Dengan nama Allah,
Yang Pemurah, Yang Pengasih.
31:1. Alif Lam Mim.
31:2. Inilah
ayat-ayat al-Kitab yang bijaksana,
31:3. Untuk satu
petunjuk dan satu pengasihan bagi orang-orang buat baik,
31:4. Yang melakukan
solat, dan memberi zakat, dan mereka yakin akan akhirat.
31:5. Mereka itu
adalah di atas petunjuk daripada Pemelihara mereka; mereka itulah orang-orang
beruntung.
31:6. Antara manusia,
ada yang membeli hadis yang menghiburkan untuk menyesatkan daripada jalan Allah
tanpa pengetahuan, dan untuk mengambilnya dalam olok-olokan; mereka itu, bagi
mereka, azab yang hina.
31:7. Dan apabila
ayat-ayat Kami dibacakan kepadanya, dia berpaling, menyombong, seakan-akan dia
tidak mendengarnya, dan di dalam telinganya ada sumbatan; maka berilah dia
berita gembira dengan azab yang pedih.
31:8. Sesungguhnya
orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , bagi mereka Taman-Taman
Kebahagiaan.
31:9. Di dalamnya
mereka tinggal selama-lamanya. Janji Allah adalah benar; dan Dia Yang Perkasa,
Yang Bijaksana.
31:10. Dia cipta
langit tanpa tiang yang kamu boleh lihat, dan Dia lemparkan di bumi
gunung-gunung supaya ia tidak bergoyang bersama kamu, dan Dia taburkan di
merata-rata di dalamnya bermacam-macam yang merayap. Dan Kami turunkan dari
langit air, dan tumbuhkan di dalamnya tiap-tiap jenis yang mulia.
31:11. Ini adalah
ciptaan Allah; maka perlihatkan kepada-Ku apa yang mereka cipta, yang selain
daripada Dia! Tidak, tetapi orang-orang zalim adalah dalam kesesatan yang
nyata.
31:12. Sesungguhnya
Kami beri Luqman kebijaksanaan; "Berterimakasihlah kepada Allah. Sesiapa
berterima kasih, dia berterima kasih hanya untuk dirinya sendiri, dan sesiapa
yang tidak berterima kasih (kafir), maka sesungguhnya Allah Kaya, Terpuji."
31:13. Dan apabila
Luqman berkata kepada anak lelakinya, dengan menegurkannya, "Wahai anakku,
janganlah sekutukan Allah; sekutukan Allah adalah kezaliman yang besar."
31:14. Dan Kami
wasiatkan manusia mengenai ibu bapanya - ibunya membawanya (mengandungnya) dalam
kelemahan atas kelemahan, dan susuannya selama dua tahun -
"Berterimakasihlah kepada-Ku, dan kepada ibu bapa kamu; kepada-Ku
kepulangan.
31:15. Tetapi jika
mereka berjuang dengan kamu untuk kamu sekutukan Aku dengan padanya kamu tiada
pengetahuan, maka janganlah mentaati mereka. Temanilah mereka dengan baik di
dunia, dan ikutlah jalan orang yang berkesesalan kepada Aku. Kemudian kepada
Aku kamu akan kembali, dan Aku akan beritahu kamu apa kamu buat."
31:16. "Wahai
anakku, jika ia seberat sebutir biji sawi, dan walaupun ia berada di dalam
batu, atau di langit, atau di bumi, Allah akan datangkannya; sesungguhnya Allah
Halus, Menyedari.
31:17. Wahai anakku,
lakukan solat, dan suruh yang baik, dan larang yang mungkar, dan sabar atas apa
sahaja yang timpa kamu; sesungguhnya itu adalah urusan yang patut ditekadkan.
31:18. Janganlah
palingkan pipi kamu daripada manusia, dan janganlah berjalan di bumi dengan
sangat gembira; Allah tidak suka setiap orang yang sombong dan banggakan diri.
31:19. Sederhanakanlah
dalam berjalan kamu, dan rendahkanlah suara kamu; seburuk-buruk suara ialah
suara keledai."
31:20. Tidakkah kamu
lihat bahawa Allah tundukkan untuk kamu segala di langit dan segala yang di
bumi, dan Dia lebih-lebihkan ke atas kamu rahmat-Nya, yang nampak dan yang
tersembunyi? Dan antara manusia ada yang bantah mengenai Allah tanpa
pengetahuan, dan petunjuk, dan Kitab yang memberi cahaya.
31:21. Dan apabila
dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang Allah turunkan", mereka
berkata, "Tidak, tetapi kami ikut apa yang kami dapati pada bapa-bapa
kami." Apa? Walaupun syaitan menyeru mereka kepada azab yang menyala?
31:22. Dan sesiapa
yang tundukkan wajahnya (mukanya / kehendaknya) kepada Allah, sedang dia
seorang buat baik, dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh; dan kepada
Allah kesudahan segala perkara.
31:23. Dan sesiapa
tidak percaya, janganlah ketidakpercayaannya sedihkan kamu; kepada Kami mereka
kembali, dan Kami beritahu mereka apa mereka buat. Sesungguhnya Allah tahu apa
yang di dalam dada.
31:24. Kepada mereka
kami beri kesenangan sedikit, kemudian Kami paksa dia kepada azab yang keras.
31:25. Jika kamu
tanya mereka, "Siapakah yang cipta langit dan bumi?" mereka akan
berkata, "Allah." Katakanlah, "Segala puji bagi Allah."
Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.
31:26. Kepunyaan
Allah segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah, Dia Yang Kaya,
Yang Terpuji.
31:27. Sekiranya
semua pokok yang di bumi adalah pena-pena, dan laut - tujuh laut sesudah itu
untuk mengisi semula - namun demikian, Kata-Kata Allah tidak akan habis.
Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.
31:28. Ciptaan kamu
dan kebangkitan kamu hanyalah seperti jiwa yang satu. Sesungguhnya Allah
Mendengar, Melihat.
31:29. Tidakkah kamu
lihat bagaimana Allah jadikan malam masuk ke dalam siang, dan jadikan siang
masuk ke dalam malam, dan Dia tundukkan matahari dan bulan, masing-masing
berlayar hingga tempoh yang dinyatakan, dan bahawa Allah sedar apa kamu buat?
31:30. Itu adalah
kerana Allah, Dia Yang Benar, dan apa yang mereka seru selain daripada Dia,
itulah yang palsu; dan bahawa Allah, Dia Yang Tinggi, Yang Besar.
31:31. Tidakkah kamu
lihat bahawa kapal-kapal berlayar di laut dengan rahmat Allah, supaya Dia
perlihatkan kepada kamu sebahagian daripada ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya pada
yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang
berterima kasih.
31:32. Dan apabila
gelombang menutupi mereka seperti bayang-bayang, mereka seru Allah, dengan
menuluskan agama mereka untuk-Nya; tetapi apabila Dia selamatkan mereka ke
darat, sebahagian mereka tidak bersungguh-sungguh. Dan tiada yang sangkal
ayat-ayat Kami kecuali setiap pengkhianat yang tidak berterima kasih (kafir).
31:33. Wahai manusia,
takutilah Pemelihara kamu, dan takutilah akan satu hari apabila tiada bapa akan
bela anaknya, dan tiada juga anak bela bapanya sedikit pun. Sesungguhnya janji
Allah benar; maka janganlah kehidupan dunia menipu kamu, dan janganlah
sekali-kali penipu dapat menipu kamu terhadap Allah.
31:34. Sesungguhnya
Allah, Dia mempunyai pengetahuan mengenai Saat; Dia turunkan hujan; Dia tahu
apa yang di dalam rahim. Tiada jiwa tahu apa yang ia akan usahakan esok, dan
tiada jiwa tahu di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Mengetahui,
Menyedari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!