ayat Tuhannya. Firman Tuhan,
"Dia disanjung, yang menjalankan
hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil Haram ke masjid yang lebih jauh
di mana sekitarannya Kami berkati, supaya Kami lihatkan kepadanya sebahagian
daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang
Melihat." (17:1)
Seperti itu juga kepada Nabi Musa yang
telah diperjalankan supaya pergi ke gunung untuk menerima kitab Taurat.
Malam tersebut terus disebut di dalam
al-Qur'an. Kali ini ia dipanggil malam yang diberkati. Dan frasa ayat-ayat Kami
yang disebut di dalam ayat di atas diganti dengan kalimat Kitab pula.
Firman-Nya,
"Demi Kitab yang jelas.
Kami turunkannya pada satu malam yang
diberkati; Kami selamanya beri amaran,
Di dalamnya segala urusan yang bijaksana
ditentukan,
Sebagai satu urusan daripada Kami; Kami
selamanya utus,
Sebagai satu pengasihan daripada Pemelihara
kamu; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui," (44:2-6)
Al-Qur'an yang diturunkan pada malam yang
diberkati itu adalah jelas dan mengandungi segala urusan yang bijaksana, yang
sudah ditentukan. Di dalamnya juga terkandung amaran daripada Tuhan.
Kitab tersebut adalah wahyu yang
diwahyukan, yang dibawa oleh dia yang sangat kuat. Dia tegak mengambang di
horizon yang tinggi, kemudian turun mendekati Nabi, lalu wahyukan apa yang dia
wahyukan. Mungkin di situlah tempat masjid yang lebih jauh yang disebut tadi.
Firman-Nya,
"Ini (al-Qur'an) tidak lain hanya satu
wahyu yang diwahyukan,
Yang mengajar dia, yang sangat dalam
kekuatan,
Sangat kuat; dia tegak mengambang,
Di horizon yang tinggi,
Kemudian mendekati dan turun,
Jarak dua ibu panah, atau lebih dekat,
Kemudian mewahyukan hamba-Nya, apa yang dia
wahyukan." (53:4-10)
Dia yang wahyukan Nabi itu adalah bukan
Tuhan. Ayat-ayat bakal dipetik di sini akan jelaskannya.
Berhenti sejenak untuk mengisahkan
pertemuan Nabi dengannya buat kali kedua. Ceritanya begini (sambungan petikan
di atas):
"Sesungguhnya dia telah melihatnya
sekali lagi,
Di sisi pohon bidara berbatasan (sidratil
muntaha),
Di sisinya taman (jannah) untuk menginap,
Ketika sesuatu yang menutupi, menutupi
pohon bidara,
Penglihatannya tidak menyimpang, dan tidak
juga melampaui batas.
Sesungguhnya dia telah melihat satu
daripada ayat-ayat Pemeliharanya yang paling besar." (53:13-18)
Mungkin yang dilihatnya sebagai satu
daripada tanda-tanda Tuhan yang paling besar ialah kitab original al-Qur'an
berupa papan (seperti disket atau disk?) yang dijaga. Firman mengenainya
berbunyi,
"Tidak, tetapi ia sebuah al-Qur'an
yang cemerlang,
Pada papan yang dijaga." (85:21-22)
Atau, baginda melihat malaikat yang membawa
turun al-Qur'an yang indah.
Kembali kepada perbincangan mengenai tajuk.
Wahyu yang disampaikan berupa ucapan. Lantas, diandaikan iaitu Nabi telah
menulis untuk menyalinnya. Ini padan dengan sebuah ayat mengandungi dakwaan
orang-orang di sekeliling baginda bahawa Kitab yang dibawanya telah diimlakkan
kepadanya, berbunyi "Mereka berkata, 'Dongeng orang-orang dahulu kala, yang
dia tulis, yang diimlakkan kepadanya pada waktu awal pagi dan petang."
(25:5)
Wahyu yang diucapkan itu adalah ucapan
Rasul yang mulia. Dia mempunyai kekuatan (disebut lagi) dan berkedudukan kukuh
di sisi Allah, selain ditaati dan dipercayai. Firman-Nya,
"Sesungguhnya ia adalah ucapan Rasul
yang mulia,
Mempunyai kekuatan, dengan Yang mempunyai
Arasy kukuh,
Ditaati, dan lagi, dipercayai.
Teman kamu bukanlah orang yang dirasuk.
Sesungguhnya dia melihatnya di horizon yang
terang.
Dia tidaklah lokek dengan yang ghaib."
(81:19-24)
Nabi telah melihat Rasul tersebut di
horizon (disebut lagi) yang terang. Rasul menurut al-Qur'an adalah juga
daripada golongan malaikat, bukan manusia sahaja.
Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan
bahawa al-Qur'an dibawa turun oleh Roh Amin - "Sesungguhnya ia adalah satu
penurunan Pemelihara semua alam, Dibawa turun oleh Roh Amin (Roh yang
dipercayai)," (26:192-193).
Sementara di awal al-Qur'an, nama Jibril
disebut sebagai yang turunkan al-Qur'an ke dalam hati Nabi terutamanya -
".... Jibril, maka dialah yang turunkannya ke dalam hati kamu, dengan izin
Allah, mengesahkan apa yang sebelumnya, dan petunjuk, dan berita gembira bagi
orang-orang mukmin." (2:97)
Oleh itu, mungkin tidak salah menyimpulkan
bahawa dia yang sangat kuat, Rasul yang mulia dan Roh Amin adalah sebenarnya
malaikat Jibril.
Sebutan mengenai malam al-Qur'an diturunkan
diakhiri dengan ayat-ayat berikut:
"Sesungguhnya, Kami turunkannya
(al-Qur'an) pada malam yang berkuasa.
Dan tahukah kamu apakah ia malam yang
berkuasa?
Malam yang berkuasa adalah lebih baik
daripada seribu bulan,
Padanya malaikat-malaikat dan Roh turun,
dengan izin Pemelihara mereka, dengan segala perintah,
Sejahteralah ia, hingga terbit fajar."
(97:1-5)
Malam al-Qur'an diturunkan adalah malam
yang berkuasa, dan diberkati seperti yang telah dinyatakan. Pada malam itu
malaikat-malaikat dan Roh turun dengan segala perintah Tuhan.
Perkataan Roh di dalam al-Qur'an membawa
beberapa erti. Satu daripadanya ialah ayat-ayat Tuhan atau al-Qur'an seperti
yang dijelaskan dalam ayat berbunyi "Begitulah Kami wahyukan kamu Roh
daripada perintah Kami. Kamu tidak tahu apakah al-Kitab itu, dan tidak juga
keimanan; tetapi Kami membuatnya satu cahaya, yang dengannya Kami beri petunjuk
kepada siapa yang Kami hendaki daripada hamba-hamba Kami. Dan kamu,
sesungguhnya kamu beri petunjuk pada jalan lurus," (42:52)
Lantaran itu, frasa daripada ayat-ayat
97:1-5 di atas yang berbunyi "malaikat-malaikat dan Roh turun ..... dengan
segala perintah," boleh diertikan kepada malaikat-malaikat dan ayat-ayat
al-Qur'an turun ..... dengan segala perintah.
Suatu malam pada bulan Ramadan, lebih 1400
tahun yang lalu, ditentukan Allah jadi diberkati, berkuasa dan amat baik, lebih
baik daripada seribu bulan. Kerana ayat-ayat-Nya, atau al-Qur'an, diturunkan.
Malam itu penuh kesejahteraan. Namun, kesejahteraannya berakhir apabila terbit
waktu fajar pada hari itu. Akan tetapi, al-Qur'an atau Roh yang ditinggalkan
terus jadi cahaya bagi hamba-hamba Allah yang dihendaki-Nya dapat petunjuk ke
jalan lurus, sampai Hari Kiamat.
Selamat Berpuasa.
BERIKUT IALAH PERKARA-PERKARA YANG BERLAKU
DALAM BULAN RAMADHAN YANG TIDAK DIAJAR OLEH ALLAH DALAM QUR’AN. TETAPI DIAJAR
DALAM HADIS-HADIS LAHWA YANG BERTENTANGAN DENGAN AL-QUR’AN YANG MULIA.
ZAKAT FITRAH
Oleh W.
Kassim
Hadis mengatakan, setiap orang Muslim, samaada
yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan, mesti bayar zakat fitrah
sebanyak satu sa' = 3 kilogram gandum atau kismis atau susu masam kering atau
kurma atau barli.
Abu Sa'id al-Khudri
AL-MUWATTA
17.28.54
We used to pay the zakat al-fitr with a sa' of
wheat, or a sa' of barley, or a sa' of dates, or a sa' of dried sour milk, or a
sa of raisins, using the sa' of the Prophet, may Allah bless him and grant him
peace.
AL-MUWATTA
17.28.53
The Messenger of Allah, may Allah bless him and
grant him peace, made the zakat of breaking the fast at the end of Ramadan
obligatory on every Muslim, whether freeman or slave, male or female, and
stipulated it as a sa' of dates or a sa of barley.
Abdullah ibn Umar
SAHIH AL-BUKHARI
2.579
Allah's Apostle (peace_be_upon_him) enjoined
the payment of one sa' of dates or one Sa' of barley as Zakat al-Fitr on every
Muslim slave or free, male or female, young or old, and he ordered that it be
paid before the people went out to offer the 'Id prayer.
(One Sa' = 3 Kilograms approx.)
Di Malaysia, ulamak tentukan zakat fitrah ialah
segantang beras atau RM yang senilai dengannya yang perlu dibayar kepada amil
bertauliah. Tauliah itu umumnya diberikan kepada kroni-kroni Jabatan Agama dan
Masjid. Amil berhak ambil 1/8 bahagian daripada jumlah yang dikutipnya sebagai
komisen. Maka bersungguh-sungguhlah amil-amil itu dengan kreativiti
masing-masing untuk mendapatkan kutipan fitrah sebanyak mungkin. Sebab itu,
hari ini kita dapati setiap bulan Ramadan, amil berada dimana sahaja orang
berada samaada di kaki lima, depan shopping complex atau pejabat; mereka persis
seperti Hindu penjual kacang putih ditahun-tahun 60 - 70an dahulu.
Menunaikan zakat fitrah dengan beras dianggap
lebih afdal (lebih pahala) dan hampir kepada sunnah daripada dengan RM. Itu
yang biasa diamalkan tidak berapa lama dahulu. Apabila masyarakat bertambah
maju, mereka menganggap bayaran fitrah dengan beras menyusahkan pembayar dan
amil. Maka amil pun menggunakan kreativiti mereka dengan sediakan segantang
beras yang dibungkus dengan karung kertas. Seseorang yang ingin bayar fitrah
dengan beras, cuma perlu membeli beras itu terlebih dahulu daripada amil
mengikut harga yang ditetapkan dan beras itu kemudiannya diberikan semula
kepada amil sebagai zakat fitrah. Jika seseorang itu ada sepuluh orang ahli
keluarganya, dia akan membeli beras yang sama berulang-berulang sepuluh kali
dan menyerahkannya kembali kepada amil sebagai zakat fitrah. Demikianlah beras sebungkus
itu dijual olok-olok beratus-ratus kali dalam sehari. Pembayar fitrah sangka
amalan mereka afdal, dan dapat pahala lebih dengan cara berolok-olok itu.
Mereka tidak sedar sebenarnya mereka memperolok-olokkan Tuhan.
Amalan membeli beras dari amil untuk bayar
zakat juga sudah tidak popular dizaman sekarang. Namun ia masih terdapat
dikampung-kampung. Hari ini kebanyakan orang cuma pentingkan kemudahan; maka
bayar fitrah dengan wang sahaja jadi pilihan ramai.
Amil itu pula ada berbagai ragam. Ada amil yang
mudah berurus (user friendly): pembayar memberinya wang, dan amil keluarkan
resit, maka selesailah urusan fitrah itu. Ada pula amil yang adakan upacara,
dengan menyuruh pembayar melafazkan istihar bayaran fitrahnya yang diikuti pula
dengan lafaz penerimaan oleh si amil. Setengah amil akan berdoa pula terkumat
kamit setiap kali bayaran fitrah diserahkan ketangannya. Semua ini adalah
rekaan-rekaan yang memang tidak terdapat di dalam hadis berkaitan zakat fitrah.
Bayaran zakat fitrah berdasarkan segantang
makanan bagi setiap orang ahli keluarga adalah tidak adil. Seorang jutawan yang
tiada anak cuma perlu bayar zakat segantang beras untuk dirinya, atau dua
gantang jika dia beristeri. Tetapi seorang buruh atau pegawai rendah, yang
mempunyai sepuluh tanggungan perlu bayar sepuluh gantang beras. Hukum yang
tidak adil ini tidak mungkin datang dari Allah yang maha adil. …. Adilkah jika seorang hamba pun dipaksa
bayar zakat?
Imam Muslim tidak mencatitkan tentang zakat
fitrah di dalam kitab hadis sahihnya. Berarti Muslim sendiri menganggap hadis
zakat fitrah di dalam sahih Bukhari sebagai hadis palsu; sepertimana banyak
lagi hadis Bukhari yang dianggapnya palsu.
Hari ini, badan- badan Zakat yang
telah memungut berjuta RM dari umat islam telah didapati gagal menyampaikan
duit zakat kepada golongan yang sangat memerlukan. Zakat dilakukan dengan
kerelaan hati muslim, dan diberi kepada pihak-pihak tertentu sahaja.
Dan zakat fitrah, yang dibayar oleh umat pada
tiap-tiap bulan Ramadan, adalah satu contoh bagi ajaran zakat yang palsu. Zakat
seperti itu dengan syarat-syaratnya tidak disebut di dalam al-Qur'an,
bermaksud, tidak diajar dalam ajaran agama Allah sebenar. Maka, tiada ajaran
ALLAH tentang ZAKAT FITRAH ini dalam wahyuNya (AL-QUR’AN).
ZAKAT,SEDEKAH DAN NAFKAH BOLEH DIBERI PADA
BILA-BILA MASA MENURUT KEPERLUAN YANG DIGARISKAN OLEH ALLAH DALAM QUR’AN SURAH 9
: 60.
NABI LARANG BERTERAWIH DI MASJID
Oleh W. Kassim
Kita lihat dalam sepanjang bulan Ramadan orang
membanjiri masjid kerana bersolat Tarawih. Marilah kita lihat hadis yang paling
sahih dikalangan orang Ahlusunnah untuk mengetahui samada amalan makin popular
ini adalah sunnah atau perintah dari Nabi.
SAHIH BUKHARI
Jilid: 8
No: 134
Dirawayatkan oleh Zaid bin Thabit
Rasulullah buat sebuah bilik kecil (dengan
tikar yang dibuat dari daun palma). Rasulullah keluar (dari rumahnya) dan
bersolat di dalam bilik kecil itu. Beberapa orang lelaki turut bersolat bersama-sama
beliau. Malam keesokannya mereka datang lagi untuk bersolat, tetapi Rasulullah
tidak keluar. Oleh itu mereka berteriak-teriak dan mengetuk pintu rumah
Rasulullah dengan batu. Rasulullah keluar kepada mereka dalam keadaan marah dan
berkata: "Kamu mahu menggesa (Tarawih itu di dalam masjid) dan aku bimbang
kalau solat (Tarawih) akan jadi wajib keatas kamu. Maka kamu semua lakukan
solat ini dirumahmu, kerana solat yang lebih baik bagi seseorang itu ialah yang
dilakukan dirumahnya, kecuali solat wajib Jumaah."
Mengikut hadis ini, Nabi sendiri tidak suka ke
masjid untuk solat Tarawih. Untuk mengelak dari pergi ke masjid, beliau telah
buat bilik kecil berdindingkan tikar yang diperbuat dari daun palma di luar
rumahnya. Namun demikian, orang yang ternampak beliau bersolat Tarawih telah
mengikut bersama.
Pada malam kedua Nabi tidak keluar dari
rumahnya dan orang berteriak-triak serta mengetuk pintu rumahnya dengan batu.
(Adakah ini caranya mereka menunjukkan kejengkelan mereka kerana Nabi tidak ke
masjid bersolat Tarawih?) Maka Nabi keluar dengan marah lalu perintah mereka
supaya tidak bersolat Tarawih di masjid, tetapi lakukannya di rumah
masing-masing.
Nampaknya orang ASWJ- SUNNI bukan sahaja
kelihatan menentang Qur’an, tetapi mereka juga kelihatan menentang perintah
Nabi yang terdapat di dalam hadis kuat Sahih Bukhari. Malah pada hari ini, hal ini sduah menjadi
satu tradisi dna budaya masyarakat Islam
Sunni di Malaysia.
Hari ini sejarah berualang kembali. Golongan
yang sama, juga jengkel terhadap orang yang tidak turut bersama mereka,
menentang perintah Nabi. Untuk meramaikan dan memeriahkan lagi kumpulan
penentang ini, MOREI diadakan sebagai
tarikan.
OLEH ITU, SOLAT TARAWIH INI WAJIB DIADAKAN DI
RUMAH SENDIRI. DAN DILARANG KERAS OLEH NABI UNTUK DILAKUKAN DI MASJID KECUALI
SOLAT WAJIB (FARDHU) BERJEMAAH (SOLAT FAJAR, SOLAT WUSTA, SOLAT ISYAK DAN SOLAT
PADA HARI JUMAAT)