Ahad, 19 Jun 2016

SURAH SUJUD @ AS-SAJDAH ???

DENGAN NAMA ALLAH, YANG PEMURAH, YANG PENGASIH

32:1. Alif Lam Mim.

32:2. Penurunan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, adalah daripada Pemelihara semua alam.

32:3. Atau, adakah mereka berkata, "Dia mengada-adakannya"? Tidak, ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, supaya kamu beri amaran kepada kaum yang kepadanya tiada seorang pemberi amaran telah datang sebelum kamu supaya mereka dapat petunjuk.

32:4. Allah ialah Dia yang cipta langit dan bumi, dan apa yang di antaranya dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy. Selain daripada Dia, kamu tidak ada wali (pelindung), dan tidak juga ada pengantara; tidakkah kamu mengingati?

32:5. Dia mengarah urusan dari langit ke bumi, kemudian ia naik kepada-Nya dalam satu hari yang ukurannya seribu tahun daripada hitungan kamu.

32:6. Dia yang tahu yang ghaib dan yang nyata, Yang Perkasa, Yang Pengasih,

32:7. yang mencipta segala sesuatu dengan baik. Dan Dia memulakan ciptaan manusia daripada tanah liat,

32:8. Kemudian Dia buatkan keturunannya daripada pati air yang keji,

32:9. Kemudian Dia membentuknya, dan hembus Roh-Nya ke dalamnya. Dan Dia buatkan bagi kamu pendengaran, dan penglihatan, dan hati; sedikit terima kasih kamu tunjukkan.

32:10. Mereka berkata, "Apabila kami telah sesat (lenyap) di dalam bumi, adakah kami akan benar-benar di dalam ciptaan yang baru?" Tidak, tetapi mereka tidak percaya kepada pertemuan dengan Pemelihara mereka.

32:11. Katakanlah, "Malaikat maut yang diamanahkan untuk kamu akan mematikan kamu, kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu dikembalikan."

32:12. Dan sekiranya kamu dapat lihat orang-orang yang berdosa menundukkan kepala mereka di hadapan Pemelihara mereka, "Wahai Pemelihara kami, kami telah lihat dan dengar; maka kembalikanlah kami supaya kami akan buat kerja-kerja baik kerana kami telah yakin."

32:13. "Sekiranya Kami hendak, tentu Kami beri tiap-tiap jiwa petunjuknya; tetapi sekarang Ucapan daripada-Ku adalah wajar - 'Sungguh, Aku akan penuhi Jahanam dengan jin dan manusia kesemuanya.'

32:14. Maka rasalah, kerana kamu melupakan pertemuan hari kamu ini! Sesungguhnya Kami melupakan kamu. Rasalah azab yang kekal kerana apa kamu buat!"

32:15. Orang-orang yang percayai ayat-ayat Kami hanyalah yang apabila mereka diingatkan dengannya jatuh bersujud, dan mereka sanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan tidak sombong.

32:16. Lambungan-lambungan mereka menjauhkan daripada tempat-tempat tidur, sambil mereka seru Pemelihara mereka dengan takut dan harapan; dan mereka nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka.

32:17. Tiada jiwa tahu apa pendingin mata (kegembiraan) yang disediakan untuk mereka, yang dirahsiakan, sebagai balasan ke atas apa mereka buat.

32:18. Apa? Adakah dia yang mukmin sama dengan dia yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan)? Mereka tidak sama.

32:19. Bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , bagi mereka Taman-Taman untuk menginap sebagai sajian kerana apa yang mereka telah buat.

32:20. Tetapi bagi orang-orang fasiq, tempat menginap mereka ialah Api; setiap kali mereka hendak keluar darinya, mereka dikembalikan ke dalamnya, dan dikatakan kepada mereka, "Rasalah azab Api yang padanya kamu dustakan."

32:21. Dan sungguh, Kami akan merasakan kepada mereka azab yang dekat sebelum azab yang besar supaya mereka kembali.

32:22. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang diingatkan dengan ayat-ayat Pemeliharanya, kemudian dia berpaling daripadanya? Kami akan lepaskan dendam kepada orang-orang yang berdosa.

32:23. Sesungguhnya Kami beri Musa al-Kitab; maka jangan kamu dalam keraguan mengenai pertemuan dengan-Nya; dan Kami buatkan ia petunjuk bagi Bani Israil.

32:24. Dan Kami lantik daripada kalangan mereka imam-imam yang beri petunjuk dengan perintah Kami apabila mereka sabar, dan mereka yakin akan ayat-ayat Kami.

32:25. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia bezakan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka, dalamnya mereka selisihkan.

32:26. Tidakkah ia satu petunjuk bagi mereka bahawa berapa banyaknya generasi yang Kami telah musnahkan sebelum mereka, yang di tempat-tempat tinggal mereka, mereka berjalan? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat; apa, tidakkah mereka dengar?

32:27. Tidakkah mereka lihat bagaimana Kami halau air ke bumi yang tandus, dan keluarkan tanaman dengannya, yang binatang ternak mereka dan diri-diri mereka sendiri makan? Apa, tidakkah mereka lihat?

32:28. Dan mereka berkata, "Bilakah Kemenangan ini, jika kamu berkata benar?"

32:29. Katakanlah, "Pada Hari Kemenangan, iman mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang tidak percaya, dan tidak juga mereka akan diberi tangguh."


32:30. Maka berpalinglah kamu daripada mereka, dan tunggulah; mereka juga sedang menunggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!